“KUNTILANAK!” Jerit Anuar lantang. Hajat ingin ke tandas terus terbantut gara-gara ternampak kuntilanak. Azuan yang sedang tidur di katil atas turut terjaga. Terpisat-terpisat kawan tu menggosokkan matanya. Apa hal lah pulak Anuar menjerit tengah-tengah malam. Sudahlah ayah outstation. Letrik pula blackout! Leceh betul! Azuan loncat dari katil atas. Teraba-raba dia mencari lampu suluh.
“Apa kena dengan kau ni Nuar! Menjerit mengalahkan orang perempuan!” gerutu Azuan. Azuan menyuluh muka Anuar. Pucat muka Anuar.
“Nuar nampak kuntilanaklah abang Zuan masa Nuar buka pintu bilik. Rambut dia mengerbang panjang. Pakai baju putih lagi.” Beria-ia Anuar bercerita.
“Kuntilanak! Kau biar betul Nuar. Selama kita duduk sini masa orang kecoh pasal hantu ni. Itulah banyak sangat tengok cerita hantu kuntilanak kat dvd! Dah tahu penakut masih ada hati tonton cerita seram.” marah Anuar. Tengah tiada letrik ni dia buka cerita Kuntilanak pulak! Aku debik adik aku yang seorang ini.
Tiba-tiba Azuan teringatkan Azyan. Senyap saja adik dia yang lagi seorang itu. Tidur mati agaknya. Kalau bom meletup belum tentu lagi sedar si Azyan tu. Risau pulak dia. Manalah tahu Azyan pun kena sakat dnegan kuntilanak. Walaupun Azyan tu kuat tapi dia tetap seorang anak gadis juga. Tanpa berlengah Azuan menarik tangan Anuar. Mereka menuju ke bilik tidur Azyan.
Perlahan-lahan Azuan mengetuk pintu bilik adiknya itu. Senyap. Azuan mengetuk dnegan lebih kuat. Senyap jugak! Sah-sah Azyan memang tidur mati. Dia pandang Anuar yang memaut erat lengannya. Ini lagi seorang memalukan kaum lelaki. Penakut! Harap Muka saja handsome! Azuan melekap telinga pada pintu bilik Azyan. Terdengar suara-suara halus seakan berbisik-bisik. Sayup-sayup pulak tu. Boleh kasi bulu roma meremang. Bertambah seram sejuk bila Azuan dan Anuar dengar suara tawa yang mengilai-gilai itu. Mereka saling berpandangan.
“Aku takutlah Abang Zuan!” ketar bunyinya suara Anuar.
“Ceh! Nak takut apa! Ayah dah pesan kalau jumpa benda-benda halus ni kita kena yakin. Baca ayat-ayat suci Al-Quran.” desis Azuan. Nampaknya Azuan lebih berani.
“Harap kuntilanak tu tak apa-apakan Yan.”
“Kalau Yan tu abang rasa kuntilanak yang takutkan dia bukan dia yang takutkan kuntilanak. Macam kau tak tahu pulak siapa adik kita tu!”
Azuan cuba mengetuk lagi pintu bilik Azyan. Kali ini dengan lebih kuat. Bergegar pintu bilik. Azyan ni orang ketuk dah banyak kali pun masih tak buka pintu. Kang aku tendang pintu ni kang! Azuan mula berasap satu kepala.
“Azyannnnnnnn!” Dia laung nama Azyan dengan tahap volume yang paling tinggi. Pintu bilik itu terkuak perlahan.
“Apa bising-bising ni!” Wajah Azyan tertonjol keluar. Lampu suluh Azuan tepat dihalakan pada wajah adiknya itu. Rambut mengerbang! Muka putih melepak! Berbaju tidur putih pulak tu! Agaknya Azyanlah kuntilanak yang Anuar katakan itu.
Azuan terpaku. Anuar pula sudah ketar memeluk tubuhnya dari belakang. Azyan terpisat-pisat memandang dua orang abang kesayangannya itu.
“Kuntilanak!” jerit Anuar. Pada masa yang sama seluruh dalam rumah itu menjai terang. Wajah Azyan juga jelas di pandangan mata.
