Tab Menu

Followers

Monday, March 8, 2010

Coke And Sundae_13

APA kena dengan anak daranya seorang ini. Sejak kebelakangan ini Azyan suka tarik muka masam. Kalau disuruh buat kerja sikit jelingan punyalah tajam. Kalau ditegur sikit mulalah muncungnya panjang sedepa. Sakit kepala Encik Idris memikirkan perangai Azyan. Bila ditanya pada Anuar dan Azuan. Kedua-dua anak lelakinya itu gelengkan kepala. Azuan juga sudah seperti Azyan. Asyik berkurung dalam bilik. Apa nak jadilah dengan anak-anaknya ini. Anuar pula memanjang sibuk dengan latihan bolanya. Jarang benar lekat di rumah.

Lihat sajalah hari ini. Hanya Encik Idris seorang makan sendirian. Rasa sunyi pula jika tidak mendengar suara riuh rendah anak-anaknya. Encik Idris behenti menyuap bila melihat Azyan menuruni anak tangga. Anak gadisnya itu tersengih lalau menarik kerusi duduk berhadapan ayah tersayang. Laju Azyan menyenduk nasi ke dalam pinggannya.

“Ingatkan puasa sunat.” desis Encik Idris. Azyan tersengih. 

“Yan tak boleh tahan kalau sudah terhidu bau kari ayah ni.”

“Aik! Selalunya Yan hanya puji kari Abang Ravi mamak corner tu. Ini mesti ada apa-apa ni yang Yan nak dari ayah kan.” Sekilas Encik Idris menjeling Azyan yang sedang laju menyuap nasi di pinggannya.

“Hehehehehehe….ayah memang bijak baca apa yang terkandung dalam otak anak ayah ni.” Azyan mengangkat-angkatkan keningnya.

“Yan nak mintak duit belanja lebih ke? Atau Yan nak ayah belikan skuter baru?” Encik Idris sekadar menembak. Rasanya dua perkara itu yang penting pada Yan. Skuter Azyan pun sudah nampak semput-semput sekarang ini. Maklumlah skuter pun sudah kian dimamah usia. Sebab faktor usia skuter itulah Azyan jarang nak merempit.

“Dua-dua bukan.” balas Azyan siap dengan gelengan kepala. “Yan nak pinjam kemera digital ayah. Yan nak buat photographer sikit.”

“Bila masa pulak anak gadis ayah minat photographer? Ini mesti ada apa-apa ni?
Yan nak ambil gambar siapa? Syakir ke?”

Alamak! Kali ini ayah memang tepat menembak. Tapi anakmu terpaksa ayah. Terpaksa buat kerja mengarut tu! Ingat anakmu ini hingin bangat nak ambil gambar cicak kobeng tu!

“Taklah. Yan saja mahu ambil gambar Abang Nuar main bola nak buat kenangan terindah dalam koleksi album Yan.”

“Ayah rasa gambar Syakir lebih terindah di simpan dalam album Yan tu. Apa ingat ayah tak tahu ke.” 

Serta merta wajah Azyan berubah. Sahlah ni ayah spot check bilik dia. Apa ni ayah ganggu hak peribadi anak gadis sendiri. Tak patut. Memang tak patut. Habislah ayah tahu yang dia menghendap si Syakir. Nota-nota yang dia buat tentang Syakir. Dia pula jenis suka selerakkan bilik.

“Tak baik menghendap anak teruna orang. Kau tu orang perempuan. Kalau dah berkenan sangat ayah pinangkan Syakir untuk kau. Apa salahnya kan.” Selamba saja Encik Idris menutur kata. 

“Siapa nak pada Syakir! Yan sekadar buat kaji selidik tentang sebab orang mintak tolong. Itu aja. Kalau untuk diri sendiri tak hingin Yan. Ingat dia Lee Min Ho ke?” Azyan membela bagi pihak dirinya. Ala-ala berdebat dalam court! Ayah pendakwa raya dia penguam bela.
“Mengaku sajalah Yan. Yan suka Syakir ya…”

“Kalau ayah tak nak bagi pinjam tak mengapa. Yan boleh pinjam kat orang lain.” Azyan buat muka merajuk. Bencinya kalau dikaitkan dengan mamat sengal tu! 

“Baru usik sikit dah tarik muncung panjang. Buruklah Yan. Macam muncung Woody Woodpecker pulak ayah tengoknya.” Meletus tawa di bibir Encik Idris. “Okaylah ayah bagi pinjam.” 

Azyan tersenyum. Selesai satu masalah. Lepas ini taubatlah dia nak tolong orang buat tesis buang masa ini pasal Syakir. Lebih baik dia buat tesis Prof Tan-dan apa juga berfaedah! Sebut pasal Prof Tan-dan, dia baru teringat yang esok ada ujian maut. Bersengkang matalah malam ini Azyan oiiii!

