TUAN Aakif tarik muka masam. Sebelah kanan
rumah ibu mertuaku dan sebelah kiri rumah abahku pula. Rumah dia dan Aimy pula
berada di tengah-tengah. Tak ke pelik namanya tu. Amsyar pula ketawa bagai nak
rak. Ini lagi seorang yang sentiasa menjadi penyokong kuat abah dan tidak
menghalang abah duduk berjiran dengannya. Atuk pun turut diheret bersama. Rumah
mereka pula Amsyar duduk seorang jadi raja. Tuan Aakif rasa cerita dia sudah
serupa dengan drama dalam televisyen pula.
Tuan
Aakif mencampakkan batang pennya atas meja. Dia tiada mood untuk meneruskan kerja di pejabat. Lukisan lanskap itu pun
sudah tidak menarik minatnya. Ada saja perkara yang spoiler mood dia. Semalam Raiyan Gonzale hari ini kes lain pulak.
Bulan madu bersama Aimy pun terpaksa ditangguhkan gara-gara ibu mertuanya demam
terkejut. Datin Amalia banyak sangat helah tersembunyi. Dia tahu Datin Amalia
mahu menyertai bulan madu mereka.
Amsyar
menepuk bahu Tuan Aakif. Dia memahami masalah yang melanda anak saudaranya itu.
Masalahnya dia memang tidak mampu untuk menghalang Tuan Aali duduk berjiran
sekali dengan Tuan Aakif. Abangnya itu cukup takut Tuan Aakif dibuli oleh Datin
Amalia. Al-maklumlah Datin Amalia itu mak singa.
“Bawa
bertenang Aakif.”
“Tenang
kata pakcik? Anak saudara pakcik ini sedang sengsara tahu.” Rengus Tuan Aakif.
“Marahnya…”
Amsyar ketawa kecil. Dia memang suka sekali kalau bab menyakat Tuan Aakif. Tuan
Aakif bila marah main pakai cakap lepas saja.
Tuan
Aakif melepaskan keluhan kecil. Tak kahwin susah dan kahwin pun susah. Jangan
sampai dia sakit jiwa sudah!
Pintu
bilik pejabatnya terkuak. Wajah seorang yang cukup dikenali terpacul di muka
pintu. Tuan Aakif dan Amsyar serentak memandang ke arah wajah terbabit. Tetamunya
seorang wantik cantik. Tuan Aakif dan Amsyar buat muka terkejut Siapa lagi yang
bertandang kalau bukan Zahnita anak Pak Zain. Bukan Ziana Zain okay. Zahnita ni
separuh maut gilakan Tuan Aakif.
Ini
mesti si Zahnita sudah tahu berita perkahwinan dia dengan Aimy. Apa tidaknya,
anak orang ternama macam dia memanglah akan masuk muka depan akhbar walau
majlis kahwin biasa-biasa. Lagi-lagi dia pernah ada gossip panas dengan Zahnita. Gossip
liar yang mengatakan dia ada hubungan cinta dengan penyanyi popular itu. Dia
hanya menemani Zahnita untuk majlis Anugerah Bintang Popular sahaja bukan teman
tapi mesra Zahnita. Zahnita cuma kawan baik masa zaman-zaman jadi pelajar
dahulu.
Zahnita
mencerlungnya tajam. Lagak gaya macam nak menerkam dia saja. Zahnita nampak
seperti gelojoh orangnya. Bahaya-bahaya….
“Hai
Cik Zahnita!” Amsyar menyapa.
“Sampai
hati you, Aakif.” Akhbar Metro itu dilemparkan pada muka Tuan Aakif. Apa hal perempuan seorang ini hendak mengamuk
tidak tentu fasal dengan dia? Dia bukannya ada hubungan cinta dengan anak Pak
Zain ni. Dulu Zahnita selalu kecoh mengatakan dia ni angkuh dan cerewet. Heran
juga yang Zahnita boleh ada perasaan pada dia. Hati seorang perempuan siapa
yang tahu.
“Sabar
Cik Zahnita…”
Zahnita
tidak menyahut kata-kata dari Amsyar. Dia lebih menumpukan perhatian kepada
Tuan Aakif. Lelaki yang bertakhta di hatinya. Zahnita mengalirkan air mata. Pedih
dan sedih sungguh hati dia. Terluka bagaikan dihiris dengan pisau.
“Aakif...jangan
buat I macam ni.” Zahnita merengek. Air mata gadis itu yang buat Tuan Aakif
tidak senang hati.
