Nilai Cintanya…
Derita…itu yang Ameer Dylan rasai
sebelum dia mengecapi harta dan kekayaan. Hidupnya dahulu terumbang-ambing
tanpa arah. Tiada ibu dan tiada ayah. Dia anak terbuang yang dibesarkan oleh
seorang lelaki budiman. Namun manusia mudah lupa apabila kemewahan itu
mengaburi mata begitu jua dengan Ameer Dylan. Hidupnya hanya untuk keseronokkan
semata-mata meskipun dia seorang yang begitu berdedikasi dan kaya-raya tetapi
dia miskin dengan nilai CINTA. Itu yang dikatakan oleh Sufi Alisha, yang gadis
bekerja di rumah kebajikan orang-orang tua.
Siapa Sufi Alisha? Mengapa begitu mahal
nilai CINTANYA…
“Saya tidak akan pertaruhkan cinta saya
untuk lelaki yang tidak mampu membimbing saya ke Syurga.” ~ Sufi Alisha
Ameer Dylan rasa tercabar. Sufi perlu
diajar. Dia menggunakan wang untuk memiliki Sufi. Sifat mata duitan ibu tiri
Sufi dipergunakan sebaik-baiknya.
“Aku akan pastikan kau jatuh ke dalam
tangan aku!” ~ Ameer Dylan
Teaser bab .....(yang ni dari pertengahan cerita dah)
“CAKAP
Delina! Mana isteri I?!” Ameer Dylan sudah hilang kewarasan. Dia cekik leher
Delina. Delina punca Sufi Alisha hilang. Dia tahu Delina cemburukan Sufi
Alisha.
Delina yang menyorokkan isterinya.
Damien ada mengatakan yang dia nampak Delina bersama Sufi Alisha ketika itu.
Malah Delina memaki-hamun Sufi Alisha.
“I…I…tak tahu…sumpah..”
Tersekat-sekat suara Delina. Wajahnya sudah membiru. Benar …dia tidak tahu di
mana isteri Ameer Dylan itu. Dia ada terserempak dengan Sufi Alisha namun tidak
mengapa-apakan wanita itu. Mulutnya sahaja yang jahat.
“Dylan…lepaskan dia!” Tuan Haji
Abbas terpaksa bertindak untuk mengawal keadaan. Dia sedaya upaya meleraikan
tangan Ameer Dylan dari terus mencengkam leher Delina. Dia tidak mahu Ameer
Dylan menjadi seorang pembunuh. Maslah yang ada belum selesai Ameer Dylan mahu
menambah masalah yang lebih besar lagi.
Delina terbatuk-batuk kerana hampir
saja nyawanya melayang jika Tuan Haji Abbas tidak masuk campur. Wajah bengis
Ameer Dylan tidak berani dipandang lagi. Kecut perut Delina.
Turun naik nafas Ameer Dylan. Jika
dia tidak tinggalkan Sufi Alisha bersendirian di lobi hotel itu pasti isterinya
itu tidak hilang. Siapa agaknya orang yang menculik Sufi Alisha. Hati Ameer
Dylan tidak tenteram. Ya Allah…selamatkan isteriku.
Watak bad boy: Ameer Dylan
Hehehehe...bad boy memang kacak tetap seorang yang lebih mementingkan duniawi.
Watak gadis tegas: Sufi Alisha
Saya tidak gambarkan Sufi Alisha ni jelita tapi dia ayu - sejuk mata memandang.Seorang yang bersederhana.
Mungkin NILAI CINTANYA...sebuah e-novel yang tidak sehebat mana, namun saya cuba yang terbaik. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. NILAI CINTANYA...akan saya stopkan di blog untuk penilaian nanti. Kalau LULUS adalah rezeki terbitan...
Amin..semoga lulus okay.Best...saya suka.Thank you!
ReplyDeleteAmin...moga2 tq Marina
DeleteCite nie best..x sabar nk tnggu versi cetak..
ReplyDeleteharap sangat di naskah kn ke novel...mmg menarik n best crite nyer dek..tk sabar nk ketahui sudah nyer..hope sngt lulus penilaian...
ReplyDeleteTerima kasih norihan...doakannya...^^
DeleteWaiting 4 tis novel.... luv it so much!
ReplyDeleteTq...^^
Delete