STAF-staf hospital dan pesakit berebut-rebut mahu memikat hatinya. Tidak kiralah yang tua atau muda. Yang sudah berkahwin atau masih bujang. Pelbagai jenis bunga dan hadiah yang Katrina terima. Namun dia tidak pandang pemberian itu semua. Dia tertarik pada doktor yang seorang ini. Doktor yang langsung tidak memandang dia sebelah mata. Siapa lagi kalau bukan Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas. Dia kategorikan Syakir antara doktor terkacak di hospital ini. Sejak dia mula bertugas lagi Syakir tidak mengendahkan kehadirannya sedangkan dia sering mencuri pandang lelaki itu.
Dari cerita jururawat yang dia dengari, Syakir sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Syakir sudah berkahwin? Ada riak kecewa di hati Katrina. Lelaki sekacak Syakir telah ada yang punya. Katrina memintal rambutnya dengan hujung jari. Dia menghempaskan fail di tangannya. Katrina memandang wajahnya di cermin. Bayangan Syakir menjelma di sebelah. Dia sememangnya sepadan bergandingan dengan lelaki itu. Katrina tersenyum sendiri. Apa aku peduli jika Syakir sudah berkahwin. Lelaki itu masih ada kuota tiga yang kosong. Syakir yang membuatkan aku gila bayang.
Aku sudah dicintai oleh bilangan lelaki yang memuja kejelitaan aku tetapi aku baru kini aku menjumpai lelaki yang tidak memandang kejelitaan yang aku miliki. Syakir…Syakir…Syakir…aku benar-benar sudah jatuh cinta pada lelaki ini. Apa perlu aku lakukan agar dia juga jatuh cinta dengan aku. Sehari aku tidak pandang wajahnya aku mula gelisah. Mama…anakmu in sudah jatuh cinta!
“Kat! Boleh mama masuk.” Bunyi ketukkan di luar pintu blik membuatkan Katrina merengus kecil.
“Come in mama. Pintu tidak berkunci.” Katrina duduk di birai katil. Pintu biliknya dikuak perlahan. Seorang wanita anggun merapati Katrina. Satu kucupan hinggap pada pipi Katrina. Katrina melirik senyuman. Dia membalaskan kucupan itu pada pipi wanita terbabit.
“Beberapa hari ini mama lihat Kat ceria semacam. Sudah jumpa kekasih baru ke?” soalnya lembut. Anak gadis itu mana pernah kekal dengan seorang lelaki.
Katrina membisu. Mama tentu mengamuk kalau dia katakan yang dia sukakan suami orang. Ah! Mama tidak dan papa tidak akan mampu menghalang kehendaknya. Mereka pasti akan menurut apa katanya. Diakan satu-satunya anak manja kesayangan mama dan papa.
“Kali ini Kat akan betul-betul bagi calon menantu pada mama dan papa.” Katrina melentukkan kepala pada bahu mamanya.
“Mama sudah banyak kali dengar Kat cakap begini. Tapi mama faham Kat amat cerewet memilih teman hidup. Mama memang tidak tahu kriteria lelaki pilihan Kat.” Itu yang dirisaukan olehnya. Katrina terlalu memilih. Diberikan kebebasan untuk Katrina mencari teman hidupnya sendiri. Hubungan cinta Katrina tetap tidak berkekalan.
Katrina menghela nafas kecil. Dia tidak setuju dengan kata-kata mamanya itu. Dia bukan cerewet tetapi belum bertemu dengan lelaki idamannya. Dan kini hatinya sudah terpaut dengan seseorang lelaki itu. Doktor Syakir…aku akan goda kau sampai dapat. Tekad Katrina. Hahahaha! Watak jahat sudah muncul.
SYAKIR tersedak ketika meneguk air mineralnya. Siapa pula yang menyebut-nyebut nama dia agaknya? Azyan ke? Balik nanti dia akan tanya isterinya itu. Manalah tahu Azyan ada mengumpat perihal suami kesayangannya ini dengan jiran sebelah. Syakir sudah memberikan pesanan kepada Azyan. Jika perbualan melibatkan gosip-gosip liar dia pinta sangat pada Azyan agar dijauhkan. Dia tidak mahu Azyan jadi radio bergerak. Dapur tidak berasap nanti.
