Tab Menu

Followers

Monday, March 15, 2010

Coke And Sundae_18


KESIAN pula tengok Dira menangis pasal abang dia yang bernama Khairil Anuar itu. perlahan-lahan Azyan mengusap belakang Dira. Dira beritahu Anuar ada mengatakan yang dia tidak berminat pada perempuann. Dia homoseksual. Sungguh kurang ajar abangnya yang seorang ini. Ilmu songsang mana yang dia belajar Azyan sendiri tidak tahu. Sanggup mengata diri Homoseksual demi menghancurkan hati seorang gadis yang suci murni ini. Tidak boleh dimaafkan sama sekali! Azyan memang tidak boleh terima kesongsangan Khairil Anuar Binti Idris dan bukan Khairil Anwar pelakon dalam drama televisyen itu.
            Azyan menarik tangan Dira. Dia mahu buat perhitungan dengan Anuar. Perhitungan untuk minta kesahihan kenyataan yang memalukan itu. Dia sebagai adik pun sudah cukup malu. Apa lagi Azyan terus adukan perkara yang memalukan itu pada Azuan. Ternganga mulut Azuan yang sedang makan bihun sup di cafeteria. Dira dijadikan sebagai saksi utama kes berkenaan. Dua tiga kali Azuan menyoal Kak Dira barulah dia berpuas hati. Tidak boleh dibiarkan. Patutlah semenjak dua menjak ini Anuar bersikap lain macam. Siap ada bukti di tangan lagi. Gambar Anuar berpelukkan dengan seorang mamat tu. Tapi muka mamat bersama Anuar itu censoredlah pulak! Ini memang kes yang merbahaya macam Azyan cakap. Kali ini Azuan menarik tangan Azyan. Azyan menarik tangan Dira tapi Dira tiada tangan siapa dia nak tarik.
            “Hmmmmmm….” Anuar menarik nafas panjang. Lega kerana Dira sudah berputus asa dengan mengejar dia. Tiada cara lain selain cara itu yang dia ada. Pening kepala kalau hari-hari Dira asyik mengikut punggung dia. Kalau dia tegur perempuan lain Dira akan serang perempuan terbabit. Tak ke gila namanya gadis bernama Nadira itu. Tapi…bagaimanalah reaksi Azuan dan Azyan bila mereka tahu yang dia cakap pada Dira dia Homoseksual. Dia bukannya betul-betul Homoseksual pun. Saja dia menipu Dira. Sumpah dia bukan Homoseksual tau. Nak mati ke dipancung oleh ayah kalau dia berani songsang! Dia teruna yang masih suci.
            Itu pun setelah minta khidmat nasihat dari Syakir. Bernas juga idea Syakir. Meraung Dira bila dia cakap dia Homoseksual. Kelakar pun ada. Dira percaya bulat-bulat setelah ditunjukkan beberapa bukti di tangan. Kalau Azyan tenngok mesti menyirap darah sampai ke muka. Apa tidaknya gambar dia berpelukkan dengan Syakir! Semuanya idea gila Syakirlah. Dia pakai ikut saja. Rosak betul bakal doktor tu. Siapa lagi bakal
doktor kalau bukan Syakir.
            “Oooooo. Di sini ya abang menyembunyikan diri.” suara Azyan bergema dalam gengendang telinga Anuar. Anuar yang sedang rileks di bawah pokok rendang itu membukakan mata yang terpenjam. Dia tarik buku yang menutup wajahnya. Wajah Azyan yang menyeringai jelas dalam bebola mata Anuar. Firasat yang tidak baik. Azuan dan Dira pun ada sekali.
            “Yan!”
            “Khairil Anuar Binti Idris! We all datang nak tuntut penjelasan pada abang. Bila abang kesayangan Yan bertukar menjadi menjadi Homoseksual. Kalau jadi Power Rangers tu tak dalah Yan heran sangat. Ini H-O-M-O-S-E-K-S-U-AL!” Ambik Abang Anuar. Siap adikmu ini ejakan sekali perkataan Homoseksual itu.
