Tab Menu

Followers

Thursday, October 27, 2011

Tuan Dan Puan - Pengenalan


SEBUAH kereta mewah jenama Subaru membuat aksi drift mengejut di hadapan seorang gadis berkolar putih. Si gadis menyilangkan tangannya melihat lelaki yang melangkah keluar dari perut kereta berkenaan. Lelaki segak bersuit pakaian jenama padini itu merenungnya tajam. Cermin mata hitam di batang hidung mancung lelaki itu ditanggalkan. Dia mengaturkan langkah. Lagak gaya lelaki yang cukup berkaliber.
            Gadis itu mengukir senyuman manis di bibir mungilnya. Dia kerling lelaki segak itu atas dan bawah. Jenis lelaki berjenama dan mementingkan kekemasan. Dia juga jenis lelaki yang sukar untuk didekati. Bajet lelaki ini setinggi gunung Everest. Ingat diri dia maco sangat seperti Brad pitt ke?

            Giliran lelaki itu pula yang meratah segenap wajah tenang dan ayu di hadapan matanya. Orangnya boleh tahan walau tidak secantik Angelina Jolie.  Anak gadis kepada pasangan Datuk Sharif Dol dan Datin Amalia ini adalah musuh ketat tradisi keluarganya. Pengkhianatan yang dibuat oleh keturunan gadis ini sukar untuk dimaafkan oleh keturunan keluarganya. Permusuhan ini bermula dari datuk dan nenek turun mula kepada cucu-cucunya.

            “Assalamualaikum Tuan Aakif Bin Tuan Aali. Apa khabar?” Ujar gadis itu lembut. Suara gemersiknya cukup memanah hati milik Tuan Aakif.

            “Waalaikumusalam. Ehemm…Cik Aimy....Saya sebenarnya sudah tidak larat mahu melayan kerenah keluarga kita. Kalah permusuhan keluarga Romeo dan Juliet.”

            Aimy tersenyum. Ini mesti fasal projek lanskap yang sudah papa rebut dari atuk Tuan Aakif. Tok Nadim tengah bengang gilalah itu sampai hantar cucunya ini menghadap dia. Nenek Halijah pula menghantar dia berurusan secara peribadi dengan Tuan Aakif.

            “Siapa suruh Tok Nadim khianati nenek saya.”

            “Apa pulak? Nenek Halijah yang khianati atuk saya tahu.” Tuan menjegilkan matanya pada Aimy.

            Aimy hanya berlagak selamba dan tenang. Dia sudah cukup kenal dengan keperibadian lelaki di hadapannya itu. Bukan takat dengan sikap hidung tinggi sahaja. Mulut Tuan Aakif juga adalah senjata yang berbahaya.

            “Aakif dalam soal ini melibatkan reputasi kerja masing-masing. Mungkin proposal lanskap saya lebih baik dari awak.” Aimy masih lembut berbicara.

            “Bukan Aakif tapi Tuan Aakif.” Tuan Aakif tidak suka sesiapa memanggilnya dengan panggilan Aakif kecuali Tok Nadim dan abahnya.


            Aimy sekadar menjongket bahu. Panggil nama pun mahu diambil kira. 

            “Macam mana kalau saya nak panggil Aakif juga.” Aimy bertentang mata dengan Tuan Aakif.


            “Layak ke?” balas Tuan Aakif sini. Dia tahu kedudukannya lebih tinggi dari Aimy. Taraf Aimy masih berada di bawahnya.

            “Saya peduli apa.” Ujar Aimy. 

            Wajah tenang Aimy itu sering-kali menyakitkan hati Tuan Aakif. Gadis itu tidak pernah gentar menghadapi Tuan Aakif Bin Tuan Aali ini.

            “Kau ni!” Tuan Aakif rasa mahu mencekik-cekik leher Aimy. Aimy ni muka seperti orang tiada perasaan. Kalau dia berleter pun Aimy boleh pekakkan telinga. Jarang dia jumpa jenis gadis macam Aimy ini. 

            Aimy juga tidak sukakan perbalahan keluarga mereka. Bosan apabila dia turut diheret bersama. Kalau tidak dikutkan kehendak Nek Halijah pula dikatakan tidak sayangkan keluarga. Nenek Halijah pun satu, cerita lama dijadikan masalah besar turun-menurun.  Setakat lelaki macam Tok Nadim itu tidak perlulah bersusah-payah mahu membalas dendam kerana pengkhianatan atuk Tuan Aakif. 

