Tab Menu

Followers

Monday, January 28, 2013

Awek Skuter - bab 10 & 11



ADLLEA benar-benar terkejut melihat kehadiran Syakila di hadapan pagar rumahnya. Wajahnya cemberut. Adllea tahu ini mesti hal yang berkaitan dengan Farith. Agaknya Syakila sudah tahu yang dia ada hati Farith kot? Sebagai watak utama Adllea pasti akan diuji dengan watak sampingan seperti Syakila. Dalam novel pun sama kan. Adllea lihat Tuty dan pakcik memberikan isyarat tangan kepadanya. Doakan Adllea berjaya menghadapi Syakila. 

            “Perempuan tidak sedar diri, aku mahu cakap sikit dengan kau!” Ada Syakila kata dia perempuan tidak sedar diri.
            “Ada apa ya?” Adllea pun boleh main loyar buruk juga.
            “Kau jangan nak menggatal dekat dengan Farith. Dia hak aku.”
            Belum sah tidak menjadi hak kau lagi Cik Syakila oii…Macam lah Farith tu suka sangat pada dia.

            Best woman win!” Adllea mencabar.
            “Sedarlah diri kau sikit. Kau itu hanya gadis penghantar pizza. Ada hati mahu dekati pelakon popular macam Farith.” 

            Ini sudah menghina namanya.

            “Apa kau ingat gadis pizza macam aku tak layak bersama Farith sebab aku naik skuter kau naik kereta mahal.” Bidas Adllea. Jangan pandang rendah pada gadis sepertinya. Dia buat kerja yang halal. Rezeki yang halal. 

            Membulat anak mata Syakila tengok Adllea. Apa dia peduli. Dia tak takut dengan perempuan seorang ini. 

            “Aku takut kau menangis merayu-rayu pada aku nanti.”

            Esh! Berlagak sungguh. 

            Adllea pun tunjuklah belang dia pada Syakila. Gadis macam dia tidak boleh dinjak-injak. Dia pun ada harga diri. Patutlah Shaz tidak berkenan dengan Syakila menjadi bakal kakak iparnya. Perangai macam ni.

            “Aku takut kau yang menangis tengok Farith bersama aku nanti.” Apa ni Adllea soal lelaki pun bergaduh. Macam bukan diri kau ajekan?
            “Kita tengok nanti? Kau bersiap-sedialah …aku takut kau terseungkur awal-awal lagi.”
            “Aku sahut cabaran kau Cik Syakila.” 

            Pantang berundur sebelum berperang. Ingat awek skuter yang kerja penghantar pizza macam aku tak cun? Muka aku bila bersolek boleh tahan ayu tahu. Tak percaya tanya si katak bercermin mata empat tu?

            “Aku akan lihat sejauh mana gadis penghantar pizza macam kau boleh bertahan.” Syakila masuk ke perut kereta. Pintu keretanya sengaja dihempaskan dengan kuat.
            Sebaik Syakila beredar Tuty dan Pakcik menghampiri Adllea.

            “Amboi krisis dengan pelakon popular. Meletup gitu.” Tuty memeluk bahu Adllea lembut.
            “Aku pun nak glamer jugak.”
            “Kau pakai skuter dia pulak pakai Honda Accord memang macam langit dengan bumi. Mampu ke menang ni?”
            “Jangan pandang awek skuter macam aku sebelah mata tau.” Adllea berkeyakinan tinggi untuk memikat Farith dari tangan Syakila. Tunggu dan lihatlah!

CERITA Adllea berperang Syakila sekejap saja tersebar luas. Al-maklum Syakila itu teman wanita kepada artis popular sememangnya menimbulkan kontroversilah. Adllea buat tidak kisah dengan berita terhangat di pasaran itu. Adllea tahu apa yang dia buat. Tapi jarak antara Adllea dengan Hidayat mula renggang. Hidayat cuba nak rapat-rapat tapi Adllea ambil insentif untuk berjauhan hati dengan dia. Adllea pun siap ugut Kak Mona tukar shift kerja dengan Hidayat. Adllea tak mahu sama shift dengan Hidayat. Tunjuk perasaan sedikit!

            Orang yang sedang Adllea berkawan baik sekarang, si katak bercermin mata empat. Itu pun atas sebab agenda yang Adllea sudah bersetuju rencana dengan dia. Bukan susah untuk merapati Farith. Farith jenis lelaki yang mudah didekati dan ramah-tamah. Masaklah kau Syakila.  Adllea mula ketawa jahat.

