AZYAN ketap bibir bila lihat skuter kesayangan dihimpit ketat oleh sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Cagiva pulak tu. Tahu sangat dia milik siapakah motorsikal besar yang megah sangat menghimpit skuternya. Milik Muhammad Syakir Bin Ilyas. Pelajar senior paling top di universiti. Amboi mamat ni! Siap ada sticker Chelsea FC pada motosikal dia. Kalau kau orang nak tahu aku ni peminat sejati Chelsea FC. Kelab kegemaran aku tu! Aku paling anti dengan penyokong-penyokong Mancester United. Berlagak main bagus konon. Entah apa yang menarik sangat dengan Christiano Ronaldo? Rambut macam burung belatuk! Sekarang dah masuk kelab Real Madrid pulak. Konon-konon dia pemain yang bagus sangatlah tu. Apa taknya dia pemain termahal yang dijual oleh Mancester United. Tapi kalau kelab liga sepanyol aku sokong Barcelona beb. Lionel Messi bagus main apa? Si cicak kobeng ni apa yang aku minat itulah juga yang dia minat. Hairan bebenor aku dibuatnya. Tapi ada ura-ura yang aku dengar dulu dia penyokong Mancester United. Beralih anginlah tu.
Azyan pakaikan helmet atas kepalanya. Bukan helmet yang bentuk kura-kura tu tau. Dia gadis yang ikut perturan kerajaan. Naik skuter pun penuh berhati-hati. Ayah terhormat siap bagi pesanan penaja bila dia keluar rumah pakai skuter. “Yan…bawa skuter elok-elok. Ikut peraturan jalan raya. Kau kalau jadi mat rempit ayah rempit kau sekali. Jangan sesekali kau cuba merempit Yan. Nahas Yan, ayah kerjakan nanti. Ingat Yan. Pandu cermat jiwa pun selamat.” Itu pesanan penaja dari ayah buat anak dara tersayang setiap hari. Naik boring telinga Azyan mendengarnya. Kalau tak dengar nasihat pulak, berbalau merah satu badan. Tidak pun kena tekan tubi 200x. Pengsan dibuatnya. Apa tidaknya ayah hampir pitam bila anak daranya ini ditahan polis kerana turut serta dalam kumpulan mat rempit. Ala bukan sengaja nak merempit dengan budak-budak motor. Kebetulan saja terjoin group diaorang masa itu. Apa lagi rempitlah sekali. At last kantoi dengan Tok Janggut. Nasib baik kenal dengan Tok Janggut. Lepaslah setelah dikasi sedikit ceramah dan bebelan dari ayah. Balik rumah kena rotan dengan ayah. Sapu minyak gamat belakang badan. Ingat balik mesti Azyan ketawa sendiri.
“Mana pulak melaun ni? Aku tengah kelaparan ni!” desis Azyan. Ala bukan Azyan tak larat nak menolak motorsikal besar si Syakir. Dia malas menghabiskan tenaga. Perut tengah lapar. Malas nak isi perut dekat kantin. Bazir duit je. Ayah dah masak dekat rumah tu. Lagi sedap. Setengah jam kemudian, muka Azyan dah berasap. Muka mamat tu masih tidak muncul-muncul lagi. Azyan dengan selamba menendang motorsikal besar Syakir. Berkali-kali dia tendang motorsikal Syakir melepaskan geram. Tak dapat tuan, motosikal pun jadilah!
“Kemik sikit kau ganti!” Kedengaran suara Syakir dari jauh. Azyan bercekak pinggang.
“Aku tak nak ganti.”
“Motorsikal ni mahal tahu. Hadiah birthday dari abah aku! Aku sayang dia macam isteri aku sendiri. Macam aku sayang kat aku jugaklah!” Syakir mengusap-usap motorsikalnya.
“Uwekkkk! Gelinya aku!”
“Aik! Belum nikah dah berisi. Cepatnya kau Yan.”
“Cakap baik-baik sikit cicak kobeng. Aku bagi sebijik nanti!” Azyan kepal penumbuk. Syakir ketawa.
