BASIKAL tua itu
dikayuh selaju yang boleh. Sakitnya hati A’an apabila mendapat berita Peah dan Aizam
hendak berkahwin hujung tahun ini. Bangga sungguh Peah menyiarkan berita yang
kononnya sensasi sangat tu satu kampung. Kalau dah sampai ke telinga Makcik Wok
mestilah tersebar satu kampungkan? Siapa yang tidak kenal dengan Makcik Wok
yang berbibir besar bak disengat tebuan itu. Radio bergerak orang kampung.
Janda anak dua. Tapi masih bergetah tau. Pinggang dia ramping macam kerengga.
Berkat dari jamu turun-menurunnya. Lupakan pasal Makcik Wok dan jamunya.
Sekarang yang lebih penting adalah menuju ke rumah Peah untuk membuat
perhitungan dengan Peah. Berani betul Peah merampas Aizam dari dia. Aizam pulak
berani tinggalkan dia sebab terkejar-kejarkan si Peah anak Mak Eton tu. Dia
memang bengang. Takkan sebab dia tiada sijil SPM maka dia tidak layak dengan Aizam.
Sesuka hati Aizam reject dia ye. Si
Peah yang berkulit hitam legam itu jugak jadi pilihan dia. Melampau tu!
Sampai depan rumah Peah, melalak
sakan suara A’an memyeru nama Peah. Pekak badak ke si Peah ni? Dia sudah
panggil punya kuat pun masih tak terconggok depan pintu. Takkan membuta lagi
kot? Matahari sudah tegak atas kepala. Dan Peah memang jenis anak dara kuat
membuta. Pemalas dan kuat melantak. Kenapa? Kenapa mesti Peah yang jadi
pilihan. Kalau Siti ke? Hanim ke? Nora ke? Takderlah
A’an heran sangat. Tiga orang dara tu budak-budak U. Kerja pun gaji loaded. Ini tidak, Peah yang kerjanya
makan tidur itu. Impossible! Terkeluar
bahasa orang putih dah.
“Apasal memekak di rumah aku ni
A’an?” Bukan muka legam Peah yang tertonggol depan pintu tapi muka Mak Eton.
“Saya panggil Peah bukannya Mak
Eton.” Desis A’an dengan muka berkerut-kerut. Nak tunjukkan tahap kebengangan
melampau dia.
“Peah tidur mampus! Tak bangun lagi.
Apahal kau cari anak aku tengahari buta gini. Kalau nak mintak hutang rasanya
anak aku tak berhutang dengan kau?” Mak Eton bercekak pinggang dengan lagaknya.
“Sapa
kata takder hutang dengan kita.
Hutang nasik lemak daun pisang yang
lima kupang tu masih belum dijelaskan lagi. Ingat nak kasi free ke?” Balas A’an. Siapa yang berhutang dengan dia memang tak
lepas namanya dicatit dalam buku lejar panjang tu. Mamat tempat kerja lama dia
pun ada hutang teh ais limau seringgit lima posen.
Entah bilalah nak bayar? A’an memang jenis berkira
orangnya.
“Lima puluh sen pun kau nak berkira
A’an?”
“Duit! Mestilah berkira walaupun
sesen Mak Eton.” Mak Eton mesti dah lupa yang dia seorang gadis tangkai jering.
Berkira dan kedekut nak mampus. Kalau boleh dapat barang yang murah lagi
murahlah dia beli.
“Apa kecoh-kecoh pagi-pagi ni mak!”
Peah muncul depan pintu dengan muka pasang tak siapnya. Sah-sah ada tahi mata
dan kesan air liur basinya itu. Ceh! Buruk punya perangai anak dara Mak Eton
ni.
“Pagi kepala hotak kau! Matahari dah
tegak atas kepala tau!” Biar A’an bersuara bagi pihak Mak Eton. Dia awal-awal
pagi sudah bangun turun menyulam padi di bendang selepas menghantar nasi lemak
ke gerai Kak Oni. Peah masih sedap-sedap beradu atas katil sampai tengahari.
Inikah calon bini yang sesuai untuk anak Tok Sidang. Jujur cakap memang tidak
sesuai langsung!
“Penyibuk betullah kau ni A’an. Apahalnya
kau tercongok depan rumah aku ni?!” Gerutu Peah. Beginilah gaya bila sudah bertemu
dengan musuh cinta.
“Aku ada hal sikit nak cakap dengan
kau pasal Aizam. Baik kau cuci kesan-kesan air liur basi dan taik mata kau dulu. Gelilah aku nak
berborak dengan bau busuk kau. Mulut kau tu sudah tahap longkang baunya. Aku
tunggu kau atas pangkin.” A’an menyorong basikal tuanya ke bawah pokok rambutan
yang rendang di depan rumah Peah. Sekejap saja dia sudah berayun kaki di
pangkin bawah pokok rambutan itu.
Peah mengetap bibir. A’an kalau
mengutuk bukan ada tapisnya. Macam nak tapis serbuk teh tu. A’an jenis main
tuang aja. Takder tapis-tapis.
