Buaya Tua
FIRDAYU menyambut jambangan bunga ros yang di berikan oleh lelaki di sisi Datuk Wasef itu. Dia mengulum senyuman tawar. Dia dapat tahu Datuk Wasef tidak dapat menghadiri pertunjukkan fesyen yang ditaja oleh butiknya semalam. Lelaki itu berada di China atas urusan perniagaan. Firdayu tidak kisah semua itu. Sama ada Datuk Wasef hadir atau tidak sedikit pun tidak menggugat pertunjukkan tersebut. Dia langsung tidak berminat dengan lelaki yang sudah beristeri dua itu. Ada hati nak jadikan dia nombor tiga. Kirim salam maut!
Datuk Wasef kelihatan segak berdiri di sisi pengawal peribadiya. Wajah yang sudah mencecah usia awal 50-an itu masih tampak segak tapi tampannya tiada tahu. Rambut pun semua dah jadi warna putih. Datuk Wasef sudah sekian lama menaruh hati terhadap Firdayu sejak pertemuan pertama mereka dalam satu majlis makan malam teman rapat Datuk Wasef. Kata orang cinta pandang pertama. Ceh! Nak muntah mendengarnya. Beratusan ribu ringgit pun dia sanggup habiskan demi menambat hati Firdayu. Malah dia ingin menyumbangkan sejumlah wang untuk pertunjukkan fesyen Firdayu. Tapi sayang wanita itu menolak tawarannya. Tidak mengapa. Masih ada waktu untuk memikat hati Firdayu.
“I’m so sorry kerana tidak hadir pertunjukkan fesyen you Cik Firdayu. I tidak dapat membatalkan urusan perniagaan I.” ujar Datuk Wasef menunjukkan kekesalannya. Kalau bukan kerana urusan perniagaan itu penting dia tidak akan ke China, dia akan berada di sisi wanita jelita itu. Hatinya sering diulit resah melihat lelaki-lelaki yang mahu mendampingi Firdayu.
“Tidak mengapa Datuk. I tidak ambil hati.” Firdayu melabuhkan punggung atas kerusi eklusifnya. Kalau kau tak pun apa aku nak heran. Kau ingat kau penting sangatkah untuk berada dalam pertunjukkan aku tu. Boleh jalanlah!
“Betulkah you tidak ambil hati Cik Firdayu.” Datuk Wasef tersenyum bahagia. Bersinar-sinar cahaya matanya.
“I tak kisah Datuk. I faham dengan orang bisnes macam you selalu sibuk. Jangan lupa I juga punya bisnes sendiri.”
“Lega hati I. You sudah fikirkan lamaran I? Perlukah I menunggu dengan lebih lama lagi untuk you bukakan ruang hati you pada I?” Firdayu tersenyum nipis. Orang tua tak sedar diri! Tidak habis-habis mendesak dia menerima lamarannya. Ingat dia kempunan sangat nak jadi isteri orang tua bangka yang baya dengan babahnya itu. Geli gelemen Firdayu bila memikirkannya. Loya anak tekak ni tau!
“Datuk….you pun tahu syarat yang I letakkan pada you. If Datuk inginkan I jadi wife Datuk juga, Datuk mesti ceraikan kedua-dua isteri Datuk. I tidak suka bermadu. I mahu jadi yang pertama dan terakhir.” Firdayu boleh mengagak Datuk Wasef tidak akan berani melepaskan kedua-dua isterinya itu. Jika bukan kerana isteri pertamanya Datuk Wasef tidak akan memiliki kemewahan hidup seperti sekarang ini. Segala harta bendanya itu kepunyaan isteri pertama dia. Datuk Wasef lelaki yang bergantung kekayaan pada wanita sama sekali tidak senarai dalam calon untuk menjadi isterinya. Hampeh punya Datuk!
“Cik Firdayu…” Datuk Wasef jadi buntu dengan permintaan Firdayu. Syarat itu terlalu berat baginya.
“I tidak akan berganjak dari keputusan I Datuk. Lagipun apa yang I dapat jika I mengahwini Datuk. Harta yang Datuk ada bukan milik Datuk. Sebenarnya Datuk tidak memiliki sebarang kekayaan pun.” terkedu Datuk Wasef dengan kata-kata Firdayu. Bagaimana Firdayu boleh tahu akan perihal dirinya itu?
