“OPOCOT, mak meletup!” Ameerul menjerit
kecil sebaik memasukkan ikan merah itu ke dalam kuali. Melatah juga anak teruna
Syakir dan Azyan ni.
Azyan yang sendag
memotong bawang itu gelengkan kepala. Adib Aqil dan Aqil Aisar sudah tidur
pulas di ruang tamu bersama si ayah mereka. Ameerul seorang yang sibuk mahu
membantunya di dapur.
“Ibu…Ameerul merapati
ibunya dengan sudip di tangan.
“Ada apa Meerul?”
“Nak goreng ikan tu
sampai hangit ke?” Tanyanya.
“Kalau hangit siapa nak
makan? Meerul makan seoranglah ya. Goreng bagi garing saja.”
“Okay Puan Nur Azyan…”
Ameerul buat tabik hormat pada ibunya. Bertindak mengikut arahan.
Bagus anak terunanya
itu. Kecil-kecil sudah mahu belajar ke dapur. Bukan macam suami kesayangan dia.
Dia baru mula belajar masuk ke dapur sudah kena bebel dengan Syakir. Mulut macma
mak nenek. Hari-hari minta resipi kesukaan dia saja. Resipi kesukaan isteri dia
ini ditolak tepi.
“Ibu! Minyak ikan
meletup lagi.” Ameerul lari mendapatkan ibunya.
“Ambil penutup kuali ni
buat perisai.”
“Baik Puan Nur Azyan.”
Sekali lagi Ameerul buat tabik hormatnya. Maka berperanglah Ameerul dengan letup-letupan
minyak di kuali.
Ketawa kecil Azyan
melihat gelagat Ameerul itu. Comel je.
BAU masakan atas meja membuka selera
Syakir. Kecur air liur. Laju saja dia mengambil pinggang yang dihulurkan oleh
Azyan. Ameerul turut membantu ibunya menyediakan lauk-pauk yang sudah siap
dimasak. Ameerul naik ke atas kerusinya.
“Ayah
ni gelojohlah…” Komen Ameerul.
Syakir
tersengih. Mata tertacap pada ikan merah goreng yang agak hancur dagingnya itu.
Setahu dia Azyan tidak masak ikan sampai hancur begini. Jari telunjuk di halakan
pada ikan merah goreng itu dan matanya pula diisyaratkan pada Azyan.
“Anak
teruna abang yang goreng.” Ujar Azyan.
Syakir
menekup mulut. Hampir saja tawanya meletus.
“Ayah
jangan kompelin. Makan je.” Ameerul muncungkan mulutnya yang comel itu
“Hah!
Dengar tu. Baik abang makan diam-diam saja.” Untuk ambil hati Ameerul. Karang
kalau merajuk sudah mahu dipujuk. Hari-hari mulut comel Ameerul muncung ke
depan.
“Kalau
tidak kritikkan macam nak maju.” Desis Syakir.
“Abang…”
Azyan menjeling suaminya.
“Iyalah
abang makan diam-diam.”
ADIB Aqil dan Aqil Aisar ditinggalkan di
rumah ibu mertuanya. Azyan hanya membawa Ameerul membeli-belah bersamanya.
Sejak sudah boleh bawa semula kereta memang sedang sekali Puan Nur Azyan kita
ini mahu membeli-belah. Satu kereta boleh isi barang itu dan ini. Ameerul jadi
saksi bila ibunya itu gila membeli. Lokasi membeli-belah Puan Nur Azyan hari
ini adalah Jaya Jusco. Dia sudah pujuk rayu buat ‘member card’ di situ. Goda sikit suaminya itu memang mudah cair.
Tangan
Ameerul ditarik ke bahagian jualan beg tangan. Diskaun sampai 70% tahu. Duit
belanja bulan ini memang akan terlebih had. Tidak mengapa, Doktor Muhammad
Syakir banyak duit.
“Meerulll…cantik
tak ibu pakai beg ni?” Azyan menayang gaya di hadapan Ameerul.
“Ibu…nanti
ayah bising ibu beli beg tangan lagi. Beg tangan minggu lepas pun ibu tak pakai
lagi.” Desis Ameerul. Ibu ni suka membazirlah.
“Ala…nanti-nanti
ibu pakailah. Cantik tak?”
“Ermm..ibu
pakai apa pun cantik.”
“Pandai
anak ibu. Nanti ibu belikan Meerul Hot Chocolates,”
“Yeahhh…”
Ameerul bersorak gembira. Ibu memang pandai ambil hati dia berbanding ayah.
“Meerul
tunggu di sini dulu, ibu pergi bahagian kasut jap.” Pesan Azyan.
