“I nak
you balik rumah you Sufi. Buat apa you bertenggek rumah orang lama-lama.” Ameer
Dylan menarik lengan Sufi Alisha.
Sufi Alisha merenung ke dalam
matanya. Riaknya itu tidak menyukai Ameer Dylan berbuat sedemikian. Ameer Dylan
segera melepaskan lengan Sufi Alisha melihat reaksi tidak senang gadis itu. Dia
tersengih sendiri.
Madam Jesse gelengkan kepala. Ada
juga sifat terburu-buru pada anak lelakinya itu. Ameer Dylan tidak begini jika
dengan perempuan-perempuan lain yang mendampingi dia. Ameer Dylan selalu
berlagak cool.
“Encik Ameer tidak perlu takut. Saya
tak lari.” Sufi Alisha tahu hati Ameer
Dylan itu gundah-gelana. Risau dia melarikan diri.
“I boleh percayakan kata-kata you
ke?”
“Saya dah janjikan…lagipun
perkahwinan itu bukan satu permainan bagi saya, Encik Ameer. Ia adalah satu
ikatan yang membawa kita ke dunia baru. Encik Ameer sudah bersedia untuk
memikul tanggungjawab sebagai seorang suami?”
Ada saja balasan kata dari bibir
Sufi Alisha itu. Aku cium karang baru tahu!
“Makcik Anum akan menemani saya.
Bolehkan?” Sambung Sufi Alisha lagi.
Ameer Dylan mengalih pandangan pada
wanita yang dipanggil Makcik Anum. Entah mengapa hatinya seakan mengatakan yang
dia mengenali wanita itu. Tapi dia tidak mengingatinya dengan jelas.
“Ikut suka youlah.” Ada sajalah
permintaan Sufi Alisha ini. Mujur saja bukan permintaan yang merumitkan kepala
otaknya.
Madam Jesse dan Sufi Alisha
sama-sama tersenyum.
“Hal foto you yang tersebar itu I
akan clearkan. Apa yang akan I buat nanti you tidak boleh ambil tahu.Dan…I suka
you behenti kerja di rumah kebajikan orang tua tu. Sewajarnya you menjadi suri
untuk I sepenuh masa.”
“Encik Ameer…”
Ameer Dylan menangkat tangan
kanannya. Jari telunjuk Ameer Dylan hampir mengenai bibir Sufi Alisha.
“Stop!
Jangan cuba berikan nasihat atau ceramah percuma you pada I.”
“Saya tetap nak bercakap. Encik
Ameer…negara kita ada undang-undang. Jangan bertindak sesuka hati boleh?”
Banyak-banyak perempuan yang dia kenali yang ini paling suka
membantah dan tidak
makan dengan pujukkan. Kalau bagi selonggok wang depan mata pun dia tidak
pandang. Jenis yang tolak tuah depan mata. Apa dia tahu mencari duit dengan
cara berusaha. Titik peluh sendiri. Berapa senlah yang Sufi Alisha itu dapat
setakat kerja di rumah kebajikan orang tua itu. Zaman sekarang setakat gaji RM
1K sudah tidak mencukupi.
“I tidak suka mendengar orang
menasihati I.”
“Saya bukan menasihati Encik
Ameer…saya hanya nak berkata-kata.”
Ameer Dylan merengus kecil. Dia
sukakan Sufi Alisha membalas kata-katanya itu. Cukup berani!
“PERSETAN
Sufi Alisha!” Delina menoreh gambar lukisan lelaki dan perempuan di hadapannya
itu dengan pisau. Entah mengapa hatinya dipagut rasa cemburu dan pilu. Bukankah
dia sendiri yang mengatakan dia tidak jatuh cinta pada lelaki bernama Ameer
Dylan itu?
Delina terduduk di lantai. Air
matanya mengalir.
“Dylan…you hanya sebahagian dari
hidup I…Kenapa I mesti sedih sangat? Kenapa?” Delina menekup mukanya.
“Perempuan bodoh macam you memang
mudah jatuh cinta pada lelaki kacak.” Suara di belakangnya itu mengejutkan
Delina. Dia berpaling.
Damien! Damien melirikkan senyuman
sinis.
Delina mengesat air mata. Dia lupa
yang Damien ada kunci pendua kondominium miliknya itu.
“Perempuan yang sama taraf macam
pelacur seperti you masakan Ameer Dylan akan jadikan suri dalam hati dia. Cermin
muka you sikit Delina.”
Delina menggigit bibir menedengar
kata berbaur hinaan dari Damien itu.
