TERKETAR-ketar tangan
Puan Rubiah membuka surat bersampul warna pink itu. Pink kaler…tak sesuai langsung anak bujangnya meninggalkan surat
bersampul warna begitu. Seolah-olah seerti memberikan surat cinta kepada
kekasih. Semerbak wanginya. Ini mesti Jan bubuh minyak wangi satu botol.
Sedar-sedar dari tidur yang lena tadi Jan sudah ghaib entah ke mana. Betullah
Nescafe Jan boleh buat mereka semua tertidur. Buka almari adalah berapa helai
baju yang budak bertuah itu tinggalkan. Kompemlah
anak lelaki yang seorang itu sudah lari dari rumah. Lebih kompem bila terjumpa surat bersampul pink kaler.
Ke hadapan emak yang dulu dekat di mata sekarang nun jauh
sangat dari mata Jan dah….hehehehe….jangan marah emak nanti bartambah kedutan
kat muka emak yang comel tu. Lari pula abah kahwin ke Siam dengan pembantu
rumah. J Jaga-jaga mak. Abah bukan boleh percaya sangat sejak mak
sibuk dengan aktiviti persatuan. Dengan Jan pun abah dah pandang lain macam. J
Puan Rubiah mengalih
pandang kepada Encik Mokhsin. Encik Mokhsin hanya gelengkan kepala. Dahsyat
betul pemikiran Jan. Puan Rubiah menyambung semula bacaan yang terhenti tadi.
Kak Misya dan Kak Alin menekup mulut menahan tawa.
Emakku sayang. Kirimkan salam Jan pada Zetty montel. Cakap
kat dia ‘I lap U! I lari sebab U!’ J Jan
tak sanggup jadi kerakusan Zetty montel. Hehehehehe…Jangan lupa suruh Zetty
cerminkan sikit muka dia ye. Ada hati nak kahwin dengan Encik Haizan Bin
Mokhsin ini. Huh! Ingat Jan ni Yusry dengan Fazira dalam citer Cinta Kolestrol
tu. Pleaselah…..
Emak…Jan mintak maaflah banyak-banyak ye. Bukan Jan nak
menderhaka tapi Jan tak sanggup emak. Tak sanggup! Diluah mati mak, ditelan
mati bapak. Tapi Jan tak larat nak luah dan telan. Eiiiii…kotor! Jangan
salahkan Jan sebab lari dari rumah. Emak pun tahukan Jan tak suka main-main
paksa ni. Jan dah besar bukannya kanak-kanak ribena yang asyik nak melekat
bawah ketiak emak lagi. Masa itu bolehlah emak umpan dengan gula-gula. Setakat
umpan dengan Zetty montel, tiada maknanya emak. Lawa lagi Lecthumy anak jiran
sebelah kita tu.Huhuhuhu…L
So biler emak, abah dan yang lain baca surat cinta Jan ini,
maka Jan sudah pun lari ke benua yang tidak mungkin emak dapat jejaki. Jan
membawa hati yang terluka. Luka yang tidak tahu bila ianya akan sembuh. Rasanya
tak sembuh kot? Biasanya luka ini meninggalkan parutkan. L Emak don’t worry lah. Jan pandai jaga diri. Kalau emak sayangkan Jan, emak
janganlah mintak abah potong elaun perbelanjaan Jan ye. Kesian Jan tak makan
nanti. Kat abah, Jan pun nak mohon maaf sekali lagi. Abah…tolong bayarkan ganti
rugi pada seorang aweks ni. Jan dah bagi name card abah pada dia. Mestilah abah
tahu kenapa kan? Macam biasalah abah. Psssssttt ‘Kalau abah berkenan bolehlah
jadikan mak tiri Jan’ Cun siot! Kuato abah masih kosong lagi tiga tu.
Nampaknya sampai di sini sajalah coretan cinta Jan buat emak
dan keluarga. Jan kena angkat kaki dulu. Thanks sebab sudi minum Nescafe + ubat
tidur dari Jan. Sedapnya sampai comel-comel gaya tidurnya ye. Jan dah ambik pic
untuk posisi masing-masing. Dalam sehari dua nanti bolehlah layan di FB. J
Salam sayang dari anakandamu yang sudah melesapkan diri,
Haizan. J
Oh! Tidak mungkin!