Ameerul
menggangguk laju. Dia duduk sambil memerhatikan gelagat ibunya. Alamak! Rasa
macam mahu membuang air kecil pula. Ameerul tak boleh tahan. Dia panggil ibunya
tapi ibunya memang sudah tenggelam dalam dunia sendiri. Azyan…Azyan…
Ameerul
berlari mencari tandas. Nasib baik ada makcik tukang bersih yang tunjuk jalan. Hajat
etrcapai. Dia menarik nafas lega. Apabila dia keluar dari tandas kepalanya
sudah digaru. Ibu…Ameerul sudah sesat. Dia tersengih sendiri.
“MEERULLL…Meerulll….” Azyan sudah
kegelisahan mencari anak teruna kesayangan. Ke mana pula Ameerul pergi? Puas
dia mencari tiada ke temu.
“Encik
ada nampak anak saya tak. Anak saya tu
besar atas paras pinggang saya je. Pakai baju t-shirt berkolar warna
biru tua dan jeans warna hitam. Rmabutnya cacak-cacak.” Azyan bertanyakan pada
pengawal keselamatan.
“Tiada
puan.”
“Tolong
carikan anak saya…” Azyan sudah mahu menangis. Pengawal keselamatan itu
menganggukkan kepala.
Azyan
mengeluarkan telefon bimbitnya. Ameerul tidak akan hilang jika dia tidak cuai.
Syakir perlu dikhabarkan akan kehilangan Ameerul.
“Assalamualaikum
sayang abang…” Syakir dulu memberikan salamnya.
“Bang…Ameerul
tak sayang kita lagi bang…” Belum jawab salam Azyan sudah berteriak.
Syakir
kerut dahi. Apa kes pula isterinya itu.
“Jawab
salam abang dulu, sayang…”
“Waalaikumusalam…bang…anak
kita hilangkan diri.” Hingus yang meleleh dikesat. Buruk benar rupa comel Azyan
ketika ini.
“Anak
kita yang mana sayang?”
“Anak
kita ada tiga bang. Yang sulung, yang nama Ameerul Hasif!” Gerutu Azyan. Syakir
patut tahu yang si kembar itu baru nak berlatih berjalan. Boleh pula dia bagi
soalan yang menyesakkan nafas Puan Nur Azyan ini.
“Oh…”
Syakir macam blur sekejap. “Apa anak kita hilang!” Terus dia bangun dari
kerusinya.
“Sayang
dah mencari Meerul seluruh Jaya Jusco ni bang.” Beritahu Azyan. Lenguh kakinya.
Rasa mahu pengsan pun ada. Pihak Jaya Jusco juga sudah membuat pengumuman
kehilangan Ameerul tapi tiada menunjukkan Ameerul akan ditemui.
“Abang
datang sana sekarang!” Syakir mematikan talian telefon bimbit. Ini kes
kecemasan. Dia tinggalkan pesanan kepada Izmi.
TERUK Azyan dimarahi oleh Syakir. Azyan
tadah telinga dengan rela sebab memang salah dia. Atas kecuaian dia Ameerul hilang.
Syakir kata cukup 24 jam mereka akan buat laporan polis.
Air mata Azyan tidak
henti-henti mengalir. Syakir pula tidak henti-henti membebelkan dia. Mahu saja
Azyan sumbat dengan tauhu sumbat yang ibu mertuanya buat itu. Geram dari tadi
tak tahu mulutnya nak berehat. Cikgu Ilyas yang bagus…tenang sahaja. Puan
Mahani pula asyik jalan terus kehadapan lepas itu belok kanan dan belok kiri
macam orang tidak tentu arah. mestilah tidak
tentu arahkan, Cucu yang tersayang hilang. Apalah kau ni Azyan.
“Sayang
sudah telefon ayah sayang?” Soal Syakir.
Azyan
angguk kepala. Tapi ayah dia tiada di rumah pula.
“Sudah
beritahu Abang Azuan dan Abang Anuar?”
Azyan
angguk kepala lagi. Azuan dan Anuar juga sedang usaha mencari Ameerul.
“Bila
abang tanya jangan jawab pakai angguk…”
Azyan
tetap anggukkan kepala jua.
Syakir
ketap bibir. Aku cium pulak bibir dia nanti.
“Mak
risaulah Kir…mak risau cucu mak tu kena kidnap
je.” Puan Mahani memengang bahu anaknya
itu.