“Baguslah api dah ada balik.’ ujar Azyan seraya mengaru-garu kepalanya. Seksa betul tidur dalam kepanasan. Pusing kanan tak selesa pusing kiri pun tak selesa. Itu yang dia mengomel sendirian. Nasib baik ada bedak sejuk Kak Bedah jiran sebelah. Boleh juga ditempek atas muka dan badan. Sejuk sikit. Lepas itu dia pasang lilin dalam bilik sambil baca buku komik. Bila ada bab yang lucu dia mengekeh sendiri.
Azuan menekup mulut. Tak tahan nak pecah ketawa dah. Anuar yang menyorok di belakang tampil ke depan. Berkerut-kerut mukanya. Kurang asam gelugor punya adik! Rupanya Azyanlah kuntilanak yang lalu depan bilik mereka tadi. Sudahlah dia penakut! Azyan buat lawak bodoh pulak!
“Ini apa hal pandang Azyan semacam ni!” gerutu Azyan.
“Hahahahahaha….” Azuan sudah terburai ketawa. Siap berguling-guling atas lantai tu. Azyan garu kepala lagi. Apa kena pula dengan abangnya yang seorang ini. Buang tabiat ke?
“Mana kau dapat bedak sejuk bertempek pada muka kau tu, Yan. Menakutkan orang betullah!”
“Kak Bedah jiran sebelah yang kasi. Best lah pakai bedak sejuk ni. Memang sejuk Tau. Abang nak cuba ke? Yan ada banyak lagi dalam bilik tu.”
Anuar sudah menepuk dahi. Bila masa pulak budak sorang ni berbaik dengan Kak Bedah jiran sebelah tu. Bukankah Kak Bedah itu salah seorang dari musuh ketatnya jugak selain dari Mak Timah Radio tu. Azyan memang pantang betul dengar nama dua orang mak cik ni. Anti betul dia. Tapi dengan Syakir lagilah dia antinya.
“Yan, Abang Nuar kau nampak kuntilanak.” Azuan masin menahan tawa yang bersisa.
“Kuntilanak.” Azyan buat muka blur. Kuntilanak? Menatang apa pulak tu? Dia mula mengusap dagu.
“Ala kuntilanak dalam filem Indonesia tu.”
“Ohhhhh! Kat mana Abang Zuan? Dalam rumah kita ke?” Dia bertanya macam orang bodoh. Azuan sudah mahu lepas tawa lagi.
“Yan cermin muka Yan kat depan cermin. Lepas itu baru Yan akan tahu.” desis Anuar. Azyan kerut dahi. Dia ikut saja kata abangnya itu. Tidak lama kemudian terdengar jeritan yang begitu nyaring sekali. Jeritan kuntilanak! Azuan dan Anuar menjadi mangsa amukkan kuntilanak!
TERKERDIP-KERDIP manja mata Azyan ditujukan khas buat abangnya Azuan. Azuan jadi naik heran. Baik sungguh adiknya hari ini. Sediakan sarapan, basuhkan baju dan macam-macam lagilah. Baik ada makna tu. Macam kata bapak Cik Rohani dalam filem Madu Tiga. Malam tadi bukan kemain garangnya membelasah dia dengan Anuar. Sekejap betul bertukar angin budak Azyan ni. Mentang-mentanglah Encik Idris tiada di rumah sampai esok! Tumbuh tanduk kau ya. Kau menggganas!
Azuan pergi ke dapur Azyan akan membuntuti dia ke dapur. Azuan ke tandas Azyan pun ikut jugak. Adiknya itu tunggu di luar tanas sambil menutup hidung. Ke bilik mandi pun sama. Azyan tetap mengekori langkahnya. Rimas pun ada. Naik lemas pun ada. Anuar pulak awal-awal pagi sudah keluar. Ada hal penting antara hidup dan mati tu. Fuhhhhh! Itu lagi seorang. Mengarut betul!
“Yan ni kenapa?’ akhirnya Azuan buka mulut. Itupun setelah tak tahan tengok Azyan tersengih menghadang depan peti televisyen. Kacau daun betul orang nak tengok cerita Kung Fu Panda sambil makan cekodok.