"Cik Firdayu….I harap you fikirkan semula." suara Datuk Wasef. Dia tidak akan mengalah dengan mudah. Jika wang mampu mencairkan hati wanita itu, dia sanggup asalkan Firdayu menjadi miliknya.
"I akan fikirkan Datuk." Firdayu tersenyum. Harapan tinggal harapan. Datuk Wasef melangkah keluar. Orang tua itu tampak hampa. Firdayu ketawa sinis. Jambangan bunga ros itu Firdayu campakkan ke dalam bakul sampah. Tapi seronok juga bermain-main dengan orang tua itu. Akal nakalnya mula menerjah masuk. Ini masanya untuk mengenakan buaya tua itu.
Kid masuk ke pejabat Firdayu sebaik sahaja Datuk Wasef keluar. Dia letakkan fail yang sarat di tangan dengan contoh-contoh kain yang dipinta oleh Firdayu. Firdayu ingin membuat rekaan fesyen terbaru dengan kain yang lebih berkualiti. Beberapa rekaan telah disiapkan oleh Luqman bersama pereka-pereka yang lain. Firdayu berpuas hati dengan hasil rekaan tersebut. Sempat Kid mengerling jambangan bunga yang sudah renyuk di dalam bakul sampah.
"Datuk Wasef masih belum berputus asa dengan Cik Firdayu?"
"Orang tua gayut tidak sedar diri. Dia fikir I sebodoh itu.”
Kid mengusap dagu. Dia ada dengar desas-desus mengatakan isteri kedua Datuk Wasef itu hanya gadis yang berusia 21 tahun. Gadis yang masih menuntut di sebuah kolej tempatan. Sanggup gadis itu berkahwin dengan lelaki yang sudah boleh dipanggil ayah tu. Nampak sangat mereka hanya memandang kebendaan dunia sahaja. Rata-rata gadis muda sekarang mencari sugar daddy untuk kesenangan hidup.
"Cik Firdayu jangan lupa perjanjian 566 hari tu. Ramai lelaki yang telah cik kecewakan jiwa dan raganya. Cik mahu lelaki yang macam mana lagi? Hampir separuh calon yang saya senaraikan cik tolak.” Kid tidak pernah lupa memberikan peringatan pada Firdayu.
“Encik Ruzair…I rasa I sudah jumpa calon yang seterusnya.” Firdayu campakkan fail yang di tangannya atas meja.
“Encik Ruzair. Cik maksudkan Encik Ruzair yang kita jumpa di pertunjukkan fesyen cik tempohari. Bukankah Encik Ruzair bakal melangsungkan majlis pertunangannya tidak lama lagi. Tak elok cik ganggu dia.”
“Kalau sepuluh tahun dulu Fatin boleh menghancurkan kebahagiaan I mengapa tidak I membalasnya sepuluh kali ganda dengan penghinaan yang I terima dulu. I akan pastikan Mr. Perfect itu jatuh ke dalam tangan I.” Meleret senyuman di bibir Firdayu. Jelas aura hitam menyelubungi wanita itu. Aura berbau kejahatan!
“Cik kenal dengan bakal tunangan Encik Ruzair?”
“Ya. Masakan I akan melupakan perempuan yang mencalitkan arang ke muka I, Kid.” Firdayu meramas-ramas jemari halusnya. Dunia ini memang kecil Fatin! Hari pembalasan untuk kau sudah tiba. Hahahaha! Firdayu ketawa dalam hati.
“So cik mahu saya selidik latar belakang Ruzair Tan Sri Hamzah.” Firdayu anggukkan kepalanya. Kid mencatatkan nama Ruzair dalam buku notanya. “Cik Firdayu mahu kopi?”
“Ya. Buat I secawan kopi.”
MANISNYA senyuman yang Firdayu lemparkan pada Datu Wasef hingga Helmi yang berada di sisinya tidak tenang. Malam itu Firdayu memang jelita mengenakan blaus panjang mengikut lekuk tubuhnya yang ramping. Rambutnya dibiarkan melepasi bahu. Seutas rantai kecil menghiasi lehernya yang jinjang. Terliur Datuk Wasef melihat Firdayu begitu jua dengan Helmi. Sengaja Firdayu membawa Helmi bersama menghadiri jamuan hari lahir anak lelaki buaya tua itu. Firdayu ada rencana tersendiri memperkenalkan Datuk Wasef dengan Helmi. Kid turut hadir bersama. Namun dia hanya hanya datang bersendirian tidak berteman. Itu pun atas arahan Firdayu. Kid memang jenis mengikut arahan. Tidak pernah membantah walaupun mulutnya suka membebel pada Firdayu.
