DAHINYA berkerut-kerut. Bibirnya sudah terketap-ketap. Teman sebelah-menyebelah sudah melirik senyuman. Kiranya semua mata beralih pada dia termasuklah Encik Tamdan pensyarah yang berada dalam kelasnya waktu ini. Hantu punya Mat Romeo! Berani dia ke kelasnya dengan muka yang tak tahu malu. Tidak dia tahu sekarang ini kelas sedang berjalan. Betullah Mat Romeo ni tak faham bahasa melayu. Sah lepas ini Azyan akan belajar bahasa tamil dengan Muthu Samy dan Ravi mamak corner. Lepas jika ada yang tak bahasa melayu dia boleh cakap tamil.
Zekri sudah tidak peduli. Apa jua cara sekalipun dia tidak akan mengaku untuk menambat hati Azyan. Mata yang lebam tidak mematahkan semangatnya. Dia tidak mahu tewas dengan Syakir. Siapa yang tidak kenal dengan Syakir. Top student di sekolah dahulu. Semua perkara Syakir berada di atas. Bilangan gadis-gadis yang mengilai Syakir mampu menandingi teman wanita yang dia miliki. Siapa yang tida tertarik dengan muka jambu Syakir yang cute. Syakir cute? Nak ketawa pun ada.
Kalau dia dapat memikat Azyan maka dia dapat menewaskan Syakir. Dari hasil kaji selidiknya Azyan merupakan gadis kegilaan Syakir. Sampai sekarang Syakir masih tidak meluahkan perasaan pada gadis yang dia gila-gilakan itu.Tak sangka Syakir yang selama ini tidak suka melayan perempaun itu rupanya akan jatuh cinta jugak.
“Kau ni apa hal buat kacau dekat kelas aku!” Tiba-tiba Azyan bangun dan melenting. Tersentak Encik Tamdan dan yang lain.
“Saja datang nak melawat awak. Tak boleh ke?’ balas Zekri selamba.
Azyan merengus. Salwa sudah menepuk dahi. Ada-ada sajalah masalah yang timbul. Saja nak bagi menarikkan cerita. Tiada cara lain selain mengheret Zekri keluar dari bilik kuliah. Tindakan buat Encik Tamdan dan teman-temannya yang lain melopong. Tak tahu pulak Azyan yang nampak begitu lembut itu…tak boleh nak kata apa dah. Azyan menutup pintu kelas dengan kasar.
“Sorry Encik Tamdan. Kita continue balik ye.” Azyan isyarat peace pada jarinya sambil mengorak senyuman manisnya. Encik Tamdan sekadar jungkit bau. Kalau sudah lihat senyuman menawan Azyan itu dia tak bolah nak kata apa dah jugak.
“Azyan! Lepas ini saya tak mahu ada sebarang gangguan di kelas saya lagi. Apa saja urusan peribadi sila selesaikan di luar.” Amaran tak beberapa keras dari Encik Tamdan. Biasalah Azyankan pelajar kesayangan dia. Azyan anggukkan kepala.
“Macam mana Mat Romeo boleh tahu study kat sini?” Salwa berbisik.
“Entah! Aku pun tak tahu. Tak mungkin Syakir yang beritahu sebab mamat tu dengan Syakir macam bermusuh saja.” balas Azyan.
“Masalah ni Yan.”
“Tahu tak apa.”
Kelas kembali berjalan dengan lancar. Setelah tamat sesi soal jawab dengan Encik Tamdan, Azyan dan Salwa segera mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg. Mereka ada temujanji dengan Nani selepas kuliah. Nani ajak mereka pergi ke kedai SPEEDY. Kemudian Nani mahu belanja mereka minum di Kopitiam Bangi. Azyan dan Salwa keluar ikut pintu belakang. Mereka mahu mengelak dri bertemu dengan Mat Romeo sebab Azyan amat yakin yang Mat Romeo akan menuju di pintu utama. Dan terkaan Azyan memang tepat.
“Sewel mamat tu!” rengus Salwa.
