Tab Menu

Followers

Wednesday, January 16, 2013

Diva - Episode 1



‘PENGACARA TV POPULAR ADA HUBUNGAN CINTA DENGAN ANAK DATUK S’ Tajuk utama yang terpapar di muka majalah hiburan SENSASI. Kumpulan gadis remaja yang berkumpul itu segera menyikap halaman terbabit. Mereka sudah boleh menduga siapa pengacara TV popular terbabit. Mata mereka tertacap pada wanita yang sedang duduk bersilang kaki sambil menikmati haruman minuman teh bunga di cawannya itu. Raut wajah  wanita itu memang sama sekali dengan wajah yang terpamer di dalam majalah tersebut. Tidak syak lagi…

            Mereka bingkas bangun dan merapati wanita itu. Pen dan majalah dihulurkan. Wanita itu mengangkat wajahnya. Dia tersenyum.

            “Cik Widelia…kami nak autograf!” Ujar mereka serentak.
            No problem…” Balasnya.

            Kumpulan gadis remaja itu berlalu sebaik mendapatkan tandatangan eksklusif dari pengacara popular terbabit. Bersorak-sorak mereka keriangan.
            Seorang lelaki segak berkaca mata hitam menghampiri. Cermin mata hitam yang melekat pada batang hidungnya itu ditarik.  Satu kucupan hinggap pada pipi gebu Widelia. Widelia melemparkan segaris senyuman.

            You’re late dear.” Desis Widelia.
            I’m sorry, honey….Biasalah urusan business.” Lelaki segak itu duduk di hadapannya.
            “Wid….makin top you.”
            Well…tanpa kontroversi I tak meletup.”

            Lelaki segak itu ketawa kecil.

            “Nakal betul you. But betul ke you ada affair dengan anak Datuk S tu?”

            Widelia mencebik.

            Please….I hanya berkawan dengan dia belum ada hubungan cinta lagi. Lainlah dengan you. You memang kekasih I.” Widelia siap buat lenggok tangan lagi.
            “Jangan nakal-nakal sangat honey. I bukannya ada masa sangat mahu temankan you. Kita berjumpa pun secara curi-curi. You pun tahu perangai I macma mana?”

            I’m tired bercinta sembunyi-sembunyi ni dear. Bila you mahu umumkan hubungan kita?” Widelia sudah merengek.
            “Akan tiba masa itu nanti. You jangan bimbang.”
            Muncung Widelia panjang sedepa.

            Lelaki segak itu ketawa kecil. Merajuklah tu. Dia keluarkan kotak baldu berwarna merah dari celahan kot yang dipakai. Kotak baldu merah itu diserahkan kepada Widelia.
            “Hadiah birthday you honey.”
            “Rantai jenana Habib Jewels memang pilihan I. Thanks dear.” Muka yang monyok sebentar tadi sudah kembali ceria. Senyumnya melebar…

BARU nak bercanda dengan buah hati telefon bimbitnya berbunyi. Nama Jojo tertera pada skin teleon. Minah seorang ini memang bikin kacau betul. Spoil mood yang tengah berbunga-bunga cinta tadi. Control ayu Wid…jangan jadi ibu singa di depan buah hati kau. Bisik hati kecil Widelia memberikan pengingatan.

            Excuse me dear…” Widelia bingkas bangun dari tempat duduknya.
            Okay…I’m waiting…

            “Helo…”
            “Wid, kau lupa kau ada shooting rancangan memasak bersama Datin hari ini, nok?”

            Important ke?”
            “Wid…jangan bikin problem lah. Kau jangan cemarkan imej syarikat penaja kau. Hal dating boleh bawa hari lain.” Suara Jojo sudah memetir.

            Widelia buat muka. Macamlah penting sangat program memasak Datin tu. Kenapalah tak ambil pengacara yang lain sahaja. Ada banyak lagi pengacara yang sesuai untuk program tidak seberapa itu. Kenapa mesti pilih dia?

