Tab Menu

Followers

Wednesday, March 24, 2010

Coke And Sundae_22


AZYAN pandang ke kutub utara. Syakir pandang ke kutub selatan. Bila keduanya bertentangan mata. Masing-masing alihkan kepala. Perkataan yang keluar dari bibir mereka adalah ‘Huh!’. Nani dan ahli-ahli kelab teater yang lain tidak pasti apa yang berlaku pada Azyan dan Syakir. Kedua-duanya membisu sejak dari tadi. Menyibukkan diri dengan tugas sendiri. Pelik bin ajaib. Inilah kali pertama Azyan dan Syakir tidak bertekak. Rasa lain macam pula jika tidak mendengar suara riuh mereka berdua.

            Nak tahu mengapa mereka jadi begini? Kita flashback apa yang terjadi antara mereka. Azyan sedang makan dengan penuh selera di café sendirian. Salwa tidak ikut bersama sebab ada date dengan Tengku Kudin yang kemetot tu. Geram pun ada dengan kawan baiknya itu. Sejak ada boyfriends sibuk memanjang aja. Dia ditinggalkan. Jaga kau Salwa. Aku report pada Hajah Shamsiah. Baru padan dengan muka kau kerana mengabaikan kawan kau ini. 

            Asyik sangat bercakap-cakap sendirian Azyan tidak sedar yang Syakir sudah duduk di sisinya. Menongkat dagu Syakir melihat Azyan mengomel. Cute. Azyan memang cute! Bak kata dalam bahasa Jepun, Kawaiiiiii…Kenapalah Azyan tak faham isi hatinya. Nak diluahkan dia tak pandai. Romantis? Haram ada dalam diri Syakir apatah lagi ayat-ayat jiwang ni. Mungkin dia perlu berguru dengan musuh ketat dia Zekri. Sedikit lega hatinya kerana Zekri bapak segala buaya jadian itu sudah berada dalam kawalan Nani. Nani mulut kata allergic! Benci! Tapi hati kata sayang.

            “Makan laksa dengan air coke. Hebat kau Yan.” Syakir menegur.

            Tersedak Azyan. Cepat-cepat dia meneguk air minumannya. Hantu punya Syakir. Bila pula mamat ni ada di sebelah dia. Syakir tersengih. Merah padam muka Azyan akibat tersedak. 

            Setan punya Syakir. Azyan menyumpah seranah dalam hati. Pedih tekak aku dibuatnya. Tak cukup satu tin coke Azyan pesan setin lagi. Namun Syakir menghulurkan botol mineralnya kepada Azyan. Azyan menjuihkan bibir. Dia buat bodoh saja dengan minuman yang Syakir hulurkan. 

            “Sombong ya.” Syakir mula mengukir segaris senyuman di hujung bibir. Rasa nak buat nakal sikit pada Azyan. Syakir memulas penutup botol mineralnya. Selamba dia curahkan air mineralnya atas kepala Azyan. 

            Habis air mineral Syakir masuk ke dalam mangkuk laksa Azyan. Azyan mengetap bibir. Makanan kegemaranku. Azyan rasa nak menangis. Hari ini laksa Kak Min café edisi terhad. Dia pula sudah agak laam mengindam nak makan laksa Kak Min Café. Bukan mengindam yang itu tau. Ini mengindam lain! Berebut-rebut Azyan nak membeli laksa kegemarannya tadi. Syakir memang dengki. Macam Azyan tak tahu yang Syakir pun suka makan laksa. Azyan mesti balas dendam balik. Mangkuk laksa itu diangkat lalu disimbahkan pula atas kepala Syakir. Adil bukan. Rasakan!

            “Balas dendam nampak?”

            “Siapa yang mulakan dulu. Kaukan?” Azyan menundingkan jari telunjuknya pada muka Syakir.

            “Sekurang-kurangnya aku simbah kau dengan air mineral bukan dengan kuah laksa. Kotor baju kesayangan aku ni.” Sudah baju T-shirtnya warna putih. Memang nampak kesan kotoran degil tu. Serbuk Bio Zip pun tidak dapat menanggalkan kekotoran pada bajunya itu. Kena cuci dengan Clorox jugaklah nanti. 

