Tab Menu

Followers

Sunday, March 14, 2010

Coke And Sundae_16


SYAKIR menekup mulut. Dia tidak boleh nak tahan tawanya dari meletus dah. Berdekah-dekah dia ketawa sambil memukul meja di Mc Donald itu. Azyan cebik bibir. Apa yang lucu sangat dengan Syakir ni. Macamlah kau tak tahu Azyan yang dia sedangkan ketawakan fesyen pakaian kau itu. Ceh! Macam kau macho sangat dengan gaya santai kau itu. Suka hati akulah nak berpakaiaan macam mana. Apa kau ingat aku nak keluar dengan kau mesti pakai lawa-lawa. Minta maaflah Syakir. Tak kuasa aku nak bergaya keluar dengan kau! Lagipun aku tak mahu ada teman sekolej yang mengenali aku. Terutama peminat fanatik kau tu. Masak aku nanti!
            Siapa yang tak ketawa tengok Azyan berpakaiaan. Badan kurus tapi pakai baju besar gedabak! Siap pakai cap dengan cermin mata hitam besar lagi. Rasa macam berdating dengan budak pengkid pun ada. Paling dia tak tahan Azyan bubuh kumis palsu atas bibir dia! Ada ke patut. Tak patut betul budak Azyan ini tau! Masa keluar dengan Haziq punyalah Azyan bergaya sakan. Dengan dia hancus! Satu bedak pun tiada bertampal kat muka. Yang ada cuma lip ice kat bibir dia. Tak kisahlah. Dia lagi suka natural tanpa make-up melekap kat muka Azyan tu!
            “Buanglah kumis kau tu! Geli aku menengoknya tau!” suara Syakir. Selama saja dia tarik kumis palsu atas bibir Azyan. Menyeringai Azyan. Lepas itu dia tarik cap atas kepala Azyan. Terurai rambut panjangnya yang tidak berikat itu. Syakir tersengih. Dia lagi suka kalau identiti Azyan terdedah. Heboh satu kolej pun tak mengapa. Lagi-lagi pada Mr. Henry yang dok mengorat Azyan tu!
            Bengkek Azyan dengan perbuatan spontan Syakir. Mahu saya dia bagi flying kick pada muka mamat perasan hensem itu. Flying kick tau bukan flying kiss! Dia nak rebut balik cap pada tangan Syakir. Tak dapat! Syakir siap jelirkan lidah mengejek dia. panas betul hati Azyan. Azyan capai cawan berisi coke itu lalu disimbah pada muka Syakir. Ambik kau! Tawa Azyan melerus. Syakir mebeliakkan biji matanya. Habis basah baju kemeja dan t-shirt Adidasnya. Tak boleh jadi ni. Syakir capai pula ice-cream sundaenya lalu dituangkan atas kepala Azyan. Azyan tergamam. Syakir tersengih. Padan muka kau! Mereka saling bertentangan mata. Dua-dua tidak mahu mengaku kalah. Maka timbullah impak arus elektrik di mata masing-masing macam cerita dalam televisyen tu.
            “Mama!” Satu suara di belakangnya mengejutkan Azyan. Terasa ada tangan memengang bajunya. Azyan berpaling ke belakang. Seorang kanak-kanak perempuan yang comel tersenyum manis kepadanya. Usia kanak-kanak itu dalam lingkungan lima atau enam tahun. Anak siapa pulak ni! Takkan anak dia. Dia mana ada menikah lagi. Macam tak menikah lagi boleh ada anakkan. Azyan ni kalau berfikir kadang-kadang bangang juga.