“Kawan-kawan Syakir memang sewel semuanya.” tokok Azyan.
“Tak baiklah. Syakir taklah seburuk mana. Kau saja yang anti sangat dengan dia. Kau patut cuba mengenali dia luar dan dalam.” Salwa tidak sependapat dengan Azyan. Mulut Syakir memang tidak berinsurans tapi dalam diam dia sebenarnya seorang lelaki yang baik hati. Azyan saja yang tidak nampak kebaikan lelaki itu. Buta hati!
“Yang kau pandang aku semacam pasal apa?” Azyan mengerling.
“Ceh! Pandang sikit pun nak marah.” Muncung mulut Salwa. Saja buat-buat muka merajuk nak minta Azyan pujuk.
“Ala cayang bucuk-bucuk! Meh! Ayang kasi kiss sikit.” Macam biasalah Azyan memujuk Salwa. Dah macam gaya seorang pakwe memujuk aweknya.
KAK Nani memang sengaja nak mengenakan dia. Salwa tersengih memanjang. Tidak ada bantahan langsung. Dia seorang yang hangin satu badan. Tadi Zekri yang bagi dia angin kini Syakir bagi dia tsunami pulak. Syakir buat tidak peduli. Bukan apa kebelakangan dia terlalu dengan tesis sampai berminggu-minggu tidak dapat menatap wajah Azyan. Rindu mahu bertekak dengan Azyan. Dengar suara Azyan yang melentingSebulan sahaja masa lagi untuk Syakir berada di sini bersama Azyan. Kemudian dia akan tamat pelajaran dan membuat pratikal di hospital besar. Mujur saja Salwa bertindak pantas menyelamatkan keadaan.
“Hari ini tak mahu ada gaduh-gaduh lagi tahu. Boleh tak kau maniskan sikit muka Yan. Aku rasa tak bestlah bila berada dalam suasana yang menyeramkan ini.” Salwa memeluk bahu Azyan lembut. Dia cuba memujuk Azyan. Sebenarnya Salwa emmang dah tahu akan kehadiaran Syakir menggantikan tempat Nani. Dia berpakat dengan Nani untuk mengenakan Azyan. Mereka mahu membanru Syakir.
“Boleh tak kita berdamai seketika Azyan.” Lembut Syakir menuturkan kata. Namun senyuman susu cap teko yang lemak manis berkrim itu tidak sesekali lekang dari bibir Syakir.
“Bencilah! Boleh tak jangan senyum dan terkedip-kedip mata macam tu.” Azyan nak ketawa tapi dia saja tahan. Kadang-kadang gelagat Syakir buat dia tertawa dalam hati. Biasalah bila bergaduh macam-macam ayat keluar dari mulut laser Syakir.
Lega hati Salwa sebab Azyan boleh terima Syakir ikut serta aktiviti mereka. Itu pun Syakir bukan boleh berada dekat-dekat dengan Azyan. Syarat yang Azyan bagi pada Syakir. Mereka perlu ada jarak dalam 5cm. Entah apa punya mengarut syarat yang Azyan letak. Tapi lain macam pula bila Azyan dan Syakir dia membisu sambil memilih dvd kegemaran mereka. Agaknya dah terbiasa dengan riuh-rendah suara Azyan dan Syakir bertekak.
Azyan dan Syakir saling intai-mengintai. Keduanya panjangkan leher nak tengok dvd yang di pilih. Azyan lebih suka memilih dvd cerita-cerita epic misteri macam Narnia, Lord Of The Ring, Harry Potter dan sebagainya. Cuma pilihan Syakir yang tidak jelas di mata Azyan sebab lelaki itu sorokkan benar dvd yang dipilihnya. Ala…macamlah Syakir tidak perasan dengan lirikan mata Azyan. Sibuk betul minah seorang tu nak tahu cerita apa yang dia pilih. Bukan dia pilih cerita yang mengarut pun. Syakir lirik pula matanya pada Salwa yang sibuk memilih dvd cerita Korean. Salwa lagi hebat sampai tak menang tangan memegang dvd. Serentak Azyan dan Syakir menggelengkan kepala.