Kumbang bukannya seekor. Nenek Halijah berkahwin pun bukan dengan orang sebarangan. Bila dua keluarga besar ini mahu berbaik-baik timbul lagi fasal pengkhianatan. Mama pula tidak berkenankan abah Tuan Aakif. Mama cakap dia tidak sukakan lelaki tiada rambut. Erti kata lain BOTAK. Sekarang ini permusuhan sampai ke tahap cucu mereka pula. Siapa lagi kalau bukan dia, cucu Nenek Halijah dan Tuan Aakif cucu Tok Nadim.

            “Aakif…saya sebenarnya bosan fasal perbalahan keluarga kita yang tidak berkesudahan ini. Macam awak cakap kalah kisah Romeo dan Juliet. Saya pun rasa bosan mahu menghadap muka awak dah.” Aimy bersandar pada kereta mewah Tuan Aakif. 

Tuan Aakif mencerlung gadis itu geram. Sesuka hati gadis itu bersandar pada keretanya. Kotor nanti keretanya tahu! Aimy bikin hatinya menggelegak. Dia sudah berikan isyarat mata pun Aimy boleh buat tidak endah. 

            “Ingat saya tak bosan tengok muka awak?” Rengus Tuan Aakif. “Boleh tak jangan sandar-sandar pada kereta saya. Kotor nanti.” Sambungnya lagi.

            “Kalau kotor boleh cucikan.” Aimy mengangkatkan keningnya.

Tuan Aakif mencebik.

“Saya ada satu cadangan.” 

“Cadangan apa tu?”

“Kita berkahwin tapi saya tak mahu main kahwin paksaan atau kontrak. Saya nak kahwin sebab saya suka awak dan awak suka saya. Maybe penyatuan kita boleh menamatkan permusuhan keluarga kita.” Tuan Aakif bercakap tidak berdolak dalih langsung. Jujur seratus-peratus.

            Aimy mengusap dagu. “Jadi saya kena jadi Puan kepada Tuan Aakif?” Aimy menyoal.

            “Kalau sudah berkahwin dengan saya masakan mahu jadi cik pulak. Status awak bertukar menjadi puanlah. Dulu punya pandai sekarang sudah jadi biol pulak.”

            “Mulut lancang betul. Dulu kemain bodoh-bodoh alang. Hingus meleleh bawah hidung. Geli tahu...” Aimy memulangkan paku buah keras. 

            Tuan Aakif mengetap bibir. Ada saja jawabnya si anak gadis Datuk Sharif Dol ini.

            “Macam mana?” Kalau tiada persetujuan dari Aimy maka rancangan yang diatur tidak akan berjaya. 

            “Awak suka pada saya ke?” Soal Aimy kembali. Wajah Tuan Aakif berubah kemerahan. 

            Alamak kantoi! Aimy ini memang pandai menembak.

            “Saya pun suka pada awak yang celupar dan hidung tinggi ini. Rasanya tiada masalah kalau berkahwin dengan awak sebab tiada paksaan dan kontrak.” Lebar senyuman terukir di bibir Aimy.
            Senang cerita mereka sudah jatuh hati antara satu sama lain. 

11 comments:

  1. hehehe...
    menariklah citer ni
    wah Tuan Aakif...selamba je melamar anak orang ye...
    akak nak lagi

    ReplyDelete
  2. bestlah!kak ilya cpt smbg lgi!please!:D

    ReplyDelete
  3. ceh,,,
    gaye cam musuh tradisi...\
    last2 lamar orang plak,..

    ReplyDelete
  4. ceta ni bakal ganti QC ya...
    tak lambat dah qc nk dijadikan nvl kan...

    ReplyDelete
  5. Ya...gantikan QC yang bakal terbit nanti...InsyaALLAH rasanya saya mahu Tuan dan Puan jadi versi cetak...

    ReplyDelete
  6. hahaha bes r cite nie....

    ReplyDelete
  7. kak..
    smbung larh ag....
    excited giler nie..
    huhuhu :)
    (shida_lyna)

    ReplyDelete
  8. suka lah cerita..sempoi je..heheh :)

    ReplyDelete