“Kalau
anak Rizlan Yusof saya tidak heran kalau kena kidnap mak. Boleh minta wang tebusan. Ini anak Doktor Muhammad
Syakir yang kidnap, rasa macam tak logik
pula.” Syakir mengusap dagu. Apalah harta yang dia ada setakat doktor di
hospital. Abah dia pengetua pencen dan emak dia pula suri rumah tangga sepenuh
masa.
“Kir…kau
ingat orang sekarang culik budak kecil macam Ameerul untuk wang tebusan je. Kau
tahu tak budak macam Ameerul itu boleh dijual. Diaorang jadikan peminta
sedekah. Potong sebelah tangan untuk meminta simpati.”
Azyan
sudah menelan air liur. Kata-kata Puan Mahani itu menusuk jiwa seorang ibu
sepertinyanya. Apa lagi meraunglah dia. Anak yang satu itu dia memang sayang
sangat-sangat. Sama sayang dengan si kembar itu. Tiada belah baginya.
Syakir
mengusa-usap belakang isterinya. Dia jeling emaknya. Emak buat tidak nampak.
Silap pula terlepas cakap. Alahai menantu mak…mak minta maaf ye…
SYAMIL pulang dengan wajah hampa. begitu
jua dengan Azuan dan Anuar. Mereka sudah puas meminta bantuan sana sini mencari
Ameerul. Kelibat Ameerul tetap tidak kelihatan. Berdrama air matalah Azyan di
dada bidang Syakir. Kalau tidak tinggalkan Ameerul sendirian pasti anaknya itu
tidak hilang.
Mereka
sepakat untuk membuat laporan polis sebaik cukup 24 jam kehilangan Ameerul.
Hairan juga tiada seorang pun di kawasan pusat membeli-belah Jaya Jusco itu
yang melihat Ameerul. Gambar pun mereka sudah tunjukkan. Semuanya gelengkan
kepala.
“Abang…kita
cari Meerul di Jaya Jusco semula…” Azyan sudah menarik-narik lengan Syakir.
“Sayang…Meerul
tiada di sana. Puas Abang Zuan dan Abang Nuar cari dia tadi.”
Syakir sendiri sudah buntu.
“Bertenang
dik. Kita buat laporan polis dulu.” Pujuk Anuar. Aria yang sedang mendukung Allif
itu anggukkan kepala.
Emelda
hanya diam tidak berkutik. Dia tidak pandai memberikan kata semangat atau
pujukan.
“Abah
rasa Kir dan Yan tidur saja di rumah abah malam ni. Kita akan usahakan
sama-sama mencari Ameerul nanti.” Cadang Cikgu Ilyas. Tidak juga boleh
bergantung harap pada pihak polis semata-mata.
“Betul
tu Kir….mak rasa adiknya kamu duduk di rumah dulu sementara ini.” Cadangan
Cikgu Ilyas itu dipersetujui oleh Puan Mahani.
“Tapi…”
Belum
habis dia menuturkan kata telefon bimbitnya berbunyi. Nama Encik Idris tertera
pada skrin telefon. Bapa mertua yang menelefon.
“Helo…Assalamualaikum
ayah…”
“Waalaikumusalam…maaflah
telefon ayah tertinggal di rumah. Syakir ada telfon ayah tadi ya.”
“Ya
ayah…Ameerul hilang,” Syakir menceritakan apa yang berlaku kepada bapa
mertuanya itu.
Encik
Idris senyap seketika.
“Boleh
Syakir bagi telefon pada Azyan tak?”
“Baik
ayah…”
Telefon
bimbit dihulurkan kepada Azyan.
“Ayah…”
Suara Azyan serak-serak basah sebab banyak sangat menangis.
“Azyan
dan Syakir datang sini ya.”
Apa
ayah ni? Orang risaukan anak hilang, boleh
suruh dia dan Syakir datang ke sana.
“Ayah…Meerul
hilang…”
“Ayah
tahu…”
“Yan
dan Abang Syakir susah hati ni…”
“Ayah
tahu…datang saja ke rumah ayah.”
Azyan
bungkam. Dia pandang wajah suaminya.
“Ayah
suruh datang rumah.”
Terbeliak
biji mata Syakir. Saat kecemasan begini Encik Idris menjemput dia suami isteri
datang ke rumah.
“Bang….”
“Kita
gerak ke sana sekarang.” Syakir memberikan kata putus.
“Ayah…kami
ke sana sekarang.” Ujar Azyan.
Encik
Idris mematikan talian sebaik memberikan salam. Pening kepala Azyan dan Syakir.
Baharu tahu macam mana rasa ibu bapa kehilangan anak mereka.
