Tab Menu

Followers

Tuesday, January 15, 2013

DIVA - Episode Pengenalan



WELL….I tak pakailah make-up tak berjenama ni. Setakat jenama Silky Girl, bukan taste I lah.” Ujar Widelia megah.

            Dua orang teman yang bersamanya itu hanya mencebik. Nasib baiklah Widelia itu memang cantik, kalau tak cantik pakai make-up mahal mana pun tak berguna. Kalau tidak fikirkan kepentingan diri maka jangan haraplah mereka akan berkawan dengan Widelia yang berlagak diva itu. Apabila mereka bersama Widelia mereka akan menjadi perhatian lelaki. Itu salah satu kelebihannya.

            “Kalau mahu beli make-up jenama Mac, I kena fikir dua tiga kalilah Wid.” Desis Rozie.
            “Apa salahnya korban duit sikit untuk kecantikkan. You ingat lelaki akan pandang perempuan berwajah lesu dan tak bermaya. Tengok I…look gorgeous!” Widelia sentiasa memuji kecantikkan diri. “One more…lelaki idamkan bentuk badan wanita yang menarik bagai bentuk epal dan pir.”

            
                “You makan apa pun memang dah kurus melidilah Wid.” Komen Julie.

            Widelia tersenyum bangga. Dia bertuah kerana mengikut baka dari ibunya yang ada darah keturunan arab sedikit itu. Dari usia kecil hingga usia remaja dia mendapat perhatian umum. Dalam bab pelajaran dia bukanlah pandai sangat. Lulus SPM pun cukup-cukup makan sahaja sebelum menyambung pelajarannya ke IPTS. Kelebihan Widelia bukan sahaja kerana pakej pada wajahnya dia juga seorang yang bijak berkomunikasi dan berani mencuba sesuatu yang mencabar.
            Dari seorang gadis kampung yang bekerja sebagai kerani biasa beralih kepada seorang pengacara rancangan televisyen yang popular. Populariti Widelia kian meningkat sehingga mendapat perhatian lelaki yang Datuk atau Tan Sri. Sikap hidung tingginya itu menyebabkan dia sukar untuk didekati umum. 

            “Apa kata you all join kelas diet I.” Widelia mengajak.
            “Kalau you belanja we all apa salahnya…”
            No problem…” Widelia menghirup jus buah-buahannya.
            Rozie dan Julie saling berpandangan. Rezeki jangan ditolak.
            “Okay girls….I mahu ke salon buat rambut sekejap. Malam ini I ada dinner dengan anak Datuk S.” Widelia bingkas bangun menarik beg tangannya.
            “Pencetus kontroversi…”
            Widelia mengangkat kening lentiknya.
            Of courselah. Market I tengah tinggi.”
            “Berlagak!” Balas Rozie dan Julie serentak.

4 comments:

  1. Salam, wah dah ada entri baru. Rasanya gadis seperti Widelia ni sangat ramai dalam realiti kehidupan orang Melayu. Sanggup melakukan apa saja untuk meraih populariti tetapi selalu terlupa bila berada di atas. Selalunya orang yang bukan berasal dari orang berada lebih menyombong dari golongan berada. Tahniah Cik Ilya. Bila nak kuar novel baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam....Terima kasih Seri Ayu...Ilya berpandukan sikit pada realiti gadis-gadis seperti Widelia ^^ hope suka entry baru ni...In Sha Allah thn depan adalah novel baru ^^

      Delete
  2. Wahh menarik...sombong yer wid nie.... Mai ayman baru biru minah nie.... Haiihh bila laa nk bertemu buku dgn ruas nie... Great story sis... Next entry please. .sikit sgt ni...xpuas heheh

    ReplyDelete