“Abang Nuarrrrrrr….” Ala manjanya suara. Azyan duduk di sisi Anuar sambil mengurut-urut bahu abangnya itu. Baik ada makna lagi tu!
“Nak apa intan paying abang ni?”
“Yan nak pinjam jersi dan cap Mancester United abang boleh tak?”
“Bukan ke sejak azali lagi Yan amat allergic dengan Mancester United. Tengok barang dia pun tak boleh!” Laju mulut Anuar mengunyah cekodok di dalam mulutnya. Kuih kegemaran tu. Azyan masakkan special hari ini. SEDAP!
“Allergic….allergic jugak tapi ini terpaksalah bang. Jersi Chelsea Yan bersusun atas ampaian. Abang pun tahu Yan tergolong dalam golongan yang malas nak membasuh pakaian sendiri. Peram baju sampai hujung minggu.” omel Azyan. Jangan harap aku nak pakai cun-cun jumpa budak Syakir tu.
“Ermmmmm. Okaylah. Abang bagi Yan pinjam. Tapi ada syaratnya tahu.” Azuan menarik hidung Azyan. Azyan bersorak dalam hati. Tidak kisah syarat apa pun janji Azuan mahu meminjam baju untuknya.
“Apa syaratnya?”
“Malam esok temankan abang tengok bola dekat kedai mamak corner. Ada game Arsenal lawan Mancester City. Abang tak ada genglah. Nuar asyik busy memanjang je. Kerap sangat berkurung dalam bilik. Bila di tanya buat muka blur dia.”
Ingatkan syarat apa tadi. Temankan tengok bola saja. No hal punyalah. Sudah dia pun kaki bola jugak! Bab pergi dating dengan Syakir saja yang jadi masalah besar baginya. Lebih besar dari masalah negara pula. Kalau fasal Anuar rasanya Azyan pun tahu. Biasalah kes dengan perempuan psiko tu. Anuar sedang beruasaha keras mengelak dari teman sekeuliahnya itu. Ganbatte Abang Nuar! Ganbatte Akak Dira! Hehehehe….nama perempuan psiko tu Kak Dira atau nama penuhnya Nadira Binti Dihrran. Ayzan sudah pergi risik-risik Kak Dira dengan Salwa. Siap buat interview lagi. Memandai aja kau kan Azyan. Azyan berkata untuk dirinya sendiri. Sebenarnya Kak Dira tu okay saja. Baik dan peramah. Anuar saja yang lebih-lebih. Takut dngan perempuanlah tu. Habis dia ni bukan perempuan ke? Boleh pula abangnya itu menjawab begini. Kau lain Yan. Kau dengan dia jauh berbeza. Berbeza apanya pula. Dia perempuan dan Kak Dira itu pun perempuan. Sakit mental abang aku seorang ni!
Arghhhh! Aku dah menjerit sekuat-kuatnya dalam hati! Aku lagi parah dari Abang Nuar. Esok kena keluar bersama lahabau itu. Silap besar sebab bertaruh dengan
Salwa tempoh hari. Sesungguhnya Muhammad Syakir itu adalah bekas pemain sekolah hingga ke peringkat negeri. Hanya dia yang sengaja tidak mahu menerima hakikat itu. Berlagak! Apa saja tentang Syakir memang dia tak mahu ambil tahu! Benci sangat! Rasa nak santau saja Syakir dengan ilmu hitam. Tak pun bagi ibat guna-guna agar Syakir melutut di bawah kakinya. Sampai macam itu sekali pemikiran Cik Nur Azyan. Eloklah tu buat benda-beda khurafat. Berdosa tahu!
yan...yan.....camne gaya pun hang dressing, syakir tetap setia hat hang!!!!! apapun, akak followwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeleteTq Aqilah. jgn lupa tunggu coke n sundae versi cetak thn depan ye.
ReplyDeleteGanas-seganasnya Azyan nih..hehehe
ReplyDeleteKak ya..ganas nyer si yan nih...
ReplyDeletetp mmg keras perut tang kuntilanak bertanya kepada abg2 nye....