Sejam menunggu, baharu muka Peah
muncul depan mata. Amboi siap buat make-up
lagi tu. Ala kalau dah hitam legam make-up
macam mana pun tidak mahu putihnya. Itulah tak cuba Fair Lovely nescaya kulit jadi putih berseri…Biasalah kalau dah
benci tahap gaban mana ada puji-pujiankan? Lenggang-lengguk Peah berjalan. Uwek!
Nak muntah tengok lenggoknya tu. Macam ayu sangat. Boleh jalanlah! Peah
labuhkan punggung di sisi A’an. Mekar menawan senyuman Peah yang terkuntum di bibirnya
yang macam ala bibir Angelina Jolie itu. Takat bibir saja seksi. Yang lain
hancus! Mengata orang diri sendiri tak sedar pula. Badan kau lagi tak ada
menariknya A’an. Sekeping je. Lurus memanjang macam papan. Kurus kering sangat.
Maklumlah gadis yang memerah tenaga katakan. Lagi-lagi masa melayan empat orang
jin ifrit di rumah tu. Kalau tak jangan haraplah dia mampu menangani mereka.
“Kau mesti dah dengar cerita tukan. Best tak?”
“Best
kepala hotak kau! Mangkuk ayun punya perempuan!” Ambik ko! Dah kuar dah bahasa kesat aku.
“Kau jeles Aizam pilih aku jadi bini dia.”
“Tahu takper! Aku memang tak boleh terimalah kau jadi bini dia! Hitam
legam gini nak jadi bini Aizam. Tidak mungkin! I don’t believes it!” Cakap omputih
dah. Hentam aja tu. Kasi Peah terbeliak biji mata sikit. Al-maklumlah akukan
bengap sangat cakap omputih ni.
Belajar ketika kerja jadi tukang cuci masa dok menggatal kerja di bandar dulu.
Hehehehehehe….
“Legam aku ada SPM tau. Kau tu apa
yang ada. Setakat PMR dan Johnny kambing kau yang konon wangi sangat tu Aizam
tak pandanglah.” Peah mencebirkan bibirnya. A’an memang suka cari pasal dengan
dia. Memang mereka tak boleh bebaiklah. Dengki bebenor!
“Oooo…sebab aku takder SPM maka secara rasminya aku direjectlah. Mana aci begini! Kau mesti main taktik kotor punyalah.”
Tak boleh tahan dah. A’an yang setakat pakai kain batik jawa itu meloncat dari
pangkin. Dia sudah mula melipatkan baju kurungnya hingga ke pangkal lengan. Peringkat
awal sebelum aksi ganyang-mengganyang dilangsungkan.
“Wei! Takkan nak bergusti di sini kot?”
Peah seakan tahu apa yang bermain dengan fikiran A’an. Dah biasa dah kena smackdown dengan budak seorang ini. Yang
menjadi perkara asasnya pastilah menarik rambut masing-masing yang hitam
berkilat tu. Nak tahu pakai syampu apa? Biasalah Sunslik ramuan limau purut.
“Habis kau nak buat persembahan
percuma dekat mana? Nak buat depan kandang kerbau Pak Lajim. Kau nak mati kena
tanduk! Atau kau nak kena lumur dengan najis kerbau macam itu hari.” A’an sudah
ketawa mengekeh. Mana boleh lupa muka hitam legam Peah kena lumur dengan tahi
kerbau Pak Lajim. Rasakan! Siapa suruh cari pasal dengan dia dulu.
“Aku tak nak gaduh-gaduh dengan kau.
Kalau tak puas hati kita pergi jumpa dengan Abang Aizam sendiri. Kau boleh
tanya dia kenapa dia pilih aku bukan kau?!”
Abang Aizam. Cit! Podahhhh! Gelilah belum apa-apa lagi dah panggil abang!
Tolonglah…Abang ke? sayang ke? Darling
ke? Mintak maaflah banyak-banyak! Itu antara ayat-ayat jiwang yang buat aku
meremang bulu roma tahu. Gelilah nak bermanja-manjaan ini. Tolong sikit ye. Cik
Nurly Farhan ini bukan gadis jiwang-jiwang karat okay. Setakat layan lagu
jiwang zaman 80-an tu bolehlah. Ala…waktu kumpulan Search dan Wings meletup
dulu.
“Okay. Kita sama-sama jumpa dengan Aizam.”
A’an tidak berfikir panjang. Terus dia nyatakan persetujuan.
WAAAAAA!
Meraung-raung A’an melalak di ruang dapur. Habis semua periuk dan kuali dia humban
keluar. Opah terpaksa bersilat untuk mengelakkan diri dari serangan garpu dan
sudu oleh A’an. Berpeluh-peluh muka orang tua itu lihat garpu terpacak pada dinding
rumah. Jangan memain. Silap haribulan boleh arwah. Bukan opah seorang saja buka
pecak silat. Empat orang jin ifrit pun turut serta dalam acara tersebut. Siap
bawa gayung tu. Beginilah keadaan yang perlu mereka harungi bila A’an datang
penyakit gila meroyannya. Nak tahu apa sebab A’an naik gila? Mudah saja. Semuanya
sebab Ahmad Aizam anak kesayangan Tok Sidang reject cinta A’an. Alasannya A’an gadis tidak manja. Geli-gelemen.
