Tab Menu

Followers

Tuesday, January 29, 2013

Hanya Padamu - Bab 4



TAJUL Ashikin membuang pandangannya ke luar. Wajah Mira Ezuryn tidak tatap lagi. Bekas isterinya itu masih seorang degil dan keras kepala. Tapi dia sukakan sikap degil dan keras kepala Mira Ezuryn itu. Mira Ezuryn juga sudah tampak lebih matang dengan usianya. Dia melirik senyuman sendiri mengingati kisah lama mereka. 

            Mira Ezuryn tidak senang duduk. Dia tidak akan biarkan bekas suaminya itu menyakiti Amel. Amel adalah lelaki yang dicintai bukan Tajul Ashikin. Lelaki diktator itu bukan mengerti tentang hati dan perasaan orang lain. Apa yang dia tahu memaksa dan mendesak. Mira Ezuryn resah memikirkan kesilapan sendiri. Dia silap pencaturan membuat perjanjian bodoh dengan lelaki ini.

            “Di mana rumah Mira?” Tajul Ashikin membuka mulutnya.

            Mira Ezuryn membisu.

            “Saya tanya di mana rumah Mira?” Tajuk Ashikin mengulang butir katanya dengan nada keras. 

            Mira Ezuryn berpaling.

            “Turunkan saja saya di mana-mana stesen bas atau teksi.”

            Tajul Ashikin gelengkan kepala.

            “Baik awak cakap di mana rumah awak atau awak ikut balik ke banglo saya.” Dia jeling Mira Ezuryn dengan ekor mata.

            Mira Ezuryn mengetap bibir. Tajul Ashikin memang ingin mengetahui tempat tinggalnya. Tidak salah lagi…maka dia perlu memikirkan cara yang untuk merahsiakan tempat tinggalnya. Ya…dia ada tempat untuk ditujui.

            “Turunkan saya di Perumahan Awam Rejang. Saya tinggal di situ.”

            “Adam…kita ke Perumahan Awam Rejang.” Arah Tajul Ashikin kepada pemandunya.

            Baguslah Tajul Ashikin mempercayai akan kata-katanya itu.

            “Mira…awak tak rindu pada Tajul Aisy Thaqif?”

            Mira Ezuryn membisu. Riak wajahnya berubah.

            “Awak yang rampas Aisy dari sayakan? Lepas itu awak bawa Aisy bersama awak. Awak kata Aisy hak awak dan awak tak mahu saya jumpa Aisy.” Nada suara Mira Ezuryn berubah serak.

            “Sebab awak hanya fikirkan kebebasan awak saja. Lihat awak sendiri yang lupakan Aisy sebab awak sudah jumpa cinta awak.”

            “Kenapa awak tak cari ibu buat Aisy.”

            “Saya sudah cakap yang saya hanya mahukan awak sebab awak ibu Aisy! Dan saya berpegang pada janji awak dulu!” Gumam Tajul Ashikin.

            “Aisy tidak akan wujud jika bukan awak yang…”

            “Shhhh…Waktu itu kita sudah sah sebagai suami-isteri.” Tajul Ashikin meletakkan jari telunjuknya pada bibir Mira Ezuryn. 

            Mira Ezuryn menepis jari telunjuk Tajul Ashikin.

            “Sekarang kita tiada ikatan itu lagi. Awak tiada hak mencampuri hidup saya.” Getus Mira Ezuryn.

            “Tapi Tajul Aisy Thaqif ada hak untuk mencampuri hidup awak, Mira Ezuryn. Setahu saya buah hati awak tidak pernah tahu yang awak ada seorang anak lelaki.” 

            Mira Ezuryn menggenggam jari-jemarinya. Ya, Amel tidak tahu akan kewujudan Tajuk Aisy Thaqif. Dia yang merahsiakan status dirinya dari pengetahuan Amel. Itu satu kesilapan yang cukup besar bagi Mira Ezury. 

            “Apa reaksi dia dan keluarga jika mereka tahu gadis yang dipuja sudah pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak?”

            Kata-kata dari bibir Tajul Ashikin itu sengaja mahu membakar hati Mira Ezuryn. Tajul Ashikin sengja berbuat sedemikian. Baginya Mira Ezuryn tidak wajar menipu si kekasih hati. 

            Mira Ezuryn menghempaskan pintu kereta sebaik melangkah keluar dari perut kereta. Wajah Tajul Ashikin langsung tidak pandang. Kereta BMW itu terus bergerak meninggalkan kawasan perumahan terbabit. Apabila kereta BMW itu hilang dari pandangan mata Mira Ezuryn mengambil kesempatan menahan sebuah teksi.

            Namun Tajul Ashikin bukan sebodoh itu. Dia tahu Mira Ezuryn menipunya. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Sampai bila Mira Ezuryn mampu melarikan diri dari dia?