Dari kejauhan kelihatan kelibat Ruzair bersama Fahmy. Mata liar Ruzair tidak lari dari menatap wajah jelita Firdayu yang sedang berbual mesra dengan Datuk Wasef. Entah mengapa Firdayu menjadi lirikkan matanya pada hal dia tahu Firdayu wanita yang jenis yang bagaimana. Wanita pengikis! Wanita materialistik! Fahmy telah memberikan amaran kepadanya terlebih awal agar tidak mendekati wanita jelita itu. Parah! Sukar untuk dia melupakan wajah itu. Wanita yang mampu menarik perhatiannya.
Fahmy menyedari reaksi Ruzair. Dia mengeluh kecil. Jika kau sudah jatuh dalam perangkap Poison Ivy itu kau akan merana seumur hidup Ruzair! Aku sudah bertahun-tahun mengenali siapa wanita yang bernama Firdayu Fahrin! Tiada lelaki yang tidak terlepas dari permainan cintanya.
“Poison Ivy.” suara Fahmy mengejutkan Ruzair. Ruzair mengukir senyuman.
“She’s your bestfriend.”
“Ya I memang bestfriends dia tapi itu tidak bermaksud I suka apa yang dia buat pada kaum I.” ujar Fahmy.
Firdayu Fahrin…siapa yang tidak kenal dengan Firdayu. Dari awal remaja hingga dewasa perangai playgirlnya itu tidak pernah berubah langsung. Fahmy tidak boleh melupakan segala eksiden yang berlaku melibatkan Firdayu. Ada lelaki yang sanggup bertumbuk masuk hospital kerana Firdayu. Gila! Bahaya betul aura poison ivy tu. Mujur saja dia tidak terpengaruh dengan aura Firdayu. Siap boleh jadi kawan baik pulak tu dan mencetuskan kecemburuan lelaki-lelaki di sekeliling Firdayu. Siapa yang tak jealous tengok dia bertepuk tampar dengan Firdayu tika itu. Jealous sampai dia kena cepuk! Yang bestnya Firdayu membela dia siap hantarkan dia pergi klinik. Fahmy respect Firdayu dalam satu perkara. Apa yang wanita itu miliki kini adalah hasil dari titik peluhnya sendiri dan bukan bergantung dari orang lain.
“I teringin nak tahu pasal dia dari you. Pada I dia wanita yang cukup menarik.” Ruzair punya pendapat yang tersendiri.
“Lupakan saja Mr. Perfect. You nak mencari nahas ke? Habis bagaimana dengan Fatin? You dah bersama dengan dia selama lima tahun. You nak mampus kalau pertunangan you dengan dia tak jadi.” Bulat mata Fahmy memandang Ruzair. Tidak cukup baikkah Fatin buat Ruzair sedangkan gadis itu amat setia tanpa berbelah bagi.
“Hmmmmm…” Entah mengapa hati Ruzair mula berbelah bagi sejak pertemuan pertamanya dengan Firdayu. Dia lupa terus pada Fatin Nadira. Di ruang matanya kini terbayangkan wajah Firdayu. Senyuman manja Firdayu. Dia mula membuat perbandingan antara Fatin dengan Firdayu.
Tingkah-laku Ruzair membuatkan Fahmy resah. Rasa dia boleh agak apa yang berlaku. Ini yang parah ni kalau Ruzair pun kena panahan menggoda Firdayu. Dia pun tak boleh nak buat apa kalau itu yang terjadi. Fahmy mengeluh lebih panjang. Firdayu…. Nama itu keluar dari bibirnya perlahan.
Firdayu tersentak. Bagaikan ada orang menyebutnya namanya. Reaksinya itu disedari oleh Helmi yang sedang berbual dengan Datuk Wasef. Dia peluk bahu Firdayu lembut namun wanita itu pasti menepis perlahan. Mulalah grafu Helmi berjalan lagi. Dari tadi tak tahu nak duduk diam. Boleh tahan juga gatalnya Encik Perasan Bagus ini! Aku cantas kang baru tahu. Firdayu mula mengomel dalam hati.
