Tab Menu

Followers

Wednesday, January 23, 2013

Awek Skuter - Bab 8




RUTIN kerja Adllea berjalan seperti biasa. Hantar pizza buat pelanggan yang membuat pesanan melalui telefon. Dan Adllea paling suka bila hantar pizza kepada Farith. Kadang-kadang Adllea datang ke lokasi pengembaraan Farith. Walau Farith melayan dia seperti biasa tapi dia tidak ambil kisah. Terubat rindu Adllea melihat wajah Farith. Katak bercermin mata empat ada mengatakan yang Farith memang suka makan pizza. Tidak muakkah dia?

            Adllea sudah dapat tahu yang Farith ini ada dua orang adik. Seorang nama dia Izmi yang sombong nak mampus bawa kereta langgar punggung motorsikal dia tu dan seorang lagi si katak bercermin mata empat atau nama penuhnya Shaz Ariel. Shaz Ariel ni adik tiri dia yang berlainan ayah. Izmi kerja model sepenuh masa manakala si katak bersemin mata empat ini seorang pereka hiasan dalaman. Adllea dengar mereka dibersarkan oleh makcik mereka yang dipanggil Mama Zara. Mama Zara ni ada sebuah restoran makanan berkelas tinggi tetapi perangai cerewet dia yang buat Farith dan Izmi tidak tahan kecuali si katak bercermin mata empat. Maklumat yang Adllea perolehi pun dari si katak bercermin mata empat jugalah.

“Aku tengok bukan main rapat kau dengan si mata empat itu? Ada apa-apa ke?” Hidayat terus tembak Adllea dengan soalan. 

            Adllea tidak membalas. Orang tengah penat dia macam buat tidak tahu sahaja. Adllea letakkan topi atas kepalanya di atas meja. Mata Adllea meliar mencari kelibat Kak Mona. Tiada pula wanita berbibir gigitan tebuan itu.

            “Kak Mona mana?”
            “Aku tanya lain kau jawab lain pulak ya.” Desis Hidayat pada Adllea.

            “Sibuklah kau. Sebelum ni kau tak pernah jaga tepi kain aku. Kau kan asyik jaga tepi kain awek kau?” Bila Adllea sedang hangin dengan Hidayat memang bahasa dia agak terkasar sedikit. 

            Ada kes kenapa Adllea angin dengan Hidayat. Adllea tengah bengang tahap gaban atas penipuan Hidayat pada dia. Kata dia kawan dunia akhirat tetapi macam ini dia buat kawan dia yang baik hati ni.

            “Lea…kau ni kenapa?” Hidayat macam orang kebingungan dengan sikap dingin Adllea.
            “Kau tengok dulu apa salah kau pada kawan baik kau ni..” Adllea bangun meninggalkan Hidayat yang terpinga-pinga.

            Adllea sandarkan beg galas. Masa untuk pulang ke rumah buat tahi mata. Lebih baik tidur dari memikirkan masalah dia dengan Hidayat. Biar Hidayat cari sendiri apa salah dia padanya. Hidayat memang selalu bikin spoil mood Adllea yang patut sungguh gembira hari ini.

            “Assalamualaikum...” Tegur suara yang sudah  biasa di pendengaran telinga Adllea. Si katak bercermin mata berbeza dari pertemuan mereka sebelum ini. Dia tidak pakai kaca mata berbingkai tebal itu lagi.
            “Waalaikumusalam…” Adllea menjawab sambil meletakkan beg galasnya atas skuter. Langsung tidak menatap wajah Shaz. Shaz tahu mood Adllea tidak okay seperti biasa. Gadis itu bukan sahaja nampak penat tetapi juga tampak seperti beremosi sedikit.

            “Esok malam saya mahu ajak awak ke rumah Mama Zara sambut hari lahir dia.”
            Tertelan air liur Adllea sekejap.

            “Esh! Saya tak biasa datang rumah orang besar-besar ni.”
            “Rumah besar apanya….Mama Zara tu pun manusia biasa je macam awak tu. Buat apa nak takut. Lagipun awak itu kawan saya maka boleh masuk senarai dalam jemputan. Kata nak tackle hati abang saya.”

            Bila dengar nama Farith laju saja Adllea anggukkan kepala.
            “Tapi saya tiada bajulah mahu pergi ke majlis makcik awak.” Sugul wajah Adllea. 

            “Itu sebab saya cari awak. Saya dah agak yang awek skuter macam awak ini lebih banyak koleksi baju jenis t-shirt berkolar pizza hut ni.”

