Mr. Perasan bagus
TAS tangan berjenama Bonia diletakkan atas meja makan itu. Mata jernih Firdayu tepat merenung lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya. Boleh tahan namun masih tidak cukup memenuhi kriteria ciri-ciri lelaki idamannya. Antara lelaki yang telah disenaraikan pendekkan oleh pembantu peribadinya dari beratus-ratus calon bakal suaminya itu. Firdayu melirik senyuman sinis. Saja dia lewat pada temu janji pertama mereka. Nyata lelaki ini punya kesabaran yang kuat.
“Maaf. Saya lewat sedikit.” ucap Firdayu lembut.
“Tidak mengapa. Saya faham business women seperti awak memang sibuk saban waktu.” balas lelaki itu perlahan. Pada hal hampir panas punggungnya menunggu Firdayu di situ. Kalau sejam dua boleh lagi tahan. Ini hampir empat jam menunggu!
“Thanks kerana memahami. Saya Yue…Firdayu Fahrin. Nice to meet you.” Tika ini Firdayu mula mengingati kata-kata PA berkhemahnya, Kid. Jangan terkejut. Kid bukannya seorang perempuan tetapi seorang lelaki. Lelaki yang mulutnya tidak tahu behenti bila dia sudah bercakap. Selalunya Firdayu kalah kalau berlawan kata dengan Kid. Kid pandai menepis.
“Kalau muka asyik menyinga sampai ke tua pun kau tak kahwin Cik Firdayu. Satu lagi ubah sikit sikap cerewet kau. Ini pilih lelaki macam pilih pakaian berjenama. Nak yang harga beratus ringgit. Jangan ingat baju yang murah tu semua koman tahu.” desis Kid. Kid sudah menjadi PA nya selama tiga tahun. Satu-satunya PA yang tahan dengan karenah dan sikap baran Firdayu.
Firdayu tersenyum. Kalau tiada Kid semua kerjanya akan terbengkalai. Dalam masa tiga tahun ini Yue bergantung sepenuhnya pada Kid. Lupakan tentang Kid. Kini Firdayu perlu menumpukan perhatian sepenuhnya pada lelaki ini. Firdayu menghulurkan tangannya. Lelaki itu menyambut mesra.
“I’m Helmi Ismail. Nice to meet you too.”
Memang cantik perempuan ni. Patutlah ramai lelaki yang menangis kerana dia. Helmi tidak mahu lepaskan peluang untuk mendekati Firdayu. Dia akan buktikan kepada teman-temannya yang dia mampu menundukkan gadis di hadapannya itu.
“Dari maklumat yang I perolehi dari PA I, you sedang mengusahakan syarikat Fabrika. So macam mana perkembangan bisnes you sekarang?” Firdayu sekadar berbasa-basi. Sebenarnya dia tidak berminat mahu bertemujanji dengan lelaki ini. Kid yang mendesak dia. Kid asyik mengingatkan dia dengan syarat bodoh nenek dia tu. Dia pun sama bodoh juga kerana bersetuju dengan syarat tersebut.
“So far so good. Tapi I belum setanding dengan you. You lebih hebat dari I.”
Firdayu ketawa halus. Pujian atau sekadar mahu mengambil hatinya. Firdayu menongkat dagu mencerlung wajah lelaki itu.
“Helmi Ismail. Berusia 30 tahun. Masih bujang dan masih mencari. Businessmen. Adik-beradik lima orang. Anak sulung. Hobi camping dan travel. Personaliti seorang yang penyabar dan agak tegas. Sukakan perempuan yang independent. Helmi menamatkan pelajaran di Stamford University leading to a Bachelor Of Busines Administration (BBA) degree.” Tergiang-giang keterangan yang Kid berikan kepadanya dua hari lepas. Ala setakat belajar di Stamford University tiada maknanya bagi Firdayu. Tiada yang menarik pada Helmi yang dapat dilihat dari mata kasar Firdayu. Gelilah lihat rambut yang meliar bawah dagu lelaki itu. Tak dicukur dengan kemas! Sepatutnya Kid reject lelaki ini dari senarai calon-calonnya. Firdayu sebenarnya tidak sukakan lelaki yang tidak kemas dan berserabut! Lagi-lagi lelaki yang pengotor. Jijik!
“Tentu you pernah dengar ura-ura tentang I. You tidak takutkah kena reject dengan I?” soal Firdayu tiba-tiba.
“Hahahahaha….” Helmi ketawa besar. “You fikir you perempuan yang hebat sangatkah Cik Firdayu.”
“Well…kita tunggu dan lihat.” Firdayu sedikit pun tidak tergugat dengan tawa Helmi. Riak wajahnya selamba. “So you bersetuju nak keluar date dengan I.”
“Of course. I akan buktikan yang I mampu tundukkan you.”
