KOTA PARIS. Eiffel Tower. Disembar 2007, Jejaka bermata hazel dan berambut agak kehitaman itu menggenggam erat jemari gadis jelita di hadapannya. Dia menyapu air mata yang mengalir pada pipi gebu gadis jelita itu. Sungguh dia tidak tegar mahu berpisah dengan gadis yang sudah disayangi sepenuh hatinya. Namun dia perlu membuat pilihan. Mereka berlainan keturunan dan agama. Sejauh mana pun cinta mereka masakan keluarganya akan membiarkan dia menukarkan agamanya. Ibu dan ayah tirinya orang yang kuat agama. Lebih-lebih lagi dia sudah ditunangkan dari kecil dengan gadis yang bukan pilihan dia.
Kalau boleh dia mahu lari bersama gadis itu. Tapi apakan daya, ibunya sedang sakit. Masakan dia mahu menyakiti hati ibunya. Dia sendiri menjadi buntu. Dia perlu mengorabankan cintanya pada gadis itu. Cinta mereka tidak direstui. Ibu sama sekali membantah dia memilih gadis berketurunan Melayu itu. Malah ibunya mengugut untuk membunuh diri jika dia berani mengahwini gadis tersebut. Mungkin kerana kisah silam ibu dan ayah kandungannya. Ayah kandungnya meninggalkan ibu dengan mengahwini wanita melayu. Pilihan apa yang dia?
“Saya rasa awak tidak patut menghantar saya ke airport.” Gadis jelita iu mengangkat kepalanya.
“Why?” Lelaki itu menyoal.
“Jangan tambahkan kesedihan di hati saya lagi. Don’t make me cry!” desis gadis itu.
“Please…” Lelaki itu merayu. Gadis itu menggelengkan kepalanya berulang-kali.Dia lepaskan jemarinya dari genggaman lelaki itu.
“Good bye…” ucapnya. Dia berpaling sambil menarik bagasinya ke arah teksi yang sudah setia menanti.
“Firdayu…wait!” Lelaki itu menarik pergelangan tangannya. Dia berikan sesuatu pada telapak tangan gadis bernama Firdayu. Kerongsang….Firdayu mengetap bibir. “Jangan lupakan saya.” suara lelaki itu. Dia juga seorang fasih berbahasa melayu.
“Pete…Saya juga berharap awak berbahagia bersama Cassandra.” Gadis melangkah masuk ke dalam perut teksi. Seketika teksi itu bergerak dah menghilang dari pandangan matanya.
Di dalam teksi, dia membelek-belek kerongsang yang diberikan oleh lelaki itu. Bibirnya terkumat-kamit membebelkan sesuatu.
“Hampeh punya lelaki! Membazirkan air mata aku saja. Dia berikan aku kerongsang sebagai tanda perpisahan. Sudahlah bukan main liat aku nak pikat dia dulu. Mujur aku tak pernah nak seirus dalam cinta. Ingat aku sedih sangat ke pasal dia nak kahwin dengan Cassandra tu. Minta maaf. Kumbang bukan seekor! Ini Firdayulah.” desis hati kecilnya. Cermin teksi itu dibuka. Kerongsang tersebut dicampakkan keluar.
TIBA di KLIA. Firdayu yang berkaca mata hitam itu melangkah keluar bersama bagasinya. Di belakangnya ada seorang lelaki berjaket hitam mengekori deras. Wajah lelaki itu tampak tegang. Lenggok langkahnya buat mata-mata si lelaki tidak berkelip memandang. Malah ada yang terlanggar dinding ketika berjalan apabila memandangnya. Dia sekadar tersenyum sinis tanpa mempedulikan mata-mata nakal yang asyik memerhatikan susuk tubuhnya itu. Lelaki mana tidak meleleh air liur. Gadis di depan mata mereka itu sungguh seksi. Dan seksi itu tidak hanya tertakluk pada pakaian.
Dia melambaikan tangan pada seorang lelaki muda yang berdiri tidak jauh dari situ. Sepantas kilat lengan lelaki itu dipaut erat. Kepalanya dilentukkan manja pada bahu lelaki terbabit. Lelaki berjaket hitam yang mengekorinya itu mengetap bibir. Ada amarah pada wajahnya.
“Yue! You kata ingin berikan peluang pada I setelah you berpisah dengan Pete?” Dia menyoal.
