Tab Menu

Followers

Thursday, January 17, 2013

Diva - Episode 2



“ACIK Ayman!” Budak perempuan itu menjerit lantang ke arah lelaki yang sedang menunggu baki duit  untuk si kecil tadi.
            “Fifi…cuba jangan lari nanti jatuh.” Ayman membalas. Laju dia menapak ke arah anak saudaranya itu. Mana aiskrim yang dia belikan untuk Fifi.

            “Acik Ayman, Fifi nak aiskrim lagi.”
            “Aiskrim Fifi tadi mana? Fifi telan ke?”

            Fifi menggeleng laju.

            “Tadi Fifi langgar auntie cantik. Aiskrim Fifi kena beg tangan dialah. Pastu dia buang beg tangan dia dalam tong sampah.”
            Berkerut dahi Ayman. Beg kena aiskrim pun sampai mahu buang dalam tong sampah. Kaya betul perempuan tu. 

            Ayman mengusap rambut Fifi.
            “Acik Ayman belikan yang lain..” Ayman melirik senyuman.
            “Yeah…sayang Acik Ayman banyak-banyak…” Pipi Ayman dikucup.

AYMAN menggaru lagi kepalanya. Puas dia mencari kerja sana-sini masih juga belum ditemui. Segan pula menumpang di rumah Abangnya itu lama-lama begini. Al-maklum mulut Kak Susana Salleh itu boleh tahan becoknya. Kemain laser mulut mat salih celup tu. Ayman rindukan kehidupan di kampungnya sebagai nelayan namun nenek yang beria-ia mahu dia 

berhijrah ke bandar. Kata nenek ada banyak kerja di bandar yang mampu mengubah hala tujunya. Nelayan pun kerja mencabar. Otot-otot yang ada di tubuhnya ini hasil dari rutinnya ke laut. Mungkin nenek mahu lihat dia bekerjaya seperti Abangnya Akil.

            Dia bulatkan beberapa jawatan kosong di dalam akhbar Harian metro itu. Esok dia akan cuba menghadiri temuduga di beberapa tempat yang telah dia hubungi. Ada Diploma pun bukan mudah mendapatkan pekerjaan yang baik. Ayman merebahkan dirinya atas tilam. Kalau tiada kerja kosong juga, dia tekad pulang semula ke kampung menjadi nelayan sepenuh masa. 

            Pintu bilik itu terkuak. Wajah anak saudara Fifi tertonjol. Ayman mengurut dada. Budak seorang ini bukannya tahu nak bagi salam atau ketuk pintu dahulu. Fifi main terjah masuk ikut suka hati dia. Ayman mengetap bibir. Tarik telinga nanti baru tahu budak seorang ini betapa garangnya pakcik dia.

            “Acik Ayman…Fifi tak dapat tidur. Cepatlah buka cerita 1001 malam.” Fifi terus memanjat katil Ayman.
            Anak dara Abang Akil memang berani menceroboh bilik anak teruna seperti dia. Umur baharu 10 tahun pun dah comel loteh ni.

            “Acik Ayman tak pandai berceritalah. Suruh ayah Fifi berceritalah.” Ayman garu kepala lagi.
            “Cerita sang kancil dan buaya pun Acik Ayman tak tahu jugak ke?”

            Ayman geleng kepala. 

            “Acik Ayman malas mahu layan Fifi ya?” Si kecil itu mahu menduga.
            “Tak..Acik Ayman tak pandai bercerita. Fifi minta ayah atau ibu beli buku cerita, nanti Acik Ayman bacakan untuk Fifi.”
            “Betul ni?”

            Ayman mengangguk. Fifi mengalah dan masuk semula ke bilik tidurnya. Ayman menarik nafas lega. Kalau tidak dilayan Fifi merajuk pula. Sejak dia ada Fifi semakin rapat pula dengannya. Dia sudah macam pengasuh Fifi pun ada. Dia yang hantar dan mengambil Fifi di sekolah. Kalau dia sudah bekerja pastinya Fifi akan sunyi kembali. 

            Ayman memenjamkan matanya rapat. Moga rezeki ada untuk esok. Zaman sekaranag memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Duit simpanannya pula semakin susut. Hati Ayman dilanda resah. Mujur esok abangnya yang menghantar Fifi ke sekolah.        

AYMAN mengesat peluh di wajahnya dengan sapu tangan. Dua temuduga yang dihadiri menemui kegagalan. Ada satu lagi temuduga yang perlu dia hadiri. Dia tekad, jika temuduganya gagal maka dia akan pulang ke kampung. Biarlah nenek mahu bersyarahan panjang. Bising dengan nenek hanya seketika. Ayman masuk ke syarikat besar itu dengan lafaz Bismillah….Kelulusan Diploma tolak tepi. Apa yang penting adalah pekerjaan. Tawaran gajinya juga agak menarik. 
 
