Tab Menu

Followers

Tuesday, January 22, 2013

Awek Skuter - Bab 7




ADLLEA memang sengaja membawa ke restoran tiada kelas. Adllea ingat Shaz akan membebel dan jelek dengannya yang makan di restoran macam ini. Dia silap. Shaz selamba sahaja memesan makanan dan minuman di situ. Dia jongket kening memandang Adllea. Entah mengapa bibir Adllea secara automatik menguntumkan senyuman pada dia.

            Katak bercermin mata empat ini susah nak menduga segala tindakan dia. Kata orang di luar jangkaan. Adllea lihat dia tanggalkan kaca mata berbingkai tebalnya itu lagi. Dia memang hensem walau berkulit hitam manis. Stail pun agak sempoi tetapi ulat buku. Hari ini saja dia tidak membawa bukunya bersama. Adllea tersenyum apabila mengingati peristiwa dia menyimbah air pada muka Shaz. 

            “Kenapa awak pandang saya macam tu?”

            Adllea tersentak. Merah padam muka dia.

            Sori…” Adllea susun sepuluh jari mohon kemaafan. “Sori….sebab simbah air pada muka awak hari tu.”

            Shaz pandang Adllea. 

            “Saya tak kisah.” Ujarnya. Dia menghirup air minumannya.
            “Betul ni?” Adllea macam tidak yakin.
            “Betullah.”

            Fuhh! Lega sangat hati ini mendengarnya.

            “Awak betul-betul suka pada abang saya ke? Saya boleh tolong adjust.”

            Tersembur air oren dalam mulut Adllea. Habis kena muka dia. Alahai…maaf sesangatlah katak bercermin mata empat.

Sori…” Adllea segera mengelapkan muka Shaz dengan sapu tangan. Hilang keayuan dia  sebagai awek skuter yang bersopan-santun.
“Awak ni memang suka agaknya menyembur muka orang air ya.” 

            Dia buat dah. Jelingan macam ais batu itu memang Adllea tidak suka. Cuba dia buat jelingan macam Farith mesti Adllea Abd. Rashid ni terpikat. 

            “Awak ni betul-betul rabun ke?” Soal Adllea berani.

            Shaz pandang lagi muka Adllea.

            “Masa baca buku saja saya pakai kaca mata ni. Saya rabun dekat.” Jawabnya.

            Patutlah….

            “Awak kerja apa ya?”
            “Kerja dengan orang. Makan gaji.”
            “Tahulah kerja makan gaji tapi sebagai apa?”
            “Hiasan dalaman…”

            “Oooo…” Panjang Adllea muncungkan bibir. Orang ada kelulusan mestilah ada kerja bagus. Lainlah macam dia yang berkelulusan rendah ini.
            “Saya tak pandang rendah orang hantar pizza macam awak.” Ujarnya lagi. Adllea tersentak. Nasib baik tak tersembur air lagi pada mukanya.

            “Terima kasih…”
            “Semua orang ada kelebihan masing-masing.”

            Adllea bersetuju dengan kata-katanya itu. Orang yang tidak pandai tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam hidup.

            Makanan yang dipesan terhidang atas meja. Perbualan mereka terhenti seketika. Apalagi kenalah dia isi perut yang memang sudah lapar. Adllea makan sudah tidak pandang kiri kanan dah. Untuk apa mahu control ayu di hadapan katak bercermin mata empat ini.

            “Itu kawan satu kerja awak kan?” 

            Adllea behenti menyuap. Adllea alihkan pandangan pada meja tidak beberapa jauh dari mereka duduk.

           “Hidayat…” Bisik hati kecil Adllea.

            Adllea lihat Hidayat sedang memberikan sejumlah wang kepada Nana. Adllea ketap bibir. Pelbagai perasaan bermain di fikiran Adllea tika ini. Nasi yang beberapa suap masuk ke dalam mulutnya terasa seperti pasir. Hantu punya Hidayat. Kau tipu aku bulat-bulat. Aku bagi pinjam duit sebab kau kata bulan ini kau terdesak lepas budget tapi kau bagi duit aku tu pada kekasih hati kau pula.

            “Awak tak mahu tegur dia ke?”
            “Biarlah dia.”
            “Awak ada hati pada dia?”
            “Awak jangan pulak mahu jadi penyibuk hal orang lain.” Adllea merengus geram. 

            Dia jungkit bahu. Mereka terus membisu menghabiskan makanan masing-masing. Adllea tidak nafikan dia ada perasaan pada Hidayat dulu. Tapi itu dululah ya…sekarang tidak lagi. Hati Adllea sudah diserahkan kepada Farith. Chewah…berangan sunggu kau, Adllea.
           
SAMPAI di rumah Adllea terus baring atas tilam tak berapa empuk ni. Fikirannya masih melayang tentang Hidayat dan juga Farith. Adllea terkejut beruk bila si katak bercermin mata empat usulkan pada dia  untuk projek memikat abangnya itu. Biar betul mamat tu?

            “Saya boleh tolong awak untuk memikat abang saya tu.” Begitulah si katak bercermin empat katakan pada dia tadi.

            Peluang keemasan orang kata jangan ditolak. Maka patutkah dia terima usul dari si katak bercermin mata empat itu. Adllea rasa dia tidak berniat jahat pun dengannya. Cuma Adllea agak sangsi dengan motif dia mahu membantu tu. Janganlah katak bercermin mata empat itu permainkan diasudah. Tahu nasib kau nanti si katak bercermin mata empat.

            Terlintas Hidayat di dalam kepala Adllea. Hatinya sakit mengingkatkan pengkhianatan Hidayat sebagai seorang sahabat. Hidayat sudah melampau. kenapa tidak berterus terang sahaja yang wang tersebut dipinjam untuk Nana. Sayang sangat pada Nana yang hipokrit itu. Nana itu mata duitan. Harapkan muka sahaja cantik tapi hati tidak cantik sama sekali. 

            Telefon bimbit Adllea berlagu pilu. Adllea yang ubat ubah tone muzik yang lain. Nama katak bercermin mata empat itu tertera pada skrin telefon. Sengaja dia simpan nombor terbabit untuk rujukan. Konon-kononnya…

“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…apa hal ganggu orang nak berehat ni.” Sembur Adllea. Mood sedang tak baiklah.

“Garangnya…sebab hal lelaki siang tadi ke?”
“Eeee….jangan menyibuklah.”
“Kalau saya nak menyibuk macam mana?”

Sajalah tu mahu panaskan hati dia.

“Itu urusan antara saya dan kawan baik sayalah.”
“Kawan baik awak tu boleh tahan juga orangnya. Tapi kita lupakan hal dia. Macam amna tawaran saya tadi tu?” Shaz tahu hubungan Adllea dengan Hidayat tidaklebih dari seorang kawan. Saja dia mengusik gadis itu. Entah mengapa dia seronok jika bergaduh dengan Adllea. Gadis itu suka menjawab.

“Awak ni ikhlas ke?”
“Kalau saya katakan saya  ikhlas?”

Adllea terdiam sejenak. Hati masih ragu-ragu namun peluang macam ini datang hanya sekali kan.

“Bagi masa saya nak berfikir dulu sebab setahu sayalah, awak ni bukan bagi sangat perempuan dekati abang awak yang hensem tu.”
“Saya ni tak hensem ya?”

“Ermm…macam nak cakap ya. Kiranya boleh tahanlah. Tapi heranlah awak ni lain benar wajah dengan kedua abang tu.” Alamak! terlepas cakap pula. Moga Shaz tidak terasa hatilah. Adllea menekup mulutnya.

“Muka saya lain ya…Muka saya lain sebab saya adik tiri mereka.”
“Oh!” Mulut Adllea terlopong. Patutlah tak sama sangat.
“Lain ayah. Penting sangat ke itu pada awak?”
“Saja tanya.”

“Awak fikirkanlah tawaran saya tu. Dan jangan banyak fikir pasal sahabat awak tu. Mungkin ada sebabnya tersendiri berbuat demikian. Bye-bye. Assalamualaikum…”

Talian diputuskan.

“Waalaikumusalam…”

No comments:

Post a Comment