            “Sakit jiwa ke tersengih sorang-sorang.” Si katak bercermin mata empat menegur. Hari ini dia sudah pakai semula kaca mata berbingkai tebalnya itu. Buku tengah ada di tangan. Kemain tebal buku yang dia baca. Boleh habis ke?

            “Senyum itu sedekah…”
            “Senyum dengan tersengih tak samalah.”  Ada saja balasan dari mulut si katak bercermin mata empat ni.

            “Lebih kurang samalah.” Adllea pun tak ingin hendak mengalah.
            “Mana sama…cuba awak semak dalam kamus dewan edisi keempat ni.” 

            Terkebil-kebil mata Adllea melihat si katak bercermin mata empat mengeluarkan kamus yang boleh hempap atas kepala sampai pengsan itu dari beg galasnya. Ada juga manusia macam dia…
            “Nah! Awak semak dalam ni.” Dia hulurkan kamus tersebut kepada Adllea. Perlahan-alahan Adllea sambut kamus yang beratnya memang sedap untuk menghempap kepalanya.

            Satu-persatu Adllea selak helaian kamus tersebut. Shaz asyik menjeling pada Adllea. Pasal senyum dan tersengih pun mahu selak kamus juga ke?


Tersengih: tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi)
Senyum:  gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara

Adllea medengus kecil lalu menyerahkan kamus tersebut kepada tuan punya. Si katak bercermin mata hanya senyum-senyum kambing. Konon dia menanglah tu.

“Tak samakan?”
“Huh! Lebih kurang je.” Jangan harap Adllea akan beralah dengan mudah.
“Degilah awak ni.”

“Saya memang bapak segala degil.” Adllea bulatkan anak mata. Geram sangat dengan lagak selambanya itu.
“Abang Farith tak suka perempuan degil-degil ni. Baik awak ubah perangai sikit.” Dia kerling Adllea dengan ekor mata. Sajalah tu mahu menyusahkan hidup Adllea. 

“Saya lebih suka orang terima saya seadanya…” Itu yang terbaik pada Adllea. Kalau benar cintakan seseorang kita kena terima kekurangan dia juga. Itu yang Adllea baca dalam buku. teringat pada cerita seorang suami yang menyuruh si isteri mencatit kekurangan masing-masing. Si suami menyatakan semua kekurangan si isteri namun si siteri tidak berbuat demikian kerana dia menerima kekurangan si suami. Si suami menangis mendengar kata-kata si isteri. 

Si katak bercermin mata empat itu kelihatan diam membisu. Dia mengusap dagu seakan memikirkan sesuatu.
“Betul juga kata awak tu.” 

“Awak ingat awak saja yang bijak. Saya pun bijak juga.” Adllea puji diri sendiri.
“Iyalah awak pun bijak tapi jangan lupa gunakan kebijaksanan awak tu untuk memikat abang saya.”

Hal itu memang Adllea tidak pernah lupa. Dia sudah sahut cabaran dari Syakila. Adllea yakin peluang dia lebih baik dari Syakila sebab dia ada si katak bercermin mata empat ini. Adllea boleh bayangkan wajah Syakila yang meraung-raung setelah Farith dirampas olehnya. Hehehehe….

“Saya rasa awak memang sesuai memengang watak perempuan jahat dari yang baik. Reaksi muka awak memang menjadi betullah.”

Komen dari si katak bercermin mata empat itu membuatkan darah Adllea menyirap. Adllea mahu saja menghempapkan Kamus Dewan Edisi Keempat itu pada kepala otaknya.

FARITH tahu Syakila merajuk dengannya. Dia buat tidak endah dengan kerenah Syakila itu. Hatinya lebih tenang bila berkawan dengan Adllea. Gadis itu menghiburkan. Apabila dia bersama Adllea, dia lupa pada masalahnya bersama Syakila. Adllea itu ceria. Terpikat jua hati lelaki dengan gelagat Adllea itu.

            Farith mengangkat kepala sebaik pintu kondonya itu terkuak. Dia tersenyum. Izmi amat jarang mengunjungi kondominium milik Farith jika bukan untuk berehat. Farith memang memberikan kunci penduanya kepada Izmi. Jika bukan di kondominium milik Farith maka Izmi akan melepak di rumah teres dua tingkat Shaz. Dia jarang mahu pulang ke rumahnya sendiri. Izmi terus bersandar pada sofa. Dia hela nafas panjang. Matanya terpenjam rapat.

