Tab Menu

Followers

Sunday, October 14, 2012

Nilai Cintanya - NC16



SUFI Alisha meletakkan bunga yang dibelinya ke dalam pasu. Dia duduk di sisi Madam Jesse yang di panggil Makcik Anum itu. Wanita itu tersenyum. Dia senang hati dengan keramahan Sufi Alisha. Gadis itu tidak memungkiri janji untuk melawatnya di sini. Datangnya pula bersama Ameer Dylan. Ameer Dylan tidak banyak bercakap hanya memerhatikan gelagat Sufi Alisha melayan Makcik Anumnya itu.

            Pada Ameer Dylan gadis bernama Sufi Alisha itu cukup pelik. Diberikan wang tidak mahu tetapi menghabiskan wang sendiri pula untuk orang lain. Dia tidak sedar agaknya dirinya itu orang miskin dan tidak berharta. Malah gadis itu juga tidak mengendahkan sebarang ugutan yang datang mulutnya. Silap dia kerana termati niat ketika itu. Jika tidak memang lebih cepat dia mendapatkan Sufi Alisha. Sufi Alisha itu gadis yang cukup sukar untuk dia tangani. Dasar gadis keras kepala.

            Sufi Alisha mengupaskan buah epal buat Madam Jesse. Madam Jesse itu masih cantik walau sudah berusia. Pujian ikhlas dalam hati Sufi Alisha. Mata Sufi Alisha melirik pada Ameer Dylan yang turut duduk menompang dagu berhadapannya itu. Tidak bekerjakah lelaki itu hingga mengekori dia ke hospital hari ini. Lihat pada lagak pakaian yang dikenakan oleh Ameer Dylan juga begitu santai sekali dengan jeans dan t-shirt.

            “Ehemm…untuk I tiadakah.” Ameer Dylan tidak tahu meminta epal yang Sufi Alisha kupaskan kulitnya itu buat Madam Jesse.

            “Buah ini untuk orang yang sakit.Awak sihat boleh kupas sendiri.” Balas Sufi Alisha.

            Ameer Dylan mengetap bibir. Dia tidak peduli. Buah epal yang sudah siap dibelah empat itu dia rampas sepotong dari pinggan tersebut. Lantas dimasukkan terus ke dalam mulutnya. Sufi Alisha menjegilkan anak mata. Tidak menyenangi dengan tingkah-laku Ameer Dylan itu.

            Madam Jesse ketawa kecil melihat gelagat keduanya. Walau baru mengenali Sufi Alisha dia sudah sukakan gadis itu. Elok benar jika mereka berdua ada jodoh. Sayangnya Ameer Dylan ada tabiat yang tidak baik. Anak lelakinya itu kaki perempuan, kaki minum dan merokok. Perangai buruk Ameer Dylan itu sama sepertinya ketika muda dulu.

            “Makcik Anum…Sufi kena beredar sekarang.”

            “Terima kasih Sufi kerana melawat makcik di sini.”

            “Perkara kecil sahaja makcik. Sufi akan datang selagi makcik ada di sini.” Sufi Alisha mengucup kedua belah pipi Madam Jesse.

            “Sufi…” Madam Jesse menggenggam erat tangan Sufi Alisha. Ada sehelai kertas kecil berikan pada tangan Sufi Alisha. kertas itu ada tertera alamat tempat tinggal dan nombor telefonnya.

            “Datang cari makcik di sini nanti ya.” Bisik perlahan. Dia tidak mahu Ameer Dylan mendengarnya.
            Sufi Alisha tersenyum.

            “Makcik…jangan lupa makan ubat ya.”

            Madam Jesse angguk kepala.

            “Assalamualaikum…

            “Waalaikumusalam…”

            Sufi Alisha berlalu. Ameer Dylan mengalihkan pandangan mata pada wanita yang berada di atas katil pesakit. Agak lama baharu dia turut mengikuti langkah Sufi Alisha.

            “Sufi Alisha!” Laungnya.

‘           Sufi Alisha buat tidak dengar. Kakinya laju mengorak langkah. Namun langkah Ameer Dylan sudah menyainginya.

            “Sufi Alisha…” Panggil lagi. Dia paut lengan baju kurung baju kurung Sufi Alisha. Geram dengan sikap tidak layan Sufi Alisha. Orang panggil dia buat pekak telinga. Kalau dia heret Sufi Alisha nanti sudah macam seperti lelaki buas pula. Gadis ini memang suka menguji tahap kesabaran dia.

            “Boleh tak jangan sentuh saya.” Sufi Alisha mengeraskan sedikit nada suaranya.

            “Saya sudah sentuh awak pun kan.”

            “Encik Ameer…tolong jangan melampau.”

            “Kita kahwin Cik Sufi…”

            Usul kahwin asyik diketengahkan oleh Ameer Dylan bila bertemu. Desak demi desakan Ameer Dylan lakukan macam orang sudah kemaruk.

            “Encik Ameer bagi saya masa satu minggu. Saya akan berikan jawapan kepada Encik Dylan nanti.” Sufi Alisha menguntumkan senyuman.

Dia banyak berfikir kebelakangan ini. Kehadiran Ameer Dylan yang kerap ke rumahnya telah menjadi buah mulut orang. Pelbagai cerita dijaja oleh ibu dan adik-adik tirinya itu. Jiran tetangga mula menjauh. Malah ibu tirinya itu asyik mempersoalkan hubungan dia dan Ameer Dylan. Gambar-gambarnya pernah dilemparkan pada mukanya oleh Puan Rasiah sendiri. Konon dia telah memalukan nama kelurga. Sufi Alisha tahu Puan Rasiah sengaja berbuat demikian agar dia menerima Ameer Dylan sebagai suaminya. Ibu tirinya itu akan hidup mewah.

Lihat saja cara personaliti ibu tirinya sekarang. Pakaian sudah berjenama. Barang-barang kemas sudah menghiasi tubuhnya. Wang pencen arwah ayah tidak mampu untuk membeli semua itu. Hebat penangan wang ringgit menjadikan manusia hilang harga diri. Mungkin Sufi Alisha tidak belajar hingga ke menara gading tetapi dia tidak buta menilai keikhlasan Ameer Dylan untuk memperisterikan dia.

            Yes! Ameer Dylan menjerit dalam hati.



CAROLYN lihat Ameer Dylan sudah nampak perubahan sedikit. Lelaki itu jarang sekali mengajak dia menemaninya ke kelab malam seperti dulu. Jika itu satu perubahan yang baik memang Caroyln menyenanginya. Angin Ameer Dylan pun tampak baik kebelakangan ini sampai bawa dia dan Angie berjalan-jalan di taman. Kes penceraian dia dengan Jason juga hampir selesai. Itu pun atas bantuan dari Ameer Dylan. Dia sudah letih melayan kerenah gila Jason. Dan dia yakin hak penjagaan Angie akan berada di pihaknya.

            Ameer Dylan sedang berlari-lari anak bermain dengan Angie. Tidak dinafikan Angie amat rapat dengan Ameer Dylan. Ameer Dylan melayan dia dan Angie dengan baik tetapi tidak pada gadis-gadis yang mendampinginya. Ameer Dylan bersandar pada kerusi kayu di taman itu. Angie sudah bertemu dengan teman-teman sebaya usianya. Angie sudah tidak endahkan Ameer Dylan lagi.

            Carolyn duduk di sisi lelaki itu. Dia hulurkan sebotol air mineral kepada Ameer Dylan. Lelaki itu meneguknya perlahan.

            “Dylan…I lihat you sudah banyak berubah.” Ujar Carolyn.

            Ameer Dylan ke arah teman baiknya itu.

            “I berubah?”

            Carolyn menganggukkan kepada tanda mengiakan.

            Ameer Dylan ketawa. Carolyn kerut dahi. Apa yang melucukan hati Ameer Dylan dengan kata-katanya itu.

            “Carolyn…you pun naïf juga ya.”

            “Dylan….jangan you kata you hanya berlakon jadi baik kerana you nak kaburi mata dia.”

            “Tepat sekali. You fikir akan berubah baik kerana perempuan itu ke? So sorrylah..”

            Carolyn mebulatkan anak matanya. Mati-mati dia ingat Ameer Dylan sudah berubah. Memang dasar lelaki hidung berbelang harimau.

            “Sufi Alisha itu cukup baik di mata I. I takut you menyesal kelak Dylan.”

            “I menyesal? Come on Carolyn…macam you baru kenal I. I mana ada pernah menyesal.”

            “Jangan megah berkata-kata Dylan...I takut you yang tersungkur nanti. Air mata you yang mengalir bila Sufi Alisha tinggalkan you kelak.”

            Carolyn bingkas bangun mendapatkan Angie yang sudah menangis akibat terjatuh dari buaian.

            Ameer Dylan terdiam. Apa yang ada pada Sufi Alisha sampai dia jatuh tersungkur pula. Kata-kata Carolyn memang mengarut. Tidak masuk di akal.

            Selepas menghantar Carolyn dan Angie, dia terus menuju ke banglo penginapannya. Banglo itu sunyi dan sepi. Pembantu rumah yang diupah pastinya sudah pulang. Banglo itu sentiasa dijaga dengan rapi. Dia tidak suka banglo itu semak dan bersepah. Ameer Dylan menanggalkan t-shirt yang dipakai. Dilontarkan pada meja tamu.

            Ameer Dylan rebahkan tubuhnya pada sofa. Dia penjamkan matanya rapat-rapat. Dengkuran halus mula kedengaran di ruang tamu banglo itu. Lenanya tanpa menyedari ada tetamu tanpa diundang di dalam banglo itu. Tetamu tidak diundang itu semestinya Delina. Delina ada kunci pendua banglo tersebut. Ameer Dylan sendiri yang memberikan kepada dia.

            Delina melabuhkan punggung di sisi Ameer Dylan. Dia belai rambut Ameer Dylan yang dibiarkan panjang itu. Diusap-usap wajah Ameer Dylan. Lelaki ini kacak dan menggoda naluri kewanitaannya. Lihat sahaja pada tubuhnya yang sasa dan berotot itu. Damien memang kalah dengan Ameer Dylan.

