Tab Menu

Followers

Sunday, March 20, 2011

Coke and Sundae II - Bab 8

UMPH…Bukan main sedap kari kepala ikan yang dimasak oleh Azyan. Sebelum ini masakan kari Azyan tahap 3/10 sahaja bintang yang diberikan. Enecik Idris amat berpuas hati. Lebar senyuman di bibir Azyan bila dapat pujian dari ayah tercinta. Syakir mencubit pipi isterinya yang semakin tembam itu. Orang sedang berisi katakan. Rasa tidak sabar dia mahu melihat Azyan menyarungkan baju mengandungnya itu. Kali ini pasti tiada celoteh dari bibir comel Azyan. 

            Kelibat Azuan dan buah hatinya Emelda muncul di muka pintu. Hari ini Encik Idris buat majlis kumpul anak-beranak. Anuar sekeluarga masih tidak kelihatan. Anuar selalu sibuk dengan kerja. Jarang sekali menjenguk ke rumah Encik Idris. Dia lebih kerap menelefon ayahnya. Azuan ada juga membebel pada Anuar. Susah benar mahu melihat muka Anuar depan mata. 

            Emelda menuangkan air untuk bakal pak mertua. Bukan main sopannya. Azuan ada bercerita yang Emelda kalau datang ke rumah tidak lekang duduk di dapur. Mula-mula adalah juga Emleda menjerit apabila suruh memasak. Macam-macam perihal minah seorang itu. Terhiris jarilah. Minyak meletuplah. Kupas bawang sampai meleleh air mata. Orang tidak biasa ke dapur katakan. Rumah ada orang gaji.

            “I dengar you berbadan dua. Tahniah Yan.” Emelda memulakan perbualan. Kebetulan Azyan dan dia sahaja yang berada di dapur itu. 

            “Alhamdulillah…Kau bila lagi?” Azyan mengenyitkan matanya.

            Emelda ketawa kecil. “I tunggu line clear aje.” 

            “Hai…rasanya semua sudah clear. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.”

            “You memang sengaja nak mengusik I.” Emelda menolak lembut bahu Azyan. “I ada dengar ada doktor wanita dipindahkan d hospital tempat Syakir bekerja. Hati-hati Yan. I dengar perempuan tu cantik. Nama dia Katrina aka Kareena kaapor tau.” 

            Azyan behenti dari menghiris bawang. Reaksinya berubah seratus-peratus. Syakir tidak pula bercerita pasal doktor wanita itu. Patutlah kebelakangan ini senyum semacam lakinya itu. Syakir nak kena gulai agaknya.

            “Isk!  Saya percayakan Syakir.” Azyan berselindung. Siap buat-buat ketawa lagi. Jaga imej depan Emelda. Debaran kat hati Tuhan saja yang tahu. Balik rumah karang, tahulah Syakir kena soal siasat.

            “Eloklah tu. I tahu Syakir sayang pada you. I just ambil berat dengan bakal adik ipar I ni. You tahu tak yang Syakir minat giler dengan Kareena Kaapor pelakon jelita Bollywood tu? Cantikkan Kareena Kaapor? I pun suka tengok lakonan dia.”

            Azyan meramas-ramas bawang merah yang ada dalam tangannya. Timbul urat-urat di dahi. Kareena Kaapor! Dia tidak tahu pula yang Syakir suka Kareena Kaapor. Syakir yang sedang mencuri dengar di balik pintu mula rasa seram sejuk satu badan. Emelda bikin kecoh. Buat apalah perempuan seorang ini buka cerita pasal Katrina dan Kareena Kaapor. 

            “Ehemm...ehemm…” Syakir berdehem kecil. Dia kerling Azyan yang sedang selamba menghiris bawang yang sudah tidak rupa bawang itu. Emelda lantas meninggalkan Syakir berdua-duaan dengan isterinya.

            Syakir duduk menghadap muka Azyan. Azyan tetap buat dek. Bagaikan tiada orang di hadapannya itu. Panas hati ni. Panas dengan spekulasi yang dia dengar dari mulut Emelda sebentar tadi.  Katrina…Kareena Kaapor…Katrina…Kareena Kaapor…Nama itu berlegar-legar dalam kepala Azyan. 

            Kus semangat! Syakir mengurut dada. Pisau sudah dihunus di depan mata. Lagak Azyan macam seorang pembunuh upahan. Sungguh menakutkan. Hilang kecomelan pada wajah isterinya itu. Syakir menelan air liur. 