Puan Rubiah terjelupuk terus atas lantai. Sungguh Jan buat gempak sampai
emaknya jatuh pengsan. Encik Mokhsin gelengkan kepala sambil memangku kepala
isterinya. Bertuah punya anak teruna. Dia memang sudah dapat mengagak Jan bukan
serius bebenar dengan pertunangan yang isterinya beria-ia rancangkan itu.
Isterinya yang degil tidak mahu dengar cakap. Percaya sangat dengan anak kesayangannya.
Tengok apa sudah jadi? Anak terunanya lari rumah. Selalunya dalam drama atau
dalam novel anak gadis yang lari dari rumah ini terbalik. Anak lelaki lari dari
rumah sebab kena kahwin paksa.
“Abah nak kami cari Jan ke?” Tanya
Kak Misya. Jan ada saja masalah yang dia timbulkan. Dari kecil sampai besar tak
berubah-ubah. Emak pun satu. Manjakan sangat Jan. Emak ingat kalau menurut
kemahuan Jan maka Jan akan mengikut kata. Kirim salamlah.
“Tak payah.” Desis abah.
Buang karan saja mencari Jan. Buat
habiskan duit minyak mencari anak teruna yang sudah besar panjang itu.
“Habis macam mana dengan majlis
esok?” Kak Alin sudah bercekak pinggang. Angin kus-kus ni. Ikutkan hati mahu
dicarinya Jan sampai dapat. Lepas itu tambat budak yang degil nak mampus itu
pada tiang rumah.
“Cancel
saja. Takkan abah pulak nak ganti tempat adik kau tu?”
“Wah! Abah macam ada pasang niat nak
tambah lagi satu?”
“Cakap tu slow-slow sikitlah Alin. Kot didengar dek mak kau nanti naya abah
kena baling dengan pinggan-mangkuk Arcopalnya.”
Encik Mokhsin sudah letakkan jari telunjuk pada bibir.
“Aik! Takkan orang pengsan pun boleh
dengar abah?” Kak Misya kerutkan dahi. Dia pandang wajah emak yang macam tepung
gombak itu. Emak sudah tua-tua pun
masih bergaya sakan lagi. Sungguh tebal make-up
yang emak pakai. Eye shadow pun
warna-warni. Belum tengok lagi bulu mata ala-ala Rozita Che Wannya itu. Salahnya
badan mak bersaiz double XXL.
“Meh! tolong abah angkat mak korang ni naik atas katil. Abah nak
angkat seorang manalah larat. Korang
pun boleh lihat saiz mak korangkan.” Abah
kini sedang bersusah-payah mahu mengangkat tubuh Puan Rubiah. Kak Misya dan Kak
Alin saling berpandangan. Mereka mengeluh kecil. Dua-dua hulurkan bantuan.
“Tak payah!” Tiba-tiba saja Puan
Rubiah bukakan mata. Dia bingkas bangun dari pangkuan Encik Mokhsin. Mencebik
wajah Puan Rubiah.
Tengok! Betul kata abah. Emak pengsan
bukan betul-betul pengsan. Pengsan olok-olok. Macam Haji Bakhil dalam cerita
Labu-Labilah pulak. Abislah emak sudah dengar semuanya. Kak Misya dan Kak Alin
memandang abah. Abah nampak steady
aje.
“Itulah emaknya. Abah cakap tak mahu
dengar.” Abah dah mula membebel pada emak.
“Tunggu apa lagi abahnya. Kita mesti
cari Jan sampai dapat!”
“Nak cari di mana emaknya. Kita mana
tahu anak kesayangan awak itu pergi ke benua mana?”
Puan Rubiah garu kepala. Betul juga
kata suaminya. Kalau buat laporan polis rasanya boleh ke polis terima kes anak
bujangnya yang dah cukup akil baligh itu lari dari rumahnya. Tak logiklah pulak?