“Kau bagi aku ambik je.” Azyan tidak banyak berubahnya. Kasar! Dia saja yang berani menyakat dan bergurau dengan anak gadis itu.
“Loyar buruk kau ye. Mengapalah aku dipertemukan dengan kau lagi. Macam tiada muka lain.”
“Apa salahnya. Aku ni lagi handsome dari buat hati pengarang jantung kau. Macamlah aku tak tahu kau tengah nak mengorat Haziq budak dari falkuti kejuruteraan tu. Dari kau mengorat dia baik kau mengorat aku.” Makin giat Syakir mengusik Azyan.
“Jangan menyibuk hal luar dan dalam kain orang! Itu aku punya sukalah. Kau jaga-jaga je luar dan dalam kain kau!”
“Aku tak pakai kainlah Yan. Aku pakai seluar.” Mengekeh ketawa Syakir. Azyan mencebik. Kurang asam punya lelaki.
“Lawak kau tak kelakarlah.”
“Aku tak cakap lawak aku kelakar. Yan…tak boleh ke kita berdamai sekejap. Aku belanja kau minum Sundae. Kau nak tak?” Syakir sudah mengalihkan motorsikalnya. Saja dia menhimpit skuter Azyan. Bukan ada niat apa-apa. Dia cuma ingin melambatkan masa Azyan untuk pulang.
“Eiiiii…aku tak suka sundae. Manis. Kau memang sengaja nak kenakan aku ke!”
“Sundae lebih sedap dari coke apa. Coke tu tak elok minum selalu Yan. Bahaya untuk kesihatan.”
“Lantak akulah. Dah coke minuman kegemaran aku! Dahlah…bertekak dengan kau ni buang masa aku je. Aku nak blah. Lapar tahu tak. Nak balik rumah makan nasi.” Azyan sudah bertenggek atas skuter. Masa untuk beredar setelah berjam-jam memanaskan punggung dalam dewan kuliah.
“Aku join sekali boleh.”
“Kau nampak ni?” Azyan tunjukkan penumbuknya.
“Eiiiiii….takutnya….” Syakir mengacah. Bertambah-tambah kerut muka Azyan. Aku debik pulak mamat ni nanti. Makin dilayan makin dia loyar buruk.
“Syakir! Syakirrrrr! Tunggu kejap!” Terkecoh-kecoh Haziq berlari mendapatkan Syakir yang masih berada di tempat parkir motorsikal. Kehadiran Haziq disambut dengan senyuman manis di bibir Azyan. Senyuman berbalas senyuman. Syakir jadi pemerhati. Bila pulak Azyan mula jadi perempuan menggeletis begitu. Tidak seperti Azyan yang dikenalinya sebelum ini.
“Baru balik Yan?” soal Haziq lembut.
“Haah. Awak kenal dia ni ke?” Azyan menundingkan jarinya pada Syakir.
“Kenal sangat! Aku abang sepupu dialah.” Syakir menjawab bagi pihak Haziq. Berubah wajah Azyan. Biar betul! Ahhhhhhh! Sudah! Habis aku kalau gini. Azyan memengang kepalanya yang sudah dibaluti helmet.
“Ya….Syakir abang sepupu saya. Awak kenal dia ye.”
Perlahan-lahan Azyan anggukkan kepala. Syakir tersengih. Dia memang dah tahu Azyan minat pada Haziq, sepupunya itu. Haziq ada bercerita tentang seorang pelajar junior yang menjadi sebutan di universiti. Seorang gadis ayu yang sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki. Bila Syakir menyelidik, gadis itu adalah Azyan. Gadis yang begitu memusuhinya ketika di sekolah dulu.Gadis yang selalu buat Syakir menjadi bengang. Naif sangat dan lembab dalam menggunakan otak walaupun dia seorang seorang gadis pintar.
“Agaknya dia gadis yang abang sukakan dulu tu?” sambung Haziq. Tajam dia meneliti wajah Azyan. Rasanya bukan kot. Tengok gambar yang Syakir tunjukkan dulu agak berlainan sekali. Gadis itu tampak garang dan tegas.