Apa-apahal kena telefon Salwa yang dia tidak dapat buat kelas tuisyen malam ini. Syamil dan budak-budak yang lain sudah diberitahu. Lepas makan laju Azyan menuju ke arah telefon di ruang tamu. Bukan mahu menolong ayahnya mengemaskan meja makan dulu. Bertuah punya anak dara. Sudahlah masak pun malas! Melantak saja yang dia tahu. Apalah nak jadi dengan Azyan ni.

“Hello makcik!” 

“Kot ya pun bagilah salam dulu. Ini main terjah saja. Apa kau ingat sini negara orang putih!” desis Salwa di talian.

Mengekeh Azyan ketawa. “Mak Timah Radio naik lori…so sorry lah Wawa. Asslamualaikum…salam sejahtera.”

“Waalaikumsalam. Hah ada apa mengganggu ketenteraman orang ni?” Orang sedang sibuk menghafal point-point untuk exam esok dia kacau pula. Satu apa pun masih tak masuk dalam kepala otak. Masak kau esok Salwa.

“Eh! Garangnya kau hari ini Wawa. Tahulah kau sedang study maut untuk exam esok. Aku call ni just nak beritahu yang malam ini aku cancelkan kelas tuisyen kita.”

“Eloklah tu. Boleh aku concentrate pada exam esok. Aku tengah biol ni.” Salwa mengaru-garukan kepalanya. Lihat saja buku rujukan sudah sakit biji mata.

“Hahahahaha…kawan baik aku dah biol rupanya. Kau nak aku hantar kau dekat mana? Hospital tampoi atau tanjung rambutan.” 

“Kau hantar aje aku dekat Tanjung Rambutan. Sekurang-kurangnya aku merasa makan rambutan dekat situ.” 

Azyan dan Salwa sama-sama ketawa.

“Okaylah. Aku call sebab nak beritahu itu aje. Good luck! And go! go! power rangers! Assalamualaikum…” Azyan meletakkan ganggang telefon.

AZYAN memakai jersi Chelsea berwarna biru dikenakan dengan jeans yang berwarna hitam. Rambut panjangnya disimpan ke dalam cap. Siap mengenakan cermin mata besar berwarna hitam. Salwa sudah mahu pecah ketawa. Tahu sangat Azyan mahu bersembunyi dari dikesan oleh Syakir. Paling teruk siap bawa kamera digital untuk mengambil gambar Syakir di padang. Pinjam dari ayah dia. Syamil budak kelas tuisyen mereka pun Azyan heret sekali. Syamil tidak pula membantah. Malah dnegan rela hati membantu cikgu tuisyen kesayangannya itu.

Azyan, Salwa dan Syamil ambil tempat duduk yang paling atas sekali. Saja mahu terselindung dari pelajar-pelajar kolej lain. Alasan saja. Duduk depan baru dapat lihat perlawanan dengan jelas tapi Azyan tak mahu pula. Bila Salwa nak duduk depan berdua dnegan Syamil dia tarik muncung Woody Woodpecker nya. Menyampah pun ada. Melawan kang kena belasah pula dengan Azyan. Azyan panas baran dia jangan memain! Memang tahap gorilla punya.

“Kau ingat kau boleh sorok muka kau dari Syakir?” desis Salwa dengan senyuman meleret. 
“Kau ingat dia boleh cam aku dengan gaya begini. Tak mungkinlah.” Yakin betul Azyan dengan seratus percen.

“Kau berani bertaruh dengan aku tak?” Terkerdip-kerdip mata Salwa. Getik pula Azyan menengoknya. “Kau agak-agak kolej kita menang tak?” sambung Salwa.

“Kau ingat aku takut. Kau nak bertaruh apa dengan aku. Belanja makan dekat kedai mamak corner tu. No hal punyalah. Lagipun kolej kita tidak pernah jadi juara bertahun-tahun lamanya. Kau ingat dengan khidmat Syakirdalam team abang aku kolej kita akan menang. Tak mungkinlah. Dalam team kolej kita cuma abang aku dan Farouk saja yang kuat. Farouk pulak kecederaan. Tinggal abang aku seorang aje. Kambing di hujung tanduk tau.” Buat apa nak takut setakat bertaruh kecil dengan Salwa tiada masalah punya. 

“Hehehehe.” Salwa berbisik pada telinga Azyan. Berkerut-kerut dahi Azyan. Macam tidak ada pertaruhan lain yang nak di buat sampai melibatkan Syakir. Ini yang tak best ni! Lahabau punya kawan!