            Anuar ketawa menekan perut. Tak tahan tau dengan lawak bodoh Azyan. Boleh pulak Azyan yang cerdik itu percaya seratus peratus dengan kata-kata Dira. Azuan pun terlibat sekali. Azyan dengan Azuan saling berpandangan. Anuar dah sewel agaknya sampai boleh ketawa melalak begitu sekali. Kesian muda-muda lagi dah tak betul abang aku seorang ini. Azyan gelengkan kepala.
            “Kalau pasal hal itu abang rasa tak payahlah korang berdua ambil port. Abang tahu apa yang abang buat.” Anuar mengusap-usap rambut Azyan. Azyan mencebik. Kalau sudah terpesong boleh dianggap hal kecil ke? Azyan tak puas hati. Bukan itu penjelasan yang mahu dia dengar.
            “Kau ni apa kena Nuar. Siapa ajar kau sampai buat benda songsang ni. Geli abang dengar kau bersongkol dengan lelaki!” Azuan meninggikan suara.
            “Baik abang cakap cepat sebab Yan ada bukti kukuh tahu! Jangan sampai bukti ini jatuh ke dalam tangan ayah. Nahas abang! Bak kata pepatah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.” Azyan mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.
            “Pepatah mana kau ambil ni Azyan.” celah Azuan.
            Azyan sudah buat lawak antarabangsa dia. Siap diubahsuai lagi pepatah melayu tu. Rosak budak Azyan ni. Bukan dia tak nak bercerita hal sebenarnya tapi Dira ada bersama Azyan dengan Azuan. Tiada orang lain boleh dia pinta pertolongan selain dari Syakir. Tindakan pantas. Anuar segera menghubungi Syakir.
            Syakir yang sedang khusyuk mengadap kuliah bersama Cik Puan Zaharah terganggu dengan bunyi telefon dalam kocek seluarnya. Mujur saja bunyi telefonnya itu
tidak bergegar satu dewan kuliah. Jika tidak mati riwayat telefon bimbitnya kena humban dengan Cik Puan Zaharah. Cik Puan Zaharah tidak suka sebarang gangguan dalam kelasnya walau bunyi lalat sekalipun. Ketika Cik Puan Zaharah leka mengadap papan putihnya, Syakir ambil peluang menjawab telefon.
            “Nuar kau nak mampus! Aku sedang dalam kelas Cik Puan tahu!” ujar Syakir separuh berbisik. Sambil-sambil itu dia tengok kiri kanan juga. Takut muka bengis Cik Puan Zaharah tertonjol depan dia.
            “Aku pun nak mampus jugak ni Kir! Dira pergi report pada Azyan dnegan Abang Zuan!”
            “Sungguh tak guna betul si Dira! Itulah kau…aku suruh kau rela hati terima cinta Dira kau tak mahu.”
            “Habis macam mana ni Kir?”
            “Ermmmm. Kau lengahkan mereka dulu. Dalam masa dua puluh minit lagi aku sampai. Kelas aku pun dah nak tamat dah.”
            “Okay!” Sebaik saja Anuar kata okay Syakir terus matikan telefonnya.
Nani yang duduk  tidak jauh dari mejanya mengerling. Syakir tersengih. Semalam Nani naik hantu dengan Syakir gara-gara Syakir buka cerita pasal anak Dato’ Ariffin. Baru sebut nama Zekri saja Nani jadi sasau. Sah memang Nani allergic mendengar nama Zekri Dato’ Ariffin. Nampak saja lemah lembut tapi kalau dah datang angin dia boleh jadi tsunami jugak. Itu pun kalau sesiapa yang berani menyebut nama Encik Zekri Bin Dato’ Ariffin.
“Siapa call?” tanya Nani berbisik-bisik. Cover line. Takut Cik Puan Zaharah dengar. Kelas Cik Puan Zaharah lah yang paling ditakuti oleh budak-budak medik ni. Cik Puan Zaharah tidak pernah bagi muka pada pelajar-pelajar dia. Kalau gagal kertas dia terus kena catas. Tiada maaf bagimu! Itu ayat yang selalu keluar pada pensyarah berusia awal 40-an itu.
“Anuar.”
“Dia nak apa?”
“Dia nak engkau.”
“Syakir. Serius okay.”
“Lepas kelas kau ikut aku.".