            “Itu kau punya pasal. Bukan salah aku tau!” Azyan menyilangkan tangannya.

            “Aku nak kau cuci baju kesayangan aku sampai bersih!”

            “Aku tak nak!”

            “Cuci!”

            “Tak nak!”

            “Cuci!”

            “Tak nak! Tak nak! Tak nak!” Azyan gelengkan pela berkali-kali. Nak aku cuci baju Syakir. Tak hingin aku! Kalau tolong koyak rabakkan aku sanggup punyalah. Tak bagi upah pun tak apa.

            “Aku tak kira aku nak kau yang cuci baju aku!” Tanpa segan silu Syakir membuka T-shirt yang dipakainya. Dia campakkan pada Azyan. Azyan menepis kasar.

            Haprak punya Syakir. Baju yang sudah berbau badan dia dicampakkan pada aku. Apa ingat wangi sangat ke bau baju kau! Masam tahu tak! Tak tahu malu tunjuk body depan perempuan. Nasib baik bukan aurat. Apa pun aku kena tutup mata jugak. Bukan apa body Syakir seksi. Hehehehe…

            “Aku tak nak! Tak naklah!” Azyan tetap berkeras. Lantas dia atur langkah seribu.

Tidak dia peduli dengan panggilan Syakir dari jauh. Baju Syakir dia humbankan ke dalam longkang besar. Bertambahlah segala perisa baju pada kesayangan Syakir. Begitulah ceritanya. Pasal baju mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa.

            Syakir buat tidak endah dengan Azyan yang pura-pura sibuk menyusun barang-barang ke dalam kotak. Saja buat merajuk dengan Azyan. Syakir berharap benar yang Azyan menegur dia dahulu. Harapan tinggal harapan. Azyan lebih suka tarik muka masam. Ingat Azyan akan bertolak ansur ke? Jangan haraplah.

            “Syakir sayang……” Emelda tergedik-gedik berlari mendapat Syakir. Ingin dipeluk Syakir pantas Syakir mengelak. Nyaris saja Emelda tersembam atas lantai. Biasalah kucing memang pantang nampak lauk depan mata.

            “Kalau nak ikan pergi cafe. Rasanya Kak Min Café ada sediakan lebihan lauk tengahari tadi. Free of charge!” 

            “Apa ni. I bukannya kucing.” Emelda sudah menunjukkan aski mengada-ngadanya. Saja mahu tayang depan Azyan. Ingat Azyan heran ke? Sikit pun Azyan tak heran.

            “Dari kau asyik menggeletis di sini baik kau hafal manuskrip kau, Mel. Aku tak nak kau lupa skrip macam pertunjukkan minggu lalu.” Sempat Syakir mengerling Azyan. Azyan buat muka poyo dia sebab Azyan tahu kata-kata Syakir itu berkaitan dirinya. Tahulah silap dia lupa sebaris skrip dalam teater ‘Tetamu Malam’ itu. Sikit pun nak ungkit!

            “Bila masa pulak I pernah terlupa skrip! I profesional lah sayang. I bukan macam perempuan tu. Menyemak saja masuk sini.” desis Emelda. Muncung panjang bibirnya. Dengki sangat pada Azyan. Sejak Azyan jadi cun dia rasa populariti dia tergugat.

            Isk! Meluat sungguh Azyan dan yang lain dengarnya. Mentang-mentang sudah dapat tawaran jadi pelakon teater dah berlagak jadi pro konon. Boleh blah! Kaum keturunan aku bukan berdarah seni tau. Tapi darah pahlawan tulen. Siapa tidak kenal Mejar Idris. Kalau dulu hebat di medan tempur sekarang Mejar Idris hebat bertempur di rumah.

