konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AZYAN menyanyi riang beriringan dengan Salwa. Salwa geleng kepala. Ingat Azyan nyanyi lagu apa tadi. Rupanya nyanyi lagu Doraemon. Hafal pula Azyan lagu kartun popular Jepun itu. Ceria benar Azyan hari ini. Kuliah tidak ada maka Azyan ambil peluang membeli-belah bersama Salwa di Wangsa Walk sambil mencuci mata. Azyan ada mengajak Nani ikut serta tapi Nani sibuk buat tesisnya. Nani pula suruh Azyan ajak Syakir. Tapi minta maaflah Kak Nani. Window shopping hanya untuk kaum wanita sahaja. Dan nama Syakir tidak ada dalam senarai. Hahahaha…jangan haraplah aku nak keluar dengan mamat itu lagi.
Dalam seronok membeli-belah, anak gadis dua orang ini tidak menyedari yang mereka sedang diintip. Terkedek-kedek lelaki yang mengintip mereka itu. Tiada ada tokoh langsung kalau ingin menjadi seorang detektif. Tengok dari lagak si pengintip macam kenal saja. Yang pasti bukan Syakir tapi si bapak buaya Encik Zekri Bin Dato’ Ariffin. Kalau dah cara mengintip tidak professional memang mudahlah dikesan oleh orang yang diintip. Dia ingat Azyan dengan Salwa bangang sangat ke? Dia tidak tahu yang dua orang gadis itu peminat siri Detective Conan yang ditayangkan setiap hari selasa di TV3. Jadi janganlah nak tunjuk eksyen dengan Azyan dan Salwa. Dan Zekri terkantoi di hadapan dua gadis ayu itu. Azyan dengan Salwa sudah bercekak pinggang. Bengkek Azyan tengok muka si Mat Romeo yang perasan dirinya macho. Ingat senyuman beruk yang terhias di bibir itu mampu menggoda hati Cik Nur Azyan. Kau memang bermimpi di siang hari. Kemachonan mu masih tidak mampu mengugat hati gadis seperti aku. Lagi-lagi aku memang tidak suka species segala buaya ni.
“Kau dah tak ada kerja lain ke menghendap anak dara orang!” Bukan kemain garang Salwa menegur.
“Saya bukan menghendap tapi mengekori. Ayat tu biar betul sikit ye.”
“Samalah tu! Kau yang bengap!” bidas Salwa.
“Saya tidak berminat nak berkenalan dengan buaya. Saya hanya berminat berkenalan dengan harimau.” Azyan mencelah. Dia tarik lengan Salwa. Bapak buaya tu tidak boleh dilayan sangat. Bahaya! Sebab Zekri species buaya jual minyak urut!
“Kau kenal dia ke Yan?”
“Dia ada adik-beradik dengan Syakir jugak. Tak boleh percaya!”
“Setahu akulah Syakir cuma ada seorang adik saja. Mana ada adik lain.” Salwa mengaru kepalanya yang bertudung liput itu.
“Seorang lagi bengap.” getus Azyan. Malas nak panjang cerita dia heret Salwa ke stesen bas belakang Carefour. Lebih baik mereka berjalan di tempat lain pula. Nak naik teksi fobia pulak budah Salwa ni sejak dia kena ganggaun seksual dengan ada satu pakcik drebar teksi tu. Jangan haraplah dia nak melangkah masuk ke dalam teksi walaupun dipaksa macam mana. Siap buat langkah silat cekak harimau! Jangan main-main. Maklumlah anak murid Tok Ali guru silat di Kampung Gajah.
Sedang mereka berdua melangut tunggu teksi sebuah kereta Honda Accord behenti tepat di hadapan mereka. Terkebil-kebil Azyan dan Salwa memandangnya. Bila si pemandunya mengeluarkan kepala dari tingkap, Azyan dengan Salwa rasa nak termuntah. Seorang lagi mamat yang membosankan selain dari Syakir. Kalau muka Dennis Oh ke! Ashraf Muslim ke! Fahrin Ahmad ke! Selera jugak Azyan dan Salwa menengoknya. Ini Mat Romeo!
“Nak tumpang tak?” Mat Romeo mempelawa.
Salwa menjuihkan bibir. Azyan pula menjelirkan lidah. Ingat tayang kereta mewah macam itu boleh pikat perempuan ke? Mintak maaflah. Tengku Kudin pakwe Salwa yang kontot itu lagi mewah kereta dia. Ada tiga biji kereta sport.
“Kita tak naik kereta orang tidak dikenali.” suara Azyan. Salwa anggukkan kepala mengiakan.
“Janganlah jual mahal. Saya bukannya berniat jahat pada awak.” Zekri tidak dapat menahan diri. Pantas dia meluru keluar dari kereta. Tidak pernah ada gadis yang menolak ajakkan darinya. Azyan adalah yang pertama. Mestilah dalam apa jua hal Azyan pasti yang pertama mana boleh yang kedua. Jangan lupa Azyan. Bila bersama dengan Syakir, kau jatuh tempat kedua.
“Orang tak mainlah dalam urusan jual beli ni. Ingat apa kain baju ke?”
Mat Romeo memang tak faham bahasa. Orang dah tak suka blah sajalah. Tak payahlah nak tunjuk kejantanan di sini sebab aku lebih jantan dari kau! Ceh! Sudah melampau ayat mu itu Azyan. Hehehehe….
