Tab Menu

Followers

Wednesday, October 10, 2012

Nilai Cintanya - NC15



“HUH! Tunjuk suci konon. Kata tak suka tapi lelaki itu yang hantar Kak Sufi kan?” Johana mencebirkan bibir. Malam tadi Ameer Dylan ada menelefon mamanya dan memberitahu yang Sufi Alisha di hospital. Buang masa untuk melihat keadaan kaka tirinya itu. Entah-entah berseronok dengan Ameer Dylan. Mulut saja kata tidak suka.

            Sufi Alisha hanya membisu. Bukan dia yang meminta Ameer Dylan menemani dia. Lelaki itu yang beria-ia mahu mengikutnya. Adakalanya Sufi Alisha letih melayan kerenah tidak menentu Ameer Dylan. Sufi Alisha terus masuk ke biliknya.

            “Betullah apa Jojo cakap kan?” Johana sengaja menguatkan nada suaranya. Biarkan hati Sufi Alisha bertambah sakit.

            Sufi Alisha tidak terasa hati dengan kata-kata Johana. Apa yang menyesakkan fikiran Sufi Alisha adalah berkaitan dengan Ameer Dylan. Ameer Dylan tidak kenal erti penat agaknya mendesak dia. Sufi Alisha mengubah sedikit pandangannya pada Ameer Dylan. Syukur lelaki itu menyelamatkan dia dari peragut malam itu. Malah lelaki itu menemani dia sepanjang malam dia berada di hospital.

AMEER Dylan tidak selesa dengan bau badannya yang melekit. Dia perlu mandi dan tidur sebaik sampai di rumah nanti. Hari cuti begini sepatutnya berehat-rehat saja. Dia terpaksa pulang menaiki teksi. Terlupa keretanya ditinggalkan. Ameer Dylan menanggalkan kasut lalu dicampakkan pada luar berada. Dia tida mengendahkan Tuan Haji Abbas yang berada di taman mini kawasan banglo mewah itu.

            “Kamu ke mana malam tadi Dylan?” Soal Tuan Haji Abbas yang sedang membaca akhbar di kerusi malasnya. “Mana kereta kamu, Dylan?” Sambung Tuan Haji Abbas.

            “Ameer Dylan merapati ayah angkatnya itu.

            “Dylan di hospital.”

            “Hospital?” Berkerut dahi Tuan Haji Abbas. Dia lihat tubuh badan Ameer Dylan tiada kecederaan. Kenapa pula Ameer Dylan berada di hospital?

            “Bakal isteri Dylan masuk hospital malam tadi. Dia kena ragut.” Ameer Dylan tidak berselindung.

            “Dylan….”

            “Ayah…Dylan dah nekad mahukan Sufi Alisha.”

            Apa kena dengan Ameer Dylan ni? Tidak sudah-sudah buat hal mengarut. Dia sudah lihat secara terang-terangan yang gadis bernama Sufi Alisha itu tidak sukakan Ameer Dylan.

            “Dylan…perkahwinan ni tanggungjawabnya besar. Hal kahwin ini bukan perkara main-main? Bila suka kahwin bila dah tak suka cerai.” Tuan Haji Abbas tidak mahu melihat anak orang lain menderita kerana Ameer Dylan. Lihatlah anak muda zaman sekarang yang berkahwin. Belum sampai setahun pun sudah ada yang bercerai. Isu penceraian memang kerap terpapar di muka akhbar.

            “Dia pasti akan bersetuju berkahwin dengan Dylan. Ayah tengok sajalah nanti.”

            “Setuju kerana paksaan?” Itu yang Tuan Haji Abbas tidak suka.

            “Apa jua caranya, Sufi Alisha akan tetap jadi milik Dylan nanti. Dylan nak mandi dan tidur. Dylan masuk dulu ayah.” Ameer Dylan melangkah pergi.

            “Budak ni…” Tuan Haji Abbas melepaskan keluhan berat.

            Ameer Dylan menanggalkan kemejanya lalu dilemparkan atas katil. Jelas otot-otot pada tubuhnya itu. Tubuh sasa idaman gadis. Ameer Dylan tersenyum sendiri. Jika dia miskin segala pakej yang dia miliki ini tiada gunanya. Bila ada wang semua ada dalam genggaman.

