Tab Menu

Followers

Sunday, March 20, 2011

'Queen Control' - Bab 6

PUTRI Tasnim merebahkan dirinya di atas kecil. Dia menarik nafas panjang. Letihnya memandu dari Kuala Lumpur ke Port Dickson.Tambahan pula tersekat dengan traffic jam. Jalan raya punya banyak pun tetap berlaku kesesakan juga.  Masalahnya rakyat Malaysia ini masih ada yang tidak menjalankan amalan berkongsi kereta. Satu rumah lebih dari sebiji kereta. Suami sebiji, isteri sebiji dan anak-anak seorang satu sebiji kereta.

            Apabila bersendirian begini, hatinya pasti diragut kesunyian. Dia mula merindui wajah arwah mama. Arwah Tazriq. Dua orang inilah yang paling dia kasihi. Dan kedua orang yang dia kasihi ini telah meninggalkan dia sendirian. Mama meninggal dunia kerana perempuan jalang itu. Papa memang buta menilai antaran intan dan permata. Janda itu memang sudah guna-gunakan papa. Siang malam papa asyik bertenggek di rumah janda itu tanpa menghiraukan mama yang sakit. Dia juga hairan mengapa mama membenarkan papa menikahi perempuan  jalang itu. 

            Bukan sekali dua papa memujuk dia pulang. Dia tidak betah duduk di rumah itu lagi. Dia tidak sebulu dengan ibu tirinya itu. Acap kali mereka akan bertegang urat. Papa sememangnya akan menyelebahi perempuan itu. Dia sakit hati. Dia keluar bukan bermakna dia tewas! Kalau tidak fikirkan janjinya dengan mama, dia sudah robohkan rumahtangga papa dengan perempuan itu.

            Putri Tasnim bangun dari baringnya. Dia mencapai pengikat rambut. Rambut yang panjang atas bahu itu ditocangkan. Dia ingin berjalan-jalan mengambil angin di luar. Esok dia akan pusing satu Port Dickson ini.

TIRYAQ meletakkan beg sandangnya atas katil. Bibirnya mengulum senyuman kanak-kanak riang. Rancangan sedang berjalan dengan lancar. Sasaran sudah dikenal pasti. Apple memang boleh diharapkan. Dia mula merenggang-renggangkan ototnya. Lega kerana Veelu sudah tidak mengikut punggung dia lagi. Keselamatan Tengku Mirza lebih utama. Musuh-musuhnya pasti akan mengenakan Tengku Mirza. Oleh kerana itu mahu Veelu dan Deen berada di sisi adik tirinya itu. Dan Apple sebagai pembantu. Soal keselamatannya tidak perlu dirisaukan. Mereka tidak akan berani mendekatinya. 

            Bilik resort ini telah dibeli. Kemudahan untuk dia dilain hari. Tidak kisahlah bilik ini tidak semewah dengan bilik di hotel yang pernah dia duduki. Apa yang penting selesa. Boleh tahan juga resort di sini. Dia bukannya suka bercuti. Saban hari hidupnya hanya bekerja di syarikat. Main golf di masa lapang pun jauh sekali. Itu pun jika ada ajakan dari klien syarikatnya. Tiryaq lebih sukakan aktiviti yang lasak. Contohnya kick boxing. Antara sukan kegemaran Tiryaq. Bunyi lagu tema Final Countdown yang disetkan telefon bimbit mematikan lamunan Tiryaq. Nama Apple terpapar pada skrin telefonnya. 

            Good evening Apple.” Dia memulakan ucapan selamat petang kepada Apple. 

            Evening! Apa khabar Tuan Pengarah yang tersayang. Sihat?” 

            Everday you call I masakan awak tidak tahu saya sihat atau tidak. Soalan awak sama sekali tidak bernas Apple. Rasanya saya sedang mengindam mahu makan buah epal.”

            Terkena balik Apple. Apple merengus kecil. 

            “Tuan Pengarah mahu saya belikan epal hijau ata epal merah?”

            “Saya mahu epal hijau. So macam mana?” Lebar senyuman Tiryaq. Apple tidak perlu ragu-ragu dengan keputusan yang dia buat. 

            “Tuan pengarah benar-benar sudah gila.” Apple memicit kepala. Dia makin sakit kepala dengan permintaan mengarut Tuan Pengarahnya itu. Kalau Bonda Arfah dapat tahu pasti orang tua itu kena terus serangan sakit jantung. 

