Tab Menu

Followers

Sunday, March 27, 2011

Coke and Sundae II - Bab 10

JURURAWAT di sebelah Syakir kerutkan dahi. Amboi Doktor Muhammad Syakir. Hari ini sungguh ceria. Siap menyanyi lagi lagu Hindustan tu. Doktor Muhammad Syakir sudah kena sampuk ke? Izmi menyiku bahu Syakir yang sedang enak menyuap roti bakar ke dalam mulutnya itu. Tersedak kawan. Syakir sekeh kepala Izmi. Kalau tercekik tadi macam mana? Tak pasal-pasal Doktor Muhammad Syakir yang kena operate! Izmi susun sepuluh jari mohon maaf. Bukan sengaja pun. Beberapa hari lepas Syakir serius habis. Dia mahu tegur pun takut. Lepas cuti baik pulak mood teman sekerja ini. 

            Musliha ada beritahunya yang Syakir kena gangguan seksual dengan Katrina. Terbalik tu! Selalunya perempuan yang kena gangguan seksual. Izmi pun ada perasan yang Katrina sedang menggoda Syakir. Sayangnya Syakir tidak melayan karenah manja Katrina. Dia naik hairan dengan Katrina yang tergila-gilakan Syakir. Katrina tahukan yang Syakir itu suami orang. Sah-sah memang milik orang. Dia yang bujang ini tidak pula si Katrina nak goda. Boleh dia kasi Musliha cemburu sikit. 

            “Mus ada cakap pada I yang isteri comel you berbadan. Tahniah Kir.” ucap Izmi ikhlas. Bakal membesar keluarga Syakir. Dari tiga akan bertmbah menjadi empat. Mujur bukan isteri yang bertambah. Mahu mati Syakir kena cekik dengan Azyan.

            “Terima kasih. I ingat mahu buat kenduri kesyukuran di rumah I. You kena datang dengan Mus.” 

            “InsyaALLAH…Mana Kat. I tidak nampak batang hidung dia dari pagi tadi.”

            “Manalah tahu. I bukan penjaga dia.” Dia paling tidak suka kalau nama Katrina diutarakan dalam perbualan.

            “Semalam dia macam cacing kepanasan sebab tidak dapat tengok muka hensem you. I tak faham kenapa dia tergila-gila you. Macam you saja seorang lelaki dalam dunia ini.” Izmi sudah mula bercerita. 

            Syakir mencebik. Ada dia kisah! Dia lebih kisahkan Azyan dari Katrina yang tidak diketahui asal usulnya itu. Kalau Azyan buat mogok sebulan mahu hari-hari dia makan meggii kari dengan Ameerul. Kalau mengadu pada Puan Mahani, alamak kena ketawakan dengan emaknya itu. 

            “Kalau dia sakit jiwa bukan masalah I. I tiada kena-mengena dengan itu perempuan.” 

            “Tapi you kena berhati-hati dengan Kat. Kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. Fikirkan family you. Bagaimana kalau dia cederakan wife you.”

            Berubah reaksi Syakir. 

            “I should punish her!” Dia tidak akan benarkan Katrina mendekati keluarganya. Adakalanya bila Syakir serius begini ada aura yang menakutkan. Izmi menelan air liur. 

            “Apa you berdua umpatkan tentang I.” Katrina menjelma di belakang mereka macam hantu. 

Tersembur Izmi yang sedang menghirup teh o aisnya itu. Syakir buat tidak tahu saja dengan sapaan Katrina. Katrina tanpa segan silu duduk bersebelahan dengan Syakir. Semalam Syakir ambil cuti kecemasan. Dia langsung tidak tahu. Kalau ada umpatan yang dia sudah gila bayang pada Syakir. Biarkan saja. Malah dia tidak malu mengatakan yang dia memang sudah jatuh hati apda lelaki itu. Apa yang mereka tahu soal hati dan perasaan ini.

Syakir angkat punggung. Dia tidak selesa bila Katrina ada bersama. Dia rimas! Roti bakarnya hanya diusik separuh. Selera makan hilang sebaik sahaja melihat wajah Katrina. Izmi hanya tersengih melihat tingkah Syakir.

“Kalau orang sudah tidak suka tidak perlu you yang terhegeh-hegeh macam perigi cari timba.” perli Izmi.

“You fikir I tidak boleh dapatkan Doktor Syakir?” 

“Jangan bermimpi di siang hari Doktor Katrina. Jaga sikit maruah you itu sebagai seorang perempuan.” Izmi bingkas bangun mengekori langkah Syakir yang sudah jauh ke hadapan.

Huh! Berani mereka memperlekehkan aku. Mereka belum kenal siapa aku. Siapa papa aku! Papa aku orang berpengaruh di Kuala Lumpur ini. Masakan papa akan menolak permintaan anak kesayangannya ini. Katrina melakarkan senyuman sinis di hujung bibir.

“ARGHH! He’s so sexy, gorgeous and handsome….he’s makes me crazy!” Katrina meluah rasa pada pada temannya Aria dan Leena. 

          Aria gelengkan kepala. Katrina jatuh cinta. Dia seakan tidak percaya yang Katrina jatuh cinta. Apa yang Aria tidak senangi Katrina jatuh cinta pada suami orang. Hak milik wanita lain. Leena pula seakan menyelebahi Katrina. Ada saja kata perangsang dari mulut Leena yang sudah selamat menjadi madu seorang jutawan itu. Bangga kerana berjaya menundukkan seorang lelaki yang sebelum ini amat mengagungkan cintanya ada si isteri. 

            Aria pandang Katrina kemudian beralih kepada Leena. Kedua temannya itu wanita yang jelita dan bekerjaya. Katrina seorang doktor manakala Leena seorang executive manager. Kenapa masih mahu mengejar cinta suami orang. Apakah dunia ini sudah kekurangan lelaki bujang.

            “Kat…kalau you tidak boleh dapatkan dia cara kasar you boleh gunakan cara halus.”  Leena memberikan cadangannya. 

            “Cara halus. Maksud you?” Katrina seakan berminat.

            “Jangan buat kerja bodoh! You tahu tak perbuatan meruntuhkan rumahtangga orang itu tidak baik.” Aria mencelah. Dia tahu apa yang Leena maksudkan kepada Katrina. Cara kotor itu juga yang Leena gunakan untuk menundukkan suaminya. Dia tumpang simpati pada isteri lelaki itu.

            “Apa salahnya. You fikir you baik sangat. Kalau you baik you tidak menyanyi di night club!” cerca Leena. 

            “Tapi I tidak kacau suami orang. I tidak runtuhkan rumahtangga orang. I menyanyi untuk cari makan.” Aria membela dirinya. Dia tahu nasibnya tidak sebaik Katrina dan Leena. Dia bukan dari golongan berada seperti kedua teman baiknya itu. Ayahnya kaki judi. Hutang keliling pinggang. 

            “Sebenarnya you iri hati tengok kami berdua. Aria…you yang bodoh tidak mahu ikut cakap I. Kalau you ikut cakap I…you sudah senang tahu.” Leena memaut lembut bahu Aria. 

            “I masih ada maruah sebagai seorang perempuan. I tidak tergamak mahu menyakiti hati kaum sejenis I.”

            Katrina dan Leena ketawa mengekeh. 

            “I rasa you patut jadi seorang ustazah bukannya seorang penyanyi night club.” sindir Katrina. 

            Aria terasa dengan sindiran Katrina. Sememangnya Katrina sudah terpengaruh dengan hasutan Leena. Mungkin ada baiknya dia mendiamkan diri. 

            “I rasa lebih baik you berjumpa dengan bomoh kalau you yang tundukkan dia. I lakukan perkara yang sama pada Taufik. Gila bayang dia dengan I sampai tidak pandang wife kesayangan dia itu.”

            “Bomoh?” 

            “Ya…bomoh.”

            Katrina berfikir sejenak. Boleh ke bomoh tundukkan Syakir di bawah telunjuknya? Boleh ke bomoh membuatkan Syakir melupakan isteri kesayangannya itu? Dia mahu Syakir menjadi miliknya seorang. 

            “So…apa yang perlu I lakukan?” Katrina kian teruja. Dia sudah mengimpikan yang Syakir berada di dalam pelukannya. Pasti romantik.

            “Khamis malam Jumaat nanti kita jumpa dengan bomoh tu. I pasti lepas ini you tidak perlu berputih mata lagi.” Leena dan Katrina ketawa serentak. Aria gelengkan kepala. Kedua teman baiknya ini memang sudah gila. 