            Ameer Teringat wajah cemberut Aya. Dia tinggalkan gadis begitu saja di hotel. Dia tahu Aya bengang dengan tindakannya. Pedulikan dengan pramugari jelita itu. Aya juga punya ramai teman lelaki. Gadis itu sama saja ligatnya dengan Delina. Apa yang dia inginkan sekarang adalah Sufi Alisha. Gadis itu lain sikit dari Delina mahupun Aya. Bunga liar dalam hutan.

            Plan A dan plan B telah gagal. Gadis kepala batu itu memang susah sekali ingin dijinakkan. Ameer Dylan perlukan plan C pula. Ameer Dylan sudah merencanakan buat Sufi Alisha. Si kasanova maco mana boleh kalah pada gadis biasa yang berlagak pandai macam Sufi Alisha itu.


“SAKIT hati I dengan si kasanova tu.” Rungut Delina. Dia henyakkan punggungnya di atas sofa. Kepalanya disandarkan pada dada bidang itu.

            “You kena sabar. Ingat plan kita.” Lelaki yang tidak dikenali itu menghembuskan kepulan asap rokoknya.

            “Damien…you tahu Dylan tu bukan senang I nak tangani. I ajak kahwin dengan I pun dia tak mahu. Penat saja I berlakon I pregnant.”
           
            Lelaki berkumis nipis dan rambut panjang separas bahu itu hanya tersenyum. Delina ni memang tidak tahu bersabar. Lelaki bernama Damien itu mula membelai rambut Delina.

            “Nasib baik dia memang handsome.” Delina menarik rokok pada bibir Damien.

            “I ni kiranya tak handsomelah.” Damien buat muka merajuk. Delina bingkas bangun dan merangkul leher Damien.

            “Sayang…I hanya hak milik you seorang. Hati I sudah lama I serahkan pada you.” Delina mula bersuara manja.

            “Tapi ingat Delina…kalau you khianati I maka you perlu membayar harganya. Dan you kena ingat yang I kutip you di jalanan itu.” Damien memaut dagu Delina.

            “I ingat sayang….you ingat I akan jatuh cinta dengan si kasanova itu? I kena fikir seratus kali tau.”

            Damien tersenyum sinis. Perempuan hanya manis di bibir tetapi lahir di hati. Dia menarik tubuh Delina ke dalam pelukannya. Dia tidak boleh menggunakan cara kasar untuk memusnahkan Ameer Dylan. Ameer Dylan perlu ditangani dengan cara halus. Dia mahu lihat lelaki yang gah dengan kekayaannya itu jatuh tersungkur. Dia mahu Ameer Dylan tinggal sehelai sepinggang. Dia juga mahu Ameer Dylan mati! Baharu terlunas segala hutang Ameer Dylan pada dia.

            “Damien…I nak tahu apa dendam kesumat you pada Dylan sampai you mahukan nyawa dia sebagai galang ganti.” Delina sudah rebahkan kepalanya pada ribaan Damien. Damien terlalu banyak berahsia dari dia. Damien tidak seperti Ameer Dylan yang punya teman wanita silih berganti.

            Damien seorang dingin dan sukar didekati. Sikap kasar Damien adakalanya menakutkan Delina. Baran lelaki itu bukan boleh dijangka. Hutang budi menyebabkan Delina tidak boleh meninggalkan Damien. Tangan dan kakinya sudah diikat oleh lelaki itu.

            “Berapa kali you mahu bertanya soalan yang sama kepada I?” Damien menjeling Delina dengan ekor matanya.

            “I nak tahu sangat…” Delina memujuk lembut.

            “Hutang darah perlu di bayar dnegan darah.”

            “Siapa yang mati Damien?”

            “Jangan banyak tanya. You buat saja kerja you!” Damien sudah meninggikan suaranya.

            Delina terus menguncikan mulut. Dia tidak mahu menaikkan amarah Damien lagi. Walau Damien tidak pernah naik tangan pada tubunya lelaki itu akan menjahamkan barang-barang di kondominiumnya ini. Barang-barang perhiasan itu semua harga mencecah ribuan ringgit. Hadiah dari Ameer Dylan.