            “Abang…tekak ayang terasa nak makan sup tulang pulak.” Azyan melirik senyuman di hujung bibir. 

            “Sup tulang? Semalam abang baru belikan ayang sup tulang.” Syakir tampak bersahaja. Bukan dia tidak tahu maksud di sebalik kata-kata Azyan itu. 

            “Ayang nak special sedikit. Kata orang satu dalam sepuluh.”

            Special? Kalau tulang aku yang dijadikan sup memanglah specialkan. Sedap sangat ke tulang aku nak dijadikan sup?

            “Wah! Ada masak sup tulang ke?” Entah bila Anuar terpacul di muka pintu dapur. Anuar mengangkatkan keningnya. 

            “Taklah. Azyan ni mengindam nak makan sup tulang.” Syakir berdalih. Azyan mencemik. 

            Anuar merapati pasangan suami isteri itu. Tembam pula dia tengok pipi comel Azyan. Apalagi dia cubit pipi Azyan. Syakir menyeringai. Apa cubit-cubit pipi bini orang ni. Dia saja yang boleh cubit pipi Azyan tau. Orang lain tidak dibenarkan termasuklah kedua abang kesayangan Azyan ini. Syakir segera menarik Azyan di sampingnya. Anuar ketawa. Dengan dia pun Syakir mahu cemburu. 

            Syakir pandang Anuar atas dan bawah. Anuar sudah banyak berubah. Agak berisi sedikit tetapi masih segak lelaki yang sudah bergelar ayah kepada tiga orang anak ini. Dengar khabar Anuar akan bertugas di Dubai dalam masa dua tahun. Syarikatnya ada buka cawangan di sana. Hujung tahun ini Anuar akan berangkat ke Dubai bersama isteri dan anaknya.

“DORA-Dora!” Syamil melambaikan tangannya pada gadis yang berbaju kurung dan bertudung ungu itu. Dia berlari-lari anak mendapatkan Dania.

Dania tersenyum. Senyuman pekat macam susu lemak manis itu yang buat Syamil tidak tahan. Sungguh menambat hati. Syamil dan Dania jalan beriringan. Rata-rata ada juga yang mencemburui perhubungan mereka. Dia dengan Dania tiada buat benda-benda yang tidak baik. Mereka bersahabat walaupun kehadirannya tidak disenangi teman baik Dania yang bernama Nur Hana. Nama glamournya Han. Awak tu perempuan perasaan nak jadi lelaki. Kononnya pelindung kepada Dania. Dia pun tidak faham kenapa Hana benci sangat dengan dia. Rasanya dia tidak ada buat salah dengan gadis itu. Dan dia tidak mengutuk identiti Hana yang berambut pendek itu. 

Hana sering melawat Dania di UPSI ini. Bukan calang-calang juga awek tomboy itu. Siap bawa motorsikal berkuasa tinggi. Lagak bagai nak menunjuk depan Syamil. Konon-konon Syamil tidak mampu memiliki motorsikal besar seperti dia. Macamlah dia tidak ada sebiji. Dia bukan jenis suka menunjuk-nunjuk. 

“Syam…Saya nak minta maaf pasal Hana. Saya tahu dia selalu serang awak.” Merah jambu muka Dania. Biasalah perempuan. Malu-malu kucing. 

“Syam tidak ambil hati pun. Dia buat begitu sebab dia sayangkan awak.” Syamil garukan kepala yang tidak gatal. Dia pun berasa malu jugak. 

“Saya anggap Hana macam adik saya sendiri. Tapi saya tidak tahu pula dia ada perasaan pada saya. Saya ingin bantu dia tapi dia seakan tidak mahu mengubah laluan songsangnya itu.” Sayu riak muka Dania. Bukan senang nak dapat kawan sebaik Dania ini. Hana betul-betul tidak tahu menghargainya.

“Awak ni memang baik hatilah Dora-Dora. Itu sebab saya suka berkawan dengan awak.” Ini permulaan bagi satu perhubungan yang baru. Syamil menongkat dagu sambil merenung wajah manis Dania. 

“Awak pun apa kurangnya. Awak kacak, segak dan pandai. Adakalanya saya macam tak layak berkawan dengan awak.”

Alahai…merendah diri pula. Dia bukannya popular sangat berbanding dengan abangnya, Syakir yang mulutnya tidak berinsurans itu. Mungkin dia ada iras-iras wajah Syakir. Namun dia tidak mahu dibayangi oleh Syakir. Syamil adalah Syamil. Dia antara lelaki melayu terakhir tahu. Kalau along lelaki yang tidak pandai bermadah punjangga dia pula tokoh lelaki romantik. Jangan salah faham pula. Lelaki romantik tidak tertakluk hanya kepada kaum kerabat buaya darat. Dia lelaki baik-baik tau. Perasaan sunguh Muhammad Syamil Bin Ilyas ini.

“Kalau saya nak lebih dari seorang kawan boleh. Kata orang teman tapi mesra.” Syamil tersengih. 

“Hah!” Terlopong mulut Dania. Tajam anak mata Dania merenung Syamil yang masih tersenyum-senyum tu. 

“Janganlah buat muka terkejut beruk pulak.” Syamil mengawangkan tangan ada muka Dania. Merah padam muka gadis itu.

“Awak berguraukan?” 

“Tentulah!” Syamil ketawa. 

Dania menghela nafas kecil. Syamil kalau berkata-kata bukannya mahu serius. Ada saja gurauan yang dia selitkan. 

Mereka beralih perbualan kepada topik pembelajaran. Dania akan merujuk pada Syamil pada kertas kerja yang dia tidak faham. Syamil tidak lokek menghulurkan bantuan. Dia kata ilmu yang dicari perlu kongsikan bersama. Jangan jadi kedekut. Kemesraan mereka menjadi tatapan sepasang mata yang menyorot penuh dengan kebencian. Siapa lagi kalau bukan Hana.

Hana sudah memberikan amaran agar Syamil tidak mendekati Dania. Malah tanpa segan silu dia menyatakan yang Dania adalah teman wanitanya. Dia tidak suka hubungan Syamil dan Dania menjadi rapat. Dia tidak suka! Dania adalah miliknya. Dia tidak mahu Syamil merampas Dania. Dania Batrisya…kenapa gadis itu tidak faham aka nisi hatinya. Kenapa Dania menolak cintanya? Kenapa Dania perlu bersama dengan Syamil?

“Hmmm…” Syamil perasan dirinya diperhatikan. Dia sengaja membiarkan Hana dilanda badai cemburu. Haram tahu perempuan sama perempuan bercinta. 

What’s wrong Syam?” Dania mengerutkan dahi dengan gelagat Syamil. 

“Hana sedang perhatikan kita.” 

What?” Dania menekup mulut. Hana mengekori dia. Apa yang Hana fikirkan. “Syam…saya takut dia apa-apakan awak. Hana itu agresif orangnya. Dia juga agak berbahaya.” Dania meramas jari-jemarinya. 

“Ouch! Takutnya saya…” Syamil ketawa sambil memeluk tubuh. 

Dania menyeringai. Dia seriuslah. Syamil ingat dia buat kelakar ke? Orang risaukan dia…dia boleh ketawa pula. Risau? Dia risaukan Syamil. Hati Dania berdebar kuat. 

“Dora-Dora….awak jangan risau. Saya tidak akan tewas pada perempuan yang berlagak macam lelaki tu. Malulah kalau saya melarikan diri dari Hana. Nampak sangat saya lelaki pengecut dan membiarkan awak menghadapi Hana sendirian. Saya akan bersama awak.” Bersinar-sinar mata Syamil ketika mengungkapkan kata-kata maconya itu. Dia akan melindungi sahabat baiknya itu. 

“Syamil…” Dania terharu.  

8 comments:

  1. syamil2...mesti hensem,kan??hahaha...bertuah dora-dora!!
    hahahahaha

    ReplyDelete
  2. sampai nak buat sup tulang, amboiiiiiiiiiiiiiii yan!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. hehehe...syamil dengan dania...suke
    alamak azyan dah tahu pasal katrina lah...habislah syakir lepas ni..mesti jadi betul sup tulang...
    hahaha...

    ReplyDelete
  4. ade coke and sundae 2 eh ? baru abes bace yg first .. hehe!

    ReplyDelete
  5. hahahaha....sup tulang...dahsyat tuh.....hehehe

    ReplyDelete
  6. huih,,,syamil ada 2 girl skrg nie??? dania ke hana yang bakal bertahta di hatinya??? heheehe

    ReplyDelete