AMEER Dylan memandang siling. Dia sudah tidak memandang pada fail-fail yang
bersusun di atas mejanya itu. Fikirannya merewang ke arah lain. Hatinya masih
dilanda keraguan dengan penerimaan Sufi Alisha. Sekelip mata saja gadis itu
berubah fikirannya. Ini yang buat dia tidak senang duduk. Mesti ada sesuatu
yang membuatkan Sufi Alisha berubah fikiran. Kalau kerana gambar tersebut tidak
mungkin sama sekali. Sufi Alisha bukan gadis yang mudah tunduk pada ugutan.
Pintu bilik pejabatnya itu diketuk
perlahan. Siapa pula yang mengganggu dia ketika ini. Azie sepatutnya memaklumkan
dahulu tetamu yang hadir. Masakan Azie tiada di tempat duduknya.
“Masuk!”
Tombol pintu dipulas perlahan.
“Selamat petang sahabat lama.” Ujar
lelaki yang baharu melangkah masuk itu.
Ameer Dylan bingkas bangun dari
kerusi. Dia membulatkan anak matanya. Lelaki itu sekadar memalitkan senyuman di
bibir.
“Damien!” Ameer Dylan meluru dan
memeluk erat tubuh Damien. Sahabat yang hampir tujuh tahun tidak ke temu.
Sungguh dia menduga akan bertemu dengan Damien semula. Raut wajah tiada yang
berubah. Gaya rambut sahabatnya itu yang sudah berubah. Rambutnya yang dulu
kemas pendek kini dibiarkan mencecah bahu.
Carolyn pasti teruja jika bertemu
semula dengan Damien. Bayangkan Damien menghilangkan diri tiba-tiba setelah
kematian kekasihnya Sofeena. Mereka terus terputus hubungan. Damien seolah-olah
membawa diri. Adakah kesedihan di hati Damien telah terubat?
“Celaka you Dylan…you semakin segak
dan kacak sekali.” Damien menepuk-nepuk
belakang Ameer Dylan.
“Hahahaha…well macam you tidak kenal I?”
“Berapa panjang senarai teman wanita
you? Boleh adjust seorang untuk I.”
“Damien….you dah nampak berubah.”
“Manusia akan berubah Dylan.”
“So…hati
you sedia mencari pengganti arwah Sofeena?”
“Dylan..yang pergi tidak akan
kembali. Kita yang hidup ini perlu teruskan hidup.”
“Itu yang sepatutnya you buat tujuh
tahun yang lalu. Sampai bila you mahu menangisi orang yang tiada?” Ameer Dylan
menjemput Damien duduk.
“Betul kata you. I sepatutnya
melupakan arwah Sofeena. Mungkin I akan bertemu dengan gadis yang secantik
arwah Sofeena.”
Damien memandang wajah Ameer Dylan
tajam.
“Arwah Sofeena menjadi cantik kerana
I tahu. I yang ubah dia.” Ada jua kenangan manis di dalam hidupnya.
Gelagat Sofeena memang sering
melucukan hati. Tapi dia hairan…meskipun Sofeena menjadi gadis cantik,
dia tidak pernah punya perasaan untuk memiliki gadis itu. Mungkin kerana dia
tahu akan perasaan Damien pada Sofeena maka Sofeena tidak diusik. Namun ada
sesuatu rahsia yang dia pendamkan dari Damien berkenaan dengan Sofeena.
“Siapa sangka si kasanova boleh ubah gadis kolot seperti arwah Sofeena
menjadi gadis idaman jejaka. I respect
pada you, Dylan.” Damien mengangkatkan keningnya.
Ameer Dylan tersenyum.
“Walau arwah Sofeena dah jadi cantik ketika itu, I tidak potong line sebab dia buah hati teman baik I.”
Ada senyuman sinis di hujung bibir Damien.
“Kita tutup cerita dan sekarang kita buka cerita baru.”
“Betul tu. I teringin nak tahu ke mana you menghilangkan diri selama
tujuh tahun ini?” Lenyap begitu sahaja. Sebarang berita tidak dikirimkan.
“I hanya mencari ketenangan merantau dipelusuk dunia. You pun tahu I minatkan
fotografi. So…you dan Carolyn apa
cerita. I dengar Carolyn sudah berkahwin dan punya ada seorang.”
Ameer Dylan mengusap dagu.
“Kawan kita tu minah jiwang. Usia masih muda sudah gatal mahu berkahwin.