            Perli nampak. Adllea tahulah dia jenis tiada masa bersosial di luar. Apa make-up pun tiada. Adllea tahu pergi kerja dan balik kerja sahaja.

            “Kalau awak nak pikat abang saya kenalah pandai bersolek sikit. Jadi gadis ayu.” Tambah Shaz. Ala Adllea memang gadis biasa-biasa tapi ada ayunya.
            Adllea mencebik. Dia lebih senang menjadi diri sendiri dari menjadi orang lain.

            “Saya ni tak cantik ke? Baik awak cakap terus terang.” Adllea tunding jari pada muka Shaz.
            “Bukan tak cantik tapi selekeh sikit.” Balas Shaz jujur.

            Terharu pula hati Adllea dengar kata-kata dari mulut dia. Adllea tahu dia ikhlas. Si katak bercermin mata empat ini tiadalah teruk sangat. Eh-eh bila dia berstuju dengan rancangan Shaz ni. Kata putus pun bleum berikan lagi. 

            “Shaz…Saya belum bersetuju lagilah…”
            “Tahu. Saya hanya ajak awak ke majlis Mama zara saja. Jadi teman saya.” 

            “Kenal tak lama sudah boleh jadi teman ke?” Hairan pula jadinya. Dia belum kenal hati budi Shaz lagi dan Shaz belum kenal hati budinya juga. In Sha Allah dia dalam golongan yang baik-baik. Tidak aniaya orang.
            “Tak salah pun nak cuba berkawan. Lagipun tak semua awek skuter tu  join merempit.”

            Tersentap Adllea. Jadi sebelum ini mesti Shaz ada fikir awek skuter seperti dalam golongan merempitlah ya.
            “Tak faedahnya saya nak masuk geng merempit tu. Buat nyawa melayang, mati katak je.” Getus Adllea. 

            “Saya setuju dengan kata-kata awak tu.” Shaz menyokong. Budak-budak sekrang suka melakukkan aktiviti tidak berfaedah. Tiada memikirkan masa depan langsung. Dia suka dengan Adllea. Gadis ini pandai mengaturkan perjalanan hidupnya.

SHAZ belikan Adllea baju kurung yang harga mencecah ratusan ringgit Malaysia. Mulut Adllea ternganga besar kerana gaji dia pun tidak mampu untuk membeli baju semahal itu. Setakat kain ela di Masjid Jamek yang harganya ringgit Malaysia dua puluh ringgit itu Adllea mampulah beli.  Shaz juga belikan Adllea alat solek berjenama. Adllea manalah reti mahu tampal benda alah tu pada muka dia. Nampak gaya kena minta tunjuk ajar dari Tuty.

            Semua perihal Farith, dia ceritakan pada Adllea. Farith suka apa? Farith benci apa? Farith makan apa? Farith suka warna apa? Adllea tadah telinga saja mendengarnya tanpa mencatitkan apa-apa di atas kertas. Jangan bimbang otak dia boleh menyimpan maklumat dengan selamat. Hehehehe…

            “Katak bercermin mata empat…Saya nak tanya awak sikit..”
            “Apa dia?”

            “Awak tak kisah ke saya jadi perampas kekasih orang?”
            “Saya tidak sukakan Syakila..”

            Oh! Baru Adllea tahu nama kekasih Farith yang seksi-meksi itu Syakila. Syakila memang cantik pada pandangan mata Adllea. Kalau dia berdiri sebelah dengan Syakila macam itik serati dengan angsa putih. Belum apa-apa Adllea sudah kalah dengan Syakila.

            “Kenapa tak suka? Entah-entah awak sukakan Syakila ya? Saya dengar cerita yang awak selalu rosakkan hubungan kekasih abang awak?” Ambik kau. Solan bertubi-tubi Adllea bagi.
            “Tolonglah…saya tidak pernah ada seorang girlfriend pun dari kecil lagi tahu.” 
     
            Uit! Dari kecil tidak suka perempuan ke?
            “Awak ni jenis lelaki suka lelaki ke?” Adllea main tembak je. Mana tahu kot peluru terkena sasarannya.

            “Cabul mulut awak ya.”
            “Habis masakan awak tak pernah suka pada perempuan sampai dengki pada abang awak?”

            “Saya tak dengki pada abang saya. Saya mahu abang saya dapat perempuan yang betul sukakan dia seadanya bukan pasal dia artis popular yang punya raut wajah kacak.” Serius tutur katanya.
            “Ooooo…”

            “Lagi satu saya pun ada hati dan perasaan macam awak juga. Dan saya sudah orang yang saya sukai. Dia buat saya jatuh hati pada dia.”