            “Eh! Anak papa dah sampai rupanya. Ingatkan Anis sesat tadi. Risau papa.” Kata-kata Syakir mengejutkan Azyan. Lantas kanak-kanak itu ditarik dalam pangkuannya.
Bila pula Syakir menikah? Kalau dia menikah pun bukan urusan aku. Agaknya kena tangkap basah. Mamat seorang ni bukan boleh percaya sangat. Azyan pandang muka kanak-kanak perempuan itu. Tidak ada iras langsung dengan Syakir. Mungkin ada iras dengan isteri Syakir kot. Tapi siapa pula isteri si lahabau ni. Fikiran Azyan pada Syakir memang tidak ada yang baik-baik punyalah.
“Mama dengan papa gaduh lagi ya.” ujar si kecil itu.
‘Biasalah mama tu sayang. Asyik datang period saja.” desis Syakir. Senyumannya kian meleret. Dia pandang wajah Azyan yang mula membahang.
“Bila masa pulak aku ada anak dengan kau! Kau nak kenakan aku ya Syakir!” Azyan mula melenting. Siap hentak tangan atas meja tu. Semua mata terarah kepada mereka. Pasangan Syakir dan Azyan.
“Apa pandang-pandang!” tengking Azyan. Pelanggan dalam Mc Donald itu segera mengalih pandang. Garang macam singa. Kecut perut dibuatnya.
“Tak baik marah-marah. Nanti muka awak cepat berkedut macam nenek kebayan. Tengok Anis pun dah gerun tengok awak.” Manjanya tutur kata Syakir. Macam seorang suami memujuk isterinya.
“Kepala hotak kau!” Azyan menjegilkan biji matanya. Anis pantas memeluk Syakir. Takut betul dia lihat muka Azyan yang sudah menjadi raksasa itu.
Syakir ketawa kecil. Anis sebenarnya anak sepupu dia. Anak kakak Haziq. Sengaja Syakir pinjam Anis untuk mengenakan Azyan. Anis mahu saja kalau sudah diumpan dengan coklat kegemaran dia. Lebih mudah dia jinakkan Anis dari jinakkan gorilla tu.
“Papa…mama jeling Anis. Anis takutlah.” petah betul Anis bercakap. Ini mesti
Syakir yang mengajar budak kecil itu. Azyan mendengus kecil. Tak patut dia marahkan Anis. Anis bukan buat salah apa-apa pun. Siaplah kau, Syakir. Akan ku patahkan tulang rusuk kau nanti.
            “Cubalah maniskan sikit muka awak tu sayang. Tak baik buat muka cemberut depan budak-budak tau.”
            Sayang! Syakir panggil aku sayang. Uwekkkk! Nak termuntah aku mendengarnya. Gelilah kalau Syakir yang panggil aku sayang. Azyan mula memengang lehernya. Gelagatnya itu menambahkan senyuman di bibir Syakir.
            “Ehem…ehemm…” Syakir buat isyarat nakalnya. Tangannya sengaja mengusap-usap pada perut. “Tak lama lagi Anis akan dapat adik.” Sengaja dia kuatkan suara. Anis ketawa kecil.
            Berasap muka Azyan. Tahap kesabaran sudah berada di tahap zero. Nafasnya sudah turun naik. Azyan tersengih. DUSH! Satu penumpuk lekat di muka Syakir!

SYAKIR meraba-raba pipinya yang perit kena penumbuk Azyan. Mujur saja tidak meninggal kesan lebam. Dia merenung Azyan yang sedang memimpin tangan Anis. Setelah makan mereka menaiki Putra Lrt ke KLCC. Anis yang beria-ia mahu ke sana. Tak sampai hati pula mahu mengecewakan permintaan budak kecil itu. Syakir pinta behenti seketika. Dia ingin ke surau untuk bersolat Zohor. Bila ditanya pada pada Azyan.
“Aku off day.” Itu jawapan yang Azyan berikan. Patutlah berangin semacam gadis itu.
            Azyan duduk di kerusi rehat bersama Anis sambil menunggu Syakir. Dia menongkat dagu. Rasa melampau pula dia tumbuk muka Syakir di Mc Donald tadi. Tapi siapa suruh Syakir naikkan darah dia. Azyan menggigit bibir. Kalau Syakir buat perangai sewelnya lagi mahu patah renyuk dia kejarkan macam budak bernama Fadhil tu. Jangan main-main Syakir!
            “Comel anak awak ni.’ Seorang lelaki entah dari mana datangnya mengusap-usap rambut Anis. Dia melemparkan senyuman kepada Azyan. Azyan buat muka bengang. Apa dia ingat Anis itu anaknya. Tolonglah. Aku baru berumar dua puluh tahun. Rupa aku ada rupa mak budak ke?
            “Bukan anak saya tapi anak orang.” balas Azyan.
            Mak oiii! Kasarnya bahasa minah ni. “Oh! Saya ingatkan anak tadi. Soryy.” ucap
nya lembut. Sempat dia tenung wajah cemberut Azyan. Cantik gadis itu. Comel! Dia puji Azyan dalam hati.
Azyan merengus kecil. Mana pulak Syakir ni. Dekat dua puluh minit dia dan Nani menunggu. Mesti mamat ni melencong ke tempat lain. Dia langsung tidak menghirau lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
            “Ermmmm. Boleh berkenalan. Saya Zekri.” Lelaki itu menghulurkan tangannya.
Azyan angkat kepala. Apa hal pula dengan mamat ni? Tiba-tiba dengan tak tahu malunya ingin berkenalan dengan dia. Gila ke apa? Lelaki memang pantang tengok perempuan cantik sikit. Mulalah menggatal. Tapi boleh tahan juga mamat ni. Macho dan nampak cool.
“Apa nak kenal-kenal! Jangan nak jual minyak urut dengan saya! Saya tak nak beli!” getus Azyan. Dia menarik tangan kecil Anis. Ingin beredar tapi dihadang oleh lelaki itu.
Lelaki bernama Zekri itu ketawa. Garang tapi makin comel bila dia marah. Itu yang dia suka. Apa lagi inilah masanya untuk menunjukkan kehebatan dia sebagai playboy terhormat. Dia tidak akan melepaskan gadis ayu ini pergi sebelum dia dapat mengetahui namanya.
“Apa halang-halang jalan orang ni!” Azyan sudah melenting. Muka Nani mencebik. Dia tidak suka dengan Zekri. Anis menyorok di belakang Azyan.
“Saya tidak akan benarkan saudari pergi selagi saudari yang manis ini beritahu nama dan phone number saudari.” Terangkat-angkat kening Zekri.
“Awak ni tak faham bahasa MELAYU ke? Saya dah cakap yang saja tak mahu minyak urut awak. Atau awak nak saya cakap bahasa TAMIL!”
Meletus tawa Zekri dengan kata-kata Azyan. Gadis ini memang lain dari yang lain. Ini yang best. Baru mencabar! Dia tidak akan melepaskan gadis ini.
“Jangan kau berani nak kacau girlfriend aku, Zek!” suara hero kita dah bergema. Syakir sudah berdiri tegak di sebelah Azyan. Bahu gadis itu dipaut.
            “Oh! Gadis ayu ini girlfriend kaulah Syakir. Menarik!” Zekri melirikkan matanya pada Azyan. Azyan menyeringai. Bila masa pulak dia jadi kekasih Syakir. Pandai-pandai saja Syakir buat cerita.
            “Aku kenal sangat dengan kau ini playboy. Pantang nampak perempuan lawa sikit
mulalah jarum kau berjalan. Tak kiralah yang dah berpunya atau belum semua kau nak kebas. So aku nak kasi warning dengan kau, buaya! Jangan sesekali kau cuba dekat dengan girlfriend aku ini. Nahas kau aku kerjakan!”            Syakir member amaran. Wajah serius Syakir yang ini mengejutkan Azyan. Tidak pernah dia lihat Syakir serius sekali. Tampak bergaya! Merah jambu sudah muka Azyan.
            “Well….kau perlu berhati-hati dengan aku lepas ini Kir.” Zekri menghalakan jari telunjuknya pada muka Azyan. “Dia target aku seterusnya.” Zekri kenyitkan mata pada Azyan.
            Uwekkk! Seorang lagi mamat yang meloyakan tekak Azyan. Lagi koya dari Syakir. Mat Romeo pulak tu. Mat Romeo lagilah aku tidak berkenan.
            “Mari Yan!” Syakir menarik tangan Azyan. Azyan menarik tangan Anis. Sudah jadi macam satu keluarga pula. Azyan terpaksa menurut langkah Syakir. Lagipun sungguh kuat cengkaman Syakir pada pergelangan tangannya. Mulut Syakit pula membebel-bebel entah apa. Azyan sendiri tidak dapat menangkap apa yang diomelkan oleh Syakir. Mungkin pasal Mat Romeo tadi kot.
            Syakir melepaskan tangan Azyan sebaik saja mereka sampai di Cheras. Monyok muka Azyan. Geram pun ada dengan Syakir. Pegang tangan dia lama-lama buat apa! Malu siot! Orang-orang dalam tren tadi pandang mereka semacam. Ada yang berbisik-bisik pulak. Syakir dan Anis boleh buat muka selamba. Malah Anis juga dengan selamba memanggil dia mama. Syakir pula hanya tersengih-sengih macam kerang busuk!
            “Yan!” Syakir memanggil lembut. Ayzan menoleh. “Betul ke kau boleh balik sendiri? Kau nak aku hantarkan sampai rumah tak?”
            “Kau ingat aku kanak-kanak ribena ke? Aku boleh balik sendirilah!” desus Azyan. Tak teringin dia masuk membonceng Cagiva milik Syakir. Minta maaf banyak-banyak! Dia sudah menelefon Azuan akan menjemput dia di stesen Star itu.
            “Hati-hati Yan.”
            “Ermmmm.”
            “Ermmmm aje.”
            “Habis kau nak apa?”
            “Kiss!”
            Satu penumbuk hinggap kat muka hensem Syakir!
            Sampai saja di rumah, Syamil terus menyerbu ke arah Syakir. Hairan tengok muka Syakir bertampal di pipi kanan. Apa sudah jadi. Takkan pergi dating sampai bertampal pipi. Ganas betul! Syakir bersandar pada sofa melepaskan keluhan berat. Bukan pasal Azyan belasah dia tapi pasal Mat Romeo yang sudah muncul balik itu. Terbantut dia jalan-jalan bersama Azyan hari ini. Ingatkan dah mampus. Rupanya masih bernyawa lagi budak Zekri itu atau nama penuhnya Zekri Bin Dato’ Ariffin. Cis! Ada pesaing lagi nampaknya selepas Haziq. Itu sebab dia lebih suka kalau Azyan jadi budak nerd macam dulu. Tiada seorang lelaki pun mahu dekat. Bunga cun kumbang mana tak mahu hinggap.
            Syakir meramas-ramas kepala otaknya. Kalau Zekri sudah muncul maka masalah akan tiba. Dia rasa Zekri sudah tamat pengajian dan menguruskan syarikat ayahnya. Lebih baik dia bertanya pada Nani. Nani kan ex-girlfriend pada Zekri. Alamak! Lupa pula yang Nani memang allegic bila dengar nama Zekri, bapak segala buaya itu. Tidak pun pada Emeleda. Emelda…lagi menggatal pula kucing seekor itu bila nampak dia. Vanidah? Vee pun sama gatal macam Emelda. Mungkin Yaya boleh membantu dia sebab Yaya adalah bekas teman wanita terakhir dalam senarai Zekri. Esok dia akan cari Yaya. Itu pun kalau Yaya sudi nak bertemu dengan dia setelah dia menolak cinta Yaya semasa di semester dua dulu. Zekri bukan kau seorang saja dikeliling perempuan tahu! Bezanya aku bukan species buaya macam kau!
            “Apa dah jadi abang long?” Syamil tanpa berlengah lagi terus menyoal.
            “Berjalan dengan lancar.”
            “Kalau berjalan dengan lancar pipi abang long tu tak bertampal! Kena belasah dengan Kak Yan ya.”
            “Ini tandanya Kak Yan tu sayang pada abang long.”
            “Ingat Syam bengap sangat ke abang long? Kalau Kak Yan sayang abang long tak adalah dia bagi flying kiss sampai bertampal gitu.” Syamil menekan pipi kanan Syakir. Menyeringai abang kesayangannya itu. “Nanti kalau abah ngan mak tanya nak jawab apa ni nanti!”
            “Apa susahnya. Cakap saja pergi main kick boxing dengan Abang Jeffrey.”
            “Iyerlah tu. Sebenarnya main kick boxing dengan Kak Azyan.” Sinis dan pedih kata-kata Syamil itu. Apa boleh buat itu kenyataannya.
            Syakir bingkas bangun. Waktu Asar pun dah nak masuk. Kewajipan pada Tuhan harus diutamakan macam kata abah. Dia jeling ke arah Syamil. Jelingan Syakir sudah buat Syamil faham. Terkecoh-kecoh Syamil menuju ke bilik air ambil wuduk. Di rumah kalau tidak berjemaah dengan abah dengan mak, Syamil akan berjemaah dengan abangnya.       

1 comment:

  1. Ilya...ada sedikit kesilapan....pls edit kat manuskrip 2 yer...

    ReplyDelete