MUNCUNG mulut Azyan melihat Syakir yang duduk di sebelah abangnya itu. Apasalah Azuan ajak Syakir join korum mereka tengok bola dekat mamak corner. Hilang terus selera Azyan. Siang tadi muka Syakir malam pun ada muka Syakir lagi. Yang herannya si lembik Haziq pun dijemput sekali. Tiga lelaki satu perempuan. Ada ke patut! Tak patut betul! Kalau tahu dia ajak Salwa temankan dia.
Azyan menongkat dagu sambil bermain-main dengan straw di tangannya. Air coke dalam gelas sederhana besar itu hanya dihirup sedikit. Haziq dari tadi tidak lepas pandang melihat raut wajah yang putih bersih itu. Rindu benar pada Azyan. Nak tegur takut. Azyan mesti marah lagi pada dia. Haziq alih pandang pada Syakir pula. Nak tahu juga kenapa pipi kanan Syakir betampal. Setahu dia Syakir tidak pernah dicederakan oleh sesiapa kecuali…..faham-faham sajalah siapa orangnya.
Syakir pun duduk menampung tangan di dagu. Mula-mula dia ajak Syamil tapi Haziq pula yang beria-ia nak ikut. Cikgu Ilyas pun memang melarang Syamil join tengok bole. Alasan kukuh esok adiknya itu kena bangun pagi pergi sekolah. Syamil memang liat nak bangun pagi bukan seperti dia. Lewat macam mana pun tengok bola bangkit mesti pukul lima setengah pagi. Calon menantu yang paling tepat buat Encik Idris. Syakir mula perasan sendiri. Macamlah dia tersenarai dalam calon senarai suami Azyan.
“Apa ni game slow lah.” desis Azyan.
“Sabarlah baru masa pertama tu.”
“Entah tak sabar-sabarlah si gorilla ni.” sampuk Syakir.
Sepantas kilat Azyan mengerling tajam ke arah mulut yang bersuara itu. Cukup tak berkenan betul dnegan suara yang menyampuk itu! Kerlingan Azyan buat Haiq ketar lutut. Azyan kalau dah menyinga menakutkan.
“Aku cukup benci dengar suara orang yang suka menyibuk tu!” Azyan tidak betah duduk kalau ada Syakir bersama. Kalau Haziq boleh jugalah dimaafkan lagi.
“Aku datang bukan menyibuk tapi dijemput tahu. Amboi! Lepas keluar dating siang tadi terus bertukar jadi gorilla balik.” balas Syakir.
Azuan dan Haziq terpinga-pinga. Azyan keluar bersama Syakir. Mengapa mereka boleh tak tahu pulak. Pandai betul budak dua orang ini berahsia ya.
“Eleh! Kalau bukan sebab aku bertaruh pasal tengok perlawanan bola jangan harap aku nak keluar bersama kaulah! Aku lagi suka keluar dengan Abang Ravi dengan Muthu Samy tau!” Bukan perlawanan bola yang memanaskan suasana tapi Azyan dengan Syakir yang lebih panas.
“Sikit-sikit Abang Ravi! Sikit-sikit Muthu Samy. Macam tiada nama orang lain yang nak di sebut.” Syakir menjuihkan bibir.
“Kau peduli apa!”
Azuan gelengkan kepala. Coke kalau dah bertemu dengan Sundae beginilah jadinya. Macam kucing bertemu dengan anjinglah juga. Salahnya dua bintang itu boleh jugak lagi berbaik-baik. Tapi budak dua orang ni...
“Aku tak tahu pula kau dating dengan adik aku Kir. Berani ya kau sorok-sorok dari aku.” Azuan memaut leher Syakir.
“Stupid!” ujar Azyan. Itulah temujanji yang paling bodoh dia buat. Temujanji dengan Syakir! Lepas ini taubat nak keluar bersama lelaki itu lagi.
“Yan.” panggil Haziq lembut. Dia melirik senyuman. Azyan alih pandang. Dia mengorak senyuman nipis. Lama tidak tengok muka Haziq setelah dia menolak cinta Haziq mentah-mentah. Dia menolak bukan pasal Haziq lemah tapi atas sebab-sebab yang dia saja yang tahu. Malu jugak mahu bertemu dua mata dengan Haziq setelah apa yang berlaku pada mereka sebelum ini.
Haziq masih menaruh harapan lagi tak? Menaruh Harapan macam lagu Zaitun Sameon itu. Popular lagu tu dulu. Menang juara lagu muzik-muzik. Ayah cukup suka lagu Zaitun Sameon ni. Siap ada koleksi lagunya lagi. Azyan kalau dengar lagu Menaruh Harapan pasti saja sudah sorong bantal atas kepala. lepas itu…zzzzzz.
