MEHAR
amat
berpuas hati dengan kasut yang Jidin belikan untuknya. Pandai juga Jidin
memilih kasut untuk perempuan. Tersengih macam kerang busuk Jidin apabila
dipuji oleh Mehar. Mehar pula bukan jenis yang suka memberikan pujian pada
orang bawahannya. Mehar mencapai beg tangan dan failnya. Hari ini dia tiada mood mahu kerja lebih masa di pejabat.
Hal di balai polis tadi masih segar dalam kotak ingatan Mehar. Lelaki bernama
Usyair itu memang cukup membuat darah Mehar menggelegak. Dia menuntut balik
kasut dari tangan Usyair.
Sewaktu
dia menarik pintu keretanya ada tangan menepuk bahunya dari belakang. Mehar
tersentak. Pantas dia menoleh. Matanya membulat besar. Bibirnya terkatup rapat.
Wajah dingin itu semakin hilang serinya melihat lelaki yang sedang membawa
jambangan bunga itu.
“Good evening Miss Mehar.” Lembut suara
itu menyapa.
“Evening…” Mehar membalas malas. Orang
tengah bengang begini ada pula yang mengacau.
“Kita
dinner bersama hari ini.” Pelawa
lelaki itu.
“Encik
Tuah Zulkarnain…maaflah I terlalu banyak homework
malam ini.” Mehar mencipta alasan. Dia ingin terus pulang ke rumah dan berehat.
Letih satu badan.
“Setahu
I, you tidak suka bawa kerja pejabat ke rumah.”
Mehar
menyeringai.
“Siapa
cakap.”
“Setiausaha
you, Olivia.”
Mehar
menggigit bibir. Olivia…kau memang pembikin masalah. Aku sudah katakan yang aku
tidak berkenan dengan lelaki berambut sulah ini. Mehar Rethwan tidak akan jatuh
cinta lagi. Cukuplah seksa di hati ini yang dia terima. Cukuplah air mata ini
mengalir. Apakah Tuah Zulkarnain tidak mendengar khabar angin tentang dirinya?
“Please
Tuah….I’m so tired today. Lain kali
saja kita dinner bersama ya.”
Harap
Tuah Zulkarnain mengerti yang dia tidak mood
untuk keluar. Dia memang benar-benar keletihan. Lebih-lebih dengan kes
mamat sengal itu. Serabut kepala dibuatnya bila dituduh pencuri.
Tuah
Zulkarnain tersenyum. Hati Mehar sukar untuk dipikat. Bagaikan ada tembok besi
di dalamnya. Mehar sering menjauh dan enggan didekati. Mehar takut dia akan
mati seperti kekasih-kekasihnya jika mereka bercinta dan ingin bersama kelak.
“Okay…I’m waiting.” Mengalah bukan bererti dia
sudah tewas. “But…esok you kena janji
keluar dinner dengan I.”
Mehar
terperangkap.
“Okay.
I’m promise.” Janji dibuat.
“Jangan
mungkir janji ya…”
“I
bukan jenis macam itu ya.”
“That’s good. Itu yang I suka tentang
you.” Jambangan bunga lily itu diberikan kepada Mehar.
Mehar
menerima jambangan bunga itu dengan seukir senyuman. Orang sudah memberi dengan
ihklas masakan dia akan menolaknya pula.
“Terima kasih Tuah…”
“Jangan
lupa janji you.” Tuah Zulkarnain mengenyitkan matanya.
Mehar
tersenyum sambil menggelengkan kepala. Mehar masuk ke dalam perut kereta. Kunci
keretanya dipulas. Suzuki Swift itu meluncur laju.
Tuah
Zulkarnain hanya memandang kelibat Suzuki Swift itu semakin jauh dari matanya. Mehar
itu gadis yang ayu dan harus dipikat. Desas-desus mengenai wanita itu tidak
Tuah Zulkarnain endahkan. Mana ada manusia bawa sial. Dia tidak percaya benda
karut itu. Dia sudah letih memendam perasaan di hati. Mehar pasti akan menjadi
surinya.
USYAIR balut dengan kemas kotak kasut
terbabit. Siap dia letakkan reben berwarna merah lagi. Esok dia akan pulangkan
kasut itu kepada yang empunya diri sebagai tanda ucapan terima kasih. Usyair
ketawa mengekeh sendiri. Gelagatnya buat Aaron yang sedang syok menonton drama
samarinda itu gelengkan kepala. Sudah biol agak mamat seorang itu. Puas disuruh
balik rumah snediri tidak mahu. Rumah sewanya ini juga dijadikan lokasi tempat
melepak Usyair. Kalau dia menghalau dikatakan bukan sahabat sejati pulak.
Usyair
tayangkan kotak kasut yang sudah bereben mereh itu kepada Aaron. Alahai memang
Usyair akan menaikkan darah tinggi wanita bernama Mehar itu. Agak Usyair mahu
kasut tumit itu terpacak atas kepala dia. Kalau Pak Megat tahu perangai Usyair
ini mahunya dia sekali yang kena ceramah sebab tak tolong jaga tingkah-laku
anak bongsunya itu. Aaron alihkan pandangan mata pada dada bidang Usyair yang
sedikit terdedah itu. Ada kesan parutnya lagi. Ngeri apabila dibayangkan wajah
Usyair yang berlumuran darah waktu itu dulu. Sungguh fikirnya dia akan
kehilangan sahabat baiknya itu.
“Cantik
tak bro?”
“Eloklah
sangat tu. Kau jangan cari masalah boleh?!”
“Bro….Aku cuma mahu pulangkan kasut dia
saja bukan mahu cari masalah dengan dia.”
“Habis…yang
reben bagai ini bukan kau nak cari masalah ke?”
Usyair tersengih.
“Ini tandanya aku nak
buat baik dengan dia.”
“Tengkorak kau.” Aaron
baling bantal bentuk empat segi itu ke arah Usyair.
Usyair
mengelak pantas. Tawa Usyair meletus kerana sasaran Aaron tidak mengenai
dirinya.
“Esok
aku mahu bertemu dengan Mak Jemah tu.”
“Mak
Jemah?!” Aaron kerut dahi. Siapa pula Mak Jemah ni?
“Ala…buat-buat
tak tahu pula kau, bro.”
“Usyair!”
Dia sudah dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh Usyair itu.
Usyair
sudah berlari masuk ke dalam bilik bersama kotak kasut bereben merah itu. Dia
meletakkan kotak kasut tersebut di atas katil. Dia dapat kotak itu di kedai
kasut berdekatan kawasan perumahan Aaron ini. Penat juga dia mengayat nyonya empunya
kedai kasut itu. Apa taknya, dia datang bukan nak membeli kasut tetaopi hanya
nakkan kotak kasut.
Mehar…nama
yang ringkas dan unik. Jarang sekali dia dengar nama tersebut pada gadis-gadis
melayu sekarang. Nama-nama gadis sekarang bukan main panjang lagi. Contoh gadis
yang sering mencuci kereta di tempatnya itu. Nur Alisyah Batrisyia Balkish.
Uit! Susah betul dia mahu mengingati nama gadis itu.
Usyair
duduk di birai katil. Usyair sedang mengaturkan agenda untuk wanita itu esok. Rasa
seronok pula mahu menyakat klien cerewet Aaron itu. Siapa suruh wanita itu yang
memulakan pertelingkahan antara mereka. Sesuka hati menarik ‘bini’ kesayangan
dia. Nasib baik ‘bini’ kesayangan dia tidak dicabul.
“DADDY…Usyair
ada di rumah Aaron.” Syarifah Rania meletakkan ganggang telefon.
Megat
Amir Hamzah melepaskan keluhan berat. Usyair memang tidak betah duduk di rumah.
Rumah Aaron yang dia bertenggek saban hari. Mujur Aaron tidak bising atau
terganggu dengan kehadiran anaknya itu.
Syarifah
Rania memeluk bahu ayahnya. Dia tahu ayahnya itu risaukan tentang Usyair yang
tidak tahu duduk diam itu. Syarifah Rania juga sukar untuk merapatkan kembali
jurang antara dia dengan Usyair. Ada saja yang mereka berselisihan pendapat.
Usyair belajar tinggi tetapi memilihi pekerjaan tukang cuci kereta. Apabila
dibantah adiknya itu akan merajuk dan tidak bertegur sapa dengan dia. Ayahnya
pula hanya tahu membebel sahaja.
Syarifah
Rania bukannya ada masa di rumah. Urusan perniagaan keluarga dia yang uruskan
seorang. Kepalanya dia penuh dengan hal kerja sahaja sampai tiada masa untuk
keluarganya ini. Kesibukkan menyebabkan dia putus hubungan dengan lelaki yang
dicintai sepenuh hati. Syarifah Rania tidak menafikan hubungan mereka retak kerana
ketidakprihatinan dia. Namun dia layak untuk mendapat peluang kedua.
“Sya…”
“Ya
daddy…”
“Daddy harap dia tidak kembali semula kepada
Usyair.” Megat Amir Hamzah merenung wajah putih bersih anak sulungnya itu.
Syarifah
Rania mengurut-urut bahu ayahnya.
“Berani
ke dia kembali?” Air muka Syarifah Rania sudah berubah.
“Sya
pun tahu Usyair cintakan dia. Sya pun tahu macam mana Usyair masa
tergila-gilakan dia dulu.” Ketegasan Megat Amir Hamzah tidak mampu melunturkan
kedegilan Usyair waktu itu. Malah telapak tangannya juga pernah naik ke muka
Usyair.
“Daddy…Usyair sudah lupakan dia kan.
Usyair tidak akan ingat cerita lama lagi. Doktor pun sudah cakap begitu kan.” Syarifah
Rania cuba menenangkan ayahnya itu. Dia tahu bukan senang untuk ayah dan dia
menangani Usyair yang dulu itu.
“Daddy takut dia apa-apakan Usyair.
Lagi-lagi kalau dia tahu Usyair masih hidup.” Jelas keresahan pada wajah tua
Megat Amir Hamzah.
“Kita
sudah bagi dia wang kan? Dia sudah hidup mewah daddy.”
Syarifah
Rania memengang tangan ayahnya. Bibirnya sedaya-upaya mengukirkan senyuman. Dia
tahu keresahan ayahnya itu berganda kerana risaukan Usyair. Dia tidak akan
biarkan Usyair disakiti. Dia akan menjaga keluarga ini selagi nyawanya
dikandung badan.
bersambung lg...^^
x sbar nak thu mcam mne usyair bgi smula ksut mehar.
ReplyDelete-iffah-
betul2. haha.
ReplyDeletemehar ni panas baran yek?
ReplyDeleteusyair ngn arwah megat tuadik brdik ke? hurmmm....
ReplyDeleteusyair tu megat affendi ka ?? sbbnya bpak usyair tu ada megat kan .. hhhuhu .. xsbar sya nk tau apa nk jdi nti
ReplyDeleteUit.. Makin tertanya-tanya ni. Akak ilya.. Cepat2lah bagi smbungan nye. He2 ^_^
ReplyDeleteHello mate grreat blog post
ReplyDelete