“AKU dah warning pada kau jangan dekati Dania! Kau memang sengaja mahu cari nahas dengan akukan!” Kolar kemeja Syamil dipaut oleh Hana a.k.a Han. Gadis tomboy yang anggap Dania itu kekasih dia. Tidak sedar diri! Berdosa tahu! Bukankah Tuhan telah menjadikan kita berpasang-pasangan. Lelaki pasangannya adalah perempuan.
“Apa tarik-tarik baju orang ni.” Syamil menepis tangan Hana. Main kasar nampak.
“I will kill you!” keras nada suara Hana. Dia cuba mengugut Syamil. Jelingannya cukup menakutkan.
Syamil ketawa kecil namun dia ambil serius dengan kata-kata Hana. Dia tahu Hana tidak bermain kata. Syamil kena berhati-hati. Tambahan pula Hana punya geng yang tidak boleh dipandang ringan.
“Syamil!” Kelihatan Syakir melambaikan tangan ke arahnya. Syakir berlari-lari anak merapati mereka.
Hana segera meninggalkan Syamil bersama geng motorsikalnya. Syakir mengerling dengan ekor mata. Lain macam saja gadis yang berambut pendek tadi. Dia bukannya tidak nampak apa yang dilakukan oleh gadis itu pada Syamil. Gadis itu seperti mengugut Syamil.
“Sejak bila Syam ada skandal dengan tomboy ni?” Syakir menyerahkan beg komputer ribanya kepada Syamil. Komputer riba Syamil kena serangan virus. Dia datang UPSI semata-mata mahu meminjamkan komputer ribanya kepada adiknya itu.
“Rasanya skandal along dengan Katrina Kaif lebih panas.” Jangan sekali-kali cuba mempermainkan kakak iparnya. Azyan seratus lebih baik dari Katrina Kaif tu! Jangan bermimpi mahu menajdi kakak ipar dia yang kedua. Muhammad Syamil Bin Ilyas tidak merestuinya.
Syakir gelengkan kepala. Dia tiada sebarang perhubungan dengan Katrina. Katrina sekadar teman sekerja tidak lebih dari itu. Syakir sekeh kepala Syamil yang memandai buat spekulasi sendiri.
“Bila masa pula along ada skandal dengan perempuan tu. Getiklah abang dengan dia.” rengus Syakir. Isu sudah tersebar luas gara-gara mulut celupar Emelda. Perempuan yang lagi seorang ini sengaja mahu memanaskan cerita.
Lelaki lain mungkin akan memenuhi kouta yang masih kosong tapi jangan meragui kesetian dia pada Azyan. I really love her! Only her in my heart! Bukan rupa paras menjadi ukuran dalam sebuah percintaan itu. Dia tidak menafikan Katrina itu wanita jelita. Namun tidak bermakna dia akan jatuh cinta hanya kerana kejelitaan yang Katrina miliki.
“Syam teringin mahu berkenalan dengan Doktor Katrina Kaif. Apa kata along introduce dia pada Syam.” Syamil mengangkatkan kening.
“Jangan nak menggatal dengan perempuan yang tua dari kau, Syam. Komputer riba along ni jaga baik-baik. Jangan sebarang buka fail.” Syakir menarik telinga Syamil. Syamil menjerit
kecil.
“Ini mesti ada gambar tidak senonoh. Syam report pada Kak Yan.”
“Kau ingat along otak kuning ke?” Sekali lagi cuping telinga Syamil ditarik. Nakal adiknya ini.
Syamil mencebik. Syakir masih melayan dia macam budak kecil. Syakir melihat jam di tangan. Dia perlu beredar sekarang. Hari ini dia bertugas untuk shift malam. Syakir mengaturkan langkah menuju ke keretanya.
“Along!” Panggil Syamil. Langkah Syakir terhenti. Dia berpaling. “What’s most import to you?”
“The most important to me is my family.” balas Syakir seraya masuk ke perut kereta.
Syamil tersengih. Sekelip mata Toyota Vios milik abangnya itu hilang dari pandangan mata Syamil. Kakak iparnya itu memang beruntung. Dia percaya apa jua dugaan yang mendatang, Syakir dan Azyan pasti akan mampu menanganinya. Begitu jua antara dia dengan Dora-Dora. Eh! Tiba-tiba saja dia teringatkan Dania. Gadis manis yang berlesung pipit itu. Syamil segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan nombor telefon Dania. Dia ingin memberitahu Dania pasal Hana.