Macam mana ni? Dia tak sanggup nak batalkan majlis pertunangan esok. Kesian
pada Zetty. Mahu terpekik terlolong Zetty nanti. Zetty betul-betul nak kahwin
dengan Jan.
“Batalkan saja majlis pertunangan
esok.” Suara Encik Mokhsin sekali lagi. Terjegil biji mata Puan Rubiah.
Bagaimana dia mahu menghadap muka
Pak Akob sekeluarga kalau majlis terpaksa dibatalkan? Kalau
bertunang majlis masih diteruskan tanpa Jan.
“Abahnya dah gila. Mana saya nak
letak muka saya? Saya dah prepare
semuanya. Beribu-ribu duit kocek ni abis. Senang-senang saja nak batal! Abahnya
tak kesian ke pada si Zetty anak Akob tu? Histeria budak tu nanti kalau kita
batalkan majlis.”
Ini lagi seorang kepala batu. Anak
dengan emak sama saja. Ingin digantikan dengan siapa? Dalam rumah ini mana ada
lagi anak bujang yang lain. Anak kucing adalahlah. Tidak pun adik Lecthumy
jiran sebelah mereka yang baru nak masuk umur dua puluh tahun.
“Itulah emaknya. Suka sangat
memaksa. Saya tak nak masuk campur. Pandai-pandailah awak selesaikan sendiri
ye.”
“Abahnya….” Puan Rubiah sudah
menunjuk perasaannya. Kejap lagi mahu bertaburan pinggan-mangkuk Arcopal di dapur. Encik Mokhsin buat
tidak endah. Pinggan mangkuk Arcopal tu
bukannya duit dia. Duit bini dia. Lantaklah nak pecah berapa dozen sekalipun.
Pecah sedozen bininya akan beli yang baru.
“Batalkan saja mak.” Kak Alin
menyokong kata-kata abahnya. Tak boleh nak buat apa-apa lagi dah.
“Entah mak ni. Misya dah cakap yang
Jan takkan suka pada Zetty yang montel bangat tu mak tak percaya. Tengok Jan
dah lari dari rumah. Tak tahulah berapa tahun baru dia nak balik sini.” Desis
Kak Misya.
Emaklah yang degil asyik desak Jan kahwin
dengan Zetty. Kalau Jan yang tergila-gilakan Zetty tak mengapalah jugak. Ini
Zetty yang tergila-gilakan Jan. Tak boleh nak menolongnya. Kak Misya pun bukan
suka sangat pada Zetty. Kuat melantak! Datang saja nak melantak. Tak tahu malu
betullah. Siapa yang nak berselera tengok Zetty. Tam-tam kucing siam kesayangan
Kak Misya pun takut tengok kelahapan Zetty. Inikan pula Haizan Bin Mokhsin.
“Cakap memang senang. Mak tak kira
mak nak teruskan pertunangan ini tidak kiralah Jan ada atau tidak! Hal Jan kita
bereskan kemudian. Yang penting majlis berjalan.” Nekad Puan Rubiah. Dia yakin
Jan pasti akan balik ke rumah jugak nanti. Anak bujangnya itu mana biasa hidup
berdikari di luar.
“Terpulanglah pada awak Puan Rubiah
oiiii! Apa-apa hal nanti saya tak nak masuk campur.”
“Abahnya memang selalu tak pernah
nak menyokong tau. Takper-takper….saya
akan cari anak kita sampai dapat. Tak jauh ke mananya dia lari. Dia mesti duduk
di rumah kawan-kawan dialah tu.” Puan Rubiah memuncungkan bibirnya. Entah-entah
suaminya berpakat dengan Jan. Dalam tidak rapat kadang-kala Jan dan abahnya
satu kepala juga.
“Budak tu dah besar emaknya.” Encik
Mokhsin malas nak bertekak dengan isteri tercinta. Buat habis air liur saja.