            Izmi bukan jenis yang duduk diam. Bila ada pertunjukkan fesyen dia akan berangkat hingga ke luar negara. Izmi tidak suka hidupnya dikawal begitu jua dengan Farith. Mereka lebih suka memilih minat sendiri. Shaz pula lebih tidak terarah dalam bidang yang diceburi oleh Farith dan Izmi. Kerjaya Shaz lebih menjamin masa depan kata orang.

            “Letih betul…”
            “Ambillah cuti panjang pergi holiday.” Cadang Farith.
            “Abang Farith teman Iz bercutilah.”
            “Mana boleh. Jadual abang penuhlah. Kau agak Shaz.”
            “Shaz? si beku tu hantu kerjalah.” Izmi bercakap dengan keadaan mata yang tertutup. Farith ketawa. 

            “Shaz tu pun bukannya pernah bercuti. Kau paksalah dia ikut kau.”
            “Shaz tu bukan suka dipaksa.”
            “Kau suruh Mama Zara yang pujuk dia.”
            “Wei…aku dengan Mama Zara mana ngam. Semuanya gara-gara aku tolak anak kawan baik dia tu.”

            Izmi buka mata. Dia belum bersedia mahu berkahwin sudah disuakan calon isteri. Ditolak mentah-mentah gadis terbabit sampai Mama Zara naik berang.
            “Kau patut tolak elok-elok. Ini tidak main cakap ikut sedap mulut.”

            Izmi mendegus.

            “Aku tahulah salah aku. Eh! Mana Shaz?”
            Baharu dia perasan Shaz tiada bersama Farith.
            “Shaz keluar dengan kawan dia.” Ujar Farith.

            “Kawan? Sejak bila si beku tu ada kawan?” Naik hairan pula Izmi.
            “Eloklah dia kawan.” Farith bingkas bangun. “Kau masaklah sendiri nanti. Semua bahan mentah ada dalam peti ais tu. Abang ada shooting ni.” 

            “Shazlah tu yang penuhkan peti ais abang.”
            “Abang mana ada masa nak memasak macam Shaz. Abang pergi dulu.” Pintu rumah itu ditutp perlahan.

            Izmi bingkas bangun dari sofa. Baik tidur di dalm bilik tamu milik abangnya itu. Kalau rajin annti dia masak kalau tidak pesan amkan segera sajalah atau makan diluar. Dia tahu Farith pasti balik lewat.

Bab 11

ADAKALA Adllea masih curiga dengan niat si katak bercermin mata empat ini mahu menyatukan dia dengan Farith. Adllea seperti merasakan Shaz mahu mempergunakan dia untuk memisahkan Farith dengan Syakila pula. Entah-entah dia memang ada hati pada Syakila? Adllea masih berteka-teki sendiri. Manalah tahu dia bengang dengan Farith sebab memikat hati orang yang dia suka buat pertama kali. Si katak bercermin mata empat itu mana pernah jatuh cinta selama ini.

            Adllea menggaru kepala sambil memandang poster filem tertera di papan iklan.  Farith berlakon lagi dalam filem terbaharunya. Dia mesti pergi tonton nanti. Jika tidak dapat tengok di pawagam dia beli dvdnya nanti. Tidak kisahlah kalau mahal berbelas ringgit pun. Janji puas hati untuk menonton lakonan Farith. Elakkan dari membeli DVD cetak rompak ya.

            “Berminat mahu menonton?” 

          “Opocot!” Melompat kecil Adllea akibat terkejut. Mau lemah jantung jika ditegur tanpa ucapan salam begini. Adllea kerut dahi.
 
          “Maaf.” Farith tertawa kecil melihat gelagat Adllea. Nasib baik Farith yang menegur begitu kalau si katak bercermin mata empat memang dia hempuk dengan kasut.

            Adllea malu-malu kucing. Merah warna pipi.

            “Maaf diterima…” Ujar Adllea lembut.
            “Awak berminat mahu menonton ke?” Dia bertanya lagi.
            Adllea angguk kepala perlahan.

          “Tapi…saya kena tunggu masa lapanglah.” Gadis penghantar pizza macam dia manalah ada masa untuk pergi menonton. Kerja pun adakala kena buat lebih masa. Hari sabtu dan ahad pun perlu bekerja.

            “Apa kata awak tengok bersama saya.” Usul yang mengejutkan Adllea. Terlopong mulut ni. Nasib baik lalat tiada. Kalau tidak lalat masuk mulut.

            Farith mahu menonton ceritanya sendiri bersama aku? Biar betul? Aku bermimpi di siang hari ke? Adllea rasa mahu menampar kedua belah pipinya.

            “Tak apa ke? Kalau ada orang kenal awak nanti macam mana?”
            Adllea pandang tepat pada wajah Farith.

            “Jangan bimbang saya boleh menyamar menjadi seorang yang tidak dikenali.” Farith kenyitkan sebelah matanya pada Adllea. Ala comel pula Farith ni.

            Adllea tersenyum panjang. Dia memang bertuah kerana dapat bersama Farith hari ini. Mungkin pertemuan mereka bukan lagi satu kebetulan. Bukan setakat Farith belanja Adllea tengok wayang malah dia bawa Adllea berjalan-jalan bersama. Farith kata dia memang lapang sangat dan bosan dikejar peminat. Dia mahu mengikuti kehidupan sehariannya seperti orang biasa hari ini. Kehidupan yang normal tanpa diburu peminat dan wartawan. Artis popular ini memang sering dijadikan bahan cerita. Tiada privasi langsung.

            Sedang enak menikamati hidangan makanan tengahari, Adllea ringan mulut bertanyakan tentang si katak bercermin mata empat. Senyap pula mamat seorang itu. Selalunya dia rajin hantar mesej pada Adllea. Sibuk agaknya.

            “Shaz memang jenis tidak suka bersosial di luar. Tadi saya ada ajak keluar bersama tapi dia sibuk menghadap kerja dia.”
            “Sibuk juga dia ya.”

            “Kalau tiada kerja dia akan membaca buku. Dia seorang yang sukar mahu mendekati orang tapi saya memang terkejut bila dia rapat dan berkawan dengan awak. Tapi awak jangan risau jika berkawan dengan dia. Dia baik hanya mulut dia kadang-kala berbisa sikit bila dah bercakap. Dia tak pandai mahu jaga hati orang lain.” Cerita Farith.

            Adllea sendiri pun tidak tahu macam mana dia boleh terjebak dengan si katak bercermin mata empat itu. Mungkin sebab hal berkaitan dengan Farith agaknya. Jika tidak jangan harap dia nak beramah-tamah dengan si katak bercermin mata empat itu. Buang karan saja. Tapi…bila kenal lama-lama sikit memang katak bercermin mata empat itu tidak seteruk mana orangnya. Dia tahu tersenyum dan ketawa bila mereka keluar bersama.

            “Kita kena juga menghirup udara segar di luar dari terperuk dalam rumah. Kalau saya selain bekerja saya juga suka beriadah.” Adllea bercakap dengan penuh yakin. Tiada langsung rasa gugup atau debaran dalam hati. Anggap saja Farith itu macam kawan-kawan biasa. Klaau ikutkan rasa gugup dan takut sampai bila pun tidak dapat berbual begini dengan Farith. Ikut ajaran yang katak bercermin mata empat berikan.

            “Betul kata awak. Saya pun rimas juga dengan jadual kerja yang padat.” Farith menyokong kata-kata Adllea. Terharunya….
            Terima kasih Farith. Rasa nak meluahkan perasaan saja saat ini.

            “Sekali-sekala apa kata awak pergi bercuti. Maksud saya melancong?” Adllea pula memberikan cadangan kepada Farith. Badan dan minda pun perlu berehat juga kan. Kalau dia ada banyak wang memang aku sudah lama melancong ke negara yang dia sukai.  Angan-angan Mat jenin.

            “Betul juga kata awak. Saya perlu juga rehatkan minda dan badan. Cukup letih asyik berpanas punggung di tempat pengambaraan sepanjang hari. Saya ni pandai saja bagi cadangan cuti pada orang lain pada diri tak terfikir pula nak bercuti.” Keluh Farith.

            Adllea dan Farith saling berbalas senyuman.

            “Erm….macma mana hubungan awak dengan teman wanita awak? Okay tak?” Mulut Adllea gatal nak bertanya lagi. Ingin tahu juga status Farith dengan Syakila.