“IBU!” Ameerul meluru memeluk Azyan
sebaik ibunya itu masuk ke rumah datuknya. Azyan tergamam. Syakir turut
memberikan reaksi yang sama seperti isterinya. Bagaimana Ameerul boleh berada
di rumah ini? Tanda persoalan di situ.
Encik
Idris tersenyum.
Azyan
bongkokkan tubuhnya. Dia terus memeluk erat tubuh Ameerul. Bertalu-talu dia
mengucup wajah comel Ameerul. Tidak sampai hilang satu hari sudah membuak rindu
pada anak terunanya itu. Ya, Allah…terima kasih kerana anak kesayangaku ini
tidak apa-apa.
Syakir
memandang ke arah bapa mertuanya. Biasalah ada persoalan bermain di minda yang
masih berjawab ini.
“Ibu…Meerul
sudah pandai goreng ikan tanpa perisai tau. Tadi atuk ajar Meerul..” Ameerul
tersengih. Orang risaukan dia separuh nyawa sempat lagi dia bercerita tentang
goreng ikan.
“Anak
ibu…” Sekali lagi tubuh Ameerul dibawa dalam pelukannya. Berguguran air mata
Azyan. Azyan berjanji pada diri sendiri yang dia tidak lalai dan cuai lagi.
Syakirkan
khabarkan pada yang lain mereka telah menemui Ameerul. Syakir mengurut dada
menarik nafas lega yang Ameerul bersama dengan datuknya.
Malam
itu, Azyan dapat ceramah percuma dari ayah tercinta, Encik Idris. Mujurlah
Ameerul budak yang bijak. Dia minta pekerja di Jaya Jusco itu menelefon Encik
Idris untuk mengambilnya di Jaya Jusco. Ameerul memng sudah menghafal nombor
teleon datuknya. Tepuk dahi Encik Idris apabila Ameerul memberitahu yang ibunya
hilang. Azyan memang lalai dan cuai. Encik Idris bawa Ameerul bersamanya. Sengaja
dibiarkan telefon tidak diangkat. Azyan harus diajar agar bertanggungjawab
menjaga anak.
“Yan
minta maaf ayah…”
Encik
Idris mengusap-usap rambut Azyan. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
“Macam
inilah rupa ayah dulu masa ayah lupa menjemput Azyan di tadika dulu.” Kisah
lama diingati semula. “Mujur ayah tidak kehilangan anak gadis ayah ni.” Lebar
senyuman Encik Idris. Dalam ketegasan Encik Idris amat menyayangi anak-anaknya.
“Mesti
sayang abang ni menangis teresak-esak masa tu.” Syakir mencelah.
Encik
Idris ketawa.
“Yan
menangis sampai air hingus meleleh, Kir.”
“Ayah…”
Azyan mencebik.
“Oh...orang
kuat macam gorilla pun menangis
sampai berhingus jugak ya.” Syakir sudah mengusik.
“Itu
masa sayang budak-budaklah?” Ketam Azyan mula berjalan. Syakir mengelak. Tersengih-sengih
Syakir.
“Sayang…Meerul
sedang tidur tu.” Syakir meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Azyan halakan
matanya pada Ameerul yang sudah lena di ribaan Encik Idris. Penat sangat
agaknya memasak bersama datuk dia.
Azyan
teringat akan kata-kata Ameerul ketika mereka makan bersama tadi.
“Meerul
nanti dah besar nak jadi Chef tak nak pegang pisau macam ayah.” Terangkat-angkat
kening Ameerul. Tengok jari yang berbalut itu pun mereka sudah tahu yang
Ameerul memang minat memasak.
Azyan
dan Syakir berbalas senyuman. Esok mereka akan menjemput si kembar di rumah
emak dan abah Syakir. Emak Syakir mahu lama-lama sikit untuk menjaga si kembar.
Abah Syakir pun turut diheret bersama sekali. Nasib badanlah ye.
^^ rindu pada mereka ....
“Ibu! Minya ikan meletup lagi.” Ameerl lari mendapatkan ibunya.
ReplyDeletetypo tu kak...
best2.kak ilya , nak lgi
ReplyDelete-iffah-
nak lagi...3x...!!! heheheh...emuahhh...!! tyg kat meerul...meerul mang dak yg bjak...yan bgi dia mnum susu dtch ldy erk..??? hahahah
ReplyDeleteNak sambungan yang waktu Ameerul dah pergi kolej tu...x sbr nak tunggu ^^
ReplyDeleteameerul yang comel. awhh...
ReplyDeleteCumelll mirul......nk lgi......
ReplyDeletebestnya cerita ini. gelak² sha kat opis
ReplyDelete