Dalam pada itu sempat dia mencari-cari kelibat Kid. Tidak nampak! Mana pula anak muda itu menghilang dia. Tadi ada berdekatan sekarang dah hilang. Sekejap ada sekejap tiada. Macam biskut chipsmore pulak. Dia pinta Kid datang atas perlindungan diri. Kid serba boleh. Tak perlu membazirkan duit upah pengawal peribadi macam yang babah sarankan. Ada Kid seorang sudah cukup. Kid seorang mampu menumbangkan sepuluh orang tau. Tak hebat ke namanya tu?
Firdayu tarik nafas lega bila lihat Kid ada berdekatan. Terlindung dari sekumpulan mak-mak datin. Mak datin sedang jual minyak pada Kid. Nak jadikan Kid anak ikanlah tu. Mintak maaf. Jangan harap korang boleh curi Kid dari aku! Ligat Firdayu mengatur langkah menghampiri mak-mak datin yang tidak sedar diri tua itu. Salah seorang dari tubuh mak datin itu ditarik ke belakang. Nyaris saja mak datin bertubuh agak gempal itu jatuh terduduk atas lantai.
“Hey! Siapa you? Sungguh kurang ajar you ni!” tempik mak datin tu.
“Sorry Datin Sam. Ini my boss. I PA dia.” Kid mencelah. Dia berdiri di hadapan Firdayu untuk mellindungi wanita itu dari diserang oleh mak datin yang dikasarinya sebentar tadi.
“Your boss?”
Kid anggukkan kepala. Firdayu sudah menyeringai. Kalau takat mak-mak datin yang sudah berusia ini dia boleh lawanlah. Tak perlukan perlindungan dari Kid.
“Saya minta maaf maaf bagi pihak boss saya pada datin-datin sekalian. Dia mungkin salah faham.” Kid menundukkan sedikit kepalanya. Dia kerling pada wajah Firdayu yang menyeringai. Kid gelengkan kepala. Namun hatinya terusik dengan sikap ambil berat Firdayu terhadap dirinya.
“Kid…takkan you sudah termakan dengan pujukkan datin-datin kerepot tu. You tak geli ke mereka jual minyak pada you!” Firdayu tidak senang hati kerana Kid membela mak-mak datin terbabit.
“Memang mereka jual minyak dan saya teringin ingin membelinya.”
“Kid!”
“Mereka offer saya lagi jadi duta mereka lagi.”
“Kid!”
“Jadi duta One Drop Perfume mereka. Tapi yang itu saya tolak.” Kid mengalihkan pandangan mata pada Firdayu.
Firdayu terlopong. Alamak! Dia silap buat tafsiran pada mak-mak datin terbebut. Kid mengusap rambutnya.
“Naif jugak boss saya ni.”
Firdayu merengus. Merona merah mukanya. Dia buka langkah meninggalkan Kid bersama mak-mak datin tadi. Kid sekadar merenung langkah kaki Firdayu. Mak datin-datin mula mengerumuni Kid semula.
“Mana you pergi tadi?” tegur Helmi.
“Tak ke mana. I jumpa PA I sekejap.”
“Datuk cari you tadi. Dia nak kenalkan you dengan anak lelaki dia.”
“Marilah.” Helmi memaut lembut lengan Firdayunya. Firdayu mamlit senyuman di bibir. Dia membalas pautan Helmi. Konon-konon pasangan ideallah tu.
Gelagat Helmi itu mengundang cemburu di hati Datuk Wasef dari jauh. Tidak kira apa cara sekali pun Datuk Wasef akan dapatkan Firdayu. Dia akan pastikan Firdayu menemani tidur malamnya. Datuk Wasef mengusap-usap dagunya yang licin. Tingkahnya diperhatikan oleh Datin Naemah dengan ekor mata.
hhooho....
ReplyDeletesape hero dia ni....
best la crta ni...
heronya rahsia tau...hehehehe- ilya
ReplyDeletewow!!!best cite ni!!!!!!!akak suka banget................apapun, akak follow.......................
ReplyDeletenak firdayu = kid..bru best :d
ReplyDelete