“You ingat I serius ke?” balas Firdayu.
“Tapi I berpegang pada janji you. I tidak berani potong jalan sebab Pete adalah sahabat I.” Dia merenung Firdayu mengharapkan penjelasan yang sewajarnya. Dia dan Firdayu sudah lama berkenalan sejak mereka berlajar di kampus lagi. Firdayu juga tahu yang dia menyimpan perasaan padanya. Apakah dia sudah tertipu dengan kata-kata manis dari bibir Firdayu.
“Perhubungan kita sampai saja. Finished! Lagipun I tidak berminat menjalinkan hubungan cinta dnegan you setelah I break dengan Pete.”
“Siapa pula lelaki ini?” Dia pandang lelaki yang dipaut erat oleh Firdayu itu. Lelaki yang tidak kurang kacaknya.
“I lupa nak kenalkan pada you bakal tunang I. Perkenalkan ini Fahmy dan Fahmy ini Rusky teman yang I kenal ketika di Paris.”
Rusky terkesima. Lagak Firdayu buat hatinya terluka. Sedikit pun wanita jelita tidak ada rasa bersalah di hati. Apakah Firdayu juga bermain kata dengan Pete! Namun Rusky sedaya mungkin memaniskan mukanya, Kedua lelaki itu berjabat tangan.
“Tiada gunanya you mengekori I lagi, Rusky. Lebih baik you pulang saja ke rumah you. Family you pasti sedang menanti you di rumah dan juga Viviana.” sambung Firdayu lagi. Dia terbayangkan wajah Viviana. Viviana merayu-rayu meminta dia melepaskan Rusky. Kesian pula pada gadis itu. Ah! Dia bukan pernah serius dalam percintaan. Ada ramai lelaki yang lebih hebat dari Rusky di luar sana. Ingat dia kebulur sangat ke?
“I nak tanya you. Adakah you benar-benar mencintai Pete?” Kali ini renungan mata Rusky lebih tajam.
“Bagaimana kalau I katakan tidak?” Soalan berbalaskan soalan.
Fahmy hanya menjadi pemerhati. Dia langsung tidak menyampuk.
“Fine!” Rusky berpaling. Bibirnya mengulum senyuman pahit. Dia beredar tanpa mengucapkan selamat tinggal. Firdayu menarik nafas lega. Kalau tidak buat persediaan awal pastinya dia akan mengalami masalah dengan kehadiran Rusky. Tidak menduga pula Rusky mengekori dia.
“Good job my friend.” Firdayu menepuk-nepuk bahu Fahmy. Biarpun lakonan Fahmy tak menjadi dan kaku, sekurang-kurangnya dia dapat menghalau Rusky. Fahmy memang banyak kegunaan pada dia.
“Lepas ini I tidak mahu jadi ‘spare tyre’ you lagi.” Fahmy membuka langkah menarik bagasi Firdayu. Firdayu tersengih mengekori langkah Fahmy. Ada masalah saja pasti sahabatnya itu yang menjadi mangsa.
Fahmy memasukkan bagasi Firdayu ke dalam bonet kereta. Firdayu sudah lenyap entah ke mana. Rasanya tadi gadis itu ada mengekori dia belakang. Sekarang sudah menghilang. Fahmy mengerutkan dahi apabila sebuah kereta Jaguar berwarna hitam behenti di hadapannya. Wajah Firdayu tertonjol keluar dengan senyuman yang meleret.
“You balik dulu. I tumpang kawan I ini.” Lelaki di sebelah Firdayu itu melambaikan tangan. Teman lelaki baru Firdayu.
Jaguar berwarna hitam itu meluncur laju sebaik saja Firdayu menyampaikan pesanan ringkas kepada Fahmy. Fahmy gelengkan kepala.
“Poison Ivy.” desisnya.
aaaaa kalo KN dah buka utk order, skrg jugak ai order. no doubt. no regret
ReplyDeleteHehehehehe :H: itulah dah ramai tak sabar nak order dah
ReplyDeleteakak pon dh x saba illya.mcm best je.novel illya yg sebelum ni pn akak dh ada.akak sentiasa menanti buah tgn dr awk tau.semoga berjaya meghasilkan karya2 yg terbaik.........
ReplyDeleteTq Kak Comiez... :D: atas sokongan akak.
ReplyDelete