“Please…bagilah saya peluang berkenalan dengan awak. Saya ikhlas nak mengenali awak. Gadis macam awak satu dalam sejuta.” Zekri seakan merayu. Nak jaga air muka depan orang ramailah tu.
Azyan menarik nafas panjang. Zekri memang dalam kategori lelaki menggeletis. Dia panggil Zekri dengan jari telunjuknya. Zekri tersenyum. Azyan mesti sudah cair dengan ayat-ayatnya. Pantas dia menghampiri. Dush!
Salwa ketawa mengekeh. Padan muka dengan Mat Romeo. Siapa suruh cari pasal. Lebam mata kau sebelah. Dalam tawa ada juga risaunya. Kalau dia buat aduan pada polis mesti jadi kes naya. Azyan akan masuk ke tengah. Mati Azyan dikerjakan Encik Idris nanti. Harap-harap Mat Romeo itu tidak buat aduanlah. Azyan buat selamba saja sambil menyambung nyanyian lagu Doraemonnya. Sikit pun minah seorang ini tidak rasa gusar.
ITU dia! Azyan angkut teddy bear besar masuk ke dalam. Salwa terpaksalah tolong mengangkut barang-barang yang lain. Kalau pergi shopping dengan Azyan, memang dia kena jadi kuli. Kalau tidak tolong karang Azyan tarik muncung panjang sedepa. Nasib kaulah Wawa. Azuan yang sedang melepak tonton televisyen mengangkat sebelah tangan ke arah Salwa.
“Yo!”
Cantiknya bahasa abang kau tengur aku, Yan. Kalau bagi salam kan bagus. Ini panggil aku Yo! Salwa tetap maniskan mukanya.
Azyan bawa Salwa masuk ke dalam biliknya. Masa mula dia datang rumah Azyan dia ingat rumah Azyan tidak teratur. Tapi dia memang silap waktu itu. Azyan luaran ganas tapi dalam biliknya….tak tahu Salwa nak cakap apa. Kemas dan tersusun rapi. Ada meja solek, almari yang sederhana besar dan ada meja untuk belajar. Katilnya pun sekadar katil bujang. Ringkas saja. Begitu juga dengan ruangan rumah teres dua tingkat itu. Susun aturnya amat menggagumkan Salwa. Boleh kalahkan interior designer. Azyan ada cakap yang ayah mereka yang menghiaskan rumah terbabit.
“Kau kena cari pakwelah Yan. Boleh kau kulikan dia. ini tidak aku yang kau kulikan. Sakit badan-badan aku tahu tak.” rungut Salwa.
“Anak murid Tok Ali mana boleh lemah semangat. Kau kan kuat macam aku jugak!”
“Hotak kau! Apa kau ingat aku ada ilmu kebal. Ilmu kental. Aku perempuanlah Yan. Mana boleh agak berat-berat sangat.”
“Banyak songehlah kau, Wawa. Apa kata aku belanja kau makan tengahari di rumah aku. Nak tak? Ayah aku dah masak tu. Kita tinggal pulun sampai habis.” Azyan mengenyitkan mata.
Azyan memang anak bertuah. Dia pergi jalan-jalan dibiarkan ayahnya melakukan kerja rumah sendirian. Elok betul anak gadis macam Azyan tidak tahu ke dapur. Esok dah kahwin entah jadi macam mana. Hari-hari makan luar pun bosan jugak. Laki mesti nak makan air tangan isteri. Kalau dia jangan haraplah umi dia mahu bagi dia senang-lenang tak dapur. Berasap telinga dengar bebelan Hajah Shamsiah. Dengan abah boleh juga ada excuse nya.
Benar kata Azyan. Hidangan sudah tersusun atas meja. Bau yang menyelerakan. Maklumlah perut memang sedang berkeroncong. Rezeki pula sudah ada depan mata.
“Jangan segan-segan Wawa. Jemputlah makan.” pelawa Encik Idris. Respect betul pada ayah Azyan. Semua benda dia boleh buat. Dari mengemas, menyusun atur hingga sampai memasak. Bertuah perempuan yang berkahwin dengan Encik Idris nanti. Apa salahnya kan. Encik Idris pun sudah lama menduda.
“Buat saja macam rumah sendiri. Macam kau tak biasa pulak.” Azuan sudah berada di belakangnya. Kus semangat! Mamat ni muncul tiba-tiba pula.
“Abang Nuar mana?” Azyan bertanya.
“Dia keluar dengan Syakir. Nak baiki laptop katanya. Kena virus Botox!”
“Boleh percaya ke? Entah-entah ada projek lain dengan Syakir.” Mulut Azyan main lepas cakap saja. Birat pahanya kena ketip dengan ketam Azuan. Azyan mencebirkan bibir. Benganglah tu.
“Diamlah beruk lantak.”
“Siapa beruk lantak! Abang pun sama tau!” Azyan sudah bingkas bangun.
“Yan…tak baik depan rezeki bercakap.” Encik Idris menegur.Tajam dia mengerling anak gadisnya itu. Tak jadi tunjuk protes. Azyan duduk kembali.
“Okay Yan diam. Zip!” Azyan buat gaya mengunci mulutnya. Salwa ketawa kecil dengan gelagat temannya. Patutlah rambut ayahnya tinggal separuh. Gara-gara melayan karenah Azyan.
ala.......camne dgn date yan dgn syakir?????/what happen on that day?????????must be interesting, kan!!!!!!!apapun, akak followwwwwwwwwwwww
ReplyDeletewah2...dpt hafal lagu doremon lg....w/pun ganas...hati tetap lembut...hahaha
ReplyDelete