TUAN Haji Abbas memerhatikan gelagat Sufi Alisha dalam diam. Gadis itu seorang yang penyabar dan tidak merungut melayan kerenah orang-orang tua di situ. Senyumannya sentiasa mekar di bibir. Latar belakang Sufi Alisha diselidiki secara mendalam. Sufi Alisha gadis yang tampak lembut di luarannya tetapi seorang yang berpendirian tegas. Apa yang tidak sedap di hati Tuan Haji Abbas adalah niat tidak baik Ameer Dylan. Ameer Dylan mahu memiliki Sufi Alisha bukan kerana keperibadian gadis itu tetapi kerana egonya tercabar.

            Ameer Dylan tidak layak untuk gadis sebaik Sufi Alisha. Anak angkatnya itu hanya tahu menjahamkan anak gadis orang sahaja. Jika Ameer Dylan tidak teruk, dia memang tidak akan menghalang niat Ameer Dylan untuk memperisterikan Sufi Alisha.

            “Tuan Haji berkenan dengan gadis itu ke?” Soal pemandunya Sudin. Tidak berkelip mata Tuan Haji Abbas memandang gadis muda terbabit.

            Tuan Haji Abbas ketawa kecil.

            “Apa yang kamu mengarutkan ini Sudin? Budak perempuan itu sama baya dengan Dylan.”

            “Apa salahnya Tuan Haji…Tuan Haji pun sudah lama menduda.”

            “Tiada terlintas di fikiran saya mahu berkahwin dengan gadis muda sepertinya. Apa pendapat awak tentang budak perempuan itu, Sudin?”

            Sudin mengusap janggut yang ada seciput di dagunya itu. Dia tersengih memandang Tuan Haji Abbas.

            “Cantik tu taklah sangat tapi ayu dan manis. Kalau dipadankan dengan saya pun memang sesuai sangat dah.”

            “Apa salahnya kalau kamu jujur Sudin. Tapi mahu ke si Imah nak bermadu? Kamu kena dapatkan kebenaran dari isteri kamu dulu. Jangan main ‘langgar’ je. Pastikan kamu berkemampuan dan adil kelak. Jangan berpoligami hanya kerana nafsu.” Tuan Haji Abbas mengangkatkan sebelah keningnya. Dia tahu Sudin sekadar mahu berseloroh dengan dia.

            “Saya berseloroh je Tuan Haji. Cukuplah ada Imah seorang.”  Isterinya itu kekasih awal dan akhir. Mana duit kocek ini mampu mahu menanggung sampai dua orang isteri.

            “Kamu tahu tak Dylan mahu berkahwin?”

            “Hah?!” Terlopong besar mulut Sudin. “Tuan Haji tak buat lawak dengan sayakan?”

            “Saya bercakap benda yang betul.”

            “Jadi…” Sudin kembali mengalihkan pandangan matanya pada gadis tersebut.

* tangan sakit nak tulis huhuhu....

8 comments:

  1. harap2 sufi maintain ketegasannya dlm menangani isu ameer cuba memikatnya. Jgn ler lemah hati, mengalah dan menjadi wanita lembik yg tiada pendirian. Penat baca cerita sebegitu...

    Biarlah ada potrayal wanita sbg seorg yg bijak menangani masalah, berfikiran jauh dan bijak berstrategi...

    ReplyDelete
  2. Salute dgn sikap tegas Sufi. Seharapnya ia berterusan & jika dia memilih Amir, biar Amir yg tersungkur dan berubah dari sikap skrg ke sikap lebih baik.

    Setuju dgn. komen di atas, terlalu banyak cerita wanita yang lembik & terlalu lembut. Tiba masanya ada anjakan paradigma ttg watak wanita yang sepatutnya.

    Tunggu sambungan dari cik penulis... apa tindakan selanjutnya dari Amir.

    - MAYA -

    ReplyDelete
  3. tgh tunggu masa bila pulak dylan yg jatuh tersungkur dgn sendiri, bkn sufi. haha. riak sgt mamat tu.

    ReplyDelete
  4. harap2 dylan sanggup berubah kearah kebaikn..

    ReplyDelete
  5. Tq pada semua yang memberikan komen dan pandangan ^^

    ReplyDelete
  6. sis ilya bila nk upload n3 NC16, tk sbr nk bce la

    ReplyDelete