“Kau nak aku bunuh kau suruh aku berdating dengan Syalkir! Nak mampus!” Apa lagi volume suara Azyan sudah tidak terkawal. Salwa pantas menekup mulut Azyan. Azyan ni kalau marah bukan tahu nak jaga suara. Main lepas aje! Semua penonton beralih pandang ke arah mereka. 

“Sorry…kawan saya ni ada tekanan mental sikit.” ujar Salwa. Para penonton mendengus kecil. Kacau fokus mereka menonton perlawanan yang sedang berlangsung. Tentulah mereka marah. Terutamanya peminat fanatik Muhammad Syakir Bin Ilyas.

“Berani kau kata aku ada tekanan mental.” gerutu Azyan sebaik saja menarik tangannya dari mulut Azyan. 

“Kau tu kalau dah marah tak tahu nak akwal perasaan. Pantang betul kalau aku sebut nama Syakir tu. Apa macam berani nak bertaruh dengan aku.” Salwa pandang muka Azyan. Azyan mengetap bibir. Macamlah tiada benda lain yang nak dipertaruhkan oleh Salwa. Ada ke patut kalau dia kalah dia kena keluar dating dengan Syakir. Tak patut memang tak patut! 

“Kau fikir aku takut! Aku tak takutlah.” Azyan tak mahu mengaku kalah. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Dating dengan Syakir! Azyan tidak boleh dapat membayangkan dalam kepala otaknya. Ngeri…

“Betul ke kau tak kisah dating dengan Syakir kalau kau kalah.” 

“Aku bukan jenis yang suka tarik balik apa yang aku cakap.”Azyan merengus. Salwa ketawa kecil. Ikan sudah makan umpan cacing. 

Syamil sudah kerut dahi. Kalau kalah Azyan akan keluar dating dengan Abang Syakir. Oh tidak! Aku tidak merelakannya. Si Syamil merintih-rintih dalam hati. Budak kecik baru belajar tapi gatal nak bercinta dah. Budak-budak sekarang.

“Chaiyok! Chaiyok!” Terdengar suara Salwa menjerit lantang. Tengah sokong buah hati pengarang jantunglah tu. Siapa lagi kalau bukan Tengku Kudin kontot (pendek). Lelaki pilihan Salwa memang pelik-pelik. Azyan menyaran Salwa masuk pasukan sorak tak nak. Boleh melonjak sakan atas padang. Eleh…macam tak tahu penyebabnya. Musuh cinta ketua pasukan sorak. Cik Vanidah Ismail. Panggilan mesra Vee gitu. Anak kacukkan Mami yang berasal dari Penang. Penang mari…macam kata Abang Ravi dari mamak corner tu.

Vanidah bukan lawa mana pun. Kulit dia hitam manis. Cun lagi teman baik aku ini. Bodoh betul lelaki yang dok berebutkan si anak mami ni sampai bergaduh lebam sana sini. Tolonglah! Macam tiada gadis lain dalam dunia ini. Sudahlah semua jantan Vanidah ni melayan. Gediknya lebih kurang macam Emeldalah jugak. 

“Ermmm…Kak Yan.” Syamil yang dari duduk diam bersuara. Azyan berpaling pada Syamil. Muram semacam saja budak ni? Ada yang tidak kena ke?

“Yup! Kenapa? Boring ke?” 

“Ermmmm…ermmmm…” teragak-agak Syamil nak bercakap. Syamil meramas-ramas jarinya. Segan pula nak tanya Azyan.

“Cakaplah.” gerutu Azyan. 

“Sebenarnya…sebenarnya Syam…Syam…” Kenapa payah sangat suara nak keluar ni. Bukannya tak biasa berbudi bicara dengan Azyan.

“Goallllllllllll!” laungan Salwa mematikan suara Syamil. Potong stim betul minah sorang ni. Syamil gigit bibir.

4 comments:

  1. hahahaaaaaaaa, yan kena keluar dating dgn syakir, ye..ye........ syamil lak mkn hati ulam petai((( ada hati lak dgn yan tu, tak pdn dgn umur))) best!!!!! mesti syakir sentum sampai ke telinga bila tahu pasal pertaruhan antara yan dgn salwa!!! nak lagi....................

    ReplyDelete
  2. hahaha....
    lawak tul...
    tak sabo nk tgok yan kuar ngn sakir hehehe...
    ermm bila lah yan ni nk jatuh hati kat sykir huhuh..
    nk n3 yan dah suka kat syakir.
    hehhehe
    sambung ag...
    :)

    ReplyDelete
  3. cpat smbungg..hoho..
    crite smkin bes..ngee..

    ReplyDelete
  4. hehehe..kelakar betul....
    nak tahu syakir menang atau kalah....
    sanggup ker azyan berdating ngan syakir...

    ReplyDelete