“Kau merepek apa Ziq. Bukan dia inilah. Gadis yang abang minat tu lagi cantik dari dia.” gerutu Syakir. Azyan mencebik. Macam aku tak tahu siapa yang kau maksudkan tu Syakir. Aku tahulah Emelda tu lebih cun dari aku. Si gedik tu memang jadi pujaan hati kau dari sekolah dulu. Kau selalu bezakan aku dengan diakan! Bila aku dah cantik gini kau mulalah jealous pulak!
“Ya…kau memang salah orang Ziq. Kami just kenal gitu-gitu je masa sekolah dulu.” Azyan buat-buat tawa kecil. Control Azyan…control…jangan sampai terkantoi dengan Haziq. Mati kau kalau Haziq tahu siapakah diri kau yang dulu. Dari data yang diperolehi oleh Salwa, Haziq tidak suka perempuan yang ganas-ganas.
“Iya…kenal gitu-gitu aje.” Syakir sudah buat senyuman merbahayanya. Senyuman itu yang buat Azyan benci sangat. Adalah yang dirancang dek cicak kobeng tu. Ini tidak boleh jadi. Syakir pasti akan menggunakan peluang yang ada untuk membuat ugutan pada dia. Azyan perlu buat persediaan.
“Saya balik dululah ye. Bye-bye.” Azyan start skuter kesayangan cepat-cepat. Lama melayan nanti susah pulak kalau tersilap cakap.
“Bye-bye.” Haziq lambaikan tangan pada Azyan. Siap dengan senyuman yang memukau hati Azyan lagi tu. Timbul lagi simbol love pada mata Azyan. Tak boleh tahan dengan senyuman Haziq tu. Lenalah malam ini tidur gadis yang sedang di panah beribu-ribu panahan cinta.
“Kau minat pada dia ke Ziq?” Syakir di belakang mencuit bahu Haziq.
“Ermmmm….sukalah gak. Tapi takut nak dekat dengan dia. Haziq dengan dia macam langit dengan bumi je. Abang pun tahu Haziq gemuruh sikit dengan perempuan ni. Lebih-lebih dengan gadis cantik macam dia.”
“Oooooo….” Syakir mengusap-usap dagu yang licin. “Kau lapang tak?”
“Naper?”
“Temankan aku ke kedai CD kejap. Aku belanja kau sundae.”
“Sundae lagi.”
TERMENGAH-mengah Syakir berlari menuju ke pintu pagar. Sesak nafas dia dibuatnya. Boleh pulak motor kapcainya buat hal dipertengahan jalan. Sudahlah dia bangun lambat pada hari pertama persekolahan pagi ni. Tali kasut pun tak sempat nak ikat dah. Hari ini dia berlari mengalahkan orang yang berlari seratus meter tu. Apa tidaknya anjing Mr. Chan mengejar dia dari belakang. Entah apa halnya pulak anjing sewel tu naik angin hari ini. Apakah dia tidak dapat mengorat anjing cun di sebelah rumahnya itu. Ala anjing betina tu pun perasaan lawa sebenarnya. Setakat bulu ciput gitu dah berlagak cantik. Alamak, pintu pagar dah tutup! Syakir melihat jam di tangan. Dia sudah terlewat sepuluh minit. Mata pelajaran pertama pastinya sudah pun bermula. Apa lagi Syakir brek mengejut.
“Kenapa awak lambat!” tengkingan seorang pengawas depan matanya itu buat Syakir terkejut beruk. Amboi! Garang nak mampus! Cubalah tanya elok-elok. Ini main tengking-tengking orang je! Woi! Aku budak barulah….awak tu seorang perempuan tau! Muka saja nampak lemah lembut. Dahlah tocang tinggi macam ekor kuda!
“Kenapa tak jawab soalan saya tadi?”
Syakir tersentak. Tertelan gak air liur. Kemain garang pengawas di depannya. Muka pun serius habis. Pengawas lelaki di sebelahnya relaks saja.
“Siapa nama awak?”
“Muhammad Syakir….” jawab jelah apa yang dia tanya.