            “Aku tak tahulah kenapa Syakir boleh terima perempuan tu masuk balik kelab teater. Tengok muka dia yang plastic tu aku rasa meluat.” Sofi menyatakan rasa tidak puas hatinya. Dia memang tidak berkenan dnegan Emelda. Ini baru Emelda yang buat kacau. Belum lagi Vanidah yang datang bertandang. Semak kepala otak mereka melayan karenah gadis-gadis gedik ni. Tapi kalau Emelda dan Vanidah datang serentak mula bercakaran macam perempuan gila. Siap main tarik-tarik rambut.Nasib baik Azyan tak join sekaki. Jika tidak mahu patah renyuk dua perempuan tu dikerjakan Azyan. Azyan manalah main gaduh tarik-tarik rambut. Dia main penumbuk.

            “Eloklah tu. Lagipun aku bukan reti-reti benda-benda ni semua. Dengan rela hati aku boleh behenti.” balas Azyan bersahaja. Tapi dalam hati dia memang suka dengan ahli-ahli kelab teater yang terlebih ramah. Mereka menerima seadanya. Malah mereka juga yang bantu dia tingkatkan prestasi dalam bidang ini. Bidang yang dulunya buat dia loya anak tekak.

            “Siapa yang mandai-mandai cakap nak behenti tu?” Syakir sudah berdiri di belakang Azyan. “Jangan harap kau boleh keluar dari sini selagi bukan aku yang campak kau!” tambah Syakir lagi.

            Azyan tidak menjawab. Sebaliknya dia angkat punggung berlalu keluar. Pintu bilik teater itu juga dihempaskan degnan kuat sekali. Satu tanda menunjukkan perasaan! Dia tak nak bercakap dengan Syakir! Pasal Syakir dia kempunan laksa Kak Min Café. Azyan menekan-nekan telefon bimbit yang dia pinjam dari Azuan. Apa lagi dail nombor rumahlah minta Mejar Idris masakkan laksa. Kempunan benar ni. Dapat semangkuk pun jadillah. Berbunga-bunga ayat Azyan memujuk sang ayah.

“YAN! Ada bungkusan untuk kau atas meja!” laung Salwa sebaik saja Azyan melangkah kaki masuk ke bilik kuliah.

            “Bungkusan apa pulak ni?” 

            “Manalah aku tahu. Aku masuk-masuk saja dah ada bungkusan atas meja kau. siap tulis nama penuh kau lagi. Nur Azyan Binti Idris. Siapa algi dalam kelas ni nama Nur Azyan Binti Idris kalau bukan seorang beb.”

            “Hm!” Betullah tu nama dia yang tertera dengan kemas pada bungkusan tersebut. Azyan menimbang-nimbang bungkusan itu atas tangan. Tak adalah berat mana pun. Ringan saja. Hadiah dari secret admire lagi ke? Kalau bagi rantai emas boleh jugak dia gadaikan. Niat di hati memang tak pernah baik. Ligat Azyan mengoyakkan bungkusan berkenaan.

            “Handset aku!” jerit Azyan. Wajah yang kelat berbunga riang. Dia belai-belai keychain Hello Kitty yang terlekat pada telefon bimbitnya itu. Sayang sangat pada Hello Kittynya itu. hadiah special dari seseorang masa dia dalam tingkatan lima dulu. Sampai sekarang pengirim tersebut masih misteri. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Azyan memengang kata-kata Zainal Ariffin yang mengendalikan rancangan misteri Nusantara itu. Maka dia tekad akan cari orang misteri itu sampai ke lubang cacing. Tidak kiralah mengambil masa beribu-ribu tahun pun.

            “Aku fikirkan kau sayangkan handset kau. Rupanya kau lebih sayangkan keychain Hello Kitty tu.”

            “Entahlah. Pada aku keychain ni amat berharga biarpun tak semahal berlian di Habib Jewel. Keychain ni diberikan pada hari lahir aku.” Azyan bersuara lembut. Dia dapat keychain handphone tu di dalam beg sekolahnya. Tidak tahulah siapa yang letak sebab satu nota pun tidak ditinggalkan. Hanya ada perkataan happy birthday yang tertulis pada keychain tersebut.

            Salwa tersenyum. “Orang tu ada dekat-dekat dengan kita. Kau saja yang tidak perasan.”

            “Aik! Lain macam saja bunyinya ayat kau.”

