“ASSALAMUALAIKUM….Ibu, Meerul dah balik
bawa kawan.” Ameerul Hasif laju menanggalkan kasutnya. Tengku Syafiq dan Fesal
mengekorinya dari belakang.
Sunyi
sepi rumah Ameerul Hasif. Tiada suara riuh-rendah Adib Aqil dan Aqil Aisar.
Agaknya si kembar itu ada kelas tuisyen. Elok sangatlah adik kembar itu berambus
ke kelas tuisyen dari membuat onar di rumah. Naik tegang muka Puan Nur Azyan
bila si kembar itu bikin perangai.
“Oh…ibu…”
Ameerul Hasif sudah berdendang memanggil ibunya.
Puan
Nur Azyan sudah tercongok di pintu dapur dengan sudip di tangan. Tidak boleh
senang sikit dia mahu memasak. Dia melirik senyuman pada Tengku Syafiq dan
Fesal.
“Ibu…diaorang mahu tumpang makan sini. Macam
biasa ya.” Ameerul Hasif mengenyitkan mata pada kedua teman baiknya itu.
“Ibu
siapkan dulu masakan ibu di dapur. Meerul bawakan air untuk kawan-kawan tu.”
Puan Nur Azyan berlalu ke dapur semula. Dia sudah biasa dengan kehadiran Tengku
Syafiq dan Fesal, Tambahan pula Tengku Syafiq itu anak kepada kawan baiknya.
“Wah,
tak sabar nak jamu ketam masak lemak cili api ibu kau, Meerul. Kecur air liur aku
dah.” Suara Fesal.
“Hehehehe…Ibu
aku masak memang best. Tapi
kadang-kadang aku heran jugak sebab perut ayah aku tak juga ke depan sedangkan
makan bukan main pelahap lagi. Maintain
je ayah aku tau.”
“Ayah
kau doktor mestilah tahu jaga badan. Kau pun tak buncit jugak aku tengok.”
Tengku Syafiq menepuk lembut bahu Ameerul Hasif.
Ameerul
Hasif tersengih. “Biasalah…aku kadang-kadang diet tau.”
“Ceh!
Diet konon. Habis yang melantak dua
mangkuk laksa tadi diet apanya..”
Fesal menjegilkan matanya pada Ameerul Hasif.
Ameerul
Hasif hanya ketawa. Bab makan dia memang nombor satu. Bab memasak juga dia
memang nombor satu. Belajar memasak dari atuk dan ibu tercinta adalah kenangan
terindah buat Ameerul Hasif. Paling tak tahan dia terpaksa menggunakan perisai
sewaktu menggoreng ikan.
“Meerul…bila
kau nak masakkan untuk kami pula? Tekak aku teringin sangat nak merasa air
tangan kau.” Fesal menjongketkan keningnya.
“Air
tangan aku khas untuk isteri aku je.”
“Ceh!”
Fesal mencebik bibir.
ALHAMDULILLAH….rezeki memang sentiasa
tidak tolak. Tengku Syafiq dan Fesal mengusap-usap perut yang sudah kekenyangan
itu. Kalau hari-hari makan sedap macam ini mahu naik kilo dalam badan. Badan
pun sudah tidak larat mahu bangun dari sofa.
Ameerul
Hasif lepas makan sudah ke dapur membantu ibunya mengemas. Satu lagi kerja
kegemaran anak teruna Doktor Muhammad Syakir dan Puan Nur Azyan. Ringan tulang
kata orang-orang tua. Tengku Syafiq dan Fesal tidak larat untuk membantu. Ala…mereka
kan tetamu di rumah ini.
“Kalau
Meerul ada adik perempuan kan best?
Boleh ayat sikit.” Fesal memakukan
mata pada gambar sekeluarga yang terpapar pada dinding di ruang tamu itu. Ini
mesti gambar hari raya tahun lepas. Ameerul Hasif pakai baju melayu warna ungu.
“Adik
aku yang comel tu kau tak mahu ayat ke?” Soal Tengku Syafiq.
“Si
Syazleen tu…” Fesal memuncungkan bibirnya. Dia tidak berkenan dengan adik
Tengku Syafiq yang terlalu menjaga kebersihan itu.