            “Saya bukan gila Apple....tapi saya terlalu bijak.” Tiryaq ketawa kecil. Dia boleh agak reaksi wajah Apple di sana. 

            “Ikut suka hati Tuan Pengarahlah.” Makin dibantah makin dia bersemangat mahu melakukannya. Itulah Tuan Pengarah. Dia pun tidak faham dengan perubahan drastik Tuan Pengarahnya itu. “Baiklah Tuan pengarah. Saya akan uruskan semuanya. Saya perlu bertolak sekarang dengan Tengku Mirza ke tapak projek kondominium.” Apple menutup talian telefonnya. Langkah diatur sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Mirza yang keluar dari pintu lif bersama Puan Sahara.

            Raut wajah Tengku Mirza dan Puan Sahara tampak tegang. 

            Auntie tidak faham rusuhan boleh berlaku di tapak projek. Hal sedemikian tidak pernah berlaku ketika Tiryaq handle seluruh projek syarikat.” Puan Sahara menyuarakan kegusaran di hati. Ketiadaan Tiryaq menimbulkan masalah. Musuh sudah berani menunjukkan taring mereka. 

            Tengku Mirza hanya membisu. Dia sendiri sudah penat memerah otak untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Tiryaq...di mana abang tirinya itu berada? Dia sedang menemui jalan buntu. Mampukah dia memikul tanggungjawab sebagai pemangku Tiryaq dalam TIR holding’s? 

            “Jangan panik.” Apple menyampuk. Serentak Tengku Mirza dan Puan Sahara menoleh ke arah setiausaha yang bermuka kaku itu.

            “Keadaan sedang runcing begini you boleh bertenang! You tahu kalau projek itu gagal TIR Holding’s akan rugi berjuta ringgit tahu!” Puan Sahara melenting. 

            “Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Jangan biarkan otak anda dikuasai oleh emosi.” Apple jalan ke hadapan meninggalkan Tengku Mirza dan Puan Sahara. 

            Tengku Mirza mengerutkan dahi. Kata-kata Apple seperti pernah dia dengar sebelum ini. Bukan itu yang sering Tiyaq perkatakan kepada dia. Terukir senyuman di hujung bibir Tengku Mirza.

BUNYI orang mengerang di bilik sebelah mengganggu ketenteraman tidur Putri Tasnim. Apa kena dengan jiran sebiliknya itu. Kalau tahu sakit pergilah klinik atau hospital yang berdekatan. Janganlah memekak malam-malam buta begini. Putri Tasnim bingkas bangun. Dia mencapai baju sejuknya. Dia tidak mengendahkan keadaan dirinya yang serba serabai itu. Rambut yang kusut masai. 

            Putri Tasnim bertalu-talu mengetuk pintu di bilik yang bersebelahan dengannya itu. Pintu bilik bilik itu terkuak perlahan. Wajah penghuninya jelas di hadapan Putri Tasnim. Putri Tasnim membulatkan anak matanya. Bukankah ini lelaki yang dia jumpa di Pasar Seni beberapa hari yang lalu. Bagaimana mamat selekeh ni boleh tercampak di sini? Putri Tasnim tidak sedap hati. Entah-entah mamat ni mengekori dia. Putri Tasnim ingin beredar namun lengannya ditarik oleh lelaki itu.

             Please...saya perlukan bantuan awak.” Berkerut-kerut muka lelaki itu. Dia kelihatan menekan-nekan perutnya.

            “Kalau sudah tahu sakit pergilah berjumpa dengan doktor.” Gerutu Putri Tasnim. 

            “Saya tidak larat nak memandu sendiri. Perut saya sakit sangat. Boleh awak bantu saya.” 

            Kesian pula. Bagaimana kalau dia mati nanti mahu berhantu bilik sebelahnya itu. Dia tidak mahu kena soal siasat dengan polis. Percutiannya akan jadi mimpi ngeri. Putri Tasnim tidak banyak bicara. Dia segera memapah lelaki itu menuju ke pintu lif. Lelaki itu perlu di bawa ke rumah sakit.

