TUTY memang
pakar dalam soal solek-menyolek ini. Tidak berkelip mata si katak bercermin
mata empat melihat awek skuter macam Adllea transform
jadi awek cun. Dia jemput Adllea dengan kereta kancilnya. Adllea mahu datang
sendiri naik skuter dia tak kasi. Dia kata tak sesuai gadis yang berpakaian
baju kurung macamnya merempit naik skuter. Ada saja yang dia bebelkan.
Dalam kereta Adllea dan Shaz tidak
banyak berbual panjang. Adllea layan perasaan gementar campur dengan gemuruh.
Shaz pula layan lagu di radio Suria.fm. Dia cakap itu saluran radio kegemaran
dia. Adllea tak tanya pun.
Sebaik sampai di rumah Mama Zara,
Adllea rasa was-was untuk keluar dari perut kerata. Jantungnya berdengup laju.
Dia bukan biasa pergi ke majlis orang-orang kaya ni. Kaku dan kekok jadinya.
Shaz yang segak dengan t-shirt berkolar hitam dan jeans warna yang sama sudah
membukakan pintu untuknya. Macam tuan puterilah pulak.
“Sampai bila awak nak panas punggung
di dalam kereta saya?”
“Shaz…saya takutlah.”
“Sini tiada cannibal. Jadi jangan takut.”
“Esh! Awak ni tak fahamlah.” Adllea
merungut. Dia keluar dari perut kereta Shaz. Raik mukanya gelabah.
“Saya adalah…”
“Hmmm…” Adllea terpaksa jua mengikut
langkah Shaz. Alang-alang sudah sampaikan. Ramainya tetamu Mama Zara. Seorang
pun tidak dikenali oleh Adllea.
Mata Adllea terpaku pada Farith yang
sedang berbual denga tetamu di situ. Wow! Segak gila Farith dari Shaz. Adllea
membuat perbandingan lagi. Farith agak tersentak melihat Adllea bersama Shaz.
Gadis penghantar pizza itu? Cantik juga orangnya bila berhias. Farith menrapati
Adllea dan Shaz.
“You gadis penghantar pizza tukan?”
Tegurnya.
“Er…”
“Dia ni awek skuter.” Shaz memintas.
Betul kata Shaz kehadiran dia membuka
mata Farith. Ramah mesra Farith melayan Adllea sebagai tetamu. Jelas ada
cemburu di wajah kekasih hatinya, Syakila. Adllea buat dek. Si katak bercermin
mata empat ada memberitahu yang dia aku tidak perlu takut pada Syakila sebab
Farith hanya kekasihnya bukan ada status suami orang lagi. Kiranya tidak salah
untuk dia ada perasaan suka pada Farith. Niat untuk merampas pun sudah ada
dalam hati ini. Jahat pula kau, Adllea.
“Tak sangka gadis pizza pun ada hati
nak hadir dalam majlis macam ini.” Perli Syakila.
Adllea pekakkan
telinga. Syakila memang mengenali kerana dia selalu hantarkan pizza buat Farith
di lokasi penggambaraan.
“Kila…” Farith menegur kekekasihnya.
Adllea tahu Farith tidak senang dengan kata-kata Syakila itu.
“Semua orang berhak nak jadi
cantik.” Shaz mencelah. Dia melemparkan senyuman pada Adllea. Kalau dia
sentiasa senyuma begini kan bagus. Suka pula Adllea tengok senyuman Shaz.
“Shaz…jangan keruhkan keadaan.”
Farith bertindak sebagai orang tengah.
“Siapa yang cari masalah?” Jelingan
tajam Shaz ditujukan terus kepada Syakila. Gerun juga Adllea melihatnya.
Syakila pun tidak berani membalas pandangan mata tajam dari Shaz. Nyata sekali
hubungan Syakila dan Shaz tidak baik.
“Farith…adik you ni memang tidak
pernah sukakan I kan? I rasa I memang tidak wajar berada di sini.” Syakila
beredar. Merajuklah tu.
Farith segera mengejar. Adllea
mengeluh kecil. Dia macma tidak berpeluang saja apabila melihat Farith mengejar
Syakila. Simbol love Adllea retak
sedikit. Belum berjuang Adllea sudah terseungur. Huhuhu…
“Abaikan saja.” Ujar Shaz selamba.
“Tak baiklah buat macam itu.” Desis
Adllea.
“Aik…jadi baik hati pulak.”
“Saya tengok abang awak macam
betul-betul sayangkan Syakila.” Itu yang Adllea rasakan dekat hati ini.
“So?
Awak sudah berputus asa?”
Adllea jungkit bahu. “Entahlah…”
“Jadilah kejam sedikit…Jangan mudah
mengalah.” Sha memberikan kata perangsang lagi. Terkedu Adllea.
“Masalahnya saya tak boleh jadi
kejam.”
“Tak mengapa saya ajar awak nanti.”
Adllea hela nafas kecil. Sampai
begitu sekali dia kena buat untuk mendapatkan Farith. Adllea rasa macam sudah melakon
watak perempuan jahat saja.
“Anak kesayangan auntie…” Seorang wanita agak berusia
menghampiri mereka. Adllea agak wanita ini adalah Mama Zara iaitu makcik kepada
tiga adik-beradik ini. Izmi sahaja yang Adllea tidak nampak batang hidungnya.
Bukan main meriah pakaian yang dikenakan oleh Mama Zara itu. Warna-warni baju
kebayanya.
Tubuh Shaz terus dipeluk. Kedua pipi
Shaz dicium oleh Mama Zara. Adllea lihat Mama Zara perlakukan Shaz macam budak
bawah umur sahaja.
“Auntie…” Shaz menarik Adllea agar
berdiri di sebelahnya. Adllea terpaksa memalitkan seyuman di bibir.
Mama
Zara memandang Adllea atas bawah. Semacma pula pandangan Mama Zara itu.
Berdengup laju jantung Adllea.
“Siapa
ni?” Mama Zara bertanya pada Shaz.
“Kekasih
saya auntie…”
Terjegil
biji mata Adllea mendengar kata-kata si katak bercermin mata empat ni.
“What? Anak kesayangan auntie sudah ada kekasih?” Mama Zara
menekup mulutnya. Dia tidak tahu yang si katak bercermin mata itu sedang menipu
dia. Adllea juga yang menjadi mangsa keadaan lagi.
“Auntie…Shaz pun hensem juga.” Dia kerling Adllea. Adllea mencebik tanda tidak
berpuas hati denngan kata-katanya tadi. Main ikut suka hati dia ajelah.
“Ya,
auntie tahu yang Shaz pun hensem. Shaz saja yang tidak mahu
bukakan pintu hati untuk perempuan.” Mama Zara memeluk bahu Shaz. Mama Zara
kenyitkan mata pada Adllea. Adllea tertelan air liur terus.
“Bagaimana
calon buah hati Shaz?”
“Cantik
dan manis orangnya…” Mama Zara memuji.
“Erk!”
Adllea tidak tahu mahu kata apa dah. Lidah dia macam berbelit mahu bertutur
untuk meenafikan kata-kata si katak bercermin mata empat.
Balik
nanti memang dia akan serang habis-habisan mamat seorang ini. Memandai saja
kata dia kekasihnya.
“Jangan
tunggu lama-lama. Kalau dah suka pinang terus.” Bisik Mama Zara.
Shaz
tersengih. Adllea mula tidak sedap hati.
DENGAN si katak
bercermin mata empat Adllea buat muka dengan Hidayat pun dia buat muka. Dua-dua
buat Adllea bengang sampai satu restoran pizza hut dia masam muka. Dina si
burung hantu pun tidak berani menegurnya. Kak Mona saja yang arah itu dan ini
seperti biasa. Adllea juga tidak ambil pesanan dari Farith. Biarlah Hidayat
yang hantarkan pesanan pelakon pujaan ramai itu. Dia sedang dilanda taufan
Katrina.
Lepas pulang dari kerja Adllea lihat
si katak bercermin mata empat sudah bertenggek atas skuter miliknya. Adllea
masam muka sebaik mungkin. Dia sakit hati pasal kes malam tadi. Ikut suka hati Shaz
katakan dia ini kekasihnya. Lari dari
plan asal betullah mamat seorang ni.
“Assalamualaikum…tak jawab dosa.”
Ucapnya.
“Waalaikumusalam.” Adllea balas
macam orang tidak ikhlas.
“Maafkan saya pasal malam tadi.”
“Maaf tidak diterima.”
“Ala perkara kecil saja tidak
menjejaskan apa-apa pun.” Dia turun dari skuter Adllea.
“Perkara kecil awak cakap. Aku tahu
tak yang awak sudah buat kes besar pada saya. Nanti orang kata saya ni
perempuan tamak. Sudah pikat adik mahu pikat abangnya pula.” Adllea sudah
melenting.
Dia kelihatan menunduk sedikit.
“Betulkah saya tidak boleh dimaafkan
oleh awak?” Lembut tutur katanya. Adllea takut Shaz berlakon saja. Adllea tergaman seketika.
“Saya suka pada abang awak dan saya
suka sangat bila awak sudi nak bantu saya pikat hati abang awak tapi kes malam
tadi menjejaskan misi kita.”
Shaz ketawa. Adllea kerut dahi.
Pelik si katak bercermin mata empat ini.
“Saya sudah beritahu pada auntie saya yang saya bergurau dengan
dia. Awak pun tahu saya sudah ada orang yang saya suka dan sanggup buat apa
saja untuk orang tu.”
