Tab Menu

Followers

Thursday, March 10, 2011

Coke And Sundae II - Bab 6

SI gedik Emelda bercinta dengan Azuan? Boleh percaya ke? Ragu-ragu pun ada. Tetapi…itulah kenyataannya. Selepas kecewa dengan Syakir….Emelda mencari cinta yang baru. Dia terpikat dengan seorang mat despatch bekerja di bawah satu bumbung. Orangnya handsome dan mampu meruntun hati Emelda. Dia gunakan segala kepakaran untuk memikat mat despatch berkenaan. Sayang seribu kali sayang…cinta Emelda ditolak sementah-mentahnya. Mat dispatch yang dia gialai itu adalah tunangan orangnya. Siap bagi kad jemputan kahwin lagi kepada Emelda. Maka bernyanyi irama lagu sentuhan kecundang. Emelda membawa diri ke Pulau Perhentian. 

            Dia melayan perasaan sendirian. Apakah perangainya terlalu teruk di mata lelaki. Emelda memeluk tubuhnya. Sejuknya angin malam ini. Tiadakah lelaki yang ditakdirkan untuknya. Dia tidak mahu hidup sendirian hingga dimamah usia. Siapa kata dia tidak punya impian uuntuk bekeluarga. Semestinya dia cemburu melihat kebahagiaan teman-teman di sisinya terutamanya keluarga Syakir dan Azyan. Dia juga mahu jadi seperti mereka. Huhuhuhu…hatiku menangis.

            “Sudah tahu sejuk pakailah baju tebal sikit.” Ada suara menegur dari belakang. Sehelai baju sejuk disarungkan pada tubuhnya. Emelda menoleh.

            “Azuan!” jeritnya.

            Azuan tersengih sambil duduk di sisi gadis jelita itu. Dia merasakan nasibnya dengan Emelda adalah serupa. Mereka acapkali dikecewakan. Takdir juga telah mempertemukan mereka di sini. Dia bercuti pun sekadar untuk mengubat luka di hati. Emelda jua begitukan. Cinta sedang menguji mereka. 

            “Adakalanya cinta tu amat rumit. Kita suka orang itu tapi dia tidak suka apda kita pulak. Awak pernah dengar pepatah ini? Patah hilang tumbuh berganti. Yang berganti tidak semestinya sebaik yang diganti. Begitulah sebaliknya.”

            Emelda membisu. Matanya masih memandang ke arah laut. Boleh pula ada penyibuk ketika dia sedang berduka lara. Penyibuk itu pula abang kepada bekas musuh ketatnya, Azyan. Huh! Dia kerling Azuan dengan ekor mata. Kacak juga abang Azyan yang seorang ini walaupun rambutnya bercacak. Tidak ubah seperti rambut landak. Orangnya pun ada style.

            “Awak putus cinta jugakan?” Azuan sekadar main tembak. 

            “Penyibuk betullah si rambut landak ni.” desis Emelda. Lantak oranglah nak frust menonggeng ke? Frust tertonggeng ke? Aku punya hal.

            Azuan ketawa kecil apabila Emelda menggelarnya ‘si rambut landak’. Apakah dia tidak maco dengan style rambut landaknya ini? Rasanya sudah terlebih maco. Azuan puji diri sendiri. Siapa lagi nak puji kan kalau bukan diri anda. 

            “Apa salah nak sibuk sikit. Bukan banyak pun.” ujar Azuan dengan selambanya.

            Emelda menjuihkan bibir. Getik pula dengan gelagat mamat sorang ni. Poyo gila! Ada sedikit ikut perangai Syakir. Emelda bingkas. Orang tiga suku amcam Azuan ini bukannya boleh dilayan sangat. Tapi si Azuan ini memang mamat tidak reti bahasa. Dia turut bangun dan mengekori langkah Emelda. Bukan apa….dia risau biarkan Emelda jalan bersendirian malam-malam buta begini. Emeldakan perempuan. Kalau Azyan tu lainlah sikit. Adik perempuannya itu tidak perlu dirisaukan. Siapa yang berani mahu mengancam Azyan? Tambahan pula sekarang sudah bodyguard di sisi.

            Langkah Emelda terhenti. Dia berpaling sambil bercekak pinggang. Dia tidak senang Azuan mengekori langkahnya. Dia merenung wajah Azuan tajam. “You apa hal ikut I?” Emelda melenting. 

            “Saya teman awak balik.”

            “I boleh balik sendiri.” 

            “Bahaya. Lagipun tak manis perempuan jalan sendirian malam-malam buta begini. Mana tahu ada kutu-kutu malam mengacau awak.”

            “Habis! Awak bukan kutu malamlah.”

            “Saya orang.”

            Emelda merengus kecil. “Jangan ikut I! I tidak perlukan eprlindungan lelaki macam you, si rambut landak!” Emelda segera membuka langkah panjang. 

            Azuan jongket bahu. Ceh! Ego punya perempuan! Orang nak buat baik pun tidak tahu nak hargai. Baik aku balik resort buat taik mata. Azuan buat pusingan 360 darjah. Dia bersiul-siul kecil sambil berjalan di persisiran pantai itu.

