Tab Menu

Followers

Friday, March 11, 2011

Queen Control - Bab 5

PUTRI Tasnim menghempaskan fail di atas meja. Dia tidak menduga ada yang buat sabotaj dengan visual iklan terbaharunya ini. Hancur! Hancur! Siapalah yang berani mencuri idea Elite! Masakan pokok akan bergoyang kalau angin tidak bertiup. Pasti ada spy dalam Elite. Pesaing-saingnya tentu saja mahu menjatuhkan Elite. Dia tidak pernah main taktik kotor sebegini. Putri Tasnim memicit kepalanya. Dia perlu memikirkan idea yang lain. idea yang lebih kreatif! 

            Jamie dan Cherly saling berpandangan. Mereka sendiri tidak menduga ada orang meniru visual iklan tersebut. Jika bukan Mr. Don yang menelefon pastinya isu ini akan menjadi masalah besar. Siapa yang tiru siapa? Kalau Jamie dapat orang yang buat sabotaj ini tahulah azab orang itu nanti! Sesuka hati meniru hak cipta orang lain.

            “Kita kena tangkap pengkhianat tu Miss Tas.” Suara Jamie. 

            “Betul. Kita kena umpan si pengkhianat tu tunjuk muka.” Sokong Cherly.

            Mr. Don beri muka kerana kesalahan bukan berada di pihak mereka. Namun lelaki Mat Salih itu memberikan mereka masa satu minggu memberikan proposal iklan yang baru. Pecah kepala mahu memerah idea yang bernas. 

            “Kalaulah Tazriq masih ada....pasti kita tidak perlu bertungkus-lumus begini.” Suara Jamie lemah.
Wajah Putri Tasnim berubah apabila nama itu disebut oleh Jamie. Air matanya bergenang. Jamie segera menekup mulut. Ops! Terlepas cakaplah pula. Cherly menjeling temannya sekerja itu. Mulut cabul betul!
            Putri Tasnim segera mengalih pandangan. Lima tahun dia tidak mendengar nama itu menjadi sebutan. Kalau bukan janjinya pada Tazriq....dia tidak akan berada di Elite. Siapa Tazriq? Tazriq adalah pengasas Elite. Tazriq yang mengheret Putri Tasnim menceburi bidang pengiklanan ini. Mereka menaikkan nama Elite bersama-sama. Di mana ada Tazriq maka di situ ada Putri Tasnim. Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap Tazriq. 

Tazriq berkahwin dengan gadis lain sebelum Putri Tasnim sempat meluahkan perasaan kepada Tazriq. Putri Tasnim rasa terkilan. Namun dia berlagak seperti tidak kisah dengan perkahwinan Tazriq. Suatu hari mereka bergaduh besar kerana campur tangan isteri Tazriq dalam Elite. Putri Tasnim menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Tazriq. Mereka saling tidak bertegur sapa sehingga Putri Tasnim di kejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Tazriq. Tazriq meninggal dunia di tempat kejadian. Rasa kesalnya menggunung apabila namanya diletakkan sebagai pemilik mutlak Elite. Isteri Tazriq membantah wasiat berkenaan.  

Pelbagai fitnah ditakburkan kepada Putri Tasnim. Isteri Tazriq menuduh Putri Tasnim punya hubungan sulit dengan arwah suaminya. Dia hanya menutupkan telinga. Apa yang paling utama adalah wasiat terakhir Tazriq. Kepercayaan arwah tidak akan dia persiakan. Jatuh dan bangun Elite di dalam tangannya.

            I’m sorry Miss Tas.” Ucap Jamie perlahan.   

            Leave me alone.” 

            Cherly menarik lengan Jamie. Cherly tahu Putri Tasnim ingin bersendirian. Ini semua Jamie punya pasal. Semestinya mood akan suram satu hari ini.

            Putri Tasnim mengusap-usap wajahnya. Hatinya tersentuh apabila mengingati Tazriq. Tazriq adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati Putri Tasnim. Jika dia tidak lewat memahami hati dan perasaan Tazriq pasti Tazriq tidak akan berkahwin dengan perempuan itu.

“I ingat nak pergi bercuti sehari dua ini. Fikiran I serabut.” Putri Tasnim menyatakan cadangannya kepada Tihran. Lelaki itu menganggukkan kepadanya. Apa yang mengganggu fikiran wanita ini agaknya. 

            “Bagaimana kalau I temankan you?”