TERGESA-gesa Nani membuntuti langkah Syakir. Laju gila langkah Syakir. Kalau masuk larian marathon mesti dapat tempat pertama punyalah. Ingin tahu punya pasal Nani sanggup ikut Syakir. Pasti ada cerita yang menarik jika melibatkan kaum kerabat Azyan buah hati Syakir itu. Nani senyum sendiri.
            Ingat balik hal semalam rasa macam kena dirasuk bila dia tiba-tiba mengamuk sakan sebab Syakir sebut nama Zekri. Nama Zekri memang dilarang keras disebut depan dia. Syakir buat-buat tidak tahu pula. Sampai bila-bila dia tidak boleh tengok muka Zekri bahkan sebut namanya pun tak boleh. Bapak segala buaya itu yang buat dia menonggeng sampai bengkak mata suatu ketika dulu. Jadi mata panda beb! Itu sebab sampai sekarang dia solo lagi. Allergic nak bercinta!
            “Apa hal pulak mamat ni datang dengan Kak Nani?” Azyan kerut dahi apabila nampak kelibat Syakir dan Nani.
            Anuar meleret senyuman bila lihat penyelamatnya sudah sampai. Dia alih pada Dira yang sudah bengkak mata kerana menangis. Yang Azyan pula asyik menghulurkan kotak tisu yang dibawanya bersama kepada Dira. Ada saja peel adiknya yang seorang ini.
            “Nani! Aku rasa baik kau bawa Dira bersama kau. Hal ini tak boleh di settle kan jika ada Dira. Sulit! Nanti aku cerita kau apa sebabnya.”
            “Okay!” Nani mengeyitkan mata. Dia memaut lengan Dira dan mengajak gadis itu beredar. Dira menurut saja. Tidak banyak songeh.
            “Sebenarnya foto Anuar yang sedang berpelukkan dengan lelaki tu idea aku. Dan lelaki yang berpelukkan dengan Anuar itu adalah aku. Ala buat cantum-cantum dalam Photoshop. Bukan susah sangat! Kawan-kawan aku ramai graphic designer. Saja kami buat begitu sebab nak bagi Dira give-up kat Anuar.” Syakir buka cerita setelah Nani dan Dira hilang dari pandangan mata.
            “Dan aku takkan buat tanpa persetujuan dari tuan yang empunya diri. Aku jugak tak paksa Nuar ikut idea aku yang gila-gila bernas itu.” sambung Syakir lagi.
            Azyan dan Azuan terlopong. Cis! Idea yang cukup memalukan kaum keturunan betullah Syakir ni. Macam tiada idea lain. Rosak betul bakal doktor ni. Azyan dan Azuan sama-sama geleng keala. Syakir memang bikin kecoh.
            “Kau memang sengallah Syakir. Aku memang tidak boleh terima idea H-O-M-O-S-E-K-S-U-A-L kau! Memalukan kerabat aku tahu!”
            “Itu idea aku yang paling bernas tahu. Bukan senang untuk melakukannya kalau tidak ada kekentalan mental.”
            “Kekentalan mental kepala hotak kau! Entah-entah engkau memang ada simpan anak ayam. Jangan kau berani sesekali jebakkan abang aku dalam kancah hina kau Syakir! Langkah mayat aku dulu!” Azyan kerling nakal.  
            “Amboi! Tak sayang mulut. Kau ingat aku lelaki murahan. Sanggup jual badan. Pleaselah Cik Nur Azyan. Dari aku jadi H-O-M-O-S-E-K-S-U-A-L baik aku jadi anak ikan Datin. Duit poket masuk tiap-tiap bulan.” Syakir pun dah ikut cara Azyan buat ejaan pada perkataan Homoseksual itu.
            Mereka mula bertikam lidah. Azuan dan Anuar tepuk dahi. Asal jumpa saja gaduh. Asal jumpa saja gaduh. Tak pernah nak berbaik langsung. Azuan dan Anuar berdoa dalam hati hendaknya Azyan dan Syakir akan berbaik suatu hari nanti dan akan ada jodoh. Amin!
            Bila masing-masing sudah kering air liur tahu pula mereka behenti bertekak. Sudah tiada modal nak bercakaplah tu. Azyan tarik muka. Bencilah nak menatap muka jambu Syakir. Makin dia tengok makin menyampah! Mulut saja kata menyampah dalam hati berdebar-berdebar. Lagi-lagi kalau Syakir duk berbisik dekat telinga dia masa latihan teater. Dengan ahli kelab perempuan yang lain tidak pula dia main bisik-bisik begitu. Syakir memang sengaja! Ambil kesempatan. Azyan tidak menunggu dengan lebih lama. Dia segera angkat kaki.
            “Tak baik kau tipu Dira dengan lawak melampau kau, Nuar. Cubalah kau cakap baik-baik dengan Dira.” Azuan mula bersuara. “Kau pun satu Syakir. Bagi idea yang terlalu bernas. Kalau Dira kecoh satu kolej naya kamu berdua termasuk dengan kerabat aku dan kerabat kau sekali.”
            “Sorrylah….Aku just nak tolong kawan. Aku pun tak mahu kecoh begini.” Bila bercakap ada saja senyuman di bibir Syakir. Syakir memang tidak pernah lekang dengan
senyuman nakalnya.
            “Syakir. Aku ada satu pepatah yang cukup baik untuk kau. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak!!!” Azuan menepuk bahu Syakir. Dia memang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan. Lama dah dia tahu tapi saja buat-buat tak tahu.
            Azuan dan Syakir mengekeh ketawa. Anuar geleng kepala. Seorang lagi merosakkan pepatah melayu.

1 comment:

  1. Ilya...dah x larat nak ketawa ler...
    kelakar sungguh..BESSSTTTTT

    ReplyDelete