“Awak sihat Yan?”
Apa punya soalan bodohlah. Kalau dah nampak aku berdiri depan mata kau mestilah sihat walafiat!
“Sihat saja.” jawab sajalah soalan bodoh dari Haziq. Kang tak jawab kang merajuk pula. Haziq ini sensitif sikit. Hati-hati tahu kalau dapat lelaki yang sensitif. AKlau merajuk susah nak pujuk. Mujur saja Azyan tidak sempat lagi couple dengan Haziq dulu. Kalau tidak mati Haziq dia kejarkan. Dia bukan boleh tengok lelaki suka merajuk ni. Gelilah. Tak gentlemen langsung.
“Kalau dah ada depan mata kau mestilah dia sihat. Apa punya ngoklah soalan kau Ziq!” Suka-suka hati Syakir mengetuk kepala Haziq. Garang kemain. Kesian pula Azyan tengok Haziq dibuli oleh Syakir. Haziq kan bekas teman lelaki tak jadi Azyan.
“Teruklah kau ni. Tak baik ketuk kepala dia!”
“Bela nampak!” Syakir mengetap bibir. mereka saling bertentangan mata. Macam biasalah ada impak arus elektrik.
Sebelum perang mulut meletus Azuan kenalah jadi orang tengah menyelamatkan keadaan. Dia menarik tocang rambut Azyan. Menjerit kecil adiknya itu. Azyan mula tunuj muka protes! Kenapa pula dia yang kena tarik tocang sedangkan Syakir tak kena pulak. Bengap punya Azyan. Syakir manalah ada tocang ekor kuda macam dia. Rambut Syakir kan pendek!
“Jangan nak tunjuk muka tak puas hati dengan abang. Kalau tak abang report pada ayah?” Azuan bercekak pinggang.
Azyan mencebik. Sakit hati betul dibuatnya. Azuan memang kaki report! Fasal Fadhil selalu kena belasah dengan dia pun Azuan yang report pada ayah. Dalam baik ada khianatnya tu! Kalau perempuan gedik mesti dah hentak-hentak kaki. Azyan nak hentak kaki sambil berguling-guling jangan haraplah. Tak mainlah gedik-gedik! Dia main tumbuk dinding. Paling teruk tumbuk anak Mak Timah Radio tu melepaskan geram. Azyan memang dahsyat.
“Abang ni memanglah. Tahu sangat kelemahan Yan.” rengus Azyan. Siapa lagi yang ditakuti kalau bukan Encik Idris Bin Yusuf. Bukan takut tapi hormatlah. Jangan salah tafsir pula.
“Malam-malam minum coke. Tahu tak minum air bergas ni tak baik untuk kesihatan.”
“Yang kau nak sibuk kenapa! Ikut hati akulah!”
“Yan…” Azuan menjeling adiknya. Tak boleh bertenang sikit. Sekali-sekala biarlah paans tu dicucurkan dengan air sikit. Bagi sejuk. Syakir pula mulut memang tak berinsurans. Main lepas saja bila bercakap. Itu sebab seorang perempuan pun tak tahan dengan sikap laser dia!
“Hmmmm!” Azyan bingkas bangun.
“Nak ke mana tu.” Azuan menyoal.
“Merokok!”
“Yan!” Kali ini Azuan menekan sikit suaranya. Suka saja cakap main-main!
“Pergi tandaslah!” balas Azyan.
Baru setapak melangkah kakinya tersandung pada kerusi. Azyan jatuh atas riba Syakir. Eksiden yang tidak diduga sama sekali. Muka Azyan sudah bertukar warna. Syakir juga begitu. Cepat-cepat dia bingkas bangun dari Syakir. Azuan dan Haziq sudah mengulum senyuman di bibir. Azyan dan Syakir sama-sama paling muka yang sudah bertukar merah jambu itu. Azyan memarahi dia sendiri. Bagaimana dia boleh cuai sampai tersandung kerusi dan jatuh atas riba Syakir. Oh Tidak! Dia mengatur langkah seribu. Tidak mahu mereka perasan pada wajahnya. Malunya dia….
Namun tidak pula pada Syakir. Dia merasa cukup bahagia walaupun itu eksiden yang tidak disengajakan. Jatuh banyak kali atas riba dia pun tidak apa. Dia rela. Miang pula si Syakir ni. Memang dah miang pun. Miang pada Cik Nur Azyan seorang. Haziq perasan perubahan muka Syakir. Tidak perlu diherankan kerana Syakir memang sudah lama menyukai Azyan. Azyan sahaja yang tidak menyedarinya. Lembab!
hehehe...sukanya
ReplyDelete