Teringat
dia masa mengajak tengku Syazleen menonton wayang. Dia tidak sengaja tumpahkan
popcorn pada baju gadis tersebut. Tengku Syazleen boleh minta balik sebab mahu
salin baju. Siap buat muka pula. Sudahnya mereka tidak jadi menonton wayang.
Wang beli tiket melayang begitu saja. Ada juga manusia macam Tengku Syazleen
dalam dunia ini. Serik Fesal dibuatnya. Itu yang pertama dan terakhir dia
mengajak Tengku Syazleen keluar. Cantik belakang kira.
“Minta
maaf Fiq…aku bukan memilih sangat tapi adik kau yang cun itu sudah terkeluar
dari senarai calon teman wanita aku.”
“Berlagak
kau ya…” Desis Tengku Syafiq.
“Kau
tak cuba kenenkan Syazleen dengan Meerul ke?”
Tengku
Syafiq mencemik muka.
“Meerul
kata dia nak cari awek macam Megan Fox. Sexy
dan hot..”
“Sexy dan hot sangatlah….”
Mereka
berdua terus tutup mulut sebaik melihat kelibat Ameerul Hasif. Ala telinga
lintah macam Ameerul Hasif sah-sah memang sudah dengar kedua teman baiknya
mengutuk dia dari belakang. Tak baik tahu…dosa..Dia hanya tersengih-sengih
sambil menyilangkan tangan.
“ZARA!” Terkocoh-kocoh Johairy mengejar
gadis yang ligat mengatur langkah di hadapan itu. Jalan langsung tidak menoleh
ke belakang.
Zara
Sofia merengus kecil. Ini yang dia malas kalau mengajak Johairy keluar bersama untuk membeli-belah. Jalan kemain
lembab!
“Cepatlah
Joe!” Jerit Zara Sofia.
“Sabarlah
nok…kaki I dah sakit ni.” Berlapis-lapis
sudah dahi Johairy.
Alahai
tulang macam sotong betul. Zara Sofia mula mengeluh. Kalau tidak fikirkan si
sotong ini ada kereta memang dia tidak ajak keluar.
“Kau
tu lelaki nok. Stamina kenalah kuat
sikit.” Bebel Zara Sofia. Kalau perempuan sudah lama dia pulas telinga si
Johairy.
“Menagah
I dah nok. Bagi I aturkan pernafasan
dulu.” Macam orang semput lagak gaya Johairy.
Panas
pula hati Zara Sofia melihat gelagat Johairy yang mengalah orang perempuan. Dia
mengomel tentang Johairy sednagkan diri sendiri pun dua kali lima sahaja.
Lembik dan selalu kena buli dengan teman sekuliah siapkan assignment mereka.
Malah bertambah lemah apabila Mike yang turut sama jadi pembuli. Zara Sofia
memang cair bila Mike yang meminta pertolongan. Zara Sofia memang cair bila Mike yang
meminta pertolongan. Orang gila baying katakan.
Johairy
suka kata dia bodoh dan perasan sendiri. Johairy kata dia telah dipergunakan
oleh Mike untuk kepentingan sendiri. Dia tidak kisah. Cara itu saja yang dapat dia dekati
Mike.
“Sudah ke belum?” Soal Zara Sofia. Jam
ditangan dia kerling berkali-kali.
“I
tarik nafas kejap nok…” Tarik hembus,
tarik hembus….stamina kembali pulih.
“Jom, kita gerak sekarang…”
“You
terburu sangat kenapa?” Johairy menyaingi langkah Zara Sofia.
“I
takut tak dapat baju t-shirt yang ada tulis Love
tu.”
“You
nak bagi hadiah pada Mike ya?”
“Mestilah.
Hadiah special.”
“Macam
mamat hensem tu nak terima hadiah
you. Sudah tu pula beli baju t-shirt tulis perkataan Love. Gelilah…”
Zara
Sofia menyeringai.
besttt.tpi ade bbrpa prkataan yg kak ilya salah eja.
ReplyDeletebab 4 bila lagi?
ReplyDeletebest sgat,,,,<3
ReplyDeleteTq dear ^^
ReplyDeleteCpt sambung ye.x sgka ameerul dah besar.
ReplyDeletexde smbungan ke kak...bile diorg nk berjumpa...heeee
ReplyDeletemnarik!!
ReplyDeleteKak, cerita pasal Ameerul ni ada novelnya ke??
ReplyDelete