“Tapi perempuan macam I yang you dan
Dylan kutip dan bawa tidur.”
Damien ketawa. Amat bodoh padanya
dengan kata-kata Delina itu. Kalau sudah perempuan murah yang menjaja diri
siapa yang tidak mahu kan?
“You ingat you itu berharga sangat
ke untuk disimpan? Delina…Delina….taraf perempuan macam you kalau sudah tidak
berguna akan dicampak tepi jalan semula.” Damien menunjal dahi Delina.
“Cukup Damien…” Delina menekup kedua
belah telinga.
Damien menarik rambut Delina dengan
kasar. Delina menjerit kesakitan. Muka Delina ditampar kecil.
“Buka mata you Delina. Ingat
asal-usul you itu. Jangan you nak merosakkan segala rancangan I kerana hati you
sudah terpaut pada Dylan. You jangan nak menjadi pengkhianat!” Damien
memberikan lagi peringatannya kepada Delina.
Rambut Delina dilepaskan semula. Damien
memandang Delina dengan pandangan mata tajam. Delina menundukkan kepalanya. Air
matanya masih tidak henti-henti mengalir.
Lelaki
sama saja! Kebencian mula bersarang di hati Delina. Permainan akan diteruskan.
Ameer Dylan mahupun Damien…kedua lelaki itu perlu tersungkur di bawah kakinya.
Damien melabuhkan punggung di atas
sofa sambil menyilangkan kaki. Ameer Dylan akan melangsungkan perkahwinannya
bersama Sufi Alisha tidak lama lagi. Ameer Dylan akan merasa apa itu penderitaan.
“I akan tidur di sini untuk malam
ini. I akan temankan you.” Nampaknya Damien cuba berlembut dengan Delina.
Perempuan itu masih boleh dipergunakan.
Delina mengangkatkan wajahnya.
“I nak sendiri.”
“Delina…I tidak kisah cinta you
beralih arah namun you jangan lupa yang you itu perempuan simpanan I. I yang
tanggung you selama ini. You hak I.”
“I tiada mood!” Delina berlalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik itu
dihempaskan dengan kuat.
Damien tersenyum. Delina sudah
pandai melawan dan menunjukkan protes. Hebat penangan cinta dari Ameer Dylan
yang merasuk pada Delina. Damien mencapai remote
televisyen yang terletak atas meja kaca itu. Jika Delina tidak mahu
melayannya maka dia melayan diri sendiri. Dia bukan kisah sangat dengan layanan
dari Delina. Hatinya bukan milik Delina. Cinta Damien hanya untuk Sofeena.
Wajah Sofeena sering terbayang dalam
ruang mata Damien. Senyuman manis Sofeena menjadi igauannya. Tiada gadis lain
yang mampu menggantikan Sofeena dalam hati Damien.
Tujuh tahun yang lalu…
“DAMIEN…”
Gadis ayu berlesung pipit itu terkocoh-kocoh mengekori langkah Damien. Peluh
dingin sudah memenuhi segenap ruang dahinya itu.
Damien behenti melangkah.
“Kalau you nak cari Dylan, you cari
Carolyn.” Desis Damien.
“I nak cari youlah.”
Damien mengerutkan dahi. Dia sukakan
Sofeena namun gadis itu lebih tertumpu kepada Ameer Dylan. Gadis mana yang
tidak terpikat dengan kekacakan kasanova itu.
“Kenapa nak cari I pula?” Soalnya
kehairanan.
“Damien…I suka youlah.” Sofeena
mengukirkan senyumannya.
Damien terpaku. Telinga tidak salah
dengar ke? Sofeena cakap Sofeena sukakan dia? Betul ke ni?
“Damien…” Sofeena mengawangkan
tangannya pada muka Damien. Berangan pula mamat ni?
“Erk…I gerak dulu. Kelas I dah nak
bermula.” Wajah Damien kemerahan. Dia segera membuka langkahnya.
“I tunggu you di tempat biasa ya!”
Laung Sofeena.
Damien sekadar melambaikan tangannya
dari belakang. Hati Damien berbunga riang. Nyata dia tidak bertepuk sebelah
tangan.
“SOFEENA!”
Tubuh tidak bernyawa Sofeena dipeluk erat Damien. Ameer Dylan dan Carolyn hanya
membisu. Mereka tidak menduga kesudahan cinta Damien dan Sofeena berakhir
dengan tragik. Ameer Dylan rasa bersalah. Dia punca musibah yang menimpa
Sofeena namun niatnya hanya ingin membantu.