            Laju Putri Tasnim menggelengkan kepalanya.

            “I mahu bersendirian.”

            Wajah Tihran tampak hampa mendengar kata-kata Putri Tasnim. 

            “You mahu berehat di mana? Paris? Sydney, Korea...” Tihran menyatakan tempat-tempat perlancongan yang sering Putri Tasnim lawati sebelum ini.

            “I nak ke Port Dickson. I sudah booking di resort Tanjung Tuan. Esok I akan bertolak.” 

            Telinga Tihran tidak salah dengar ke? Setahunya Putri Tasnim tidak suka melancong di dalam negeri. Destinasinya hanya di luar negara. Sejak bila temannya ini berubah angin? Dia pandang tepat pada wajah Putri Tasnim. 

            “Tas...macam mana dengan Elite? I dengar visual iklan you diciplak.”

            “I tengah runsing. Buat masa ini I tidak mahu fikkirkan tentang Elite.”

            “You perlukan bantuan dari I.”

            No!

            Apa jua masalah yang dihadapi oleh Elite dia akan tangani sendiri.  Dia tidak perlukan campur tangan dari orang lain walaupun Tihran itu adalah teman baiknya. 

            “Hmm! Sikap keras kepala you tetap tidak berubah.” Tihran melirik senyuman. 

            Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Putri Tasnim. Sikap egonya masih bertualang dalam diri wanita itu. Dan kerana ego itu jua Putri Tasnim tidak pulang ke pangkuan keluarganya. Dia menganggap dia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Bukan mudah mahu berbincang dengan wanita yang sukar mendengar pendapat orang lain ini. Dia tidak lupa perkelahian Putri Tasnim dengan ibu tirinya sehingga dia nekad meninggalkan rumah. Puas dia memujuk agar Putri Tasnim menjenguk keluarganya. Pujukan Tihran sia-sia belaka. 

            “Tihran...You kata ada sesuatu yang you ingin beritahu pada I. Apa dia?” 

            “Ermmm....” Tihran menggigit jari. Hatinya berdebar kuat. Dia takut untuk meluahkan perasaan yang terpendam di hati. Bagaimana jika Putri Tasnim menolak mentah-mentah cintanya?  

            “Cakaplah...” Desis Putri Tasnim. Hari itu beria-ia hendak beritahu dia sesuatu. Sekarang senyap pula mamat seorang ini. Aku sekeh karang baru tahu. Dia sedang kejar masa.

            “Tiada apa-apa perkara yang penting pun. I cuma nak sampai pesanan dari papa you. Bila you mahu pulang ke rumah? Lima tahun you tidak menjenguk dia.” Lebih dia pendam dahulu untuk sementara waktu. Selepas Putri Tasnim sudah selesaikan segala masalahnya dia akan luahkan perasaan cinta, kasih dan sayangnya pada wanita itu. 

            “Selagi perempuan itu ada I tidak akan pulang.  Apa yang dia buat pada mama I tidak sesekali I akan lupakan.” Tegang suasana dalam kafe berkenaan. 

            Tihran sekadar menjongket bahu. Dia sudah dapat mengagak jawapan yang lahir dari bibir Putri Tasnim.  

TIRYAQ tersenyum lebar melihat pasangan di dalam kafe terbabit. Dia sedang duduk dengan penuh gaya sambil menghirup kopi O panasnya. Veelu tetap setia menemani di sisi. Dia halau bagaimana sekalipun pengawal peribadinya itu tetap mengekori langkahnya. Tiryaq perlu memikirkan jalan yang lain agar Veelu tidak berada 24 jam di depan mata.  Dia tidak perlukan babysitter bermuka bengis itu. Lainlah dia kanak-kanak yang baru nak menjangkau usia 5 tahun. Dia sudah 33 tahunlah. Apple pun satu! Kenapa dibiarkan Veelu mengikut dia di sini. Tiada kebebasan! Dia perlu memikirkan sesuatu agar Veelu disingkirkan.

            Gelagat maco Tuan Pengarahnya itu, Veelu perhatikan dengan ekor mata.  Tajam sekali renungan Tuan pengarah pada perempuan tempoh hari itu. Dia tidak sukakan perempuan tersebut. Apa yang menarik sangat pada perempuan itu sehingga menjadi perhatian mata seksi Tuan Pengarahnya.