Dia sudah melangkah keluar dari bilik tidur Jan. Kak Misya dan Kak Alin menuruti
langkah kaki abah mereka. Dua orang anak gadisnya itu memang selalu menjadi
tulang belakang Encik Mokhsin. Kalau tiga lawan satu macam mana Puan Rubiah nak
menang. Puan Rubiah mesti tunjuk boikot pada Encik Mokhsin anak-beranak.
Terketap-ketap bibir Puan Rubiah.
Geram yang amat sangat! Puan Rubiah tertipu bukan Tipah yang tertipu ye.
Tertipu dengan tipu muslihat anak sendiri. Jan! Puan Rubiah melaung nama si
anak. Emak akan cari kau sampai ke lubang cacing!
JAN terbatuk kecil.
Macam ada orang yang sebut nama dia. Dia pandang kiri kanan. Muka Safuan masih
tidak kelihatan. Kata sekejap saja masuk pergi ke tandas. Ini sudah hampir dua
jam dalam tandas. Berak sembelit ke? Apalah yang Safuan makan masa di
perhentian rehat tadi. Jan mula tidak
senang duduk. Bosan tunggu orang membuang air besar ni. Sementara nak menunggu
Safuan baik dia masuk ke dalam supermarket yang sudah berada depan mata. Boleh
juga dia beli barang-barang keperluan sikit. Jan tinggalkan pesanan melalui
telefon bimbitnya.
BILLION….Hebat nama supermarket di
Teluk Intan ini. Macam nama supermarket orang-orang kaya bunyiknya. Ramai sungguh pengunjung. Patutlah! Ada jualan murah.
Jan melangkah masuk. Ini yang dia malas nak bersesak dengan orang ramai. Sesak
nafas dibuatnya. Beginikah keadaan supermarket untuk orang-orang yang taraf
hidup bersederhana ini. Jan hanya ternganga macam orang batak melihat gelagat pengunjung yang berebut-rebut mendapatkan
barang. Jan capai sebotol minyak wangi jenama Dashing. Bulat matanya melihat
harga yang tertera pada minyak wangi tersebut. Biar betul! Murahnyaaaaa!
“Ini sudah bagus!”
Safuan terkebil-kebil tengok Jan
mengangkut barang yang banyak. Tak menang tangan dilihatnya. Entah apalah yang
dibeli oleh temam baiknya itu. Jan shopping
mengalahkan orang perempuan pulak. Jan letakkan barangnya dalam raga
motorsikal Safuan. Safuan hanya mampu menggelengkan kepala.
“Baik kau beli terus supermarket tu,
Jan.” Safuan seakan memerli. Diingatkan bukan perempuan saja yang suka window shopping ini. Lelaki pun ada
tahu. Contohnya lelaki kacak depan mata dia ini. Untuk pengetahuan semua Jan
sebenarnya tak boleh tengok kalau ada jualan murah ni. Kalau boleh satu window shopping dia nak pulun. Itu belum
tengok lagi gelagat Jan masa bershopping.
Mahu haru jadinya bila keluar bersama mamat seorang ini.
“Gila siot! Murah betul
barang-barangnya. Berpinar mata aku.” Beria-ia Jan bercerita. Minyak wangi
Dashing mana boleh dapat harga puluhan ringgit. Selalunya dia beli cecah
ratusan ringgit beb. Diskaun pun takat sepuluh atau dua puluh percen.
Safuan gelengkan kepala lagi.
Beginilah gelagat anak orang bandar ye. Agak batak-batak sikit. Mujur Jan tak makan orang Jan makan nasik. Tak tahulah macam mana keadaan
Jan bila dia tinggal di kampung. Jangan menangis nak balik rumah sudah! Tak
kuasa dia nak hantarkan Jan balik Ke Kuala Lumpur. Mereka perlu meneruskan
perjalanan yang terbantut.
aduhai jan.....heheheheheh
ReplyDeletekelakar btul surat cinta jan tu.hahaha...x sngaka jan ni kuat shopping ^___^61
ReplyDeleteLawak btl la si jan nie..
ReplyDeleteMmg ssuai sgt la ngn si a'an tu
aduh jan... shopping mengalahkan perempuan.
ReplyDeleteKelakar gila lah
ReplyDelete