Tab Menu

Followers

Wednesday, November 2, 2011

DEMAM + MANUSKRIP

Akak betul-betul tak tahan cuaca di pulau hingga kena demam panas. Masa outstation di pulau pinang pun kena demam panas sampai tak boleh bangkit malamnya. Nasib baik kebah sikit waktu pagi. Demi tugas digagahkan juga ketika itu. Aduh balik dari Pangkor terus cari klinik yg hampir klinik sekitar perumahan tutup pulak, Esoknya gagahkan diri jalan kaki ke klinik lagi tapi tutup. Akak terpaksalah pergi hari Isnin sebab akak perlukan ubat dalam keadaan yang masih tidak stabil ini.

Alhamdulillah akak sudah pulih sedikit dari demam tapi masih menjaga kesihatan...takut kalau demam tak bangun jawabnya mahu mc seminggu. Hehehehe...maaflah sebab tak dapat sambung e-novel dalam blog akak. (^_^) Takdir Cinta Luka (TCL) hampir siap dan akan dijadikan buku skrap untuk teman-teman pembaca yang sudah order. Lepas ini Mahligai Air Mata pula (MAM) bakal menyusul seperti TCL.

Dalam demam-demam pun masih sempat mahu menyambung manuskrip sampai 'teman tapi mesra' membebel suruh berehat. Ops! 'Teman tapi mesra' terkantoi pulak akak. Hehehehe...(^_^) masih dalam proses perkenalan. Ada rezeki Insya-ALLAH...moga-moga kali ini jodoh milik akak. Akak ni sudah nak dapat calon suami. Bukan memilih tapi...sukar nak pilih teman yang betul-betul ikhlas menyayangi kita. lelaki idaman akak mestilah 'Doktor Muhammad Syakir Bin ilyas'. Lepas ini akak akan merindui watak Syakir dalam 'coke and sundae' begitu jua dengan Azyan. Kedua watak ini telah sebati dalam diri akak.

Akak keluarkan semua idea akak sebelum akak berehat sepenuhnya nanti. Tiadalah blog ini kosong untuk tatapan pembaca setia akak. Akak teringin jugak mahu lihat komen2 di blog akak sampai mencecah puluhan komen tapi tak capai hajat akak lagi tu hehehehe...maklumlah cerita akak kurang best. Takper akak akan cuba cari sampai pengomen ke 100 hehehehe...(^_^) Target e-novel akak Tuan dan Puan versi komedi romantik yang complicated dan Titisan Tinta Suria (^_^) sebuah novel ada unsur Islamik (Kisah gadis bisu dan seorang lelaki Inggeris kasanova yang tiada agama)

Manuskrip Queen Control (QC) hampir sampai penamatnya...Fuh!!! Dalam 500 m/s tapi kalau jadi novel mestilah tebal ni. Dalam manuskrip QC akak sudah ubahsuai dan tokok tambah perencah dan perisa semua. Hehehehe...Walaupun akak bukan penulis top tapi akak puas menghasilkan karya akak untuk tatapan umum. Watak-watak hero dan heroin akak selalunya nama mereka akak cari dalam himpunan nama2 Islam. Siapa kata nama Islam tidak unik. Syakir, Tiryaq, Iffat Altamis, Qaiser, Iman Farhan, hero mininovella 'Roses' lupa lak nama dia hehehe...yang terbaharu Aakif. Biar ringkas pada akak tapi unik pada namanya (^_^) Akak susah nak ingat nama yang panjang-panjang ni. Terus-terang...

Sebenarnya e-novel yang paling akak suka tulis adalah 'Takdir Cinta Luka' (TCL) Akak suka pada watak Batrisyah dan Faliq biarpun akhirnya mereka tidak bersatu. Kesetiaan cinta mereka hingga ke nafas terakhir. Batrisyah sanggup mengorbankan kasih dan cintanya pada Faliq demi seorang wanita yang dipanggil ibu. Di saat akhir nafasnya dia tidak berkesempatan mengungkapkan kata cinta buat Faliq dan hanya diari membongkarkan segala luahan hati Batrisyah. Serius akak menangis masa mahu mematikan watak Batrisyah dan jua Faliq. (*_*)) Kalaulah dapat jadi versi cetak mesti akak melonjak gembira!!! 

*Kita sambung pada coretan di kemudian hari :)

11 comments:

  1. saya doakan semoga citer TLC akan dapat dibukukan...
    tapi sedih pula ending dia bila akak bagitau cinta batrisyah dan faliq tidak bersatu...
    nak buat camna lumrah kehidupan..
    apa pun saya tetap akan sokong akak dan sentiasa menanti karya-karya akak..

    p/s: kalau CNS II dan QC diterbitkan jangan lupa bgtau ye..nak juga buku skrap tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah...panjangnya komen Seed...Insya-ALLAH...Kalau ada sudi nak terbitkan :) Akak akan umumkan di sebaik dapat bulan terbitkan nanti.

    ReplyDelete
  3. akak berusaha ! ! saya hrp sya lah pengomen yg ke-1oo tuh. wakakaka >.<
    get well soon ye kak :D

    ReplyDelete
  4. Sedang berusahalah ni...nak sangat dapat komen lebih dari 30 orang ni hehehehe,,,

    ReplyDelete
  5. akak xpandai nk karang ayat2 ni...tp akak sokong ilya...akak mmg suka karya2 ilya...klu TCL jd buat buku skrap @ nvl...akak nk satu...xkira samada jual @ free...hihihi..
    ilya..semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. harap sgt TCL dibukukan...
    and saya doakan kak ilya akan dpt smpai 100 comment.. love all ur karya kak ilya! ♥♥♥ ☺

    ReplyDelete
  7. adoi!..sedey lar klau ending TCL camtu..uhuk uhuk uhuk,buat aku bad mood jer..uhuk uhuk,tp kan..aku tetap suke soma cter ko..uhuk uhuk(hish,sedey btol2 ni)..

    ReplyDelete
  8. Tidak semua kehidupan itu indah... adakalanya mesti duka dan air mata mengiringi kisah kita. :)

    ReplyDelete
  9. hii cik ilya

    hmm.. selama ni jadi silent reader je karya cik ilya .. hehehe.. tp hr ni tangan ni gatal lak nak post komen...
    Semua karya cik ilya best2... saya dah ada buku CNS I tunggu CNS II n QC...Saya pun berharap TLC dibukukan...
    Wish all the best Cik ilya... kalau ada perkembangan terbaru ttg novel n karya2 cik ilya.. bgtau kat ktorg .. teruskan berkarya kerana cik ilya ramai peminat... ;)

    ReplyDelete