“Nama penuh! Takkan tak ada nama bapak di belakang. Habis siapa pulak yang kasi nama awak tu kalau bukan mak bapak awak!” leter gadis itu dengan suara yang tetap meninggi. Syakir sempat menjeling pada tag nama yang tersangkut di baju gadis itu. Nur Azyan….sedap nama dia. Tapi orangnya garang mengalah singa jantan.
“Awak pekak ke? Saya tanya siapa nama penuh awak!” Lebih meninggi suara gadis itu.
“Dekat tag nama awak tu pun tiada nama bapak awak?” Syakir menjawab.
“Berani awak menjawab ye. Saya ulang sekali lagi! Siapa nama penuh awak? Itu pun kalau awak tak nak jalan itik round satu kawasan sekolah ni!”
Main ugutan nampak. “Nama saya Muhammad Syakir Bin Ilyas. Puas hati!” Gadis mencatatkan sesuatu pada buku notanya.
“Kelas awak?”
“Saya tak tahu lagi.”
Gadis angkatkan kepala yang asyik menunduk tadi. Syakir nyaris terburai ketawa melihat wajah gadis depan matanya itu. Ingatkan cun tadi. Rupanya tidak.
“Bagaimana awak boleh tak tahu awak kelas mana?” Berbaris pendakap gigi di dalam mulutnya. Cepat-cepat syakir menekup mulut. Gadis ini lebih dahsyat dari Ugly Betty.
“Saya budak baru. Hari ini hari pertama saya di sini. So manalah saya tahu kelas saya lagi.” balas Syakir selamba.
“Hmmmmm…” Gadis itu mendengus kecil. “Zam…kau bawa budak baru nak belajar ni jumpa pengetua.”
“Okay.” Barulah pengawas seorang tu nak bersuara. Ingatkan bisu tadi.
“First day dah lewat. Ingat jangan lewat lagi selepas ini. Pagar tutup tepat pukul 7.30 pagi. Seminit pun tidak boleh terlewat.” Dia berleter lagi. Syakir angkat kening. Bengang betul dengan minah tu. Berlagak!
“Dia ketua pengawas sekolah. Dia tu memang tegas. Lebih baik jangan lawan kata-kata dia kalau nak selamat la.” Pengawas bernama Zam tu memberitahu.
“Patutlah….” Ketua pengawas rupanya. Tengok mamat ni pun macam okay je dengan minah tu tadi. Dah biasa agaknya.
Selesai jumpa pengetua, seorang guru perempuan menunjukkan kelas yang bakal dia duduki. Dalam perjalanan ke kelasnya, Syakir terserempak lagi dengan gadis yang menahan dia di pintu pagar tadi. Gadis itu kelihatan sedang mendenda dua orang pelajar di luar kelas. Nampak kecut wajah kedua-dua pelajar terbabit.
“Selamat pagi cikgu.”
“Selamat pagi Azyan. Awak lapang tak balik nanti.”
“Lapang. Mengapa cikgu?”
“Cikgu nak adakan mesyuarat untuk pasukan bola tampar kita petang ini. Awak maklumkan pada ahli yang lain nanti ya.”
“Baik cikgu.”
Syakir terus membuntuti cikgu tersebut dengan menundukkan kepala. Buat masa ini dia tidak mahu bertentangan muka dengan gadis itu. Buat-buat tidak nampak. Itulah cerita perkenalan pertama Syakir dengan gadis bernama Nur Azyan Binti Idris. Pertemuan seterusnya membingitkan lagi perkelahian antara mereka. Syakir tersenyum sendiri bila mengingati cerita masa sekolah dulu-dulu. Seronok sekali.
“Coke and sundae tak boleh bercampur ke? Soalnya sendiri dalam hati.
“Kak Yan makin cun adik lihat. Abang tak jealous ke?” Adiknya Syamil muncul mengejut dari depan pintu bilik. Kus semangat! Nasib baik tak ada lemah jantung. Budak seorang ni kalau muncul bukan nak bagi salam dulu.
“Tak kisah pun. Macam mana kelas tuisyen adik dengan dia?” Syakir bingkas bangun dari katil. Dia membuka t-shirt yang dipakai lalu dilontarkan dalam bakul pakaian.