            Sayangnya Ameer Dylan adalah lelaki yang tidak layak untuk mendapat simpati dari wanita sepertinya. Dia tidak mahu kalah dalam permainanan mereka. Dia mahu menang! Ya dia mesti menang!

            “Dylan….Dylan…” Halus Delina berbisik pada telinga Ameer Dylan.

            Ameer Dylan membuka matanya perlahan-lahan. Agak kabur wajah jelita Delina pada pandanngan matanya.

            “Dylan…” Delina mengusap wajahnya.

            Ameer Dylan bangun dan menepis jemari halus Delina. Dia pandang kiri dan kanan.

            “Macam mana you masuk ke dalam banglo I?” Soalnya agak kasar.

            Delina tersenyum dan menunjukkan kunci pendua di tangannya.

            “Dylan…I ni perempuan you juga tahu.” Delina cuba untuk bermanja dengan Ameer Dylan. Lelaki itu pantas menolak tubuhnya.

            “Isi dalam perut you sudah ada pak sanggupnya atau belum?” Rengusnya. Jangan dirayu dia menjadi suami buat Delina. Dia tidak akan bersetuju meskipun pisau dihunuskan pada lehernya.

            Delina mencemik muka.

            “I hanya buat joke dengan you saja. I tak pregnant pun.”

            “Joke? Hey perempuan! You jangan bermain api dengan I.” Jari telunjuknya sudah ditujukan pada muka Delina.

            “Dylan kalau I takut maka I tidak akan bermain api dengan you!” Getus Delina. Jemarinya sudah menjalar pada tubuh sasa Ameer Dylan. Liuk tubuhnya yang seksi sengaja dirapatkan dengan tubuh Ameer Dylan.

            “Stop!” Tangan Delina dicengkam kuat.

            “Dylan…you jangan bohongi I yang you rindukan belaian dari I juga. I tahu hubungan kita hanya berlandaskan…”

            “Stop it!” Ameer Dylan menolak tubuh Delina hingga wanita itu jatuh terduduk atas sofa. “Keluar dari rumah I sekarang!”

            Ameer Dylan memijak anak tangga. Dia masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya itu dihempaskan dengan kuat.

            Delina ketawa. Ameer Dylan…you tidak akan lepas dalam genggaman I.


OPS! Sorry miss..”

            Barang-barang Sufi Alisha bertaburan atas lantai. Dia pun salah juga kerana jalan tidak tengok ke hadapan. Asyik sangat melihat barang-barang keperluan kiri dan kanan. Sufi Alisha bongkokkan sedikit tubuhnya mengutip barang-barnagnya masuk semula ke dalam bakul.

            Lelaki yang melanggarnya turut membantu.

            “Sorry sangat-sangat.” Ujar lelaki itu lagi. Dia sudah menanggalkan kaca mata hitamnya.

            “Tidak mengapa.” Balas Sufi Alisha seraya mengukirkan senyuman.

            “Biar saya tolong bawakan bakul barang cik.” Lelaki itu mengambil bakul tersebut dari pegangan tangan Sufi Alisha.

            Sufi Alisha tersentak.

            “Tidak mengapa…saya boleh bawa barang-barang ni sendiri.”

            “Berat ni cik. Kenapa tidak pakai troli?”

            “Itu…saya tak sangka pula terbeli banyak macam ni.”

            “Saya Damien…” Lelaki itu memperkenalkan diri.

            “Panggil saja saya Sufi.” Teragak-agak Sufi Alisha. Iyalah lelaki itu baharu dikenali.

            “Sufi saja ke?”

            “Ya..panggil saja Sufi.” Sufi Alisha tidak memberikan nama penuhnya. Dia tidak selesa berbuat demikian.  

            Mereka menuju ke kaunter pembayaran. Damien cukup berbesar hati untuk membantu Sufi Alisha membawa barang-barang tersebut hingga ke rumah kebajikan orang tua itu. Sufi Alisha menegah namun lelaki itu berdegil.


8 comments:

  1. nmpknya damien dah brkenlan dngan sufi.apalah yg akan trjdi nnti
    -iffah-

    ReplyDelete
  2. sufi dan damien...hmmmm
    kalau dylan tau...apa akan jadi ye...
    hehehe....

    ReplyDelete
  3. Hhmmmm...
    Ape lak agenda damien nk wat kar sufi nie..
    Cian sufi jd mangsa dendam damien ngn dylan

    ReplyDelete
  4. huhu.. bila la dylan nkk berubah XD btw , mmg mantoppp cerita nih :D

    ReplyDelete
  5. saje je kot dia nk sakitkn ati ameer tu..huhu..sian plak sufi..

    ReplyDelete
  6. apakah damien n delina merancang sesuatu????perkenalan dgn sufi mgkn di sengajakan...menarik..
    ~saza~

    ReplyDelete
  7. Fuhh...bila nak buat citer yg complicated ni memang cukup memerah otak

    ReplyDelete
  8. x sbr nk bce n3 yg baru g... bila la sufi n dylan nk kwen ne, tk sbr nk bce

    ReplyDelete