“Kalau you sanggup bertahan dengan I.” Firdayu sudah mula mencabar. Bibirnya menguntum senyuman cukup sinis. “Demand I tinggi tau!” Firdayu memberikan amaran awal. Dia sudah lupa dengan nasihat yang diberikan oleh Kid. Payah kalau perangai dah memang angkuh! Pantang benar jika lelaki merendahkan dia. Entah perangai siapa yang dia ikut tak tahulah. Mungkin dia mewarisi perangai Nenek. Nenek tua yang angkuh dan suka meninggikan diri itu.
KID merenung Firdayu tajam. Firdayu buat muka selambanya. Kid sudah boleh agak apa yang berlaku. Dia letakkan secawan kopi atas meja Firdayu. Rutin setiap pagi apabila Firdayu masuk ke bilik pejabatnya. Peliklah seorang lelaki menyediakan kopi untuk seorang wanita. Zaman sekarang sudah tidak menjadi isu. Wanita sudah setara dengan lelaki.
“Macam mana dengan temujanji hari ini. Berjalan dengan lancar?” soal Kid. Riaknya tetap serius. Tidak pernah Firdayu lihat senyuman terukir di bibir Kid. Kalau tersenyum pun hanya terukir senyuman yang menakutkan. Memang Mr. Stone Cold. Bukan Stone Cold Steve Austin ahli gusti WWE itu.
“Okay. Awak takut saya buat hal lagi seperti calon-calon yang bertemujanji sebelum ini.” balas Firdayu bersahaja.
Kid gelengkan kepala. Kata-kata Firdayu tak boleh pakai sangat. Bersilih ganti tukar teman lelaki. Puas main lelaki yang ini dia carik yang lain pula. Habis-habisan dia kikis duit mereka macam pisau cukur. Playgirl sungguh! Ingat bukan lelaki saja yang ada species buaya darat perempuan pun ada juga macam wanita jelita depan matanya ini.
“Cik Firdayu jangan lupa perjanjian cik dengan nenek cik itu. 566 hari bukan satu tempoh jangka masa yang panjang. Masa itu emas macam yang ibu saya selalu cakap pada saya.” Kid merenung tajam Firdayu. Renungan yang buat Firdayu cukup tidak berkenan. Sesak nafas tau!
“Saya tahulah apa yang saya buat. Awak hanya perlu jalankan tugas yang saya berikan pada awak!” Firdayu sudah meninggikan suaranya. Tinggi suara sebesar mana pun bukannya dapat menggugat lelaki itu. Itu yang Firdayu heran. Kid tetap berwajah tenang. Kalau dia sudah menyinga pekerja-pekerjanya semua menikus menyorokkan diri. Kid saja sanggup menghadapi amarah yang melanda bak tsunami itu. Tapi kata orang air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.
“Baik Cik Firdayu.” balas Kid bersahaja. Dia meletakkan beberapa buah fail atas meja Firdayu sebelum melangkah keluar. Firdayu mendengus kecil. Bengang! Ada juga lelaki tak ada emosi macam Kid dalam dunia ini. Ada jangan kata tak ada pula.
Arghhhhh! Kenapalah dia bodoh sangat buat perjanjian dengan nenek tua itu. Sampai melibat harta benda pula tu. Kalau dia kalah alamatlah habis semua harta hasil titik peluhnya jatuh dalam tangan nenek tua itu. Tak sanggup dia. Semuanya akan habis
tergadai. Dia tidak boleh kalah. Kalau dia tidak dapat mencari lelaki yang dicintai dalam masa 566 hari ini dia akan guna plan B. Dia akan cari lelaki yang sanggup kahwin secara kontrak dengan dia. Tidak! Jemulah asyik guna cara kahwin kontrak ni. Mula-mula benci. Lepas itu gaduh-gaduh kemudian terus jatuh cinta. Macam dalam novel pula. Dia tidak mahulah kahwin begitu. Dia inginkan Mr. Perfect! Jemari halus Firdayu mula mengetuk meja. Apa caranya dia nak kebas segala harta nenek tua itu. Biar padan muka dengan Nenek tinggal harta sehelai sepinggang! Firdayu ketawa besar. Tawanya mengejutkan semua pekerja dalam pejabat itu.
“Apa kena poison iIvy tu?” Linda berbisik pada telinga Rosimah. Temannya itu jungkitkan bahu.
“Agaknya dia sudah dapat mangsa baru kot?” sampuk Andy. Lelaki berperwatakan lembut itu mengoyang-goyangkan tangannya. “Kalau you all tak percaya tanyalah pada boyfriend idaman I itu.” Andy melirikan mata pada Kid yang sedang sibuk menyusun fail di kabinet.