“Buat permulaan ini okay. Dia tak tahu siapa adik lagi. Naper abang nak adik masuk kelas tuisyen dengan dia. Adik kan dah pandai macam abang. Abang nak adik intip dia ye.” Syamil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.
“Buat ajelah apa yang abang suruh. Itu pun kalau adik nak abang belikan adik PS3.” Syakir kenal sangat dengan perangai Syamil. Buat kerja mesti ada upahnya.
“Nak-nak…” Mata Syamil sudah terbayang-bayangkan permainan kesukaannya itu. Setakat ini Syakir sudah membelikan dia PS2 dan PSP. Dapat PS3 nanti boleh dia menunjuk pada kawan-kawannya nanti. Haha..haha…hahaha…
“So apa perkembangan intipan adik setakat ini.” Syamil laju melangkah masuk. Dia duduk di sisi abangnya itu.
“Kak Yan tu yang abang panggil gorilla tu sekarang nak jadi lebih feminin. Nak jadi lemah lembut gitu. Betul ke dia dulu lebih maskulin dari lelaki abang Syakir. Macam tak percaya je.” Syamil menongkat dagu. Dia tengok Azyan itu memang cun. Masa mengajar pun lemah lembut je. Tak pernah nampak garang pun. Saja je kot Syakir mahu kelentong dia. Orang cun macam Azyan siapa yang tak mahu mengorat. Dia pun boleh jatuh hati. Nasib baik dia budak sekolah baru belajar.
“Feminin…” Syakir diam seketika. Kemudian dia pecah ketawa. “Patutlah pun dia nampak lain benar sekarang ni.” Syakir tepuk dahi. Tak terfikir pulak dia.
“Amboi! Meriah ketawa.”
“Adik mesti tak percaya kalau abang cakap. Sekejap ye.” Syakir bingkas menyelongkar laci almari bajunya. Sekeping gambar dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Syamil.
“Picture sapa ni?”
“Tengoklah betul-betul.”
“Biar betul.”
“Betullah apa yang tak betulnya.”
“Impossible.”
“Possible….”
“I don’t believe it. Betul ni picture Kak Yan. Mana abang cilok ni….” Terkebil-kebil mata Syamil melihat gambar tersebut.
“Biar betul ni…”
“Betullah.” Syakir mengiakan.
KITA lihat pulak cerita yang di sebelah sini. Muncung sedepa mulut Azyan di meja makan. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Ayah hanya diam sambil menyuap nasi di pinggan. Matanya tetap tajam merenung ketiga-tiga orang anaknya. Ada saja yang buat pasal. Sudah tahu Azyan jenis degil dan panas baran masih juga diusik.
“Depan rezeki tak baik masam muka Yan.” tegur ayah. Dia jeling Anuar yang buat muka tak bersalah. Anuar kuat menyakat Azyan.
Anuar jugak yang banyak mengajar adiknya itu jadi lebih gagah dari lelaki. Segalanya bermula bila suatu hari Azyan balik dalam keadaan pakaian yang comot dan kusut masai ketika di tadika dulu. Bila ditanya Azyan hanya diam. Azuan dan Anuar pergilah menyiasat. Rupanya ada sekumpulan budak-budak lelaki membuli Azyan. Peliknya Azyan sedikit pun tidak menangis atau melawan balik. Diam saja menurut kehendak budak-budak tersebut. Balik rumah Azuan dan Anuar paksa Azyan bercakap. Si adik pun ceritalah dari A hingga Z. Anuar naik berang. Anuar turunkan ilmu yang konon-kononnya tersimpan di dada. Tak sedar yang awak tu pun budak kecik jugak masa tu. Ajar si adik agar tahu mempertahankan diri dari buli.
Dari seorang budak perempuan yang hanya duk diam dan tidak bersuara banyak bertukar jadi budak perempuan yang terlebih aktif. Habis dikerjakan budak-budak lelaki yang membulinya. Malah ada yang bawak mak bapak jumpa ayah mereka. Tiga-tiga kena balun dengan rotan ayah. Sejak itu Azyan nak jadi gagah macam abang-abangnya. Duduk sama tinggi sama taraf. Ayah pula tidak menghalang si anak perempuan jadi kuat. Lagi lasak lagi bagus. Kena denda pun setara dengan dua abangnya. Tak perlu susah sangat lagi nak menjaga si anak gadis seorang itu. Sebab orang kata jaga anak gadis ni macam jaga sekumpulan lembu. Itu alkisah asal usul Azyan menjadi lebih kuat dan gagah macam lelaki.