            Tawa Katrina terhenti apabiila melihat pasangan yang masuk ke dalam kedai pakaian yang berdekatan dengan kafe tempat mereka melepak itu. Dia kenal benar dengan pasangan terbabit. Siapa lagikan kalau bukan lelaki kegilaan ramai itu. Syakir! Dan perempuan itu pastinya Azyan isteri kesayangan Syakir.

            “Look!” Katrina menundingkan jari ke arah seorang lelaki yang sedang jalan berpimpinan tangan bersama seorang wanita. Kemesraan yang ditonjolkan oleh lelaki itu buat Katrina menggigit bibir. 

            “How sweet! Lelaki itu memang tampan.” Leena menongkat dagu.

            “Sweet you kata. I lebih sweet jika I yang berpasangan dengan dia.” Katrina menyiilangkan tangannya. 

            “Jangan kata pada I itu lelaki yang you…”

            “Of course!” Katrina laju memintas.

            “What the! Kat…he’s so handsome.” Leena tidak berkelip mata merenung wajah Syakir yang sibuk memilihkan pakaian untuk Azyan. 

            Aria juga tidak menafikan kata-kata Leena. Syakir memang segak dan tampan orangnya. Katrina tersenyum bangga. Taufik suami Leena itu tidak mampu menandingi kekacakkan Syakir. Dia akan sentiasa lebih hebat dari Leena dan Aria.

            “He’s so hot!” Patutlah Katrina beria-ia mahu mendapatkan lelaki ini.

AZYAN gelengkan kepala. Dia tidak sukakan warna biru. Syakir tetap mahu mendesak dia mencuba baju kurung berwarna biru lembut itu. Jerit nanti baru Syakir tahu. Kalau ya pun nak pergi majliis perkahwinan Mat Karan masakan kena ikut tema kawan baiknya itu. Tak mahu dan tak nak! Azyan menggelengkan kepalanya lagi. Dia mahu pakai baju kurung yang berwarna pink yang dijahitkan oleh ibu mertuanya itu. 

            Syakir bulatkan mata sebesar bola mata ikan emas. Azyan tidak takut. Berkali-kali isterinya itu menggelengkan kepalanya. Syakir asyik hulurkan pada  dia baju kurung berwarna biru. Ingat kumpulan boria ke? Azyan tidak sanggup membayangkan dalam kepalanya. Kak Nani satu keluarga biru. Salwa satu keluarga biru. Saufi pun berbaju melayu biru. Pengapit pengantin tu. Dia sekeluarga pun mahu satu kaler ke? Azyan tak mahu. Dia mahu lain kaler.

            “Sayang…” Syakir terus-terusan memujuk.

            Azyan buat muka toya. 

            “Tak mahu!” Azyan palingkan mukanya. Jurujual di kedai baju berkenaan ketawa kecil dengan gelagat suami isteri itu. Sweet!

            “Ala…ini atas permintaan Mat Karan. Sayang….please….”

            “Ayang kata tak mahu! Abang dengan Meerullah pakai warna biru. Ayang nak pakai warna pink jugak.” Azyan berkeras. Degil betullah laki dia. Orang tak mahu. Tak mahulah!

            “Tak sehati berdansalah begitu. Ayang…” Alahai manjanya Syakir. Siap main kelip-kelip mata lagi. Ini yang buat Azyan lemah ni. 

            Azyan rasa mahu ketawa. Tapi dia menahan. Dia tidak akan tewas dengan Syakir. 

            “Tak nak!” Azyan sudah keluar dari kedai berkenaan. Laju Syakir mengekori langkah deras Azyan. Dia cuba menyaingi isterinya itu. Risaukan keadaan Azyan yang sedang berbadan dua.

            Langkah Syakir terhenti apabila matanya terpaku pada sekumpulan wanita yang sedang duduk bergelak ketawa di kafe berdekatan. Dia amati wajah salah seorang dari wanita terbabit. Katrina! Itu Katrina. Mata mereka saling bertaut. Katrina tersenyum sumbing memerhatikan dia. Syakir mengalihkan pandangan. Dia mengorakkan langkah mendapatkan Azyan. Sebolehnya dia tidak mahu Azyan bertemu dengan Katrina. 

            Sikap tidak layan Syakir itu yang makin mencabar Katrina. Baginya lelaki itu memang ego. Senyuman Syakir terlalu mahal untuknya. 