TAJUL Ashikin memulas tombol pintu vilanya. Sebaik kakinya melangkah masuk…

            “Papa…” Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu laju menuju ke arahnya. Kanak-kanak comel itu mengangkat kedua tangannya pinta untuk didukung.

            Tajul Ashikin tersenyum lantas mengangkat tubuh kecil itu. Dikucup pipi montelnya. Makin hari makin montel anaknya ini. Bukannya selalu mereka dapat berjumpa sebelum ini. Aisy sentiasa ditinggalkan dalam jagaan keluarga teman baiknya selama dia sibuk bekerja di luar negara. Selepas ini Tajul Ashikin mahu sentiasa bersama Aisy.


            “Aisy dah makan?” 

            “Dah-dah…” Jawab Aisy manja. Kepalanya sudah dilentukkan pada bahu si ayah.

            “Aisy nak jumpa dengan mama tak?”

            “Mama…nak-nak…”

            “Nanti papa bawa Aisy jumpa dengan mama ya.”

            “Yeah…” Aisy kelihatan gembira. Budak sekecilnya bukan mengerti apa-apa. 

            Tajul Aisy Thaqif dibesarkan sendiri dalam asuhan Tajul Ashikin. Tajul Ashikin tidak mahu adanya kekurangan apa-apa walau hakikatnya Aisy memerlukan belaian dari seorang ibu. Tajul Ashikin tahu dia kejam memisahkan kasih Aisy dari ibunya. Dia ada berbuat demikian dengan agenda yang tersirat. Tiada perempuan lain yang bias menggantikan tempat Mira Ezuryn sebagai ibu kepada Tajul Aisy Thaqif.

            “Papa…papa…Aisy dah nak main bird..” 

            “Bird?” Berkerut dahi Tajul Ashikin. Bila pula vilanya ini ada burung?

Dia memanggil pengasuh Aisy namun wanita itu tidak tahu menahu perkara tersebut. Pengasuh itu hanya diupah menjaga Aisy ketika dia tiada di rumah.

            “Angry birdlah Encik Tajul.” Adam mencelah 

       Bulat anak mata Tajul Ashikin. Dia jeling Adam. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. 

            “Awak yang ajar dia main game?”

            “Maafkan saya Encik Tajul.” Bergetar suara Adam. 

            “Hmmm…awak bawa Aisy main angry bird. Awak yang ajar dia bukan?” Tajul Ashikin menyerahkan Aisy kepada Adam. 

            Adam lega kerana Tajul Ashikin tidak memarahinya. Dia tidak menafikan Tajul Ashikin seorang yang tegas dan garang. Bukannya boleh mengajar anaknya itu perkara yang tidak berfaedah atau bermanafaat.

            Tajul Ashikin terus menuju ke ruang dapur. Peti aisnya dibuka. Dalam vila ini besar ini tiada orang gaji yang diperlukan selain seorang isteri. Tajul Ashikin sudah biasa menyediakan makan malamnya bersama Aisy sendirian. 

           Pengasuh yang menjaga Aisy pulang sebaik kerjanya telah selesai. Siapa yang tidak mahu menjaga Aisy dengan bayaran hampir 2K diberikan. Tidak perlu bekerja ;lebih masa dan membuat kerja-kerja rumah lain.  

            Tajul Ashikin meletakkan mangkuk berisi ayam itu di atas meja. Lengan baju kemejanya sudah dilipatkan hingga ke paras siku. Apron sudah tersarung pada tubuh sasanya.

            “Tajul…” Ada suara menyapanya.

            Tajul Ashikin yang sibuk menghiris bawang itu mengangkat wajahnya. Waniat tua di atas kerusi roda itu dikerling dengan pandangan mata kosong. Jururawat wanita terbabit menolak kerusi roda itu merapti Tajul Ashikin.

            “Ada orang gaji kau behentikan kerjanya!” Gerutu wanita terbabit.

           Tajul Ashikin membisu. Dia masih sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakannya. 

            “Nenek bukan bercakap dengan tunggul kayu Tajul Ashikin!” Wanita itu meninggikan suaranya. Dia bosan dengan sikap cucunya yang seorang ini. Kalau tidak dilahirkan sebagai seorang yang bisu maka keluarkan suara yang seeprti emas itu.

            “Saya perlukan seorang isteri bukan orang gaji.” Tajul Ashikin membalas.

            “Nenek suruh kau berkahwin lain kau tak mahu. Perempuan itu juga yang kau tunggu selama lima tahun ini.” 

            “Jangan campuri urusan hidup saya lagi. Saya tidak mahu kurang ajar dengan nenek.” 
 