            Semput dia dibuatnya. Berat bukan main tubuh lelaki itu. Sudahlah tingginya macam galah. Putri Tasnim memicit-micit lehernya. Dia duduk bersandar pada kerusi menunggu. Suasana dalam hospital itu tidak menyenangkan hati Putri Tasnim. Bau ubat yang dia tidak sukai. Putri Tasnim merenung jam di dinding hospital berkenaan. Lima minit lagi tepat pukul satu pagi. Dia menguap kecil. 

            “Cik tunggu siapa?” Tegur wanita berkaca mata putih di sebelahnya itu. 

“Tunggu kawan.” Putri Tasnim berbohong. 

Wanita itu bangun dari tempat duduknya. Seketika dia muncul dengan dua cawan milo panas di tangannya. 

“Mahu kopi panas.” pelawanya.

Putri Tasnim angguk kepalanya. Dia mencapai milo panas dari tangan wanita itu. Kebetulan tekaknya memang terasa dahaga. 

            Thanks.” Ucapnya lembut. Mereka berbicara hinggalah wanita berkaca mata itu meminta diri untuk beredar. Ada kerja katanya. Barangkali wanita itu kakitangan di hospital ini.

            “Lambatnya...kalau tinggalkan dia nak balik naik apa pula nanti.” Hati kecilnya merungut. Dia sudah mengantuk sangat. Berat pula kelopak mata ni. Putri Tasnim memenjamkan matanya. Dia terus belayar ke alam fantasi mimpi yang terputus tadi.

            Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu dan orang memberikan salam memutuskan alam mimpi Putri Tasnim. Terpisat-pisat dia mengosokkan mata. Siapa pula yang mengacau mimpi indahnya. Dia memandang keadaan sekeliling. Mulutnya tercengang. 

            Aku berada di mana ni? Eh! Ini bilik akukan? Putri Tasnim menggigit jari. Bukankah dia berada di hospital tadi. Dia memeriksa dirinya. Syukur tubuhnya masih lengkap berpakaian. Agaknya dia bermimpi tadi. Putri Tasnim tersenyum sendirian. Dia bangun dari katil. Bunyi ketukkan pintu di luar biliknya itu masih kedengaran. Siapa pula yang bertandang malam-malam buta begini.

            Dia membuka pintu biliknya. Terkebil-kebil dia melihat tetamu yang tidak diundang itu. Dua orang berserban putih dan tiga lagi berpakaian biasa. Orang surau datang nak minta derma ke? Pelik pula orang minta derma larut malam begini.

            “Assalamualaikum cik.” Ujar lelaki separuh umur yang beserban putih itu.

            “Waalaikumusalam. Pakcik kalau nak minta derma datang esok pagilah. Saya nak tidur.” Balas Putri Tasnim selamba. 

            “Kami datang bukannya ingin meminta derma.” Lelaki yang berpakaian biasa itu pula bersuara.

            So what?” Putri Tasnim mengerutkan dahi. 

            “Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami ada terima aduan yang cik ada bersama seorang lelaki bukan muhrim di sini.” 

            “Hah!” Mulut Putri Tasnim ternganga luas. Bila masa pula dia menyimpan lelaki. Dia bercuti pun sendirian. Dia tidak pernah membawa lelaki sampai ke dalam rumah inikan pula biliknya. 

            “Boleh kami periksa bilik cik?” Lelaki yang berpakaian biasa itu merempuh masuk. 

            “Nanti dulu! Tiada lelaki di bilik saya. Saya tinggal sendirian di bilik ini. Lebih baik encik-encik pergi dari sini sebelum saya...” 

Mulutnya terkunci rapat apabila salah seorang dari Jabatan Agama Islam itu menunjukkan sekujur tubuh yang sedang lena di atas sofanya itu. Dia menjerit lantang. Lelaki yang sedang lena di atas sofa itu turut terjaga. Mereka saling berpandangan. Putri Tasnim rasa seperti mahu menangis. Kolar baju lelaki itu direntap kasar.

7 comments:

  1. akhirnya samapi jugak part ni..udah lama ku tunggu..hehe..tak sabar nak tau next entry..hehe :)

    ReplyDelete
  2. suspen pula bab kali ni....
    adakah ini semua idea tiryaq????
    akak nak lagi

    ReplyDelete
  3. aduhai...kesiannye kat tasmin...hahha...mmg otak msok air lah si tiryaq tuh...hhahah...:)

    ReplyDelete
  4. kesian tasnim..tiryaq punya rancangan ke??.x sabar nak tunggu next chapter..dah sampai part best ni..hihi

    ReplyDelete