Tab Menu

Followers

Sunday, October 23, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 4

“RISYAH rasa yang ini lagi cantik.” Batrisyah menayangkan baju kurung moden berwarna putih kepada Ashraf. Hatinya cukup berkenan dengan rekaan baju tersebut. Ringkas dan tidak begitu menonjol.  Sesuai untuk majlis akad nikah nanti. Ashraf sekadar menganggukkan kepala. Langsung tidak berminat untuk ambil tahu. Sikap acuh tidak acuh Ashraf itu disedari oleh Batrisyah. Semakin dekat tarikh perkahwinan mereka semakin nampak perubahan pada diri Asraf. Ashraf bukan lagi Ashraf yang dikenalinya selama ini. Batrisyah menarik nafas panjang. Sedikit sebanyak Batrisyah terasa hati dengan tingkah laku Ashraf yang dingin.
            Apakah majlis perkahwinan mereka tidak penting lagi pada Ashraf? Apakah dia terlalu mendesak Ashraf untuk berkahwin? Namun sampai bila dia harus menunggu? Dia sanggup berkongsi wang untuk menambahkan wang hantaran bagi pihak lelaki. Dia tahu Ashraf telah banyak menngeluarkan wang sebelum ini. Kos perbelanjaan di luar negeri bukannya sedikit.
            “Tak perlu nak beria-ia sangat Risyah. Kata nak buat majlis secara ringkas saja.” Ashraf mencebirkan bibirnya. Batrisyah tersentak. Dia tenung wajah Ashraf. Ashraf memalingkan kepalanya.
            What wrong with you Raf? Saya lihat awak sudah banyak berubah sejak awak ke pulang ke sini. Awak ada masalah ke?” tanya Batrisyah lembut. Sekiranya ada masalah mereka masih boleh berbincang. Mungkin adakalanya dia menjadi seorang gadis yang pentingkan diri sendiri.
            “Saya tiada apa-apalah. Jangan awak nak mengarut. Bila masa pulak saya berubah.” Desis Ashraf.
            “Boleh saya tanya sesuatu?”
            “Awak nak tanya apa lagi Risyah? Kan saya dah cakap saya tidak apa-apa.” Ashraf mula meninggikan suara. Kelakuan Ashraf itu menarik perhatian pengunjung lain di butik pengantin tersebut.
            “Awak masih sayangkan saya dan cintakan saya?” Batrisyah tetap menyoal. Dia pandang tetap ke dalam anak mata Ashraf namun Ashraf mengalih pandang lagi. “Raf…Risyah tanya ni.” Batrisyah mendesak.
            “Awak… saya dah bosan dengan soalan bodoh awak tu. Berapa kali saya perlu ulang kata-kata sayang dan cinta pada awak.” Rengus Ashraf. Batrisyah terkedu. Dia menundukkan kepalanya.
            “Maafkan Risyah.” Ucap Batrisyah perlahan.
            “Raf bosanlah dengan Risyah ni. Mengada-ngada.” Ashraf melangkah keluar. Terkulat-kulat Batrisyah ditinggalkan sendirian. Dia memalit senyuman pada tuan punya butik. Rasa malu menerpa. Batrisyah menghulurkan baju yang menjadi pilihan hatinya. Rasanya tidak perlulah dia memilih lagi.
            “Akak tengok bakal suami adik tu lain macam je. Betulkah dia nak kahwin dengan adik?” Wanita itu menegur.
            “Entahlah kak. Saya sendiri sudah tidak pasti lagi.”
            “Kahwin ni bukan perkara main-main dik. Lebih baik adik berbincang dengan dia baik-baik. Minta penjelasan dari dia. Akak tak mahu adik menyesal lepas kahwin nanti.” Wanita itu memberikan nasihat. Benar juga kata-katanya.
            “Terima kasih atas nasihat akak.” Setelah membuat pembayaran Batrisyah melangkah keluar. Tiada kelibat Ashraf menantinya di luar butik. Ashraf langsung tidak menunggu dia. Terpaksalah Batrisyah menaiki tren pulang ke Cheras. Makan hati dengan sikap Ashraf yang mula mengelak dari dirinya.