Naruto…Bleach…hantu anime rupanya mamat bernama Muhammad Syakir ni. Patutlah beria-ia sangat dia sorokkan dari Azyan. Nak heran apanya dia pun masih layan Shin Chan dengan Doraemon. Ultraman pun masih dalam senarai rancangan kegemaran Azyan juga tu. Seronok tengok Ultraman melawan raksasa. Azuan pun sekali-sekala tumpang sekaki menonton bersama. Apa korang ingat budak-budak saja tengok cerita-cerita begitu. Orang tua pun tengok jugak tau. Malah lebih excited dari budak-budak.
“Apa senyum-senyum.” Syakir mengangkatkan keningnya.
“Perasan. Siapa nak senyum pada awaklah.”
“Habis awak senyum pada siapa? Pada mamat Bangla berada belakang awak tu?” Syakir muncungkan mulut pada lelaki berbangsa Bangla yang sedang sibuk menyusun dvd di rak berdekatan Azyan. Azyan mencebik.
“Mengaku saja yang awak sukakan saya Yan. Bukannya saya tak tahu apa yang awak buat di belakang saya. Tak baik tahu menghendap anak teruna orang. Pervert!”
Bulat biji mata Azyan merenung Syakir. Mampus! Macam mana mamat ni boleh tahu dia buat kerja-kerja tak senonoh itu. Sempat Azyan jeling Salwa. Salwa gelengkan kepala sambil jungkit bahu.
“Aku bukan pervert! Siapa yang suka dengan kau cicak kobeng! Jangan ingat muka jambu kau dapat pikat aku! Tunggu lagi seribu tahun lagi pun aku takkan jatuh hati pada kau.” Mula dah bau-bau pertelingkahan antara mereka. Ini yang buat Salwa rasa tidak sedap hati.
“Gorilla dan mula kelaparan. Kau nak pisangkan? Nanti aku carikan.”
Azyan menyeringai. Memang ada yang nak masuk liang kubur. Salwa segera menhanan Azyan. Sini tempat umum janganlah nak buat perangai gila pula. Syakir pun satu juga. Apa pasallah suka sangat naikkan darah Azyan.
“Please….” Salwa sudah menyusun jari. Azyan termangu seketika. Dia renung wajah Salwa yang penuh mengharap.
“Lepas bayar aku nak minum air. Tekak aku dah kering.” Azyan bingkas laju menuju ke kaunter. Salwa membuntuti dari belakang diikuti oleh Syakir. Kemudian mereka bertiga menuju ke Bangi Kopitiam.
Azyan rasa tidak selesa Syakir ada bersama mereka. Pilih tempat duduk bertentangan dengan mata dia pula. Menyampah! Asyik-asyik menyampah saja si Azyan ni. Kalau dah benci semuanya pasal Syakir dia menyampah. Azyan merenung Syakir. Tak mungkin dia benci semuanya pasal Syakirkan. Dalam menyampah ada sesuatu tentang Syakir yang susah nak dia kikis dalam kepala otak dia. Senyuman nakal Syakir.
Salwa perasan dengan lirikkan mata Azyan pada Syakir. Ada yang tidak kena. Azyan tidak pernah lihat Syakir dengan pandangan mata begitu. Hati perempuan ni kadang-kadang susah nak diagak.
“Coke tak baik untuk kesihatan.” Ayat itu memang sering diulang oleh Syakir. Syakir memang tidak suka pada minuman kegemaran Azyan itu. macam Azyan tidak sukakan ice-cream kegemarannya jugalah.
“Itu aku punya pasallah. Buat apa kau nak sibuk.”
“Mestilah aku sibuk sebab aku sayangkan kau.” Pada perkataan ‘sayang’ itu, Syakir kendurkan suaranya sedikit.
“Hah! Apa dia cuba kau ulangn balik kata-kata tadi.” Azyan rasa dia ada perkataan sayang tadi. Atau dia yang silap dengar.