Damien memandang wajah Ameer Dylan. Sorotan
matanya penuh dengan api kebencian dan kemarahan. Kematian Sofeena memberikan
tamparan hebat buat Damien. Sikapnya berubah seratus-peratus. Api dendam
menyelubungi diri Damien.
Foto kecil itu menjadi tatapan
Damien apabila merindui Sofeena. Biarpun tubuh Sofeena telah lama dimamah
tanah, Sofeena masih hidup di hati Damien. Dendam itu mesti dilunaskan.
SEGALA
yang dirancang berjalan dengan lancar. Ameer Dylan mengenakan songkok di atas
kepalanya. Segak sekali tubuh sasanya menyarung baju melayu berwarna putih itu.
Samping yang dikenakan berwarna silver. Majlis pernikahan itu dibuat serba
ringkas atas permintaan Sufi Alisha. Malah dibuat di vila milik Madam Jesse
atas pemintaan Sufi Alisha jua.
Ayu Sufi Alisha memakai baju kurung moden berwarna putih itu. Ringkas
namun menawan. Terpesona Ameer Dylan melihat Sufi Alisha yang beberapa minit
sahaja lagi akan menjadi isterinya yang sah. Dia sengaja mencuri pandang ke
arah Sufi Alisha. Ameer Dylan sedang duduk di hadapan Tok Kadi yang bakal
menikahkan dia dengan Sufi Alisha. Hatinya berdengup kencang. Ameer Dylan
mengurut dada.
Tuan Haji Abbas menepuk bahunya. Orang mahu bernikah semestinya ada
perasaan gemuruh di hati. Tangan Tok Kadi digenggam. Upacara pernikahan dimulakan.
Alhamdulillah…Sufi Alisha telah sah menjadi isteri kepada Ameer Dylan dengan dua
kali lafaz. Lafaz yang pertama Ameer Dylan menjawab dengan agak gugup.
Sufi Alisha menadah tangan mengucapkan syukur kepada Ilahi. Dia berjanji
pada dirinya untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada
suaminya. Madam Jesse mengusap wajah Sufi Alisha. Tiada yang menyedari
bahawasanya dia adalah ibu kepada Ameer Dylan dan mertua kepada Sufi Alisha.
Madam Jesse memandang Tuan Haji Abbas dengan senyuman manis. Lelaki itu turut
membalas senyumannya.
Best, nak lagi..thank you!
ReplyDeletesama-sama dear ^^
Deleteakhirnya berkahwin juga sufi dan ameer... luv it kak! :)
ReplyDeleteLuv u too dear...thank u sudi baca
Deletelega ameer dah dapat kawin dgn sufi,,,,,,bila dia nak tau mak cik anum mak dia ekk,,,,,harap ada perubahan pd ameer setelah dah kawin ni,,,,
ReplyDeleteAkhirnya kan....tp dugaan dah bermula tu...
Deletebest nye ada n3 bru.... lama tunggu.... nk lg,,, please....
ReplyDeleteNanti ya...minggu depan lak...
Deleteakhir nyer..berjohoh ameer ngan sufi...akn ade kh sebuah kebahgian wat pasangan nih yg berkawin tampa ade rase cinta!sufi yg kuat pegangan agama bersuami ameer yg begitu sosial hidup nyer..akn mampu kh ameer memimpin si isteri hingga ke syurga mu yg maha ESA.atau hanye menghiasi kegersangan dn katandusan duniawi mu ya ILAHI.
DeleteIn Sha Allah...Sufi kuat dan taguh dengan pendirian agamanya...
Deleteyes2....akhrnya mrk kahwin gak...nk lagi....suka2...;)
ReplyDeletebaru jengah blog ni dah buat sya terus terlekat dgn ameer n sufi...thumbs up girl! cepat2 la kasi en3 baru yer...nk tau cite lpas diorang nikah plak...huhu
ReplyDeleteTerima kasih sbb suka NC...
Deletekematian sofeanna ada kaitan dengan ameer dylan(AD)...bukan ke niatnya AD hanya nak tolong....hmmmm...nak mula suspen la ni...
ReplyDeletethumbs up kak ilya....
Terima kasih ....Seed :)
Deletebest...sekali baca dh terpaut hati...
ReplyDeleteTerima kasih WajikDodol :)
DeleteNC ni nk djadikan novel ke?
ReplyDeleteAda rezeki jadi terbit novel :)
Deleteyayayay dh kawin heheehe..kt nmk xnaik lgi nie
ReplyDelete