            “Tuan...perempuan jahat itu sudah teman lelaki. Lupakan sahaja.” Getus Veelu

            “Orang yang berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula hanya pasangan kekasih. Awak fikir saya tidak layak mendapatkan dia?” Tiryaq mengusap dagu. Benarkan lelaki bersama wanita itu adalah kekasihnya. Tidak nampak kemesraan antara mereka. Ingat dia bodoh!

            “Tuan....saya tidak bermaksudkan sedemikian.”

            “Habis apa maksud awak?” 

            “Err....errr...” Veelu jadi gagap.

            “Tiada jawapankan.” Tiryaq meletakkan cawan kopi O nya di atas meja. Matanya masih tidak lekang dari memerhatikan pasangan tadi. Dia teringin nak mengetahui nama wanita itu. Tapi bagaimana ya?

            Hehehehe...Tiraq mengeluarkan telefon bimbit canggihnya dari kocek seluar. Dia buka camera di telefonnya itu. KLIK! Dia ambil gambar wanita terbabit.  Dengan gambar itu nanti dia akan dapatkan identiti wanita terbabit. Siapa lagi yang akan menjalankan kerja sulitnya kalau bukan Apple.

TERSENTAK Tengku Mirza apabila mendengar bunyi telefom bimbitnya yang terletak di atas meja mesyuarat itu. Riak mukanya berubah. Dia hanya mampu tersenyum malu. Tengku Mirza segera menjawab panggilan terbabit tanpa menghiraukan pandangan mata yang lain. Dia menoleh ke arah Apple yang berdiri tegak di sisinya. Telefon bimbitnya itu diserahkan kepada Apple.

            Apple langsung tidak bersuara. Kepalanya sahaja yang terangguk-angguk seakan menerima sesuatu arahan. Apakah panggilan tersebut dari Tiryaq. Apple menyerahkan semula telefon bimbit itu kepada Tengku Mirza. Ada senyuman terukir di hujung bibir gadis itu. 

            “Tiryaq ke Apple?” Soal Bonda Arfah. Dialah orang paling risau sekali tentang keselamatan Tiryaq. 

            “Tuan Pengarah kirim salam sayang pada semua. Dia ucapkan terima kasih kerana risaukan keselamatan dia.”

            Ahli lembaga pengarah dalam bilik mesyuarat itu menghela nafas kecil. Kalau tidak pulang terus mereka tidak kisah. Tengku Mirza boleh menggantikan tempat Tiryaq. 

            “Jangan fikir Tuan Pengarah tidak akan pulang ke kerusinya semula. Ambillah peluang ini untuk lapangkan dada dan lapang hati.” Sambung Apple. 

            “Kamu semua takutkan Tiryaq?” Tengku Mirza merenung seorang demi seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat TIR Holdings. Adakah Tiryaq begitu menggerunkan.

            “Siapa yang tidak takutkan Tuan Pengarah yang berpimpinan sepeti Hitler itu. Siapa yang berani menentang pastinya kena tendang keluar. Bukan begitu Puan Sahara?” Apple membalas bagi pihak ahli lembaga pengarah. Puan Sahara mencemik muka. Apple perli dialah tu.

            “Wow! Patutlah muka anda semua kaku semacam.” Tengku Mirza ketawa kecil. Nasib koranglah dapat Tuan Pengarah macam Tiryaq. Dia tidak dapat nak menolongnya.

            Tiryaq tersedak. Siapa pula yang mengata dia dari belakang ni. Dia tahulah kakitangan dan ahli lembaga pengarah TIR Holdings sedang bersorak dengan ketiadaan dia. Apple sering melaporkan perkembangan syarikat kepadanya. Celoteh Apple memenatkan telinga Tiryaq untuk mendengar. 

            “Veelu!”

            “Saya Tuan Pengarah.”

            “Saya arahkan awak pulang ke TIR Holdings untuk melindungi Tengku Mirza. Tiada sesiapa akan mengancam saya. Keselamatan Tengku Mirza adalah menjadi keutamaan.” Tiryaq sudah mengeluarkan perintah mulutnya. 

            “Tuan mahu saya lindung budak lembik tu?” Veelu mencebik. Kenapa dia bukan Deen. 

            “Awak nak membantah ya!”

            “Tidak tuan! Tidak tuan! Saya akan ikut arahan tuan.” Veelu menelan air liur. Gerun tengok kerlingan mata Tiryaq. 

            Hahahaha...Tiryaq ketawa besar. Akhirnya dia berjaya mengusir Veelu.

3 comments: