2-1 Team pasukan bola sepak kolej Cik Nur Azyan Binti Idris telah berjaya menewaskan pihak lawan dengan jaringan gol dari Encik Muhammad Syakir Bin Ilyas. Azyan berkerut-kerut dahi. Riak wajah sudah macam nenek kebayan dah. Salwa tersenyum-senyum simpul macam perempuan gila. Suka sangat dia dah menang. Masa untuk perkenakan Azyan dengan Syakir. Syamil pulak sudah menonggeng. Tunggu masa saja nak meraung meluahkan perasaan. Azyan tak boleh lari dah. Nak tak nak dia kena ajak Syakir yang bermulut laser nak mampus itu keluar dating.
Ceh! Bab ini yang aku paling menyampah! Aku mana reti nak ajak orang lelaki keluar dating. Salwa pulak dah tergedik-gedik tolak Azyan suruh cari Syakir. Ini yang susah hati ni. Azyan kena paksa berdating dengan orang yang dia cukuplah benci sebencinya selama dia mengenali Syakir. Salwa pula kata lama-lama nanti boleh jatuh sayang. Sehari tak jumpa mandi tak basah, makan tak kenyang tidur pun tidak lena. Kepala tengkorak kau Wawa!
Diintai-intai Syakir yang sedang membasuh dekat pili air belakang. . Lelaki itu seorang diri tidak ditemani oleh sesiapa pun. Kalau serang hendap nescaya dia mampu menumpaskan Syakir. Seorang gadis mengintai lelaki. Sungguh memalukan! Macamlah tiada kerja yang berfaedah nak di buat selain intai mamat sorang ni.
“Kau nak tunggu apa lagi. Pergilah tegur dia.” Salwa sudah mencucuk pinggang ramping Azyan. Perempuan seorang ni kalau aku flying kick baru dia tahu! Aku dah bebas mempergunakan semula ilmu hitam aku dah. Nahas kau nanti Cik Salwa Binti Abdul Rahman.
“Gila. Aku tak maulah.”
“Kau dah kalah. Jangan begini beb. Kau yang kata tadi kau sanggup bertaruh dengan aku. Tak baik mungkir janji. Berdosa.”
“Pandailah kau bercakap. Habis yang kau dok terhendap-hendap budak kontot tu tak berdosa.” tukas Azyan.
“Tak baiklah kau Yan. Dia baya kita tahu! Bukan budak kontot!” Salwa mencebik bibir. Sama aja Azyan dengan Syakir. Dua-dua mulut laser tak bertauliah.
“Pedulik apa aku. Kalau dah kontot tetap kontot jugak! Dahlah nama Tengku Kudin. Kelakar betul aku dengan nama dia. Nasib baik depan nama dia ada Tengku adalah class sikit.” ujar Azyan deret. Tak elok cakap belakang-belakang. Nak cakap biar terus terang.
“Sedapnya mulut kutuk boyfriend aku ye.” Salwa menarik cuping telinga Azyan. Azyan ketawa mengekeh. Setakat tarik telinga tak rasa apa-apa pun. “Jangan nak alihkan perhatian aku. Ingat aku dah lupa perjanjian antara kita. Cepat pergi jumpa buat hati pengarang jantung kau tu!” Salwa menolak tubuh Azyan.
Azyan buat senaman ringan. Tarik nafas lepas….tarik lagi lepas. Fuhhh! Azyan kau mesti boleh. Malaysia boleh! Semua boleh! Bola sepak boleh! Apa-apa pun boleh! Azyan mula merapu sendiri. Dia aturkan langkah mendekati Syakir yang melekat duduk berehat dekat pili air. Kenapalah Si Syakir ni tak beredar dari tadi. Macam tahu-tahu saja aku ada dekat sini.
Salwa yang sedang menyorok itu sudah tersengih-sengih. Buat apa nak cari jauh-jauh sedang si dia sudah ada depan mata. Pada mata Salwalah Azyan dengan Syakir memang sepadan benar. Tak kisahlah seorang suka coke dan seorang lagi suka sundae. Ala…kucing dengan anjing pun boleh berbaik apa. Ganbatte Yan!
“Syakir!” panggil Azyan kuat dan lantang. Tak ada tatasusila punya Azyan. Tersembur Syakir yang tengah meneguk botol air mineral. Syakir mengetap bibir. Perempuan seorang ni pun tak reti nak bagi salam ke?
“Hah! Gorilla kau nak apa?”
“Kedatangan hamba ke mari kerana hamba punya hajat yang besar kepada tuan hamba.” Azyan berdialog orang dahulu kala. Lemah lembut gitu.
“Ya tuan hamba. Hajat apa yang tuan hamba ingin dari pacar yang hensem ini?” Apa lagi Syakir pun ikut cara bercakap macam Azyan.
Rasa loya anak tekak mendengar perkataan hensem itu! Tapi memang Syakir hensem pun. Itu yang payah nak dinafikan. Hehehehe….
“Hamba tidak pandai bermadah dan berpantun. Hamba hanya pandai straight to the point. Tujuan hamba bertemu dengan tuan hamba kerana ingin menyunting kumbang di taman larangan ini untuk di ajak keluar dating.”
Syakir ada salah dengar ke? Rasanya sound dalam telinga dia memang berfungsi dengan baik. Meleret senyuman Syakir.
“Hamba tak salah dengar ke tuan hamba?” Syakir menadahkan telinganya pada Azyan. Saja nak minta Azyan ulang balik ayat dia tadi. Rasa macam best nak dengar lagi.
“Aku nak ajak kau keluar datinglah ngok!” Azyan menjerit sekuat-kuat hatinya pada telinga Syakir. Puas hati! Kalau pekak bukan salah aku!
“Kau nak ajak aku dating!” Syakir pecah ketawa. Dia dah tahu dah. Syamil yang bagi report pada dia tadi. Itu sebab dia saja duduk melangut sambil tunggu Azyan. Susah nak dengar perempuan ajak lelaki pergi bertemujanji tahu. Besorak-sorak riang hati Syakir.
“Aik! Dulu bukan main jual mahal dengan aku. Sekarang kau nak ajak aku pi dating. Ini mesti ada apa-apa ni. Kau ni bukan boleh percaya sangat. Ada saja akal jahat kau kat aku. Aku mana boleh lupa kopi O lemak hitam cap arang yang kau kasi itu hari. Sedap hingga menjilat jari.” Syakir buat muka. Pasal kopi O lemak hitam cap arang itu masih belum punya masa nak balas dendam. Mesti balas dendam punya!
“Tak nak sudah!” Malaslah nak layan mamat sorang ni lama-lama. Kalau dia tak nak lagi bagus. Lagi Azyan suka. Suka-suka sangat.
“Ada aku cakap tak nak?” Syakir kerdip-kerdipkan mata. Ikut trademark Si Salwa pula dah. Makin getik menengoknya. Dan Azyan cukup benci senyuman nakal kat bibir Syakir. Senyuman memang niat tak baik tu.
Dalam banyak-banyak gadis yang dikenali Azyanlah yang paling kuat melawan
kata. Tak pernah nak mengaku kalah langsung. Ada saja modal mulutnya nak menjawab. Itulah Azyan. Nur Azyan Binti Idris. Gadis ayu maskulin. Kata orang yang pandang rupa luaran tahu. Dalamnya pun kena pandang juga. Hehehehe….Bak kata pepatah melayu air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya. Air yang berkocak lagi ada buaya.
Syakir sendiri pun tidak menyangka yang dia boleh syok sama Azyan. Padahal sebelum ini bukan main kaw-kaw dia mengutuk Azyan di belakang. Siapa yang tak bengang dengan gadis itu yang penuh berdisplin ketat di sekolah dulu. Malah terlebih overnya dari guru displin. Ke hulur hilir tak lekang dengan buku dia. Dah tu anak murid kesayangan semua guru-guru. Budak pandai katakan. Dia pun budak pandai juga malah lebih pandai dari Azyan tau. Waktu itu dia respect dengan Azyan. Orang mengata belakang boleh lagi sabar. T api bila suatu hari dia terlepas cakap depan Azyan teruk dia hambur dengan gadis itu. Lebih-lebih lagi bila Azyan terdengar dia kutuk gadis itu dengan kawan-kawannya. Bom atom pun meletup. Ramai-ramai keliling sekolah jalan itik. Ambik ko! Sejak itu Azyan anti benar dengan budak lelaki bernama Muhammad Syakir Bin Ilyas ni. Huhuhuhu…
Bila hari-hari gaduh dengan Azyan budak maskulin itu, Syakir tak sengaja terjatuh hati pula pasal satu eksiden yang tidak disengajakan. Nak tahu ke? Biarlah rahsia dulu. Hehehehe…ada masa nanti kita cerita ya. Sekarang kita berbalik pada cerita kita yang asal. Cerita Azyan ajak mengajak Syakir pergi keluar dating.
“Boleh tak jangan tenung aku macam tu. Aku tak suka tau. Geli aku tengok!” rengus Azyan.
“Habis apa yang kau tak geli. Kalau aku kiss kau geli tak?” Mula dah Syakir bikin onar. Membuntang anak mata Azyan. Terketap-ketap giginya. Syakir makin galak ketawa. Suka benar lihat muka Azyan merah padam. Tak lagi lama tsunami melanda.
“Aku cekik-cekik leher kau!”
“Kalau kau berani cekik aku…aku bagi flying kiss kat kau! Nak!” Syakir menjegilkan biji matanya. Serius tau.
“Eeeeeeeiiiiii. Hari minggu pukul 2 petang kau tunggu di Ampang Park. Jangan lewat walau sesaat pun jika tidak aku terus blah! Bye-bye!” Azyan beredar. Tak kuasa mahu habiskan air liur bertekak dengan Syakir. Buang masa! Buang tenaga!
Syakir jungkit bahu. Sengihnya masih panjang. Macam tak ikhlas saja Azyan buat
temujanji. Tak kisahlah yang penting hari minggu ini dia dapat keluar bersama Azyan. Nak tak nak memang Azyan terpaksakan. Syakir mula merencana program hari minggu nanti. Siaplah kau nanti Cik Azyan. Dah sah-sah Syakir punya plan baik punya untuk Azyan nanti.
ske..ske....nak lagi....
ReplyDeletekah...kah...yan!!yan!!!!kantoi gak!!!apapun, tak sabar nak baca next entry ni.... Ialah!!, nak tahu plan jahat syakir masa hari temujanji tu!!! apapun, akak followwwwwwwwwww
ReplyDeletehahaha...amik ko azyan...
ReplyDeleteajak dating pun cam gangster...adoi ler...sakit perut...sakit perut
hahahha...intro yan ajak date.
ReplyDeletesiap la ko yan... tggu aje la nnt.