“Betul ni.”
“Betullah. Tengok saya baik-baik.”
“Tiada apa-apa pun yang saya nampak
pada muka awak.”
“Naif awak ni. Awak tumpangkan saya
boleh.”
“Hah!” Terlopong mulut Adllea.
“Kenapa pula?”
“Saya datang naik teksi tadi. Kereta
comel saya masuk bengkel. Jangan risau saya ada
bawa topi
keledar saya.” Shaz tayangkan topi keledarnya pada Adllea.
“Awak kata tak mahu naik skuter
saya.”
“Sekali sekala apa salahnya…”
Adllea makin tidak faham dengan si
katak bercermin mata empat ini. Macam-macam fiilnya yang cukup memanaskan hati dia.
“Saya tak biasa bawak orang
lelakilah.”
“Jadi…awak biasakan.”
“Awak kena duduk jarak sikit dengan
saya.”
“No
problem.”
“Jangan
sentuh saya tau.”
“No problem.”
“Kalau
jatuh bangun sendiri”
“No problem.”
Aik!
Mamat ni semuanya dia tidak kisah. Adllea teringat pula cerita Aku Bukan Tomboy
lakonan Scha Al-Yahya bersama Shamsul Yusof itu. Scha bawa Shamsul Yusof dalam
cerita itu. Bahagian cerita yang sweet.
Tapi kalau dia dengan Shaz ada macam sweet-sweet
tak? Tak kot? Shaz memang pakai cermin mata berbingkai tebal tapi bukan mamat
skema.
“Awak
skuter lembab tak?”
Banyak
songeh pula katak bercermin mata empat ini.
“Saya
ikut peraturan jalan raya.”
“Bagusnya
awak ni. Jadi awak bawak saya ke rumah klien sayalah. Saya ada appointment pukul tiga petang ini.” Alang-alang sudah seluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan. Bukan dia nak pergunakan Adllea.
“Awak
ingat saya kuli awak ke?” Adllea bercekak pinggang.
“Saya
minta pertolongan saja bukan nak suruh awak jadi kuli saya.” Shaz sudah memakai
topi keledar di atas kepala.
“Menjawab…”
“Awak
pun suka menjawab cakap saya.”
Shaz
sudah membonceng di belakang skuter Adllea. Kan elok kalau Adllea buat kerja overtime sampai malam. Itulah gatal
sangat buat half day sebab nak
habiskan sikit-sikit saki baki cuti tahun lepas. Katak bercermin mata empat ni
tak boleh menyemak dengan dia.
PERUBAHAN pada
Shaz tidaklah beberapa ketara. Namun
Puan Kamila senang hati kerana Shaz tidak lagi mengikut caranya. Perubahan yang
positif. Shaz pun sudah pandai mahu ukir senyuman sedikit kepada pelanggannya.
Tiadalah beku sangat macam ais. Puan Kamila tidak kisah jika senyuman Shaz itu
hanya dibuat-buat. Shaz pasti akan boleh mengukirkan senyuman ikhlasnya kelak.
Satu kejutan buat Puan Kamila
apabila melihat Shaz membonceng skuter bersama seorang gadis. Matanya tidak
salah pandang. Dia yakin itu Shaz. Namun gadis yang membawa Shaz itu tidak
dikenali kerana setahu dia Shaz tiada kawan perempuan. Puan Kamila sengaja
mengekori belakang skuter itu dengan jarak yang agak jauh.
Mereka menuju ke arah salah sebuah
rumah milik kliennya. Puan Kamila tersenyum. Gelagat Shaz bersama gadis itu
menarik perhatiannya. Mungkin perubahan Shaz ada kena-mengena dengan gadis
terbabit. Kalau betul terkaan dia memang dia suka. Shaz perlu mengubah sikit
aturan hidupnya yang asyik memikirkan soal kerja. Dia perlu memberikan ruang
sedikit untuk bersosial dengan dunia luar.
“Senyum panjang saja Puan.”
“Saya ada terjumpa sesuatu yang
menariklah Wafi.”
Pekerja yang bernama Wafi itu kerut
dahi. Apa agaknya benda yang menarik perhatian Puan Kamila itu.
“Puan nak tambah anak lagi ke?”
“Alhamdulillah…kalau diberikan
rezeki lagi oleh Allah. Tapi ini tiada kaitan dengan sayalah.”
“Puan ni bermain dengan
teka-tekilah.”
“Nanti you akan tahu.” Mata Puan
Kamila asyik melirik pada Shaz yang sedang sibuk membuat kerja di mejanya. Khusyuk
sekali anak muda itu.
Ntah2 org yg shaz suka tu lea kot......suke la....
ReplyDeleteAgaknya kot...^^
Delete