“Macam mana boleh salah target Yan?” soal si ayah bila si anak gadis masih duk senyap. Nasi dalam pinggan tak terkuik sedikit pun.
“Sapa suruh mamat sengal tu lalu depan rumah kita. Lagipun bukan Yan sengaja nak baling pasu bunga tu kena kepala dia. Abang Nuar yang mengelak.” Azyan buka mulut menjawab.
“Kalau abang tak elak kena kepala abanglah. Kesian si anak Mak Timah Radio. Satu kepala berbalut. Macam kepala mumia dah.” sampuk Anuar.
“Padan muka dengan dia jugak! Yan memang nak belasah dia pun sebab suka sangat report kat mulut radio mak dia.”
“Yan….” Ayah jegilkan biji mata. Tak sudah-sudah marahnya pada si Fadhil tu. Dah tahu budak tu sewel sedikit di layan jugak. Salah sapa? “Esok pergi tengok anak teruna Mak Timah Radio kat hospital. Minta maaf kat dia.”
“Buat apa? Mengabiskan minyak skuter Yan aje. Bukannya koma duk ICU pun. Mengada-ngadalah mamat sewel tu!” Azyan membantah.
“Yan….” Ayah keraskan suara sedikit. Azyan ada saja jawapan yang diberikan.
“Ala pergilah. Bukan luak pun. Mamat tu bila tengok muka kau kuranglah sakit dia tu. Bukan kau tak tahu Mak Timah Radio berkenan sangat dengan kau untuk dijadikan menantu.” Menyampuk lagi abang seorang ni.
“Yan debik pula abang nanti!” Azyan sudah lipat lengan kemejanya yang atas paras siku.
“Yan…” si ayah menjeling lagi. Azyan turunkan balik lengan kemejanya.
“Nuar pun pergi sekali dengan Yan. Dua-dua pergi mintak maaf dengan Fadhil. Jangan lupa bawa buah tangan sekali. Ini arahan. Tiada sebarang bantahan atau surat-menyurat. Muktamad!!!!” Ayah bangkit membawa pinggan ke dapur.
“Hmmm!” Makin muncung mulut Azyan. Dia memanng menyampah kalau mengadap muka Fadhil yang selalu sengih macam kerang busuk. Dah kecilnya dulu hinnggus selalu meleleh dekat hidung. Eeeeeiiii gelilah….
“Buruk betul mulut muncung-muncung gitu. Tak cun dah. Kalau mamat tu tengok mesti dia reject Yan jadi awek dia.” Azuan yang baru menghabiskan dua kali tambahan nasi dalam pinggan. Kelaparan sangatlah tu. Tak padan dengan badan kurus.
“Eh! Kau tahu ke siapa mamat malang yang bakal jadi adik ipar kita tu?” Anuar merapati Azuan. Cerita panas ni. Tak patut dilepaskan.
“Tahu sesangat.”
“Abang jangan nak cari pasal dengan Yan pulak!” Lengan kemeja yang dilurutkan tadi naik semula ke pangkal siku. Menyorot mata Azyan memandang kedua-dua abangnya itu. Auranya sudah makin menghampiri Azuan dan Anuar.
“Ayahhhhhhhh! Yan jadi gorilla lagi!” jerit Azuan dan Anuar sebelum dia dikerjakan oleh adik tersayang. Leher Azuan dan Anuar sudah dipaut oleh Azyan ala-ala pautan The Rock dalam wrestling tu. Ayah terhormat bercekak pinggang depan mereka. Azuan dan Anuar sudah berpeluh.
“Tiga-tiga tekan tubi seratus kali!” perintah si ayah. Dan ketiga-tiganya telan air liur.
hehhehe....best nyer family nih....
ReplyDelete