            “Kat! You mesti dapatkan dia.” Leena menghasut. Bahu temannya itu dipaut.

            “He’s wife is so cute.” Aria menyedut minumannya tanpa mempedulikan renungan tajam Katrina. 

            “Pedulikan Aria! Kalau betul you mahu dapatkan dia ikut cakap I.” rengus Leena. 

            “Apa jua cara sekalipun I mahu dia menjadi milik.”

            Hati kalau sudah dirasuk oleh syaitan tidak mampu berfikir dengan rasioanl lagi. Dugaan sedang menanti Syakir dan Azyan.

            “Sayang…hati-hati. Ingat yang ayang tu bawa baby.” Syakir memaut lengan Azyan. Tak padang berbadan dua laju dia berjalan. Jenuh Syakir mengejar langkah Azyan.

            “Abang…” Tadi angin sekarang sudah bertukar menjadi manja. Azyan ni main air pasang surut pulak. 

            “Ayang mengindam sup tulang lagi ke?’ soal Syakir. Sejak mengandung anak kedua ini banyak pula mengindamnya. Kalau hari ini nak makan nasi beriani. Esok dia minta Ayam panggang pula. Tulat dia minta makanan lain. Begitulah seterusnya. Pipi Azyan pun sudah makin tembam. Rasa nak gigit.

            “Mcdonald’s.”

            Dahi licin Syakir berkerut. Ada apa dengan Mcdonald’s. Isk! Jangan buat pasal nak minum air coke pula. 

            “Tak boleh!” Serta-merta Syakir memberikan jawapannya.

            “Tekak ayang teringin nak rasa aiskrim sundae bukan nak minum coke.” gerutu Azyan. Bagaikan sudah data menangkap apa yang bermain di fikiran suaminya itu.

            “Sundae?” Telinga dia ada salah dengar ke? Bukan Azyan tidak sukakan aiskrim sundae.

            Syakir buat muka terkejutnya pulak. Laki aku ni! “Cepat belikan ayang aiskrim sundae.” Azyan menolak tubuh Syakir.

16 comments:

  1. alalalalala...comel nye...suke3...mst berat dugaan syakir n azyan lps nie...

    ReplyDelete
  2. harap2 syakir kuat melawan penangan bomoh tu....

    gilalah katrina nie...

    melampau tahap gaban dah ni....

    boro!!!!

    syakir.... berhati-hati ok......

    berdoalah kepada-NYA bnyak banyak....

    ReplyDelete
  3. syakir dan azyan memang cute...
    apa punya kwn la leena ni sanggup ajar mber guna ajaran sesat utk dapatkan syakir....tidak!!!!!!...

    ReplyDelete
  4. Seronok baca komen2 di sini. :H: Agak-agak Syakir kene ngan penangan bomoh ke tu nanti ke

    ReplyDelete
  5. warghh ! sakitnye lah hati ~ sengal punye katrina..ngee ! tension !

    ReplyDelete
  6. x suke kawan Kat nama Leena...better lagi Aria...
    ooo...rupanya Leena pun dapatkan suaminya guna bomoh rupanya....
    iskh...syirik betul

    ReplyDelete
  7. Sabar2 jgn emosi...hehehehe marah betul semua pada Katrina :D:

    ReplyDelete
  8. katrina n leena ngex!!
    hishh!!

    hope azyan n syakir 4eva..~

    huhu..

    ReplyDelete
  9. katrina yang penuh kejahatan..hope azyan tetap dengan syakir..x mo lain..hihihi..

    ReplyDelete
  10. hahha...sweetnyee..~~~~!!
    jhtnye leena penghasut....suke aria..haha

    ReplyDelete
  11. Sweet...
    Hrap2 syakir bsa mengatasi Kathrina tu..

    ReplyDelete
  12. InsyaALLAH...mungkin Syakir mampu menanganinya...tp iya ke? kalau syakir tak kena citer tak best tau :D:

    ReplyDelete
  13. haha!!! SYOK!!!!
    tp, rasanya... stiap kali nk bg syakir kena, mesti trsalah punya....
    rasanya jela....

    ReplyDelete
  14. geram ngan Katrina nih...nk bomohkan Syakir plak...

    ReplyDelete
  15. benci la katrina 2!!!x malu ke???

    ReplyDelete
  16. kak ilya..hehe sorry ada grammar salah.."he makes me crazy"

    ReplyDelete