Tab Menu

Followers

Monday, March 14, 2011

Tiada Kamu - Bab 1

LAGU itu menyentuh sanubariku. Bait-bait liriknya buat air mataku menitis. Biarpun lagu ini telah ditelan zaman namun ia masih dalam ingatan. Tidak seperti sesetengah lagu sekarang yang aku tidak faham akan maksud yang ingin disampaikan. Maka aku coretkan lagu itu di atas kad ucapan 'Selamat Pengantin Baru' ini buat seorang insan yang kiranya bertakhta di hatiku sedangkan aku tahu hatinya bukan untuku.

Bab 1

"BOLEHLAH abah. Rhea nak bekerja di kilang  dengan Tania. Lagipun Rhea rasa bosanlah duduk melepak di rumah. Makan tidur aje." Rhea menggoncang-goncangkan lengan Encik Abdullah. 

Puan Julia menggelengkan kepala dengan gelagat anak ketiganya itu. Rhea agak lembab dalam pembelajaran namun tidak bermakna gadis itu punya kemahiran yang lain. Rhea pandai menjahit dan memasak. Rhea juga seorang gemarkan kraftangan dari manik. Lihat sahaja hasil perhiasan manik di dalam rumah mereka ini. Semuanya Rhea yang buat. Rhea mana boleh duduk diam di rumah jika tidak melakukan sesuatu aktiviti yang mengisi kebosanannya.


Encik Abdullah diam tidak berkutik. Matanya hanya tertumpu pada ruang berita di dalam suratkhabar itu.  Permintaan Rhea tidak dipedulikan. Dia tidak akan membenarkan Rhea bekerja di kilang. Gadis kilang ini bukan senonoh sangat. Dia tidak mahu Rhea terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Rhea seorang yang agresif berbanding dengan anak-anak yang lain. Pernah ada suatu ketika, dia merontan Rhea hanya kerana anak gadisnya itu balik tidak pada waktu yang ditetapkan. Namun Rhea hanya diam menerima hukuman tanpa bantahan. Rhea akan mengakui kesilapannya jika kesalahan itu berpunca dari dia.


Rhea mencebik bibir. Abah selalu fikirkan yang bukan-bukan. Bukan semua gadis kilang itu jahat? Bukan semua gadis kilang itu tiada harga diri? Kenapa abah pandang rendah pada gadis kilang?Dia ingin mencari pengalaman bekerja. Abah tidak percayakan dia. Dia tidak pernah bising abah kongkong kehidupannya. Tapi dia perlukan sedikit ruang kebebasan kali ini. Dia hanya mahu bekerja.


"Abah tidak benarkan." Encik Abdullah bingkas bangun. 

 Rhea menghela nasfas kecil. Abah memang tegas orangnya. Bukan mudah untuk mendapatkan persetujuan dari abah. Lain pula dari umi yang lemah-lembut dan sentiasa berfikiran positif.

"Umi..." Rhea merengek manja. Puan Julia hanya tersenyum. Faham benar dengan perangai anak gadis yang seorang ini. Kalau dia inginkan sesuatu dia pasti akan dapatkannya. Keras kepala seperti abahnya juga. 


"Umi akan cuba pujuk abah. Tapi kalau tak berjaya jangan salahkan umi tau." Puan Julia mencuit hidung Rhea. Rhea tersengih.

"Terima kasih umi." Dia cukup pipi Puan Julia lembut. Rhea berlari memijak anak tangga masuk ke dalam biliknya.  


Puan Julia turut bangun dari tempat duduknya. Dia aturkan langkah ke luar halaman rumah teres dua tingkat itu. Encik Abdullah sedang duduk bertinggung sambil memerhatikan anak-anak ikan di dalam kolam.

5 comments:

  1. ala kak . ceput ni je ? baru nk amek feel taw.

    ReplyDelete
  2. La...mana nak ciput...lum abis tulis lg kat sinilah :D:

    ReplyDelete
  3. hmm...citer baru..
    tapi kenapa sikit sangat bab pengenalan ni..x puas nak baca
    nak lagi boleh...hehehe

    ReplyDelete