            “Entahlah. Hubungan kami di tahap kriktikal. Malas saya mahu fikirkan soal hubungan saya dengan Syakila lagi. Dia asyik ikut kepala dia sahaja.” Terpapar wajah sayu Farith. Kesian pula Adllea melihat reaksi Farith itu.

            Bodohlah Syakila tu. Dapat kekasih kacak dan baik macam Farith pun buat perangai.
            “Tapi awak sayang dia kan…”
            Farith tidak membalas. Alamak! Dia sudah salah cakap pula. Apa ni Adllea? Kau nak merosakkan mood yang romantik ini ke?

            “Bagaimana dengan filem saya tadi. Awak berpuas hati tak?” Farith mengubah topik perbualan mereka.
            “Ermmm…saya suka tapi ada beberapa babak yang saya rasa tak perlu dalam filem tu. Macam spoil sikit pulak. Maaf jika awak terasa. Ini komen jujur tau.” Adllea membalas. Lebih baik dia ikut retak mood Farith.        

That’s correct! Saya sudah ajukan hal ini kepada pengarah ketika shooting tapi mereka nak juga babak itu tidak selitkan. Rasa menyemakkan jalan cerita.”
            Wah-wah! Farith terima komen dari dia. 

            “Terima kasih sebab terima komen orang macam saya.” Adllea tersenyum.
            “Komen dan kritikkan itu penting. Jika tidak maka tiada kemajuan di hadapan.”

            Pelbagai topik Farith bualkan bersama Adllea. Tanpa disedari ada orang yang memerhati gelagat mereka dengan pandangan tidak senang.

SHAZ menutup laptopnya sebaik kerjanya disiapkan. Dia tidak suka berlengah atau menangguh-
kan kerja. Kalau tidak disiapkan dalam hari minggu begini esok semestinya kelam-kabut untuk menunjukkan rekaan dia kepada pelanggan. Beberapa hari ini dia tidak menghubungi Adllea atas sebab kerja yang perlu diuruskan tepat pada masa. Rindu pula dengan celoteh Adllea dan skuter pinknya itu.

            Shaz membuka telefon bimbitnya. Dia merenung gambar Adllea yang sedang tertidur comel itu. Gambar iru diambil secara curi-curi ketika Adllea terlena dalam ekretanya. Dalam perjalanan pulang dari majlis hari larhir Mama Zara. Shaz tersenyum sendiri. Entah mengapa dia mengambil gambar Adllea malah dia meletakkan gambar itu sebagai gambar utama telefon bimbitnya.

            Dia ada menipu Adllea perihal berkenaan orang yang dia sukai itu. Dia mana ada orang yang disukai. Tiada nama gadis yang bertakhta di hati. Bukannya dia benci pada perempuan. Dia hanay berpendapat segelintir perempuan itu leceh dan menyusahkan. Namun apabila melihat Adllea, dia mengubah persepsinya itu. Adllea gadis yang berdikari. Gadis itu bekerja keras untuk menyara kehidupannya. Tidak seperti Syakila. Belajar hingga ke luar negara namun memperolehi wang dari ibu bapa. Syakila duduk goyang kaki dan tidak bekerja. Apa yang gadis secantik Syakila tahu hanya membazirkan wang dan bergaya.

            Shaz membuka peti mesej telefon bimbitnya. Ada beberapa mesej dari Adllea untuknya.  Adllea memberitahunya yang dia sedang keluar ‘dating’ bersama Farith. Cepat juga tindakan minah seorang ini. Bagus juga Adllea rapat dengan Farith. Dia tidak mahu Farith tersalah pilih calon. Syakila memang tidak sesuai buat Farith bukan bermakna serasi itu akan bersama. Dia benci kalau ada perempuan yang mengawal hidup Farith.

            Hal Izmi tidaklah dikisahkan sangat. Izmi lebih bijak menangani perempuan dari Farith. Farith sayang sangat pada Syakila dan dia tidak sedar Syakila asyik nak mengawal dirinya. itu tak boleh ini tak boleh. Syakila dan Shaz kerap berperang mulut. 

(Tunggu kemunculan versi novel-komik ini nanti ya)

1 comment:

  1. ok...saya tunggu..tak sabar nak jadikan koleksi...best citer ni simple je...tak sakit kepala nak habiskan bacaan...

    ReplyDelete