            “Kau yang lembab Yan. Aku harap kau tidak terlambat bila kau dah sedar siapa yang sebenarnya berada dalam hati batu kau itu. Kau mengejar cinta sedangkan cinta itu sudah terletak di hadapan mata kau.” Salwa menunjalkan jari telunjuknya pada dahi Azyan. Azyan termangu. 

            Tak fahamlah kalau orang suka berkias-kias ni. Siapa yang ada depan mata aku. Haziq! Tak mungkinlah. Encik Henry! Jauh sekali. Encik Tamdan! Orang tua itu dah ada anak limalah. Tak sanggup aku jadi bini nombor dua. Zekri! Bapak buaya itukan Kak Nani yang punya. Syakir! Aku tak tahu apa perasaan aku pada dia. Yang aku tahu aku cukup getik dengan dia sejak dia kutuk aku depan kawan-kawan dia. Mula-mula aku ingat dia lain dari yang lain tapi sangkaan aku meleset sama sekali.

            “Peninglah kepala otak aku nak berfikir.” 

            “Lambat-laun kau akan tahu Yan. Aku memang harap sangat kau dengan dia ada jodoh sebab korang berdua memang pasangan yang paling sepadan.”

            “Apa yang kau merepek ni. Kau cakap pasal siapa Wawa?” Azyan mula rasa tidak
selesa dengan kias-kias dari bibir Salwa. Siapalah yang dimaksudkan oleh Salwa. Tidak mungkin Syakir!

            “Apa aku merepek. Aku cakap yang betullah. Kau saja yang buat tak nampak.” 

            “Stop! Aku tak nak cerita pasal cintan-cintun aku lagi. Aku tak cari lelaki sebarangan. Aku nakkan lelaki yang ada tastedan paling penting lebih kuat dari aku. So dari kau bercerita tentang aku baik kau jaga Tengku Kudin kau baik-baik. Tapi suka tegok si kemetot kesayangan kau tu. Cute je.” Azyan sudah memeluk bahu Salwa. Tukar topik perbualan.

            “Pembetulan. Nama dia bukan Tengku Kudin tapi Tengku Saifudin Bin Tengku Yahya. Kontot bukan sebarang kontot. Kontot berdarah Tengku.” Geram betul Salwa dengan Azyan. Sesuka hati dia saja memberi gelaran pada kekasih hatinya itu. satu kolej sudah memanggil gelaran Tengku Kudin. Azyan punya mulutlah. Syakir pun sama.

            “Tengku Kudin dengan Tengku Saifudin bukan jauh sangat bezanya. Okaylah tu. Ringkas dan senang nak ingat.” 

            “Iyalah. Mr. Henry ada cari kau tadi.”

            “Dia nak apa?”

            “Dia ajak kau pergi dating.”

            “Jangan main-mainlah.” Azyan menyiku lengan Salwa.

            “Pasal kau punya assignment. Dia jumpa kau kat bilik dia. Katanya point kau ada sedikit penurunan. Jadi dipersilakan dengan segala hormatnya mengadap Mr. henry sekarang jugak.” Salwa menolak belakang Azyan. 

            Turun point sikit pun Encik Henry nak kecoh. Kalau dia ajak nak keluar date boleh diterima lagi. Mahunya gadis-gadis yang meminati pensyarah muda itu menangis tak berlagu. Ini mesti nak bagi syarahan free pada dia. Nasib kaulah Azyan. Kalau Encik Henry buka mulut sampai esok belum tentu lagi habis. Tadah sajalah telinga Azyan. Bukan luak pun lebih-lebih lagi mengadap muka hensem Encik Henry.

3 comments:

  1. hohoho....
    btul2x....
    bila la yan sdr di pun syng kat syakir...
    hrp2 dia x trlmbt untk mnydari bhwa cnta dia dkt dpn mata....
    pe pun nak yan ngn syakir...

    ReplyDelete
  2. mesti hadiah tu syakir yg beri...kan!!!!!!! nak yan dgn syakir tau!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Ermmm..lega sket...bab nih x membuatkan muka tegang..hahaha

    ReplyDelete