            Adllea tersenyum. Agaknya Shaz menolong dia kerana dia lebih sesuai dengan abangnya. Bangga sekejap. Dan Shaz sedang belajar tentang hati dan perasaan perempuan seperti dia. Adllea teringin mahu koreklah siapa gadis yang Shaz suka.

            “Ehemmm…” Adllea berdehem kecil. “Boleh saya tahu tak siapa gadis yang awak sudah jatuh hati tu?”
            “Sibuklah awak ni.” 

            Adllea lihat wajah Shaz berubah.
            “Awak sibuk hal saya tidak apa pula.” 

            “Saya sibuk hal awak sebab awak itu gatal sangat mahu jadi kakak ipar saya.” Gerutunya.
Mulut yang tiada insurans.
            “Awak pun sama jugak sebab gatal menolong saya.” Adllea jeling Shaz. Shaz alihkan pandangan mata.

“FARITH…I lihat you banyak berubah sekarang ini?” Syakila menguis rambutnya yang terjuntai di dahi. Waktu ini memang sedang minum petang di persisiran pantang tempat Farith menjalani pengambaraan drama terbaharunya.

            “I sibuklah Kila.”
            “Alasan!”

            “You cepat sangat berburuk sangka. I baik dengan artis wanita lain pun you sudah jealous tak bertempat. You dulu yang sedia kerjaya I sebagai pelakon.” Omel Farith.
            “Siapa tidak jealous tengok you berkepit dengan artist wanita tu. Bukan main mesra you dengan dia.” Syakila muncung panjang.

            “Kami berkawan. Lagipun tiada gossip timbul tentang kami.”
            “Esok-esok adalah gossip you dengan dia.”
            “Kila!”

            Farith naik pening kepala melayan kerenah Syakila yang asyik cemburunya tidak bertempat. Salah dia juga kerana memilih Syakila sebagai teman wanita. Syakila cantik dan berpelajaran. Biarpun Mama Zara dan Shaz tidak berkenankan Syakila, hatinya sudah jatuh sayang dengan gadis itu. Dia lebih banyak bersabar dengan Syakila. Apa sahaja kemahuan Syakila terpaksa dituruti.

            “Farith…I sayangkan you tahu. I sanggup tolak cinta lelaki lain sebab you. You pun tahu my daddy tak sukakan seorang pelakon macam you.” Syakila mula berdrama untuk mendapatkan perhatian dari Farith.

            Farith serba salah. Syakila anak manja sememangnya mudah merajuk. Kalau tidak dipujuk rajuk Syakila makan masa berhari-hari. Letih Farith dibuatnya.

            “Kila…hope you mengerti tentang kerjaya I. I tidak suka dicop sombong oleh media. Sesekali you juga kena memahami I. I tidka pernah nak melukakan hati you.” Farith masih berlembut.
            “You yang kena memahami I, Farith. Masa you untuk I selalu terhad.” Syakila meninggikan suaranya.

            Terpaku Farith dengan kata-kata dari bibir Syakila itu. Syakila langsung tidak memikirkan soal dirinya.

            “Kila…I rasa lebih baik kita berpisah buat sementara. Kita dalami semula hati masing-masing.” 

            Bulat anak mata Syakila dengan permintaan mengejut Farith itu. Faroith memang sudah tidak sayangkan dia lagi. Agaknya Farith sudah pengganti dalam senyap. 

            “You nak putus dengan I?!”
            “Kila…I hanya mahu kita dalami hati masing-masing bukan I nak putus dengan you.”
            “Sama jugaklah tu.” 

            “Kila…”
            “You sudah ada pengganti I kan?”
            “Jangan buat tuduhan melulu.”
            “Jawab Farith!”

            “I masih sayang you.”
            “Bohong!”
            “Kila…”

            Farith memaut kedua belah bahu Syakila. Mereka bertatapan mata.

            “I sudah cakap yang I sayangkan you tapi you kena mengerti yang kita perlu fahami antara satu sama lain semula. Hubungan kita sudah bercelaru tahu.”
            “I tak mahu!”

            Syakila menolak tubuh Farith. Dia mengaturkan langkah meninggalkan Farith sendirian. Hati Syakila panas. Farith memang sudah tidak sayangkan dia lagi.

3 comments:

  1. Gila apa kila ni...ada pulak nak org faham dia tp dia x nak paham seorang yg bergelar pelakon......nasib la badan...



    Tmbh lg ilya....

    ReplyDelete
  2. Gila apa kila ni...ada pulak nak org faham dia tp dia x nak paham seorang yg bergelar pelakon......nasib la badan...



    Tmbh lg ilya....

    ReplyDelete