SEGALANYA terjawab bila Batrisyah nampak dengan kedua biji matanya sendiri Ashraf berjalan berpegangan tangan dengan seorang gadis. Jelas keceriaan terpapar pada wajah Ashraf. Cukup mesra dan romantis. Hancurnya hati Batrisyah bila melihat wajah gadis yang bergandingan dengan Ashraf itu. Gadis itu bukan orang lain tapi adiknya sendiri. Farisya….Sungguh menyakitkan apabila insan yang tersayang menikam dia dari belakang!
            Batrisyah kecewa. Rasa Dikhianati. Tertipu dan dipermainkan. Sampai hati Ashraf buat dia begini. Apakah salah dia? Di manakah silap dia hingga cinta Ashraf berpaling arah. Berhari-hari dia memikirkan perkara tersebut. Makan minumnya tidak terjaga. Tubuhnya mulai susut itu disedari oleh teman-teman sepejabat. Namun Batrisyah bijak menyembunyikan masalah di hati. Dia mengambil keputusan bertemu dua mata dengan Ashraf. Ashraf perlu memberikan penjelasan.
Janji hanya tinggal janji. Ashraf pinta Batrisyah setia namun hati lelaki itu yang berubah. Tanpa dipinta Ashraf meluahkan segala perasaan yang terpendam. Tiada lagi rasa cinta Ashraf pada Batrisyah. Cinta Ashraf sudah beralih pada Farisya. Pengakuan Ashraf melukakan hati Batrisyah. Begitu mudah Ashraf melupakan ikrar cintanya kepada Batrisyah.
            “Risyah…saya betul-betul minta maaf. Saya tahu ia akan menyakiti hati awak. Saya yang bersalah dalam soal ini. Hati saya yang berubah.” Ashraf terpaksa berterus-terang. Batrisyah perlu tahu apa yang berlaku antara dia dengan Farisya.
            “Risyah faham.” Batrisyah akhirnya bersuara. Kenyataan yang pahit itu terpaksa dia telan jua. Dia masih boleh memaafkan Ashraf yang mengkhianati cintanya. Sepuluh tahun mereka saling mengenali hati budi masing-masing hingga mengikat tali pertunangan. Sayang jodoh antara mereka hanya tertulis sampai di sini.
            I’m so sorry Risyah. Bukan niat saya mahu mengkhianati awak. Bayangkan Risyah bila kami duduk satu tempat. Awak pula jauh dari pandangan mata saya. Sakit pening saya, Fa yang jenguk. Kami saling mengambil berat antara satu sama lain dan tidak diduga perasaan cinta berputik antara kami. Kami cuba menahan perasaan itu demi menjaga hati Risyah tapi kami tak mampu Risyah.” Ashraf memandang Batrisyah yang berwajah tenang. Relakah Batrisyah berkorban cinta? Apa guna perkahwinan itu jika hatinya milik gadis lain. Batrisyah tidak akan bahagia. Batrisyah akan terluka. Batrisyah pasti akan memahaminya. Dia kenal hati budi Batrisyah. Sungguhpun Batrisyah seorang yang panas baran dan kasar namun terselit kelembutan di hati gadis itu.
            “Risyah…saya perlukan pengorbanan cinta dari awak Risyah. Saya benar-benar mencintai Farisya. Farisya juga mencintai saya. Please Risyah….saya tak nak awak terluka dengan perkahwinan kita nanti. Saya mohon dari awak Risyah jika awak sayangkan saya. Saya pinta awak lepaskan cinta kita. Tiada gunanya kita bersama lagi.” Ashraf memandang Batrisyah sayu. Batrisyah membisukan diri. Makin remuk hatinya dengan kata-kata yang cukup kejam lahir dari mulut Ashraf. Inikah balasan pengorbanan yang dia berikan.
            “Baiklah…” Batrisyah tersenyum pahit. Dia menyembunyikan kekecewaan di hati. Ya ALLAH kuatkanlah semangat hambaMU ini. Bisik hati kecil Batrisyah. Demi cinta itu dia sanggup berkorban dan menerima tohmahan.
            Ketika persandingan Ashraf dan Farisya…Batrisyah memandang dari kejauhan. Air matanya tumpah tanpa diminta. Dia buangkan dirinya dilandasan duka demi untuk orang yang dia kasihi.