            “Aku tak tahu macam mana aku ada keturunan yang degil macam kau! Arwah ibu kau mendengar kata aku tapi kau…”

            Tajul Ashikin tidak membalas. Makin dibalas makin tegang jadinya. Puan Seri Syarifah itu hanya mahu menang bila berdebat. 

            “Bawa aku masuk bilik aku!” Arahnya kepada jururawat peribadinya itu. Jururawat itu mengganggukkan kepala menurut arahan yang diberi oleh majikannya. 

            Jika tidak memikirkan hidupnya sebatang kara, Puan Seri Syarifah tidak akan tinggal di vila milik Tajul Ashikin. 

“ERMMM…cedaplah papa.” Abjad S di depan sudah ditukar ganti jadi C. Aisy tersenyum. Masakan dari papanya memang sentiasa nombor satu di hati.

            “Aisy makan banyak-banyak kalau sedap ya.” Tajul Ashikin mengusap rambut keperangan anak lelakinya itu. Rambutnya mengikut warna rambut dari Mira Ezuryn.

            Laju Aisy anggukkan kepalanya. 

“Encik Tajul tak jemput tak jemput nenek encik makan sekali?” Adam bertanya kehairanan. Selalunya Puan Seri Syarifah akan makan bersama walau tidak menyukai dia duduk semeja. Sakitkah wanita itu?

“Kalau dia lapar dia tahu untuk cari makan nanti. Dalam rumah ini semuanya cukup lengkap.” Acuh tidak acuh Tajul Ashikin menjawab.

Adam tidak terkata apa jika itu yang Tajul Ashikin balas. Dia tahu hubungan Tajul Ashikin dan Puan Seri Syarifah dingin sekali. Punca Tajul Ashikin melepaskan isterinya dulu ada berkait rapat dengan Puan Seri Syarifah. Tajul Ashikin jua punya ego sebagai seorang lelaki.

“Papa…nak ayam lagi…” Pinta Aisy.

MIRA Ezuryn tidak mahu mengingati kisah dukanya mengharungi hidup bersama Tajul Ashikin. Dia sudah cukup makan hati waktu lima tahun itu. Dia tidak membuang anak yang lahir dari rahimnya itu? Tapi Tajul Ashikin lebih berhak. Apa yang dia untuk menuntut Aisy dari Tajul Ashikin? Mira Ezuryn menyapu sisa air mata yang mengalir. 

            Ya…pada mulanya memang Mira Ezuryn tidak dapat menerima benih dari lelaki itu? Dia mahu menggugurkan kandungnya namun Tajul Ashikin bertindak lebih pantas. Apa yang berlaku malam itu terlalu pantas dan dia tidak mengingatinya. Tajul Ashikin juga tidak bersalah. Dia adalah sah untuk Tajul Ashikin. Anak yang dikandung itu adalah anak yang sah.


            Mira Ezuryn duduk menongkat dagu. Wajahnya mendung itu disedari oleh Farah, salah seorang penyewa di rumah itu. Mira Ezuryn tidak seceria sebelum ini. bergaduh dengan teman lelakinya kah? Itu andaian yang dibuat oleh Farah.

            “Kau ada masalah ke?” Farah menegur.

            “Tiada.”

            “Monyok saja aku tengok.”

            “Aku okay.” Mira Ezuryn berdalih.

            “Betul ni?”

            “Ya…aku okay saja.”

            “Aku nak keluar sebentar ke pasar malam. Kau mahu kirim apa-apa tak?” 

            Mira Ezuryn menggeleng.

            “Kalau aku lapar nanti aku masak megi.”

            “Ikut kaulah Mira. Aku keluar dulu. Kunci pintu nanti ya.”

            “Okay.”

            Farah berlalu.

            Apa yang perlu aku buat sekarang? Selain janji bodoh yang aku buat dengannya, dia juga pasti menggunakan Aisy agar aku kembali padanya semula. Mira Ezuryn resah sendiri. Perlukah dia lari dari kota ini dan menyembunyikan diri? Tidak mungkin? Aisy itu darah dagingnya. Fikiran Mira Ezuryn makin celaru.

8 comments:

  1. tajul ashikin tetap menunggu mira ezuryn... so sweet.. bila sambungannya.... dah x sabar nak bce lagi ni... urm.. :( ..
    best sesangat..

    ReplyDelete
  2. Xsabo dh nk tunggu kisah seterusnye...ade mungkin tak nak di bukukan cite nie?...

    ReplyDelete
  3. Nk next chapter.. Best !! Payah nk jumpa laki macam tajul ni..

    ReplyDelete
  4. rindu laa dgn tajul ashikin.. xde sambungan kee?

    ReplyDelete
  5. rindu laa dgn tajul ashikin.. xde sambungan kee?

    ReplyDelete