Sekarang ini dia turun dan naik makhmah uruskan perceraian dia dengan husband
dia. Masa berkahwin semuanya indah, selepas ada anak si Jason itu main kayu
tiga. Siap kena sepak terajang lagi tu. I simpati dengan nasib Carolyn.”
Cerita Ameer Dylan.
Perkahwinan atas dasar cinta juga tidak menjamin kebahagiaan. Isu
penceraiaan sudah kian meningkat. Apa tidaknya, ada yang berkahwin esok tapi
lusa sudah bercerai. Manusia hanya mengikut tuntutan nafsu. Kahwin atas dasar
kontrak dan perjanjian. Kahwin atas pilihan keluarga dan kahwin kerana terdesak
pun ada. Agaknya ini yang dimaksudkan oleh Sufi Alisha. Perkahwinan bukan atas
dasar tuntutan nafsu, tetapi atas dasar tuntutan agama. Kenapa pula dia
terfikirkan kata-kata gadis itu? Buat semak kepala otak ini sahaja.
“Ada masa you bawa I bertemu dengan Carolyn.” Pinta Damien.
“I free tonight, so boleh I
bawa you bertemu dengan Carolyn.”
“That’s good. Apa pula cerita
tentang you yang I tidak tahu. Atau you sekarang sudah bertaubat. Sudah jadi
lelaki baik-baik.”
Ameer Dylan ketawa.
“Ameer Dylan yang tujuh tahun dulu dan yang sekarang tetap sama. Cinta
hanya salah satu hobi masa lapang I. I tidak boleh jatuh hati pada perempuan.
Jika untuk teman tidur satu malam bolehlah.” Desis Ameer Dylan. Bukan mudah hatinya untuk
ditakluki dengan cinta. Ramai perempuan cantik yang mendampinginya namun dia
tiada apa-apa perasaan pada mereka.
“Jadi ura-ura you nak berkahwin itu hanya khabar angin sahaja lah?”
Damien ingin menduga.
“Bagaimana you tahu tentang hal I nak berkahwin tu?”
“Dylan…kuala lumpur ini bukannya besar. Lagi-lagi kalau orang itu ada
nama macam you.”
Ameer Dylan menjongketkan bahu. Dia
tidak menafikan kata-kata Damien itu.
Macam-macam orang mengata tentang dia. Dia sudah tidak ambil peduli.
Dalam Kuala Lumpur ini bukan dia seorang sahaja yang jahat masih ramai lagi
yang lebih jahat dan dahsyat dari dia.
“I rasa you tidak perlu tahu tentang
plot drama yang sedang I arahkan itu. Youkan lelaki baik-baik.” Ameer Dylan
memengang bahu Damien.
“It’s
okay. Jika begitu kita keluar makan. I ada banyak cerita mahu berkongsi
dengan you.”
“Good
idea.”
UMI
Embun merenung wajah Sufi Alisha. Dia genggam jari-jemari Sufi Alisha dengan
erat. Sungguh perkhabaran itu mengejutkan Umi Embun. Apakah Sufi Alisha sudah
fikirkan semasak-masaknya dengan keputusan tersebut. Dia takut hati dan
perasaan gadis itu akan terluka. Dia tidak mahu melihat Sufi Alisha berendam
dengan titisan air mata.
Sufi Alisha mamalitkan senyuman. Dia
tahu apa yang ada di fikiran Umi Embun itu. Umi Embun risaukan akan dia. Umi
Embun takut dia terluka dan dilukai. Dibalas genggaman jari-jemari Umi Embun
itu.
“Sufi…Umi sayangkan Sufi…”
“Sufi tahu umi.”
“Sufi fikirkan semula keputusan Sufi
itu ya?”
Sufi Alisha menggeleng.
“Umi…setiap perkara yang berlaku itu
ada hikmah di sebaliknya. Umi tidak perlu bimbang tentang perkara itu. Apa yang
Sufi buat adalah untuk ke arah kebaikan. Insya-Allah…Sufi yakin dalam hatinya
pasti ada cahaya untuk dia keluar dari kepompong kegelapan.”
Umi Embun terdiam.
“Sufi janji dengan umi yang Sufi
tidak akan sisihkan umi walau apa yang berlaku. Umi mahu jadi tulang belakang
Sufi. Umi mahu Sufi tahu yang Umi sentiasa di sisi Sufi.” Umi Embun tidak mahu
perhubungan mereka terputus setelah Sufi Alisha berumah tangga kelak.
Sufi Alisha anggukkan kepalanya.
“Insya-Allah Umi…Umi tetap seorang
yang penting dalam hati Sufi. Sufi jua berharap apa yang berlaku kelak Umi
yakin dan percayakan Sufi.” Masih ada ujian yang mencabar di hadapannya. Siapa
yang tahu percaturan dari Allah.
“Ya Sufi. Umi percaya dan yakin pada
Sufi.” Umi Embun mengukirkan senyumannya jua. Walau hati tuanya masih berasa
walang.
Sufi Alisha memeluk tubuh umi Embun.
Setitis air mata jatuh membasahi pipi gebunya. Dia mengerti apa yang dilakukannya
itu dianggap sebagai satu tindakan bodoh oleh orang lain. Jeffry memarahi akan
keputusannya itu. Perkhabaran tersebut telah mengundang kemarahan Jeffry yang sudah
beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Beberapa hari lepas Zairul Hisyam
ada menemuinya. Lelaki itu juga menyatakan rasa kesal dengan keputusannya untuk
berkahwin dengan Ameer Dylan. Malah jelas rasa kecewa di raut wajah Zairul
Hisyam kerana Sufi Alisha menolak lamarannya tika itu.
“Sampai hati awak, Sufi..” Bergetar
nada suara Zairul Hisyam.
“Maafkan saya,” Dia tahu dia telah
menghiris perasaan lelaki di hadapannya itu.
“Awak langsung tidak berikan peluang
kedua kepada saya. Kenapa lelaki seperti itu yang awak jadikan seorang suami.
Apakah awak sudah tidak waras Sufi atau awak mengejar kekayaan.”
“Astagfirullah A’lazim…Zairul selama
ini kita berkawan baik tetapi tidak sangka awak fikir saya gadis sebegitu.
Jangan mengikut perasaan Zairul…Jangan awak kecewakan hati ibu awak. Kesian
pada gadis yang menjadi tunangan awak itu. Awak kena belajar mencintai dia. Bercinta
selepas kahwin adalah lebih indah.” Nada bicara yang lembut tetapi ada
ketegasan di dalamnya.
Zairul Hisyam terpaku. Sungguh dia
tidak rela mahu melepaskan cinta di hatinya buat Sufi Alisha.
“Sufi Alisha….hati saya tetap mencintai
awak.” Gumam Zairul Hisyam. Kekerasan hati Zairul Hisyam tidak diduga.
Sudahnya tiada penyelesaian
perbincangan antara mereka.
“Sufi Alisha!” Namanya bergema kuat.
Sufi Alisha tersentak. Dia bingkas
bangun. Umi Embun menuruti langkahnya. Seorang gadis menerpa ke arah Sufi
Alisha. Wajah bengis gadis itu dipandang Sufi Alisha. Dia kenal dengan gadis
ayu ini. Tunangan kepada Zairul Hisyam.
“You Sufi Alisha?!”
Sufi Alisha angguk.
“You memang perempuan celaka.
Perosak! You tahu tak Zairul itu tunangan I? Kami bakal berkahwin tapi sebab
you Zairul telah putuskan pertunangan I dengan dia.” Gadis itu melenting.
“Bawa bersabar cik. Kita berbincang
dahulu.” Pujuk Sufi Alisha.
“Nak bincang apa lagi?! You punca
hubungan I dengan Zairul retak! Zairul sudah tinggalkan I. Mana I dan family I mahu letak muka?!”
“Cik…cik salah sangka…” Umi Embun
mencelah. Gadis ini menyerang ikut perasaan.
“Orang tua! You jangan nak menyampuk!”
Gadis ini memang kurang ajar sekali.
Apakah ibu bapanya tidak mendidik dengan adab sopan? Kalau gadis seperti
dijadikan seorang isteri memang pijak kepala suami. Macam inikah gadis pilihan
ibu Zairul Hisyam? Hati Umi Embun berbicara sendiri.
“Cik…tak manis dilihat orang begini.
Kita bincang baik-baik. Saya rasa cik memang salah faham tentang hubungan saya
dengan Zairul. Biar saya jelaskan semuanya pada cik.” Sufi Alisha seorang gadis
yang gemar berlembut dari berlaku kasar.
“Perempuan celaka, jangan you cuba
berlagak baik dengan I!” Gadis itu menolak tubuh Sufi Alisha.