Dia tersenyum sendiri. Apalah menu masakan Azyan malam ini. Dia sudah tidak sabar untuk pulang. Kalau mula-mula kahwin dulu Azyan memang satu apa benda pun dia tidak pandai memasak. Goreng telur pun hangit. Satu dapur bersepah. Satu babak yang Syakir tidak boleh lupakan. Azyan boleh bersilat depan kuali gara-gara minyak goreng ikannya meletup. Terpaksalah dia menggantikan tempat si isteri untuk memasak sebelum Azyan dihantar berguru dengan jaguh-jaguh masakan.
Sengal-sengal seluruh badan. Dia kena minta khidmat picitan jemari halus Azyan ni. Jangan fikir doktor tidak sakit. Doktor pun manusia biasa juga. Syakir memberikan salam sebelum masuk ke rumah. Tiada kedengaran sahutan dari isterinya. Agaknya Azyan berada di dalam bilik. Dia lihat jam di tangan. Jarum pendek sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Syakir melangkah. Dia perlu membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Selepas makan malam boleh terus lelapkan mata.
“Ayah!” suara Ameerul bergema. Dia meluru dan terus menerkam ayahnya. Syakir jatuh terduduk. Berhemah punya anak.
Ameerul menayangkan dvd yang berada di dalam tangannya. Siapa pula yang belikan dvd kartun Shin Chan itu pada Ameerul?
“Siapa belikan Meerul cerita Shin Chan ni?” Syakir menyoal anaknya.
“Pakcik Rizlan.” balas Ameerul.
“Rizlan!” Hampir nak terkeluar biji mata Syakir mendengar nama Rizlan. Rasa nak pitam pun ada. Gelap dunianya sebentar. Bila pula mangkuk ayun seorang ini balik dari luar negeri. Berita yang paling tidak sanggup dia mahu menerimanya.
“Long time no see my old friend!” Alamak! Suara itu? Dia kenal benar dengan suara itu. Syakir menggigit bibir. Rizlan muncul di depan mata sambil mendepangkan kedua belah tangannya. Lagak mamat seorang ini tidak pernah berubah. Angkuh dengan penuh bergaya!
Adakah aku bermimpi? Syakir menggosokkan kedua mata. Tidak! Dia memang tidak bermimpi. Rizlan ada di hadapannya. Bagaimana Rizlan boleh berada di rumahnya? Baiknya hati isteri dia mengizinkan lelaki lain masuk ketika suami tiada di rumah. Azyan! Apa lagi nama isteri kesayangannya itu dilaungkan.
“Apa yang you terjerit-jerit ni Syakir? Your wife tak hilanglah. Dia pergi solat di atas.” Muka Emelda tertonjol di balik dapur. Emelda memakai apron dan memengang senduk gulai.
Syakir tercengang. Sejak bila pulak perempuan seorang ini bertukar jadi suri rumah tangga. Fikiran Syakir sudah tunggang-langgang. Ameerul senyum memanjang. Si kecil itu masih tidak bangun dari tubuh ayahnya. Syakir memicit kepala yang tidak sakit.
“Syakir…kau okay ke?” Seorang lagi menghadapnya. Siapa lagi kalau bukan Azuan. Azuan pun lagak gaya seperti Emelda. Siap pakai apron dan bawa sudip. Apa kejadahnya.
“Ayah kalau sakit kepala telan panadol.” ujar Ameerul. Dia masih membelek-belek dvd kartun Shin Channya.
Bertuah punya anak. Syakir angkat tubuh kecil Ameerul. Dia letakkan Ameerul di atas sofa. Syakir pandang satu-persatu tetamu tidak diundang dalam rumahnya itu. Apa kes ramai-ramai berkumpul di sini. Ini mesti keluar bajet lebih untuk belanja makan malam di rumah. Banyak cantik! Syakir lemparkan senyuman tidak mesra alam. Tambahan pula ada Rizlan di sini.
“Tak payah you nak jeles dengan I Kir. I sudah lama lupakan niat nak kebas wife you. I datang sini pun sebab mahu berjumpa sahabat lama. Kebetulan kucing miang ni ajak I join sekaki makan malam di rumah you. Kata orang rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.” Rizlan melabuhkan punggung di samping Ameerul. Dia bagaikan dapat membaca apa yang bermain dalam fikiran Syakir.