Amsyar
menekup mulut. Ah! Sudah…Zahnita sudah bikin drama air mata di sini.Tuan Aakif
masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
“I
rasa I tiada janji apa-apa dengan you.” Tuan Aakif menyilangkan tangan. Entah
bila dia bercinta dengan Zahnita ntah. Dia cuma suka pada Aimy seorang. Tidak
percaya boleh belah hati lihat di dalamnya ada nama siapa?
“Tapi
you I sukakan you. You yang butakan hati you kan?” Zahnita cukup geram dengan
sikap tidak acuh Tuan Aakif. Masakan perempuan cantik sepertinya yang perlu
meluahkan perasaan dahulu. Itu perigi cari timba namanya.
“I
sudah berkali-kali cakap pada you yang I tidak ada perasaan pada you. Tiada
gadis yang yang bertakhta di hati I melainkan dia. Mungkin dia tidak secantik
you tetapi dia memiliki satu keistimewaan yang you tiada.”
“Apa
yang tiada?” Soalnya ingin tahu.
“Daya
ketahanan. You kenal kan I macam mana orangnya?”
Zahnita
mengigit bibir. Lantas dia melangkah keluar dari bilik pejabat Tuan Aakif.
Amsyar mengekori gadis itu.
“Baik
you lupakan Aakif, Cik Zahnita.” Amsyar bersuara lembut.
“Shut up Uncle Amysar!” Zahnita menaikkan nada suara. Hatinya sedang bengkak
tetapi lelaki seorang ini menyibuk pula. Zahnita tidak menghiraukan mata-mata
yang memandang ke arahnya lagi.
Amsyar
gelengkan kepala. Dia hulurkan kotak tisu kepada Zahnita. Buruk rupa gadis itu
apabila menangis. Kebetulan ada kotak tisu pada meja salah seorang staf mereka.
“I
rasa you perlukan ini.”
“Thanks.”
“Apa
kata kita berbual di luar.” Pelawa Amsyar.
Zahnita
merenung wajah lelaki yang berdiri di sebelah itu. Amsyar lelaki itu bapa
saudara kepada Tuan Aakif. Wajah lelaki yang sentiasa kelihatan tenang dan
tidak lekang dengan senyuman di bibir.
“Larat
ke telinga you mendengar luahan hati I.”
“I
adalah pendengar yang terbaik.” Amsyar puji diri sendiri. “Itu pun kalau Cik
Zahnita sudi keluar bersama Uncle
Amsyar ni?”
Amsyar
maju ke hadapan. Zahnita menurut dari belakang.
“BOLEH saya berjumpa dengan Puan Aimy Najwa…”
Seorang lelaki tampan berdiri di hadapan gadis penyambut tetamu itu.
Wajah
gadis itu merona merah menyambut senyuman manis lelaki tampan di hadapannya.
“Atas
urusan apa ya encik?” Soal gadis penyambut tetamu itu lembut.
“Saya
teman lama dia.”
Teman
lama Puan Aimy? Dia tidak pernah lihat wajah lelaki ini. Kalau lelaki yang
dipanggil Raiyan itu memang dia kenali.
“Boleh
saya tahu nama encik?”
“Tengku
umar. Nama saya Tengku Umar.”
Gadis
penyambut tetamu itu menekan butang interkom. Dia sampaikan kepada Rosnah,
setiausaha kepada Aimy.
Seketika
kemudian…
“Saya
hantar Tengku Umar ke bilik tamu dulu.”
“Terima
kasih.”
Tengku
Umar menuruti langkah gadis penyambut tetamu itu. Bilik tamu yang bersaiz sederhana
itu terletak di penjuru hujung pejabat berkenaan. Tengku umar ditinggalkan sendirian untuk menunggu. Dia
mencapai majalah yang ada di aats meja. Boleh tahan juga syarikat lanskap ini.
Selesa dan suasana persekitarannya tidak serabut mata memandang.
Rosnah
mengetuk perlahan bilik pejabat Aimy. Mujurlah Aimy tidak sibuk kebelakangan
ini. Jika ketuanya itu sibuk sememangannya dia tidak boleh menerima tetamu
untuk Aimy.
Sebaik
mendengar suara lunak merdu Aimy menyuruhnya masuk, Rosnah memulas tombol
pintu. Dilihatnya Aimy sedang sibuk melakarkan sesuatu dari atas kertas bersaiz
A4 itu.
“Puan Aimy…” Rasa janggal pula bila
mendengar gelaran di hadapannya itu. “Ada teman lama mahu berjumpa dengan
puan.”
