Tab Menu

Followers

Tuesday, March 22, 2011

566 Hari Mencari Cinta - April Ini

3 tahun saya menulis cerita ini dan tajuk asalnya adalah Permaisuri. Watak utama dulu Diana Ezuryn (Sekarang Firdayu) dan Heronya tetap Kid (tak ubah) Memikirkan tajuknya buat saya pening kepala. Dan akhirnya tajuk diperolehi pada penghujung 2009 atas bantuan seorang sahabat juga. Gara-gara menonton drama bersiri Nur Kasih ketika Adam menunggu Nur selama(lupalah beratus hari dia tunggu) Tup dapat idea! Maka saya genapkan angka menjadi 566 (rasa macam menarik) 



Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Siapakah lelaki pilihan hati Firdayu? Ruzair? Dato Aminuddin? Philip? Hamizi? atau Datuk Wasef? Siapa pula Kid kepada Firdayu? Nak tahu kenalah baca novel ini nanti ><

9 comments:

  1. hmmm...x sabar nak gi beli...
    nak tau sapa yang firdayu pilih...ataupun dalam masa yg dijanjikan tu xde pun dia berjaya...suspen tul...hehehe
    akak bln april kan keluar....

    ReplyDelete
  2. Ya...bulan april keluar...rasanya lebih menanti coke and sundae II :p:

    ReplyDelete
  3. yes~! nak tau jugak endingnya g mana...

    ReplyDelete
  4. tgh dan dah bace smpi bibit2 jeles yue pd kid dgn liya. hehehehehe.

    ReplyDelete
  5. hehehe...x sbr nak beli
    rasanya firdayu dpt x cinta dlm 566 hari..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak...sebenarnya tggu juga CnS 2...he3x...akak ni mcm tau je isi hati saya...akak CNS2 bila nak klr...?

    ReplyDelete
  7. hello kak..saya kaji novel akak untuk analisis sastera bagi program pre universiti saya..boleh saya contact akak utk pertanyaan lanjut mengenai pndangn akk tntang novel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi akak di ilyawriter@gmail.com

      Delete