“APA ni pegang-pegang tangan I. Lepaslah!” Emelda menjerit lantang. Apalah nasib malangnya terserempak dengan sekumpulan kutu malam. Rasa menyesal pula kerana menghalau Azuan tadi. Emelda meronta-ronta pinta tangannya dilepaskan. Namun usahanya gagal. Mereka mula mengerumuni dia. Perasaan takut menjalar dalam tubuh Emelda. Itulah berani sangat keluar tengah malam sendirian. Kan sudah susah.

            “Ha…ha…ha…perempuan ni memang cantiklah.” Salah seorang dari ahli kumpulan kutu malam itu memaut muka Emelda. Emelda bengang. Dia ludah muka lelaki terbabit.

            “Kurang ajar!” Lelaki itu mengangkat tangannya. 

            “Lepaskan dia!” Itu dia. Hero kita sudah sampai. Mereka mengalih pandang ke arah yang empunya suara. Siapa lagikan tentulah Khairil Azuan Bin Idris. 

            “Kau siapa hah? Nak tunjuk hero di sini!” soal lelaki yang kena ludah dengan Emelda tadi. Dia melepaskan tangan Emelda. Geng-geng kutu malam ini menggelilingi Azuan. Ala-ala macam cerita Hindustan pulak.

            “Kalau part di sini kira aku herolah.” Azuan mengusap-usap dagunya. Lebar senyuman terukir di bibirnya. Terpesona pula Emelda melihat. Dub dab! Dub dab! Bunyi jantung ni.

            “Depan perempuan nak tunjuk hero. Kau ingat kau terer sangat!” 

            “Ayah aku pesan tidak elok buli perempuan. Nampak macam lelaki dayus.” 

            “Kau emmang penyibuk!”

            “Well…aku memang kaki sibuk.” 

            “Mamat ni!” Penumbuk diayunkan pada muka Azuan. Sepantas kilat Azuan mengelak. “Geng belasah dia!” Lelaki itu memberikan arahan. Apa lagi Azuan kena serbu beramai-ramai. Maka berlangsung aksi tumbuk-menumbuk. Dush! Dush! Dush! Ada sedikit effect bunyi tumbukan pergaduhan kali ini. Biasalah kalau sudah ada lagak cerita hindustannya.

            Fuh! Tujuh lawan satu. Azuan mengira-gira kutu malam yang sudah dibelasah sampai pengsan itu. Ha!Ha!Ha! Dia ketawa besar. Ada hati nak lawan anak Mejar Idris. Korang tak layak! Dalam keluarga Mejar Idris mana ada yang lembik! Semuanya gagah perkasa termasuklah adik perempuan itu. Namun semenjak Azyan berkahwin perwatakkan adiknya itu agak ketara perubahannya. Nampak kewanitaan pada wajah Azyan. Orang senang hati katakan.  

            “Thanks…” ucap Emelda. Mukanya sudah merah udang. 

            “Benda kecil sahaja. Itulah orang nak temankan tadi jual mahal.” balas Azuan. Dia sekadar tergerak hati mahu berpatah balik dan mengekori Emelda. “So…awak nak balik sendiri atau nak saya temankan awak balik ke resort.” sambung Azuan.

            Emelda tersenyum. “Awak temankan saya.” 

            Mereka beriringan bersama. Dari teman biasa mereka menjadi teman tapi mesra. Azuan menjadi tempat Emelda mencurahkan kedukaan di hati. Mereka kerap bertemu secara rahsia. Berkongsi cerita tentang kehidupan seharian. Kemudian tanpa segan-silu Azuan menyatakan perasaannya pada Emelda. Dia sendiri tidak menduga dia boleh jatuh hati dengan si gedik itu. Ternyata Azuan tidak bertepuk sebelah tangan. Si gedik Emelda juga sukakan dia. Dari A hingga Z Azuan bercerita, Syakir dan Rizlan sudah berdengkur halus atas sofa. Kurang asam punya kawan. Buat penat dia membazirkan air liur.

SYAKIR merenung tajam Katrina yang masih terkebil-kebil mahu membalut luka pesakit yang sedang mengerang di atas katil itu. Katrina mempamerkan riak yang kurang menyenangkan hati Syakir. Lantas dia merampas kain pembalut dari tangan Katrina. 

            “Kalau geli awak tidak perlu menjadi seorang doktor. Lebih baik bekerja di dalam air cond pejabat 24 jam.” Direct Syakir menegur Katrina. Dia mengambil-alih tempat Katrina membalut luka yang masih terdedah itu. 

            Katrina mengetap bibir. Syakir kalau menegur tidak ada tapisnya. Cakap lepas! Keprihatinan Syakir hanya pada pesakit. 

            Pesakit itu tidak lagi mengerang kesakitan. Luka-lukanya sudah dibalut dengan kemas. Syakir mengukir senyuman ketika bercakap dengan teman si pesakit. Senyuman yang cukup memukau hati Katrina. Apabila dia berpaling kepada Katrina senyuman manisnya itu serta-merta hilang. Apakah dia tidak layak memiliki senyuman manis Syakir. Kalau boleh dia mahukan senyuman itu menjadi haknya seorang. 

            Syakir melintasi Katrina. Adakalanya dia bengang dengan doktor wanita seorang ini. Harapkan muka sahaja cantik tetapi kerjanya hampeh! Dia tidak faham kenapa wanita seperti Katrina menjadi seorang doktor? Kenapa tidak pilih kerjaya di atas peragaan atau menajwat jawatan tinggi di syarikat-syarikat besar. Kalau dulu Azyan mengatakan dia tidak layak menjadi seorang doktor rasanya Katrina lebih teruk dari dia. Seratus-peratus tidak layak!

            Kenapa? Kenapa Syakir tidak melayan dia dengan ramah dan mesra seperti kakitangan hospital yang lain. Makcik cleaner itu pun Syakir beramah-mesra. Katrina rasa tidak puas hati. Hatinya kian diragut cemburu bila melihat isteri Syakir. Huh! Isteri Syakir tidak secantik mana. Dia sepuluh kali ganda lebih cantik dari wanita itu. Dia punya bibir yang seksi dan tubuh yang mengiurkan. Mata yang cukup menggoda. Masakan Syakir tidak nampak semua itu pada dirinya. Apakah Syakir buta untuk menilai kejelitaan yang dia miliki!

            “Apa yang awak termangu di situ lagi! Sediakan laporan pesakit untuk saya!” suara Syakir mengejutkan Katrina dari lamunannya. Terkocoh-kocoh dia mengejar Syakir yang kian jauh di hadapan. 

            Katrina menghempaskan laopran pesakit di atas meja Syakir. Dia terpaksa menahan lapar untuk menyiapkan laporan berkenaan. Syakir sengaja mahu membulinya. Syakir hanya buat muka selamba. Dia mengangkatkan keningnya. Buat laporan sikit sudah nak tunjuk protes depan dia. Itu baru sikit aku buli kau. Kalau aku sudah timbul tanduk dua atas kepala memang naya kau. Sebelum ini aku sdah bagi muka. Kau buat dek. 

            “Jangan bersikap kebudak-budakkan. Awak seorang doktor.” Sekali lagi Katrina ditegur oleh Syakir. 

            “You memang sengaja mahu kenakan I bukan.”

            “Untuk apa saya nak kenakan awak. Saya nak mengorat awak? Rasanya jauh sekali.” Isteri aku lagi cun dari kau. Aku tak heran meskipun kau adalah Kareena Kaapor pelakon wanita Hindustan yang aku suka tu. Hehehehe…Kalau Azyan tahu pasti kena baling dengan pisau. 

            “Huh!” Katrina merengus kecil. Dia meluru keluar dari bilik Syakir. Pintu bilik itu dihempaskan dengan kuat. Katrina menghentak-hentak kaki atas lantai. Sikap tidak layan Syakir buat hati Katrina makin panas. Bagaimana caranya untuk dapatkan lelaki itu? Dia benar-benar mahukan Syakir. Syakir…I love you! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati.

16 comments:

  1. hahah...syakir mmg lelaki yg setia pd 1...

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    Baru padan dengan muka katrina...
    Kena sebiji dengan syakir...
    Sapa tahan dengan laser syakir...
    Ooo...rupanya gitu citernya emelda jatuh hati dengan azuan...
    Rupanya azuan jadi hero malaya....
    Chayok azuan semoga kali ni percintaan kekal hingga ke pelamin..

    ReplyDelete
  3. Syakir cinta pada 1 oke
    Isssy gedixxx loya laaaa hikhik
    Nanak lagik plisse ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

    ReplyDelete
  4. katrina gedik.....don't like girl gedik...

    ReplyDelete
  5. katrina??haha...cian nye die...hope syakir with azyan 4eva~

    ReplyDelete
  6. Hehehehehe suka menyampah kat Katrina ye :D:

    ReplyDelete
  7. x mo katrina...x mo katrina..the gedikss..mau azyan...mau azyan...mau azyan..hihihi

    ReplyDelete
  8. hamboi . comelnya si rambut landak tuh . hahaha . maco jerp !

    ReplyDelete
  9. iskk , gedikk betul katrina neh !

    ReplyDelete
  10. Hehehe... x sangkalah pulok gitu citer Emelda & Azuan... :-)

    Katrina ni..dah tau Dr Syakir dah kawin..naper nyibuk2 nak gediks dgn dia? buat sakit hati je.. ramai lagi Dr bujang kat hospital tu or kat Msia ni.. carilah yg lain..

    ReplyDelete
  11. woiii katrina gedixxxzzzzzzz!!!! blah kau dari sni,,,baik emelda lagi dari kau,,,huh!!! benci tgk pragai kau,,,

    ~anti minah gedixxzzz~

    ReplyDelete
  12. knp bnyk sgt typo ni???x best la bce...:(

    ReplyDelete