“Siapa yang celaka?” Suara garau di
belakang gadis itu mengejutkan Sufi Alisha dan Umi Embun.
Gadis itu berpaling. Tubuh tegap
lelaki itu membuatkan dia menelan air liur. Lelaki yang berkaca mata hitam itu
mempunyai raut wajah yang tampan.
“Errr….”
“I cukup pantang mendengar orang
memaki-hamun bakal isteri I. I tidak akan berlembut hati meskipun dia seorang
gadis ayu macam you.” Ameer Dylan sudah memaut dagu gadis itu kasar.
“Perempuan itu bakal isteri you?”
“Perempuan? Nama dia Sufi Alisha…dan
bakal menjadi Puan Sufi Alisha. Berani you panggil dia perempuan?!” Ameer Dylan
menanggalkan kaca mata hitamnya. Matanya dijegilkan pada gadis terbabit.
Sufi Alisha perlu bertindak segera
sebagai orang tengah. Dia tidak mahu Ameer Dylan mengapa-apakan gadis terbabit.
“Encik Ameer…” Sufi Alisha menyelit
di antara gadis itu dan Ameer Dylan. “Tiada
apa-apa yang berlaku. Ada salah faham berlaku tadi.” Sufi Alisha cuba menenangkan
suasana yang tegang.
“Sufi…”
“Encik Ameer…tolong jangan timbulkan
kekecohan di sini ya.”
“Hmm…” Ameer Dylan merengus kecil. Dia menyilangkan
kedua belah tangannya.
Gadis itu mengambil kesempatan
melepaskan diri. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Laju dia mengaturkan
langkah.
“Tidak semua perkara kita kena
berkasar.” Suara Umi Embun. Dia kerling Ameer Dylan. Dasar lelaki berlagak
besar.
Sufi Alisha tersenyum. Ameer Dylan
ini adakala mendengar kata juga.
“Siapa Zairul Hisyam? Apa
perhubungan you dengan dia?” Soalnya. Tidak senang hati apabila dia mendengar
nama Zairul Hisyam itu.
“Seorang sahabat.” Balas Sufi
Alisha.
“Jika seorang sahabat masakan gadis
tadi menyerang you?”
“Encik Ameer Dylan…jangan kamu pun
berfikiran sempit seperti gadis tadi.”
Umi Embun mencelah lagi.
Isk! Orang tua ini pun mahu masuk
campur pula. Kau kena bersabar Ameer Dylan. Jangan cepat melatah.
“Salah ke I bertanya? Maaf jika I
bertanya pada soalan yang tidak wajar.”
“Tidak mengapa. Zairul Hisyam adalah
sahabat saya tidak lebih dari itu. Saya cuba menerangkan pada gadis itu tapi
dia seperti tidak mahu dengar kata-kata saya.”
“Baiklah. Tapi ingat pada janji you
itu?”
“Saya berpegang pada janji Encik Ameer.
Dan saya juga berharap Encik Ameer berpegang pada janji juga.”
“Of
course.”
Ameer Dylan memakai semula kaca mata
hitamnya. “I datang kerana mahu mengajak you ke butik pengantin.”
Sufi Alisha mengerling Umi Embun.
Wanita itu seakan memahami isyarat mata dari Sufi Alisha.
“Boleh saya bawa umi untuk menemani
saya?”
Ameer Dylan anggukkan kepala. Ke
mana sahaja mereka pergi pasti Sufi Alisha akan membawa wanita tua itu bersama.
Mereka tiada peluang langsung untuk berdua-duaan. Apa pun dia puji dengan sikap
Sufi Alisha yang pandai menjaga diri.
Heh berdebar.......
ReplyDeleteminah gedik manala. yang tiba2 dtg serang sufi nie...
ReplyDeleteAmeer Dylan u're so protective sweet ja masa back up ur future wife SUFI ALISHA.. bila episod dorang nak kahwin nie.. nak tgok Dylan dr sudut Romantika de' Amor plk :)
ReplyDelete>>huda93<<
bestnye.....diorang da nak kawen.kak ilya,smbung cpat tau.^____^
ReplyDeleteIsh mng si damien ngn si dylan bff ke?abis nape lak au damien nk bls dendam kat dylan.pastu nk guna si sufi lak nie...
ReplyDeleteIsh nie yg nk marah nie
bla nk smbung nya
ReplyDeleteGreat readingg this
ReplyDelete