“Siapa
Kak Ros?” Aimy sudah biasa menggelarkan setiausahanya itu sebagai Kak Ros. Lebih
mesra baginya.
“Nama
dia Tengku Umar.” Balas Rosnah.
“Tengku
Umar?” Aimy berfikir sejenak. Dia seperti pernah dengar nama itu. Seketika
kemudian Aimy tersenyum manis.
“Benarkan
dia masuk.”
“Puan
kenal dengan dia?”
“Ya.
Kenalan lama.”
Rosnah
menurut arahan ketuanya itu. Dia menuju ke bilik tamu dan membawa Tengku Umar
ke bilik pejabat ketuanya. Tombol pintu bilik pejabat Aimy dipulas perlahan.
“Silakan
Tengku Umar.”
Tengku
Umar menghadiahkan senyuman manisnya buat Rosnah. Rosnah menutup kembali pintu
bilik itu sebaik Tengku Umar melangkah masuk.
“Tengku
umar…” Riak wajah Aimy berubah sama sekali. Senyuman terhias pada bibir.
“Awak
sudah lupakan saya ya? Kenapa kahwin tidak jemput saya?” Tanpa dijemput Tengku
Umar melabuhkan punggung pada sofa empuk di dalam bilik Aimy itu. “Luas juga
pejabat awak ini ya?”
“Umar…saya
ada hantarkan kad jemputan perkahwinan saya pada umi awak tau. Awak yang outstation ke Dubai.” Aimy membidas
kata-kata Tengku Umar.
Tengku
Umar tersengih. Dia sekadar mengusik. Kalau dia tahu pun bukannya dia dapat
menghadiri majlis perkahwinan Aimy.
“Saya
ingatkan awak akan kena paksa berkahwin dengan Raiyan? Tidak sangka jodoh awak dengan
Tuan Aakif yang menjengkel hati saya tu memang kuat.” Tengku Umar mengenyitkan
sebelah matanya.
“Umar…manusia
tiada yang sempurna. Saya dan Aakif memang tiada keserasian tetapi itu tidak
bermakna kami tidak boleh hidup bersama. Saya cintakan Akif dari kami
berhingusan lagi.”
“Saya
tahu rahsia kamu itu.”
Aimy
tersenyum.
“Macam
dengan cinta awak?”
“Halangan
banyak sangat. Boleh dikatakan saya sudah letih untuk menghadapinya.” Tengku
Umar mendepangkan kedua belah tangannya.
“Tengku
Umar…jangan awak katakan yang awak sudah berpisah dengan Qaisara.”
Tengku
Umar mengetap bibir. Dia tenung wajah Aimy yang reaksi sudah menjadi begitu
serius. Dia tahu yang Aimy amat mengambil berat perihal dirinya tidak lebih
sebagai teman rapat.
“Kalau
saya kata saya sudah tinggalkan Qaisara?”
“Tengku
Umar!”
Tengku
Umar ketawa kecil.
“Bergurau
saja.”
Aimy
menghela nafas kecil.
“Apa
khabar Qaisara sekarang?”
“Baik-baik
saja. Hampir saya terlupa. Awak tak berbulan madu dengan Tuan Aakif ke?”
Aimy
menjongketkan bahu. Bulan madu yang dibatalkan memaksa dia kembali semula
menjalankan tugas di pejabat. Aimy tahu yang Tuan Aakif sedang bengang dengan
mamanya. Hati mama perlu dijaga dan hati suami juga perlu dijaga. Aimy tersepit
antara keduanya waktu ini.
“Awak
tahukan perangai mama saya?”
Tengku
Umar tersenyum.
“Awak
kena banyak bersabar Aimy.”
“Ya,
saya boleh bersabar dengan kerenah mama saya tapi tidak pada Aakif. Mama saya suka
cari masalah dengan Aakif. Aakif pula jenis yang takkan duduk diam.” Aimy menongkatkan
dagu.
“Perang
menantu dengan mertualah ni?”
“Lebih
kurang begitulah. Paling tak tahan kami terpaksa berjiran dengan mama dan ayah
mertua sekali.”
“What?!” Mulut Tengku Umar terlopong.
LAMA YA X UPDATE NAK LG BOLEH.
ReplyDeleteSori dear sbb akak sibuk dengan manuskrip ^^
ReplyDeletenak lagi.. huhuhuhu lama saya tunggu update citer ni... best sgt....
ReplyDeletePasni akak update cepat-cepat ye...
Delete