Hati Rizlan tergugat juga bila tengok Azyan tadi. Bekas buah hati pengarang jantungnya itu makin cantik sekarang walaupun sudah punya anak seorang. Tampak ayu sekali dengan tudung yang melitupi kepalanya. Bila difikirkan balik rasa menyesal pula melepaskan Azyan pada Syakir. Azyan pula yang tidak hendakkan dia. Hai…rupa begini maco pun ada orang yang tidak sudi. Nasiblah badan.
“Bau-bau masam sudah layan tetamu. Tak tahu naik atas mandi dulu ke? Lepas solat Isyak turun makan sama-sama. Jangan nak terus membuta!” Azyan sudah berdiri atas tangga sambil bercekak pinggang. Ada gaya queen control.
Aik! Semacam pulak garangnya Azyan malam ini. Apa yang tidak kenanya. Selalunya senyuman manis Azyan asyik melekat di bibir bila menyambut dia pulang. Datang bulan lagi ke? Syakir garu kepala.
“Ayah pergi mandi cepat!” arah si anak pula. Ameerul menolak tubuh sasa ayahnya hingga ke anak tangga. Dengan payah Syakir mendaki tangga masuk ke bilik mengekori isterinya.
Bibir comel Azyan muncung sedepa. Syakir tak tahu apa kes yang buat Azyan tidak mesra alam. Janganlah bertukar jadi gorilla. Tunggang-langgang bilik tidur mereka nanti. Azyan kalau mengamuk tangan dia bekerja sekali. Ada dua atau tiga kali mereka bertekak. Tapi hal sekecil kuman saja.
“Ingat nak kongsi berita gembira dengan abang. Tapi abang jemput makhluk-makhluk tidak berkenaan itu pulak.” rengus Azyan. Dia tidak menghadap muka Syakir. Tak baik tau isteri menyampah tengok muka suami.
Syakir tersentak. Bila masa dia jemput penyibuk di luar itu. Dia ingatkan Azyan yang menjemput mereka makan malam bersama. Syakir merapati Azyan. Diusap-usap lembut bahu Azyan.
“Sumpah abang tak jemput semua penyibuk tu datang rumah kita. Abang ingatkan ayang yang jemput mereka.”
“Abang Zuan cakap…” Azyan memaling tubuhnya.
“Shhhhh…” Syakir meletakkan jari telunjuknya pada bibir Azyan.”Tadi kata ada berita gembira nak beritahu pada abang. Apa dia?” bisik Syakir penuh romantis. Sajalah dia nak menggoda Azyan. Tetamu ada di luar mereka bercengkerama dalam bilik.
“Abang punya pasallah ni…” Azyan marah-marah manja.
“Okay…Ayang cakap apa yang abang buat pada ayang.”
Azyan mahu cakap terang-terang malu. Dia berbisik pada telinga Syakir. Mula-mula dahi Syakir berkerut. Azyan bisik perlahan sangat. Apabila dengar bisikan yang kedua, Syakir senyum melebar.
“Bukan lawak april fool ye?”
“Sekarang bulan Maclah sayang.” gerutu Azyan. Dia piat telinga Syakir. Syakir kalau sehari tak buat lawak antarabangsa dia, tak boleh ke? Seriusnya main-main.
Alhamdulillah….Masin mulut dia. Ameerul bakal ada adik nanti. Syakir mendukung tubuh kecil Azyan. Gembiranya bukan kepalang. Dia tidak menduga Azyan telah berbadan dua. Tiada tanda-tanda pula yang dilihat pada isterinya kali ini. Azyan mengandungkan Ameerul dahulu macam-macam alah bau yang dialaminya. Bau minyak wangi nak muntah. Bau ikan gorang pun nak muntah. Apa-apa bau dia tak boleh tahan. Mujurlah dia tidak meminta yang bukan-bukan. Kot dia minta daging rusa bertanduk tiga mana Doktor Muhammad Syakir nak mencarinya.
“DI sebelah kanan isteri I adalah I dan di sebelah kiri isteri I pula adalah anak I. You duduk di sebelah abang ipar I ye.” Cemburu Syakir terhadap Rizlan tetap ada. Rizlan masih main-main mata dengan isteri dia. Saja Rizlan nak memanaskan hatinya. Syakir duduk rapat-rapat di sisi isterinya. Apa saja yang dipinta oleh Rizlan dia akan hulurkan bukan Azyan.
Pasangan romantis malam itu adalah Azuan dengan Emelda. Orang kemaruk bercinta katakan. Bukan main manja-manja pasangan kekasih itu. Azuan hulurkan lauk untuk Emelda. Emelda hulurkan sayur untuk Azuan. Mereka masak di dapur tadi pun bersama-sama. Kalau Azuan sememangnya Syakir sudah tahu yang abang iparnya itu pandai memasak tetapi Emelda…dia ada kemusykilan sedikit. Kucing miang itu pandai memasak ke?
Mereka memakukan mata pada pasangan berkenaan. Lagak Azuan dan Emelda macam mereka makan berdua sahaja di meja itu. Orang sekeliling mereka ini sudah tidak wujud. Azyan angkat kening. Syakir menjuihkan bibir. Rizlan sekadar menongkatkan dagu. Ameerul? Budak kecil ni bukan tahu apa-apa.
“Ehemm…ehemm…” Azyan berdehem kecil.
Azuan dan Emelda sama-sama mengalih pandangan. Ops! Muka Emelda merah menyala. Malulah kononnya. Azuan tetap selamba. Dia tidak suka main-main sembunyi. Biarlah buka terang-terang yang dia dan Emelda sudah menjadi pasangan kekasih. Lagipun tembelang sudah pecah.
“I juga yang masih solo.” keluh Rizlan. Teman-teman lain sudah beranak-pinak dia masih tercari-cari calon jodohnya.
“I tak sangka you sudah masuk dalam kelab ABT (Angkatan Bujang Terlajak). Azuan keluar kelab ABT you pulak gantikan tempat dia.” Syakir tersengih.
“Bukan senang mencari calon isteri. You ingat I membabi buta nak cari perempuan. I pun mahukan perempuan yang tahu jaga makan minum I.”
Pandai pula inginkan calon isteri yang baik-baik. Ingatkan main pakai redah saja. Agaknya mamat seorang ini sudah insaf. Kalau sebelum ini dia asyik tahu mempermainkan perempuan saja. Pada Rizlan wang adalah segala-galanya sehinggalah dia bertemu dengan Azyan. Azyan yang berkelakuan kasar dan tidak beberapa betul itu. Sayangnya Azyan bukan memilih dia tetapi Azyan memilih Syakir bermulut tidak berinsurans itu. Azyan mengatakan dia adalah pakej lelaki idamannya namun lelaki yang buat hati gelisah adalah Syakir, lelaki yang tidak termaktub dalam senarai.
nak lagik plissss!!!!
ReplyDeleteberani si katrina nk merampas syakir dari azyan yer....mampus si azyan kerjakan nanty hohohoho *_________-
Hehehe...konflik kian bermula :H: Apakah tindakan Azyan nanti ye?
ReplyDeleteconfirm peang teluk lepas ni!!!!!!
ReplyDeleteapapun, akak follow.............
Ya...perang periuk dan kuali tu Kak Aqi hehehehe :H:
ReplyDeletebest nyer kak ya....hahah...nak lagi...
ReplyDeletegeram tol ngn si Katrina 2..ade hati nk rampas syakir dri izyan...
ReplyDeletehehe..ameerul bakal dpt adek~~
yeay...ameerul nak dpt adek..
ReplyDeletehuh..apelah katrina tuh ada hati nak rampas syakir drpd azyan..
huhu..ape la jd lpas nie...wondering...~wink~wink
ReplyDeleteBab seterusnya akan buat anda teruja untuk membaca :D:
ReplyDeleteyeah!!..nak lagi3x..akhirnya ameerul dapat adik..hihihihi
ReplyDeletebest!!!!!!
ReplyDeleteameerul comel!!
katrina?? kq ya!jgn masukkan watak die boleh x?hak3..
Kena masukkan sebab Katrina adalah penyedap resepi citer ni :H:
ReplyDeleteyuuiii . so sweet . Azyan dah pregnat . yeay !
ReplyDeleteeee, jahatnya katrina ni,,, nk rampas syakir dri azyan.. geramnya,,,,
ReplyDelete