Dania memicitkan kepala yang tidak sakit. Hana menyerang Syamil lagi. Dia perlu selesaikan masalah dia dengan Hana sebelum ianya menjadi lebih berat lagi. Hana perlu sedar yang dia sudah terpesong jauh. Dia tidak menyisihkan Hana. Dia mahu Hana kembali ke pangkal jalan. Dia tahu Hana jadi begitu kerana terpengaruh dengan teman-temannya.
“Syam..saya minta maaf sangat-sangat pada awak. Saya telah menyebabkan awak terjerumus dengan masalah saya.”
“It’s okay. Hana takkan apa-apakan sayalah. Jangan risau ye.” Bukan main lembut Syamil berbahasa dengan Dania.
“Hari ini juga saya akan selesai dengan Hana. Saya tidak tahan dengan sikap Hana yang asyik menyerang teman-teman baik saya. Saya dah adukan hal ini pada kakak.” Dania sudah tekad untuk bersua dua mata dengan Hana.
“Saya ikut awak.” Masakan dia akan biarkan Dania menemui Hana sendirian. Bahaya! Dia tidak mahu Hana mengapa-apakan Dania.
“Betul awak nak ikut saya.” Dania menyoal semula.
“Ya. Mana boleh saya biarkan buah hati saya pergi sendirian.”
Dania terkedu. ‘Buah hati’?
SYAKIR garu kepala. Rajuk Azyan tidak habis lagi. Dia sudah terangkan habis-habisan kepada Azyan kedudukan sebenar. Tapi Azyan…hmmm! Syakir merenung anak lelakinya yang sudah bersiap untuk ke tadika. Mujurlah dia mengambil cuti gara-gara mahu memujuk Azyan. Ameerul gelengkan kepala. Sarapan kosong di atas meja. Bekal untuknya juga tiada. Ibunya sedang mogok! Ini semua ayah dia punya pasal. Ameerul mengetap bibir sambil bercekak pinggang.
“Tak payah nak buat memek muka begitu. Ayah tahulah salah ayah.” suara Syakir. Syakir menuju ke ruang dapur. Dia membuka peti ais. Dua biji telur ayam di keluarkan. Dia mengambil sebungkus roti yang terletak di dalam kabinet.
“Ayah pandai ke buat roti telur untuk Meerul?” soal Ameerul ragu-ragu. Setahu dia ayahnya itu tidak pernah memasak di dapur. Tukang bagi komen adalah.
“Setakat roti telur tiada masalah pada ayahlah.” Syakir sudah memecahkan dua biji telur berkenaan ke dalam mangkuknya. Dia mengacau dengan garfu.
Ameerul tersenyum.Terjengket-jengket dia mencapai bekas makanannya. Setelah berjaya dicapai Ameerul letakkan atas meja. Dia mahu roti telur masakan ayahnya sebagai bekal. Siapa kata Syakir lelaki yang tidak pandai buat-buat kerja dapur ini. Bab masak-memasak yang ringkas ini tiada masalah buat Syakir tau. Empat keping roti telur Syakir letakkan dalam bekas makanan Ameerul.
“Pandailah ayah masak.” puji si anak.
“Ayahkan dah kata ayah pandai masak tau. Ingat ayah hanya jadi tukang komen masakan ibu aje ke.” Syakir mencubit pipi comel Ameerul. “Hari ini ayah hantar Meerul ke tadika.” sambungnya lagi.
Setelah meneguk air susunya Ameerul terus berlari ke luar pintu. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.
“Meerul…” Lembut suara Azyan memanggil. Ameerul melompat keluar. Syakir hanya memerhati Ameerul mengucup kedua belah pipi ibunya.
“Ameerul saja…untuk abang mana.” Syakir menunjukkan pipinya.
Azyan mencebik. Mukanya masam mencuka bila bertemu mata dengan Syakir.
“Suruhlah Kareena kaapor kucup pipi abang tu.” desis Azyan lalu menghilangkan diri ke dalam rumah.
Ameerul tersengih sambil menjongket bahu. Ibu sudah isytiharkan perang dengan ayah tu. Dia tidak mahu masuk campur. Pandai-pandai ayah pujuk ibu ye.
“AYAH! Jangan lupa tau pujuk ibu.” pesan Ameerul ketika di dalam kereta tadi masih tergiang-giang dalam telinga Syakir. Dia terus balik ke rumah setelah menghantar Ameerul ke tadika. Syakir akan berusaha melembut hati Azyan. Orang yang mengandung ini memang agak beremosi. Itu kata Puan Mahani, ibu nya.
Syakir tersenyum apabila mendengar bunyi tumisan sayur di dapur. Azyan hanya menjeling sekilas ke arah suaminya. Dia masukkan sayur campur yanng sudah dimasak itu ke dalam pinggan. Hidangan yang cukup menyelerakan Syakir tambahan pula ada sambal belacan di situ. Ayam goreng berempah pun ada. Azyan memang tahu masakan kegemaran dia.
“Sedapnya bau masakan ayang. Ayang nak buat rencah apa itu.” Syakir menegur. Dia lihat Azyan sedang menghiris cili api menjadi potong kecil. Dia mencubit sedikit ayam goreng yang sudah terletak di atas meja itu.
“Rencah untuk abanglah. Ayang nak masak abang buat gulai.”
Tersedak Syakir. Dia segera mencari gelas minuman. Air kosong yang dituang itu dia teguk perlahan. Ada hati isterinya nak gulai dia. Nakal!
“Sayang…” Syakir memeluk Azyan dari belakang.
“Abang nampak ni?” Azyan menyuakan garfu ke muka Syakir.
“Abang tahulah itu garfu. Ayang nak cucuk mata abang ke?” balas Syakir lembut.
“Tak perlu nak buat dramatis Kassim Selamat.” Azyan cuba meloloskan diri dari pelukan Syakir namun tidak berjaya.
“Abang tidak akan lepaskan ayang kalau ayang tidak maafkan abang. Abang berani angkat sumpah depan ayang. Abang tiada apa-apa affair dengan Doktor Katrina. Dalam hati abang ni hanya ada ayang seorang saja.”
Azyan membisu. Bersungguh-sungguh Syakir cuba menyakinkan dia. Dia pun tidak tahu kenapa hatinya mudah dirasuk dengan perasaan cemburu. Azyan beristiqfar. Apakah dia terlalu mengikut hati dan perasaan. Kalau Syakir gatal dari dulu lagi Syakir akan bersama gadis-gadis yang menggilainya. Dia tidak patut berburuk sangka pada suami sendiri. Itu nasihat yang Salwa berikan.
“I really love you…I’m jealousy!” Azyan berpaling ke arah Syakir. Air matanya bergenang.
Syakir melirik senyuman di bibir. Dia usap lembut pipi mulus Azyan. Azyan cemburukan Katrina. Itu belum bersua muka lagi. Kalau sudah bersua mahu lebam wajah jelita milik Katrina. Siapa yang tidak kenal dengan anak gadis Mejar Idris.
“Shhhh!” Syakir meletakkan jari telunjuknya pada bibir Azyan. Dia kucup ubun-ubun kepada isterinya. “Cinta abang hanya untuk ayang. Tiada cinta yang kedua atau ketiga dan keempat. Abang suka ayang cembutu sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi cemburu juga boleh membawa padah tahu. Kan baby…” Syakir memengang perut Azyan sudah nampak sedikit perubahan itu.
“Siapa yang tak cemburu kalau suami ada affair dengan perempuan lain.”
“Sayang…jangan fikir yang buan-bukan tau. Abang ni lelaki setia. Tidak percaya! Ayang boleh operate dada abang. Tengok hati abang ada tertulis nama siapa.” Syakir memicit hidung Azyan. Isterinya ini takut sayang dia beralih kasih. Katrina tak mampu gugat cinta dia pada Azyan.
“Lepas itu hati abang buat masak kicap. Pasti sedap.” Azyan sudah tertawa kecil. Tawa Azyan menyenangkan hati Syakir.
“Nakal isteri abang ni.” Syakir mula menggeletek pinggang Azyan. Nampak gaya angin pasang isterinya sudah mulai surut. Alhamdulillah…
hahah~~kejapnye azyan merajuk..kalo lame sket mesti best~~
ReplyDeleteya.. i really love this couple..
ReplyDeleteYa Allah.. kau perkuatkanlah ikatan dan jodoh pasangan ini... amin.
oklah tu.. dah 3 n3 azyan merajuk kan.. tak best pulak kalau terlalu panjang rajuknya.. insya-Allah lepas ni merjauk lah azyan tu balik... tapi aku suka ada selingan bahagia bagai begini.. selalu buatkan aku terharu....
ReplyDeletehaha...best2!!
ReplyDeleteazyan gulaikan katrina !!haha
wah dasyatnye kalau azyan dah merajuk...
ReplyDeletenasib baik syakir dpt pujuk...
syakir jgn buat lagi tau...
:) Rajuk Azyan berpanjang apabila tercetusnya kontroversi yg hangat bangat nanti. Tunggu :H:
ReplyDeletebest!..
ReplyDelete