Linda dan Rosimah rasa nak muntah. Geli-gelemen dia dengan ayat Andy. Ada hati rupanya pada Mr. Stone Cold itu. Kau bermimpi di siang harilah Andy. Bukan setakat perempuan…lelaki pun dia tak pandang tahu.
“Kid!” panggil Linda. Kid menoleh. Linda memberikan isyarat agar mendekati mereka. Dia aturkan langkah ke arah gadis manis itu.
“Kau tahukah siapa mangsa baru poison ivy? Kaukan PA dia. Aku tahu kau juga sedang aturkan calon-calon jodoh untuk perempuan tu.” Rosimah menyoal siasat.
Kid membisu. Pertanyaan Rosimah dibiarkan tergantung. Dia menyambung kembali tugsannya. Linda dan Rosimah mendengus kecil. Sukarnya nak kerok rahsia dari Kid. Kid memang pengikut setia Firdayu. Andy ketawa kecil. Itu yang dia suka pada Kid. Cool….
“Aku tak berminat pada lelaki yang tidak berperasaan macam Kid. Cik Firdayu melenting bagai nak rak pun dia boleh tadah telinga dengan tenang. Aku lebih suka lelaki macam Encik Ruzair itu. Kacak dan baik hati pula.” Rosimah sudah mula berangan. Linda mencebik bibir. Rata-rata gadis dalam ‘Rosette Fashion Designer’ menggilai businessmen itu.
“Padan ke kau dengan Encik Ruzair. Cerminlah diri kau sikit.” gerutu Linda.
“Kau iri hatikan.”
“Porahhhhh! Kau ingat aku minat sangat pada Mr. Perfect kau! Minta maaf banyak-banyaklah.” Linda mencebik. Dalam hati memang dia rasa iri hati. Dia tidak dapat peluang mendampingi lelaki kacak itu seperti Rosimah. Rosimah lebih cantik dari dia. Dia kan hitam manis. Rosimah putih melepak macam Si pisau cukur itu jugak!
“Apa pasal berkumpul di sini! Tak ada kerja nak buat ke?” Firdayu muncul di belakang mereka dengan muka menyinga. Linda, Rosimah dan Andy menelan air liur. Staf lain sudah awal-awal menikus diri. Nak bagi amaran tak sempat.
“Maaf Cik Firdayu.” gugup suara Rosimah.
“Berkumpul duk mengumpat orang! Kerja yang I pinta itu dah siap atau belum!” Firdayu melenting. Dia kerling Rosimah tajam.
“Sikit lagi Cik Firdayu.”
“Sikit lagi…sikit lagi….itu saja jawapan yang saya dengar dari mulut you! I tahu this evening design you sudah ada atas meja I. Jika tiada I cut your salary bulan ini!” Firdayu bercekak pinggang.
Rosimah mengetap bibir. Kau ingat senang ke aku siap design kau itu dalam masa dua hari. Kalau satu rekaan aku tak heranlah sangat! Ini sepuluh rekaan yang kau nak! Nak mampus aku perah otak tahu! Kata-kata itu hanya keluar dalam hati Rosimah saja. Ingin diluahkan. Alamak kau kena buang kerjalah! Arahan perempuan itu bukan boleh disangkal.
“Kidddddd!” Firdayu melaung nama PA nya itu. “Kiddddd!” Kali ini suaranya makin meninggi. Boleh pecahkan gegendang telinga.
Kid muncul dengan fail-fail yang bertimbun di tangan. “Saya belum pekak lagi Cik Firdayu.” ucapnya tenang. Firdayu merengus. Bulat anak matanya merenung wajah Kid. Macam nak telan Kid hidup-hidup.
“You sudah uruskan segala persiapan utnuk pertunjukkan fesyen kita di Hilton Hotel? I tak mahu dengar sebarang masalah atau apa-apa kesilapan pun!” Firdayu memberikan peringatan untuk entah kali ke berapa kepada Kid. Kid hanya anggukkan kepalanya.
“Jangan tahu angguk sahaja. I mahu you catit pada buku nota you itu dan dalam otak you sekali!”
“Baik Cik Firdayu.”
Firdayu berpaling masuk ke bilik pejabatnya semula. Kid meneruskan tugas yang tergendala sebentar tadi. Macam biasa mamat tu tidak menunjukkan sebarang perasaan pada wajahnya. Mereka menghela nafas panjang. Bila mereka akan nampak kelainan sedikit pada wajah Kid.
“Tak faham betul aku dengan Kid. Kalau aku memang dah tak tahan jadi PA perempuan macam Cik Firdayu tu! Tahunya arah orang sana sini. Ingat kita robot!” bebel Rosimah.
“Aik! Tadi bukan main lagi kecut depan Cik Firdayu!” sindir Linda sinis. Rosimah mencebik. Laju diaturkan langkah ke mejanya semula.
No comments:
Post a Comment