            Ayman melangkah masuk dengan penuh yakin sebaik namanya dipanggil. Lelaki yang bakal menemuduganya itu tegap sekali. Bermuka garang dan bermisai tebal. Perwatakkan yang sesuai sebagai ketua pengawal keselamatan. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Jamil. Usia Jamil jika diagak dalam lingkungan awal 40-an. 

            Jamil mempersilakan Ayman duduk. Borang jawatan kosong yang sudah lengkap diisi diserahkan kepada Jamil. Jamil memandangnya atas dan bawah. Ayman berlagak selamba. 

            “Ada pengalaman dalam pekerjaan ni?” Jamil menyoalnya serius.
            “Tiada encik.” Ayman menjawab jujur.

            “Awak tahu tugas pengawal keselamatan ni mengikut shift?
            “Ya, saya tahu.”
 
            Jamil menyoal pelbagai soalan yang ada adakalanya tidak kena-mengena dengan pekerjaan berikut. Ayman menjawab dengan tenang. Jamil menyelak butiran yang dikepil bersama boring permohonan. Seketika bilik temuduga itu menjadi hening. 

            “Bila awak boleh mula bekerja?”
            Tersentak Ayman. Adakah dia sudah diterima bekerja di sini? Ayman bagaikan tidak percaya.
            “Bila awak boleh mula bekerja?” Soal Jamil lagi.

            “Esok pun saya sudah boleh mula bekerja.” Ayman teruja. Syukur kerana dia telah mendapat pekerjaan.
            “Kalau begitu awak mula bekerja esok. Mari saya tunjukkan awak sekeliling syarikat ini dan tugas-tugas awak.” Jamil bingkas bangun. Ayman segera membuntuti lelaki itu.

            Di koridor seorang wanita jelita melepasi mereka. Ayman sempat membuang pandang ke arah wanita terbabit. Wow! seksa mata dia melihat pakaian wanita itu tadi. Pekerja syarikat besar ini barangkali. Agaknya bahagian setiausaha pengarah. Setiausaha selalunya lawa-lawa kan…

            Minta dijauhkan dapat wanita yang baju tidak cukup kain begitu. Harap muka sahaja cantik tiada maknanya. Ayman tak kisah muka tak cantik tapi bagus dalam bab agama dan hatinya. Nenek selalu pesan cari wanita yang berpegang pada agamanya, baik budi pekerti dan hormat orang tua untuk dijadikan isteri. Tapi Abang Akil lari pesanan yang nenek buat. Percayalah nenek Ayman akan cari bakal isteri ikut pesanan nenek.

            Jamil telah memberikan penerangan segala terperinci tugas-tugas sebagai pengawal keselamatan di syarikat ini. Ayman bersemangat untuk memulakan tugasnya esok. Ayman tidak sabar mahu khabarkan berita gembira ini kepada neneknya di kampung. Ayman menuju ke ruang penyambut tetamu. Saat itu dia meraba kocek seluarnya. Sekeping not seratus ringgit terkeluar dari kocek seluar Ayman. Not seratus ringgit melayang hingga mendarat pada di kasut tumit tinggi berwarna merah itu. Ayman menelan air liur. Wanita seksi tadilah. Pandai betul duitnya itu mencari tempat untuk mendarat ya. 

            Wanita itu menundukkan tubuhnya. Not seratus ringgit itu dicapai. Waniat itu selamba memasukkan not seratus ringgit itu ke dalam beg tangannya.
            I’m lucky girl..” Ujarnya tersenyum.

            “Cik adik manis…itu duit saya yang tercicir. Tak baik cik ambil duit orang lain mengaku pula duit sendiri.” Ayman membeliakkan matanya. 

            Wanita itu membalas renungan Ayman.

            “Ada tulis nama you ke pada duit ni?”

            Ya, Allah! Aku rasa nak cekik saja leher jinjang perempuan ini.  

            “Sudah betul duit tu milik sayalah cik.”
           “Tiada bukti ini duit you lagipun duit ni jatuh di kasut I so duit I lah.” Wanita itu tidak beralah.

            Ayman menggenggam kedua penumbuknya. Not seratus ringgit itu sahaja yang ada dalam kocek seluarnya. Kalau sudah wanita itu yang ambil dia mahu balik naik apa? Alamak menapaklah jawabnya. 

            “Saya mahu cik pulangkan semula duit saya!” Ayman mengeraskan nada suara.
            “Kalau I tak nak?” 

            “Cik…saya sudah berlembut dengan cik ni? Lagipun kedua cik penyambut tetamu tu saksi saya.” Ayman mengerling kepada kedua-dua gadis penyambut tetamu itu. Kedua-dua gadis itu menganggukkan kepalanya.
            “I tetap tak mahu pulangkan pada you!” Wanita berkeras jua.

            “Cik…”
            “Apa kecoh-kecoh ni?” 

            Seorang lelaki segak bersuit hitam mencelah. Wanita itu segera merapati lelaki terbabit. Lengan lelaki itu dipaut kemas.
            Ayman mengetap bibir.

 

4 comments: