Tab Menu

Followers

Monday, October 24, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 12

“RISYAH! I benar-benar cintakan you. Bagaimana untuk I buktikan yang I mencintai you.” Syed Ibtisyam menghalang laluan Batrisyah. Hati Batrisyah harus ditawan. Dia tidak akan membiarkan Batrisyah menjadi milik Faliq setelah mengetahui teman baiknya itu menaruh hati pada Batrisyah. Baby Liyana menceritakan semua pada dia. Melihat Batrisyah bersama Faliq, Syed Ibtisyam dilanda api cemburu. Faliq pula menerangkan yang dia keluar bersama Batrisyah atas urusan kerja.
Batrisyah mengeluh kecil. Puas dia mengelak dari bertembung dua mata dengan Syed Ibtisyam setelah pulang dari kampung. Namun lelaki itu tidak berputus asa mencarinya. Sakit kepala memikirkan masalah dalam kepala. Si Faliq itu juga satu hal. Lelaki yang suka buat dia panas hati!
            “Saya tidak minta apa-apa untuk awak buktikan cinta awak Ib. Saya rimaslah awak asyik mengejar saya. Macam tiada perempuan lain dalam dunia ini.” Batrisyah terpaksa mengadap Syed Ibtisyam. Tidak larat bila dirinya asyik diekori lelaki itu ke hulur ke hilir. Tidak di pejabat lelaki itu akan menunggu di luar pagar rumahnya.
            I love you Risyah. I really love you. Please...” Mahu ketawa Batrisyah mendengar luahan Syed Ibtisyam yang penuh emosi. Entah berapa kali agaknya dia dengar lafaz kalimah cinta Syed Ibtisyam itu. Romantik pula mamat ni. Batrisyah gelengkan kepala berkali-kali. Itulah lelaki. Manisnya hanya bicara di bibir. Tidak tahulah berapa ramai gadis yag sudah dia ucapan perkataan ‘Cinta’ itu.
            “Sudah Ib. Jangan mengarut yang bukan-bukan depan saya lagi. Banyak perempuan yang jauh lebih baik dan cantik dari saya yang awak boleh jadikan isteri. Saya ini bukannya baik sangat. Cakap pun suka main lepas. Panas baran pulak tu.” Tutur Batrisyah.
Syed Ibtisyam ketawa kecil. Kau lain dari yang lain Batrisyah. Kau gadis yang tidak makan pujuk rayu lelaki seperti aku.
            “Risyah…berilah peluang pada I. Sejak pertama kali I bertemu dengan you. I sudah jatuh hati pada you. I buat  you marah because bagi I itu saja cara untuk I bercakap dengan you. Sehari I tidak dapat menatap wajah you hati I tidak keruan. Tambahan pula bila you rapat dengan Faliq. I’ll be jealousy. I tahu I tidak setampan Faliq.” Batrisyah tergamam. Dia tenung raut wajah Syed Ibtisyam. Pertama kali lelaki itu menunjukkan riak serius. Tidak dinafikan Syed Ibtisyam tidak sekacak Faliq namun lelaki itu boleh dikategorikan dalam golongan lelaki Handsome.
            “Saya berurusan dengan Faliq atas urusan kerja. Bila masa pulak saya rapat dengan mamat tok arab tu? Saya bukan perempuan yang pandang rupa paras lelaki. Saya pun sedar diri saya Ib. Saya tidak secantik Erra Fazira atau Dato’ Siti Nurhaliza.” Tukas Batrisyah.
            “You berdiri seiring dengan mereka Risyah. You berada di antara Erra Fazira dan Dato’ Siti Nurhaliza.” Dalam hati Syed Ibtisyam menarik nafas lega. Batrisyah tidak terpikat dengan Faliq, teman baiknya itu. Dia terlupa gadis yang dingin macam Batrisyah bukan mudah untuk jatuh cinta.
            Batrisyah melarikan anak matanya apabila matanya berlaga dengan Syed Ibtisyam. Dia segera membuka pintu keretanya. Malas mahu melayan Syed Ibtisyam lebih lama di tempat parkir kereta itu. Syed Ibtisyam pantas menahan Batrisyah dari masuk ke dalam keretanya. Cemberut wajah gadis itu.
            “Risyah…I perlukan jawapan dari mulut you.” Syed Ibtisyam separuh merayu. Dia tidak akan melepaskan Batrisyah pergi selagi gadis itu tidak memberikan jawapan dari mulutnya. Batrisyah jadi bingung seketika. Dia mengeluh kecil. Akalnya berputar ligat. Dia perlu mencari alasan untuk menolak Syed Ibtisyam.
            “Awak memang menyusahkan hidup saya sama seperti teman baik awak itu.” Desis Batrisyah.
            Syed Ibtisyam tersengih.
            “Saya akan terima awak kalau awak bawa rombongan meminang awak jumpa abah saya. Itu pun kalau awak beranilah.” Sambung Batrisyah. Dia memalitkan senyuman di bibirnya.
            Syed Ibtisyam menelan air liur. Berat tu! Walaupun dia sudah bertemu dengan abah Batrisyah, tetapi rasa kecutnya masih terasa. Dia gerun apabila orang tua itu menatap wajahnya dengan serius. Agaknya Batrisyah mengikut acuan abah dia. Abah Batrisyah pun tampak segak lagi biarpun sudah berusia.
            “Risyah…”
            “Surat-menyurat tidak akan dilayan.” Batrisyah meluru masuk ke dalam keretanya
Dia biarkan Syed Ibtisyam terkulat-kulat sendirian.
            Syed Ibtisyam tersentak apabila bahu disentuh lembut. Faliq merenungnya dengan senyuman. Riak wajah Syed Ibtisyam berubah. Adakah Faliq dengar perbualan antara dia dengan Batrisyah. Syed Ibtisyam tersenyum tawar.

MULUT Batrisyah terkunci rapat. Kehadiran rombongan Syed Ibtisyam di kampung benar-benar memberikan kejutan buat gadis itu. Fikirnya Syed Ibtisyam tidak berani lagi untuk melangkah ke teratak buruknya. Ternyata dia membuat telahan yang salah. Abahnya pula tidak menolak rombongan tersebut malah mengalu-alukan. Lagipun sebelum ini Syed Ibtisyam ada meminta keizinan melamar Batrisyah. Batrisyah yang tidak tahu. Lelaki itu nampak bersungguh-sungguh sekali. Batrisyah pula  mati kutu.
            Batrisyah dengan sopan lalu di hadapan rombongan dari pihak Syed Ibtisyam. Sempat matanya mengerling tajam Syed Ibtisyam yang melirik senyuman nakal itu. Segalanya telah dirancang dengan teliti atas bantuan dari Faliq. Faliq terang-terangan mengaku yang dia memang sukakan Batrisyah dan sedia beralah. Batrisyah mengetap bibir. Tidak diduga lelaki itu menyahut cabaran yang dia berikan. Kali ini Batrisyah terperangkap dengan jerat yang dipasang sendiri.
            “Apa abah buat ini? Risyah kan sudah beritahu pada abah.” Bisik Batrisyah pada cuping telinga abahnya. Haji Sufian tampak bersahaja. Tiada niat untuk membelakangkan Batrisyah dalam soal jodoh dan kahwin ini. Pada Haji Sufian lelaki bernama Syed Ibtisyam itu berniat baik. Apabila Batrisyah sudah berkahwin tiada lagi masalah timbul antara Batrisyah dengan Syakila dan Farisya.
            “Risyah yang cakap kalau dia berani datang dengan rombongan meminang Risyah akan terima diakan.” Balas Haji Sufian. “Risyah…dia sudah tunjukkan yang dia benar-benar suka pada Risyah.” Sambungnya lagi. Batrisyah terdiam.
            Kedua orang tua Syed Ibtisyam memandang Batrisyah dengan penuh minat. Inikah gadis yang buat anak lelaki mereka gila bayang. Cantik! Batrisyah gadis yang cantik dengan tudung yang melitupi rambutnya. Dato’ Syed Mukhlis menjeling anak terunanya itu. Syed Ibtisyam hanya tersengih. Terperanjat orang tuanya apabila dia menyatakan hasrat untuk beristeri. Sebelum ini dia cukup tidak berkenan bila orang tuanya sentuh perihal kahwin. Teman wanitanya pula bersilih ganti. Tiada seorang teman
wanitanya memenuhi citarasa orang tua Syed Ibtisyam.
            “Mama suka dia.” Suara Datin Aisyah. Kali ini anak terunanya tidak salah memilih. Kalau tidak entah gadis dari planet mana yang dibawa balik oleh Syed Ibtisyam. Baju tidak cukup kain. Perangai kurang sopan begitu yang mahu dijadikan menantu keluarga mereka. Jangan harap Datin Aisyah mahu menerimanya.
            Perbincangan berjalan dengan lancar di antara kedua belah pihak. Batrisyah tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Sebentuk cincin bertakhtakan permata putih tersemat kemas di jari manisnya. Batrisyah membelek-belek cincin berkenaan. Hatinya hiba. Mungkin ini caranya untuk dia melupakan cinta Ashraf. Macam kata abah, sampai bila dia perlu dibelenggu dengan kisah lama. Dia juga perlu memikirkan kebahagiaan dan masa depannya.

12 comments:

  1. wah..nampaknya Batrisyah sdh tdk dpt lari dr Syed Ibtisyam..hehehe...hrp lps ni Batrisyah akan m'dpt kebahagiaan dr Syed Ibtisyam..

    ReplyDelete
  2. huarrggghh cian faliq...tapi IB pun k gak...hihi...

    ReplyDelete
  3. ok ler risyah ngan ib....moga berkekalan...

    ReplyDelete
  4. spe heronye ni?okeylah tu dgn ib,sye lbih ske faliq

    ReplyDelete
  5. tp nnt batrisyah xdpt sape2... tu yg frust sgt... batrisyah tu baik sgt n suka mengalah...

    ReplyDelete
  6. Hurmmm..mcm mana erkk suka kat Ib suka gak kat tok arab tu... hisshh kna pilih satu jerr nih.... Hurmm tp cam Batrisyah suka kat Faliq jerrr.....

    ReplyDelete
  7. berani sungguh syed ib...
    akhirnya jerat memakan diri sendiri...hehehe..
    batrisya...batrisya...
    akak sambunglah lagi...hari tu kat blog lama pun saya baca sambpai setakat ni..lepas tu stop...
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. tak nak ib...nak faliq dgn risya...sob sob

    ReplyDelete
  9. err...
    tanya se...
    suami syakila 2 dah bayar ke belum hutang dia?

    ReplyDelete
  10. baiknye faliq , sggup b'alah :)
    -hudarosaz-

    ReplyDelete