            “Bagi I dalam masa 20 minit…” Widelia mematikan telefon bimbitnya. Dia mengalihkan pandangan kepada buah hatinya.
            “Kenapa pandang I begitu?”
            Dating cancel. I ada kerjalah dear.”

            I’m understand. Bawa kereta tu jangan pecut laju-laju. Bukan I tak tahu perangai you.”
            Widelia tersengih.
            “I kan formula one..”

            “Tapi I yang bayar saman you..” Hidung mancung Widelia dicuit.
            “You kan banyak duit.” Widelia tersenyum manja.

            Widelia membuka langkah menuju ke tempat parkir kereta. Pintu kereta dari keluaran Volkswagen itu dibuka. Widelia masuk ke dalam perut kereta. Widelia memulas kunci keretanya.

            “Muahhh!” Satu ‘flying kiss’ di layangkan kepada buah hatinya itu. 

            Widelia memecut laju.

            Seorang lelaki tidak berada  jauh dari situ menjadi pemerhati bersama seorang temannya.

            “Perempuan zaman sekarang.” Dia memberikan komen. Jelek melihat perempuan seksi tadi bersama kekasihnya.

            Reject untuk dijadikan calon menantu nenek kau.”
            “Betul-betul…”
           
“APA kau dah buat ni my dear Widelia.” Jojo sudah mula memekak. Jojo asyik mengikut langkah Widelia.

            Widelia pekakkan telinga. Dia sibuk menyapu pemerah di pipi gebunya. Gincu merah dicalitkan lagi pada bibir. Dia peduli apa dengan amarah Datin tadi. Datin tu ingat dia hebat sangat.

            “Banyak sangat ke Datin tu bayar kita?”
            Jojo membulatkan anak matanya.
            “Wid…dulu kau tak macam ni nok? Kau tak kisah bayaran mahal ke? Sikit ke? Kau dah makin demand lebih nok.”

            “Dulu lain…sekarang lain. I pengacara tip-top tau.”
            “Lupa daratanlah kau, nok!” Jojo bercekak pinggang. Geram pula dengan perempuan seorang ini. Mahu saja dia ketuk Widelia dengan fail di tangannya agar otak perempuan seorang ini berputar pada arah yang betul. 

            Please…jangan membebel macam mak neneklah Jojo. Rimas tau.” Kalau tidak fikirkan Jojo teman baiknya sudah lama dia minta orang atasannya memecat Jojo.
            “Aku bebel sebab kau selalu rosakkan programlah nok. Aku tahulah kau tu tip-top dalam rancangan DIVA kau tu. Setiap hari Isnin, jam 11.00 malam. Jangan lupa tau…” Jojo meniru lagak gaya Widelia.

            “Jojo..you pun tahu I bukan terer memasak. Nak pecah telur ayam pun tak reti.”
            “A’ah…yang tahu berlagak dengan jenama sana sini dan umpat orang sana sini. Itu sebab aku saja letak kau dalam rancangan memasak bersama Datin ni. Esok kalau dah kahwin laki kau tak makan kedai mamak.” Jojo memanaskan lagi suasana.

            “You jangan buat I tanggalkan rambut palsu you yang murah tu Jojo.” Widelia mengugut.
             Jojo menjelirkan lidahnya.


            “Kalau berani cubalah.”
     “Jojo!” Widelia menjerit lantang. Lantas terkedek-kedek dia mengejar Jojo yang galak mengejeknya itu.
            Help me!!!!”



“OPS! Sori auntie…” Aiskrim coklat itu mengenani beg tangan henama Gucci milik Widelia. Dijeling budak perempuan itu dengan pandangan mata yang maha tajam. 

Beg tangan yang sudah dikotori dengan aiskrim itu dicampakkan ke dalam tong sampah. Dia hanya mengambil dompetnya sahaja. Itu yang penting. Yang lain tidak berguna. 

“Mata adik jangan letak kat lutut.” Pesan Widelia dan terus berlalu.
Terkebil-kebil budak perempuan yang melanggarnya itu tadi.


5 comments: