Tab Menu

Followers

Monday, March 14, 2011

Coke and Sundae II - Bab 7

CEMBERUT benar wajah jelita Katrina. Nasi dalam pinggannya langsung tidak terusik. Tingkah-lakunya itu menjadi perhatian Musliha dan teman-teman sekerja yang lain. Apa tidak kena dengan doktor yang menjadi kegilaan ramai itu. Ini mesti adalah masalah dengan Syakir. Katrina bertugas di bawah lelaki itu. Syakir buli Katrina ke? Isk! Tak mungkinlah. Syakir bukan jenis kaki buli. Dia pernah bekerjasama dengan lelaki itu. Musliha pun bukan berkenan sangat dengan sikap Katrina. Katrina tampak seperti mahu menggoda Syakir. Oi! Orang tu sudah ada bini tau.

            Musliha menghirup jus orennya sehingga habis. Tekak rasa kering asyik mengarah itu dan ini kepada doktor-doktor pelatih yang sedang membuat praktikal. Esok pula dia terpaksa kerja shift malam menggantikan teman sekerjanya. Bilalah agakanya dia akan dapat berdating dengan Izmi. Dia cuti Izmi pula bekerja. Susah juga bercinta sesama doktor ini.

            “I kena gerak sekarang.” Musliha bingkas bangun.

            “Cepatnya.” suara salah seorang temannya. 

            “I ada hal sedikit.” balas Musliha. “Kat…I harap you tidak usik sesuatu yang bukan hak you. Lebih baik you usir anasir jahat dalam kepala you sebelum ianya makan diri you sendiri.  I hanya beri nasihat sahaja.” sambung Musliha. Dia segera berlalu.

            Katrina mencebik bibir. Salahkah dia jatuh hati pada suami orang? Rasanya tidak salah jika orang lelaki bujang yang itu langsung tidak menarik perhatian. Dia tidak mahukan sesuatu yang tertadah di depan mata. Dia mahukan sesuatu yang sukar untuk dia miliki. Contohnya lelaki yang jual mahal seperti Syakir.

            “You sukakan Doktor Syakir?” Fateha merenung Katrina.

            “Well….kenapa? You all jealous.” Macamlah dia tidak tahu rata-rata doktor dan jururawat wanita di sini syok kat Syakir. Tolonglah cermin muka masing-masing. Korang tidak layak nak dapatkan Syakir itu melainkan aku.

            “Tiada maknanya I mahu jealous! Doktor Syakir rapat dengan semua orang. Dia layan sama rata. Jangan you bermimpilah nak dapatkan dia.” Fateha hentakkan tangan atas meja. Dia tidak senang dengan kenyataan berani Katrina itu. Ada yang kena lumur dengan sambal belacan nanti kalau pengakuan berani mati Katrina itu sampai ke telinga isteri comel Syakir.

            “You pun ada hati pada Syakirkan?” Katrina menduga. 

            Merah padam muka Fateha. Gila ke nak mengorat suami orang! Aku masih waraslah bukan macam kau dah meroyan. Dia tahulah Katrina cantik. Tapi janganlah nak bangga diri sangat dengan kecantikan luaran semata-mata. 

            “Apa yang you mengarut. I masih sedar diri bukan berada di atas awangan macam you!” Fateha tundingkan jari pada muka cantik Katrina. Katrina mengulum senyuman. 

            “Huh! I akan pastikan yang doktor kesayangan you itu jatuh dalam genggaman I.” Katrina ketawa sinis. Dia turut meninggalkan meja makan itu. Fateha sekadar memerhati lenggok santai Katrina dengan ekor mata. Kenapa perlu ada doktor segedik Katrina di hospital ini? Sepatutnya bakal-bakal doktor di Malaysia ini perlukan penapisan jugak. Bukan takat filem sahaja yang kena tapis.

BERSERI-seri wajah Encik Idris bekas mejar pencen apabila mendengar yang dia bakal menimang seorang lagi cucu. Bila dibilang dengan jari maka dia akan mempunyai lima orang cucu. Tiga orang anak Anuar dan dua orang lagi anak Azyan. Azuan juga yang belum berkeluarga lagi. InsyaALLAH akan datang tu. Encik Idris tersenyum. 

            Aku sudah berusia rupanya. Rambut putih mewarnai satu kepala. Encik Idris mengusap-usap gambar di dalam album terbabit. Boleh dikatakan Encik Idris sedang melayan blues di pagi nan indah. Rumah ini kian sunyi tanpa suara riuh anak-anaknya. Jerit pekik Azyan tidak lagi kedengaran.  Rindu pula dengan suasana meriah rumah ini.

            “Atuk!” suara pekikan Ameerul mengejutkan Encik Idris. Leher dipaut erat oleh Ameerul. 

            “Ameerul! Ibu sudah pesan jangan paut leher atuk begitu. Patah nanti!” marah Azyan. 

            Ameerul menjelirkan lidahnya. Azyan bulatkan biji mata sebesar ikan emas. Apa lagi dia kejar anaknya itu dengan senduk gulai yang sememangnya sudah ada di tangan. Encik Idris gelengkan kepala. Ameerul berlari mengelilingi Encik Idris. Tangan si kecil itu tertarik kain pelikat Encik Idris. Nasib baik tidak terlucut. Ameerul menekup mulut.

            “Maaf atuk.” ujar perlahan.

            “Hahahaha! Tidak mengapa sayang.” Tubuh kecil Ameerul didukung. 

            “Ibu tak nak belanja Meerul aiskrim.” Azyan menghilangkan diri ke dapur. 

            Muncung bibir Ameerul. Dia buat muka sedihnya pada atuk.

            “Atuk belikan Meerul aiskrim nanti.” Encik Idris memujuk cucunya.

            “Yeah! Meerul nak aiskrim sundae!” Ameerul bersorak girang. 

            Azyan yang sedang mengacau gulai kari kepala itu membebel-bebel sendirian. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Syakir yang sedang mematahkan kacang panjang. Apalah yang dirungutkan oleh isterinya itu.
            “Yang abang tersengih sorang-sorang ni kenapa? Ingatkan perempuan lain ye. Abang jangan cari pasal dengan ayang!” Azyan menegur. 

            “Isk! Ke situ pula ayang ni.” Syakir mencebik bibir. “Dalam kepala abang hanya ingatkan ayang seorang tau. Mana ada dua dan tiganya.” 

            “Kalau abang main kayu tiga belakang ayang….ayang tanam abang hidup-hidup! Bukan susah nak meracun abang.” Azyan mengoyang-goyang senduk gulainya.

            Uit! Ganasnya bini aku. Jangan risau sayang. Ini Doktor Muhammad Syakirlah. Pencinta setia. Ceh! Itu sudah sama macam tajuk lagu Ibnor Rizal. Hehehehe…

            “Abang jamin rekod abang bersih.  Abang nak kena angkat sumpah ke?”

            “Jangan nak mengada-ngada main sumpah. Karang termakan dengan sumpah siapa yang susah.” Dalam bercakap masih sempat dia merasa kuah kari kepala ikannya. Ermmmm…sedap hingga menjilat jari. Tidak sia-sia dia minta resepi dari Muthu Samy kedai Mamak Corner. Ingat senang hendak dapatkan resepi turun-menurun dari Muthu Samy. Azyan terpaksa menggunakan segala kepakaran dalam bab mengayat ini. Dia tahu yang Muthu Samy syok dengan itu awek kedai bunga seberang jalan. Apa lagi Azyan pun kasi adjust sama itu awek. 

            “Bagi abang rasa sikit.” Selamba Syakir menghirup kuah kari dalam senduk gulai terbabit. Terangkat-angkat keningnya. Ini kalau buka kedai makan mahu Mamak Corner gulung tikar.

            “Hehehehehe…Lepas ini jangan sebut lagi pasal kari Kak Tina seleang dua baris dari rumah kita tu. Bukan main puji lagi masakan janda anak lima yang jamu tu”

            Alamak! Azyan sudah buka cerita yang tidak enak telinga ini mahu dengar. Dia puji sikit pun sudah melenting. Adat berumahtangga. Siapa kata tiada baling-baling periuk dan kuali. Alahai....dia tidak berminatlah dengan Kak Tina yang hampir baya dengan emak dia. Geli-geleman! Rasa menggigil satu badan bila teringat bibir tebal Kak Tina yang macam disengat tebuan itu.

            “Abang just puji saja kari Kak Tina. Bukannya abang ajak dia kahwin pun. Pengsan ayang nanti.” Saja mahu menyakat Azyan.

            “Ehem…ehemmm…sampai nak ajak kahwin ye. Abang nampak ni?” Azyan menayangkan senduk gulai. Terkedip-kedip mata Syakir. 

            “Ayang…kita dekat rumah ayah ni.” Syakir mengingatkan Azyan.

            “Abang nak ayang gulaikan abang. Lepas itu buat sedekah dekat jiran tetangga.” Azyan menyeringai. Senduknya tidak lepas dari tangannya. Mujurlah senduk yang dia pegang kalau pisau tak ke jadi kes naya.

            “Sampai hati ayang nak gulaikan abang.” Bunyi macam merajuk aje. Azyan buat tidak peduli. Ala taktik Syakir tu. Macamlah dia tidak tahu.

15 comments:

  1. Salam Kak Ilya,

    Best dan lawak! teruskan!

    (Amer Mukhlis)

    ReplyDelete
  2. ish.. meluat lah kat katrina... perasan cantik... memang cantik pun tapi takde otak...otak kat lutut... perampas suami orang... apadah!!!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha...comel je die gaduh...tp pendek la,cm xpuas bce...heheheh..
    nk lg...

    ReplyDelete
  4. best2..x sabo2 nak tnggu yg ke-8 plak...

    ReplyDelete
  5. hehehe...
    azyan ni sejak mengandung kali kedua terserlah kegarangan...habislah kalau dr. syakir kena gulai...hehehe...
    akak x suka la kat katrina tu...terlalu gedix...hahaha...ada x ayat macam tu...

    ReplyDelete
  6. mmm,bru nk start bace..cns 1 , sy ade bce..now nk follow yg 2nd plak..cite yg makin best..wujud org keiga dalam life syakir n izyan..so more konflik lah pas ni..//tahniah :)

    ReplyDelete
  7. Tq atas sokongan semua dan komen2 anda. Yang kurang tu akan diperbaiki agar lebih baik lagi dalam manuskripnya nanti. :D:

    ReplyDelete
  8. best!..nak lagi2..hihihi..

    ReplyDelete
  9. best larr k.ilya..:)...tpi xske kat katrina 2...gedik jerr...

    ReplyDelete
  10. Faham2...ramai yg tak suker ngan Katrina tu hehehehe...ramai yg bengang ngan katrina ye. :H:

    ReplyDelete
  11. tau xpe... Hehe... Tp 2 la yg wt cite ni jd mnrik.... :Y:

    ReplyDelete
  12. best crita ni...hidup saya pun mcm azyan juga.Tapi x ada Syakir...hahaha

    ReplyDelete
  13. hehehe...azyan cemburu bukan main...hahahaha

    ReplyDelete
  14. nak kan syakir??? hahaha langkah mayat azyan dulu,,,ingat senang ke nk tumbangkan gorilla kesayangan syakir tu,,, :)

    ReplyDelete
  15. pasni msti mengkarung gulai tu guna sihir atau bomoh..eyy..mengkarung katu ni memng x puas hati lagii

    (Haniey Salsabila/CaramelEiffel)

    ReplyDelete