Bukan Aizam tiada hati dengan A’an. Ada tau. Tapi sikap A’an yang banyak allergic itu buat Nizam tawar hati. Nak
suruh A’an panggil dia abang pun A’an nak muntah-muntah. Dia lelaki romantis
tak sepadanlah dengan jiwa gadis tunggul kayu ni.
“Sudah-sudahlah tu A’an. Kumbang
bukannya seekor.” Gerutu Opah setelah dilihat A’an sudah behenti meroyan.
“Kalau banyak A’an tak heranlah
Opah. Ini cuma ada seekor aje dalam kampung ni. Yang lain muka tak maco!” Tersedu-sedu
A’an. Air mata duyung aje.
“Jadi anak dara tualah akak ye.” Hadif
menyampuk. Terjegil biji mata A’an mendengarnya.
“Orang tua bercakap jangan
menyampuk!” Telinga Hadif kena piat. Menjerit kecil Hadif.
“Sakitlah bodoh!” Getusnya. Dia jeling
A’an tajam. Anti betul dia dengan kakak seorang ini. Bila agaknya dia dapat
menggulingkan pemerintahan diktator A’an. Empat lawan satu pun dah kalah teruk.
Nak harap dia seorang saja yang mengatur rancangan. Tiga adiknya lain tak boleh
pakai. Bengap!
“Kau kata sapa bodoh! Ulang balik!” Tangan A’an masih tidak lepas dari
memulas telinga Hadif. Menjerit-jerit Hadif kena tarik telinga dengan A’an.
“Ampun kak! Ampun kakak ku sayang.
Saya yang bodoh bukan kakak!”
“Tahu takper! Ingat sikit ye dalam rumah ini aku yang jadi ketua. Korang dah makan budi aku. Tak mampu korang nak bayar hutang-hutang korang pada aku. Jadi korang kena ikut semua peraturan yang
aku buat.” Tadi melalak macam orang meroyan sekarang dah ketawa besar macam
orang sakit mental pulak. Opah geleng kepala. Susah jugak kalau ada cucu yang
berkira sangat ni. Sikit-sikit nak masuk buku lejar dia. Sepulun sen pun A’an
berkira tau!
Opah nak membangkang pun tak boleh.
Nanti tak pasal-pasal pinggan mangkuk kat dapur itu berterbangan lagi. A’an
bukan boleh ditegur sikit. Elok juga Aizam reject
A’an. Bukan apa. Takut merana pulak anak teruna orang punya isteri macam nazi
dan ketidaksopanan ini. Tak sanggup Opah nak membayangkannya.
“Syoh-syoh!
Pergi duduk jauh-jauh. Jangan dok nak
menggatal dengar orang tua bercakap lagi.” arah A’an. Hadif jelirkan lidah pada
A’an. Laju dia melarikan dia dari ditangkap oleh A’an lagi. Tawa Hadif menyakit
telinga A’an. Tahulah kau nanti kalau aku dapat tangkap kau nanti. Aku
siat-siat daging kau buat daging salai.
“Budak-budak A’an. Janganlah
berkeras sangat dengan mereka.”
“Dengan empat orang jin ifrit tu tak
perlu nak berlembutlah opah. Naik tocang nanti! Itu sebab opah awal-awal dah
kena pijak dengan budak empat orang tu.” A’an merengus.
“Nakal-nakal pun cucu opah jugak
A’an. Di mana tumpah kuahnya kalau kalau tak ke nasik.”
“A’an makan nasik tak berkuahlah opah. Mana der
sama.”
Tolong
sikit ye. Aku lain emak okay. Bapak aja yang sama. Itupun aku tak ingin nak
mengaku ada darah sama merah dengan budak empat orang itu. Kalau boleh aku nak
darah kaler lain punya. Sakit hati
ada emak tiri yang suka bikin onar ni. Bukan takat tahu beranak berderet. Tahu
jugak mengumpul hutang bank. Kopak duit dalam buku simpanan nak bayar
hutang-piutang emak. Tak tahu macam mana dia boleh jadi penjamin di situ.
Tahu-tahu sudah kena kejar dengan pemiutang. Emak pulak sedap-sedap enjoy dengan laki baru dia. Nasib baik
dia tak jadi macam citer Bawang Merah
Bawang Putih. Getiklah nak nangis-nangis macam Bawang Merah. Tak sesuai
langsung dia pegang watak gadis ayu lemah lembut gitu. Tolonglah….Tukar genre cerita sikit. Kalau dalam
televisyen watak utama kena buli dek adik-beradik tiri dia kali ini watak utama
pulak jadi kaki buli. Baru besttttt!
“Susah
betul opah nak bercakap dengan A’an ni.” Opah garu kepala. Mati kutu dibuatnya.
“Kalau dah tahu susah tak payah
cakap opah. Buat bisu aje.” Ujar A’an selamba dek dia. A’an bingkas bangun
menuju ke muka pintu. Kali ini dia jadi Tarzan pulak. Satu-persatu nama adik-adiknya
itu di seru macam Tarzan.
No comments:
Post a Comment