“Lupakan saja.” Wajah Syakir berubah. Azyan dengar ke dia cakap perkataan sayang tu.
“Bohong! Aku dengar kau ada sebut kata sayang tadi! Lebih kau cakap cepat!” Azyan sudah bingkas bangun. Dia tarik kolar kemeja Syakir. Sikap ganas perempuan seorang ini masih juga tak pupus. Ke manakah azamnya yang ingin gadis ayu bersopan santun itu.
“Apa tarik-tarik baju orang ni! Sakitlah!” getus Syakir.
“Aku tak kira aku nak kau ulang juga apa yang kau cakap pada kau tadi!” bentak Azyan. Dia tidak berpuas hati selagi Syakir tidak mengulangi kata-katanya.
“Azyan…” Salwa sudah memaut lengan temannya itu. Orang sekeliling sudah memandang ke arah mereka. Azyan ni langsung tidak peduli pada persekitaranlah.
“Degil betullah perempuan sorang ni. Orang dah cakap tak ada tu tak adalah! Ingat aku terliur sangat nak cakap sayang pada gorilla macam kau.” Syakir menyeringai. Kuat betul Azyan menarik kolar bajunya. Hampir tercekik dia.
“Aku dah agak dah yang kau dengan kekasih idaman aku ni tiada sebarang perhubungan.” Entah dari mana Zekri muncul di hadapan mereka.
Azyan melepaskan cengkaman padan kolar kemeja Syakir. Alamak! Macam mana pulak Mat Romeo boleh mengekori mereka. Dia mengalih pandang pada Salwa. Salwa nampaknya mengeluh panjang. Syakir pulak sudah tunjukkan muka menyinga dia. Musuh ketat katakan.
Zekri ketawa kecil. Dia seronok sangat kalau dapat tengok Azyan membelasah Syakir. Siapa sangka Syakir sukakan gadis yang garang seperti Azyan itu. Zekri akan bertaruh dengan dirinya sendiri. Kali ini dia akan lebihs serius untuk merampas Azyan dari Syakir. Hahahahahaha!
Dush! Satu penumpuk hinggap pada pipi Zekri. Cermin mata hitam yang dipakai tercampak atas lantai. Azyankah yang menumbuk dia. Tidak! Azyan masih berada dalam kelompok Salwa dan Syakir. Gadis itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Habis siapa pula yang menumbuk dia.
“Aku!” Bulat mata Zekri memandang pada tuan yang empunya suara itu. Hatinya berdengup kencang. Dia tidak akan melupakan wajah itu walaupun hampir empat tahun mereka tidak bertemu.
“Har…Har…Harnani….” Tergagap-gagap Zekri menyebut nama penuh Nani. Nani…Nani…adalah gadis pertama yang bertakhta di hati Zekri. Zekri jadi lemah bila bersua dengan Nani. Lemah segala urat sendi lututnya.
“Pertemuan semula dua pasangan kekasih.” suara Syakir. Dia bingkas duduk sambil menghirup air minumannya. Biarlah Nani yang menyelesaikan Zekri. Dia akan menjadi penonton. “Tak perlu risaulah. Nani boleh settlekan Zek. Baik korang berdua jangan masuk campur. Jadi penonton macam aku.”
Azyan dan Salwa menurut kata-kata Syakir. Mereka turut duduk di atas kerusi masing-masing. Syakir sudah sedap-sedap menjamu selera dengan hidangan yang sudah sampai di atas meja. Steady saja mamat seorang ini.
hohohoho...
ReplyDeletelawak giler la zekri ni....
napa la syakir 2 xmgaku syg kat yan....
crta smkin mnrik...
best2x...
Best...best..tpkan ganas sgt ler Azyan nih..takuttttt
ReplyDeletehaha...jangan cakap yg zekri ske giler ngan nani sampaikan lutut lemah.caya lah nani coz bwat zekri jatuh hati ngan kau...hehehe
ReplyDelete