ABAH meraup muka berkali-kali. Rasa kesal atas apa yang dilakukan oleh anak gadisnya. Dua hari Batrisyah menghilangkan diri pada hari majlis perkahwinannya kini anaknya itu muncul dengan mengejut. Batrisyah boleh berwajah tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Farisya hanya memakukan matanya pada kakaknya itu. Rasa benci menular di hati anak gadis itu. Farisya sememangnya tidak pernah menghormati Batrisyah sebagai seorang kakak biarpun mereka amat rapat sewaktu kecil. Batrisyah tidak ambil hati. Dunia luar telah mengubah Farisya. Siapallah dia jika dibandingkan dengan Farisya yang cerdik pandai itu. Batrisyah tidak berani untuk memandang Ashraf yang sedang duduk di sisi Farisya. Bahu Farisya dipaut erat oleh Ashraf. Lelaki itu pasti sedang bahagia bersama orang dia cintai.
            Semua ahli keluarganya menyeringai ke arah dia. Batrisyah duduk melepaskan lelah di dada. Tiada sesiapa yang tahu ke mana dia menghilangkan diri kerana Batrisyah membawa hatinya jauh ke hujung benua. Batrisyah mengeluarkan hadiahnya dari beg kertas yang dibawa. Bibirnya tidak putus menguntum senyuman.
            “Tahniah Fa. Ini hadiah untuk perkahwinan Fa.” Batrisyah menghulurkan hadiah kepada Farisya. Farisya menepis kasar hadiah yang diberikan hingga tercampak ke atas lantai. Meluap-luap kemarahan pada wajah Farisya. Telapak tangan Farisya naik pada muka Batrisyah. Batrisyah tidak membalas. Membiarkan saja tamparan Farisya itu menyinggah pada pipi gebunya.
            “Farisya! Jangan biadap pada kakak kau!” Tengking Haji Sufian.
            “Kenapa abah nak bela dengan orang yang memalukan family kita!” Membulat biji mata Farisya. Ashraf bingkas bangun memaut bahu Farisya dari terus bertindak lebih agresif.
Batrisyah menggenggam jari-jemarinya. Hatinya berdebar kuat. Dia akan cuba bertahan selagi yang mampu.
            “Bertenang Fa…bertenang….” Ashraf memujuk lembut. Rasa bersalah menyelubungi hati Ashraf. Dia yang pinta Batrisyah berbuat demikian. Dia yang pinta Batrisyah berkorban demi cintanya. Ashraf tidak memikirkan soal lain. Yang penting cinta dia dan Farisya bersatu.
            “Risyah…” Haji Sufian perlukan penjelasan dari anak gadisnya itu. Mengapa Batrisyah menghilangkan diri di majlis perkahwinannya. Farisya terpaksa menggantikan tempatnya demi menutup malu keluarga. Batrisyah mengangkat kepala memandang pada wajah ayahnya.
“Risyah tahu tak apa yang Risyah sudah buat?” Haji Sufian meninggikan nada suaranya bila Batrisyah membisu.
            “Risyah ada sebab Risyah sendiri.”         Balas Batrisyah tegas. Bukan dia mahu berkurang ajar tapi dia perlu berlakon demikian. Dia tidak mahu lakonannya gagal di depan ayah dan adik-beradiknya.
            “Apa sebab Risyah buat begini pada abah? Cuba Risyah cakap pada abah!” Haji Sufian kenal sangat dengan sikap keras kepala Batrisyah. Nampak saja Batrisyah seorang yang pendiam dan tidak suka melawan kata bila dimarahi.
            “Entahlah abah. Risyah cuma rasa perasaan Risyah pada Raf dah hilang. Risyah tiada hati mahu teruskan perkahwinan dengan Raf. Itu sebab Risyah ambil keputusan untuk lari dalam majlis perkahwinan kami.” Batrisyah memang pelakon yang baik. Tutur katanya tidak berbelit dan lancar sekali.
            “Tiada apa yang hendak malu lagikan. Fa pun sudah menggantikan tempat Risyah. So settle problem kan.” Tambah Batrisyah lagi.
            “Risyah!” Telapak tangan Haji Sufian nyaris hinggap ke pipi Batrisyah.
Batrisyah tidak berganjak. Dia seakan menadah mukanya untuk menerima tamparan dari ayahnya. Itu hukuman yang wajar dia terima kerana telah melukakan hati seorang ayah! Bijak macam mana Batrisyah berlakon dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya dari seseorang yang turut berada di situ. Haji Sufian merengus kecil kemudian melangkah ke anak tangga. Dia takut bila amarahnya sampai kemuncak. Teruk Batrisyah dikerjakan nanti. Dia sudah berjanji dengan arwah isterinya menahan sikap barannya pada anak-anak.
            “Risyah! Kau memang melampau! Lebih baik kau tidak balik terus ke kampung Risyah! Aku tak mahu tengok muka kau di sini. Berambus kau!” Desis Akasyah. Meluat untuk memandang wajah Batrisyah lebih lama. Dia bingkas bangun meninggalkan ruang tamu diikuti dengan yang lain kecuali adik bongsu mereka, Qais. Qais merapati Batrisyah yang masih tidak berganjak dari tempat dia duduk.
            “Risyah akan keluar dari rumah ini jika abah yang menghalau Risyah!” Balas Batrisyah. Haji Sufian berpaling.
            “Abah kesal dengan Risyah. Abah kesal…Jangan Risyah tunjuk muka Risyah lagi pada abah!” Haji Sufian meneruskan langkahnya. Hanya suaranya masih bergema di dalam gegendang telinga Batrisyah.
Batrisyah mengetap bibir. Air matanya bergenang. Maafkan Risyah…Abah! Maafkan Risyah! Risyah memang kejam! Risyah jahat! Tapi Risyah tiada niat untuk melukai abah dan yang lain. Kata-kata yang terluah di dalam hati Batrisyah.
            “Sayang betul beli hadiah mahal-mahal tapi tidak diterima.” Batrisyah bingkas bangun lalu memungut hadiah yang dibelikan untuk Farisya dan Ashraf itu. Qais memerhatikan saja gelagat kakaknya itu. Dia perasan ada titisan air mata tumpah pada balutan hadiah itu. Qais merapati Batrisyah. Telapak tangannya melekap pada bahu Batrisyah.
“Kak Risyah…kakak boleh menipu mereka tapi kakak tidak dapat menipu Is.” Batrisyah mengangkat kepala. Dia menyeka air mata yang mengalir. Dia tidak mahu Qais melihat dia menangis.
            “Kenapa berselindung dari perkara yang sebenar? Kakak sanggup tersisih dari keluarga kerana orang lain. Memandaikah kakak berbuat demikian?” soal Qais.
            “Demi sebuah cinta dan kasih sayang kakak sanggup dibuang keluarga sendiri Is.” Itu kata balasan yang Batrisyah berikan. Dia sendiri tidak menduga sanggup berbuat demikian demi cinta Ashraf  kepada Farisya. Bukan niatnya untuk menganiayai Farisya.
            “Apa yang kakak dapat dengan mengorbankan kebahagiaan kakak demi mereka? Kebencian! Kebencian yang kakak dapat! Kakak ingat Is tak tahu yang Raf bermain cinta dengan kak Fa. Kakak buat begini demi abang Raf bukan? Demi cinta bodoh kakak pada lelaki tak berguna itu!” Qais mula meninggikan suara. Tidak senang hati dengan perlakuan Batrisyah yang diperbodohkan oleh Ashraf. Lupakah Ashraf pada budi Batrisyah? Jika bukan kerana Batrisyah lelaki itu tidak berdiri megah seperti sekarang. Batrisyah yang menanggung separuh dari perbelanjaan Ashraf ketika lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negeri. Batrisyah berkorban segala-galanya.
            “Is tak perlu campur dalam urusan kakak. Kakak tahu apa yang kakak buat.”
            “Tapi apa yang kakak buat ini tidak betul!” Bantah Qais.
            “Kakak tahu apa yang kakak buat itu salah. Kakak memalukan keluarga kita depan orang kampung. Kakak hancurkan hati abah. Kakak hancurkan hati kakak sendiri. Kau ingat kakak suka buat ini semua? Meskipun kakak melepaskan Abang Raf pada Fa namun jauh di lubuk hati kakak masih amat mencintai dia. Demi cinta dan kasih sayang kakak pada Abang Raf dan Fa….kakak sanggup menanggung semuanya.”
            Kaki yang melangkah tidak diundur lagi. Batrisyah menyepikan diri dari keluarga. Sebarang berita tidak dikirimkan untuk mengubat kecewa di hati. Kembalinya Batrisyah kerana rindu yang tidak tertahan di hati. Inginkan dirapatkan semula perhubungan yang keruh. Sayangnya…kehadiran Batrisyah tidak dialu-alukan. Cerita lama masih diungkitkan.
            Batrisyah menyapu air mata yang mengalir. Mengingati cinta silam pasti buat air matanya gugur. Dia menutup album gambar kenang-kenangan bersama Ashraf di saat asyiknya cinta antara mereka dulu. Batrisyah sepatutnya tidak menyimpan gambar-gambar itu lagi. Ashraf telah ditakdirkan bukan miliknya. Batrisyah harus tamatkan segala cerita cinta bersama Ashraf. Melepaskan cinta yang membelenggu hatinya itu pergi.

7 comments:

  1. adoyai,sedihnya...benci btol ngan farisya and ashraf...
    klu sye dengan si ahraf tu dh lme sye 'tembak' dia...t'lebih emo pulak...

    ReplyDelete
  2. Jgn emo...Asharaf tu lelaki tak setiakan hehehehe

    ReplyDelete
  3. bencinya..dgn farisya n ashraf....hopefully Batrisyah dpt kebahagiaan...

    ReplyDelete
  4. rase mak sepak2 je farisya ngan asyraf 2..
    dush2..
    tula farisya,,wat camtu lagi,,2 yg sampai skrg rase tak secure je..

    ReplyDelete
  5. geram...geram...geram
    dekat farisya dan asyraf..
    asyraf tu lelaki penakut...
    kenapa x mau terus terang...
    iskh....geramnya...

    ReplyDelete
  6. jhatnye asyraf xtau mghargai cinte sesorg..
    jahatnye farisya sbb sangup merampas kekasih kakak sndir..
    kesian risya..die sgt tabah..

    ReplyDelete
  7. sbgai adik, Fa tak synag ke kat sya tuu. btulla, cinta itu buta kann. ttba je.. hehe

    ReplyDelete