Firdayu pada usia 6 tahun..
SEORANG teman sekelasnya di tadika menyatakan suka kepada dia dan ingin berkawan. Firdayu pangkah muka budak lelaki terbabit dengan pen marker gurunya. Budak lelaki itu tidak layak untuk berkawan dengan dia sebab dia tidak sukakan hingus yang meleleh pada hidung budak tebabit. Geli!
Firdayu pada usia 12 tahun…
SEORANG teman perempuan sekelasnya dibuli sebab berani merampas lelaki yang dia suka. Habis hancur rambut kawannya itu digunting. Aduan dibuat ke pejabat Guru Besar sekolah hingga memaksa babah Firdayu menukarkan anak gadisnya ke sekolah berasrama penuh. Silih berganti Firdayu bertukar sekolah.
Firdayu pada peringkat awal remaja…
SEMUA guru kacak di sekolahnya dia goda sampai dapat. Malah ada yang terpaksa ditukarkan ke sekolah lain gara-gara penangan cinta Firdayu. Firdayu tidak kisah dengan tindakan displin yang dikenakan ke atas dia. Dia juga tidak pernah merasa malu apabila surat cintanya dibacakan depan perhimpuanan pagi. Paling teruk kes seorang guru lelaki ini. Isterinya mengamuk sampai ke sekolah sebab jumpa surat cinta Firdayu dalam poket kemeja suaminya. Firdayu buat pedajal sebab guru lelaki itu mendenda dia berlari pusing satu padang sekolah. Kes yang hampir buat babahnya kena sakit jantung. Salah babah juga kerana terlalu memanjakan Firdayu.
Dan Firdayu kini masih lagi dengan kenakalannya. Sikapnya kadang-kala buat teman sekelilingnya rasa meluat namun Firdayu tidak ambil kisah. Peduli apa dengan jika mereka kata dia perempuan yang menjengkelkan. Bila rasa terdesak dia juga yang mereka cari. Ada yang menangis dan merayu-rayu pulak tu. Dia akan membantu tetapi dia akan meminta sesuatu yang berharga sebagai balasan. Siapa yang sanggup terpaksalah menurut saja telunjuk jarinya.
Alunan muzik pada telefon bimbit bergema di atas meja. Dia yang masih berselubung dengan selimut mendengus kasar. Siapalah yang mengganggu tidurnya pagi pagi begini. Sudahlah semalam sehari suntuk dia sibuk menguruskan fashion shownya di Mid Valley. Teraba-raba tangannya mencari telefon yang bergema.
“Hello…” ujarnya dengan suara yang agak parau. Suara orang baru nak bangun tidur katakan.
“Cik Firdayu…” suara serak-serak basah pembantu peribadinya kedengaran. Ligat Firdayu bingkas bangun. Dia merenung jam di dinding.
“Sudah pukul berapa ini? Kenapa you tidak kejutkan I?” desisnya. Hari ini dia photo shoot dengan majalag hiburan tempatan.
“Cik Firdayu boleh kira berapa miss call yang saya buat dalam phone Cik Firdayu.” Bersahaja bicara pembantunya itu.
“Kid!” Dia melenting. Kid sudah meletakkan telefon. Firdayu merengus kasar. Kurang asam punya Kid. Berani letak telefon macam itu sahaja.
Arghhh! Sudah pukul sepuluh lebih. Aku patutnya berada di lokasi penggambaraan awal pukul sembilan. Bergegas dia menuju ke bilik mandi. Sepuluh minit kemudian Firdayu keluar dari billik mandinya. Dia tidak sempat untuk memilih tema pakaiannya pada hari ini. Firdayu rembat saja pakaian mana yang agak sesuai. Gincu berwarna merah dicalitkan pada bibirnya. Rambut ikalnya disanggulkan rapi. Tidak lupa semburan minyak wangi Dior pada tubuhnya. Dia melihat dirinya di depan cermin. Penampilannya agak teruk namun dia sudah tidak punya masa untuk berhias. Briefcasenya dan kunci keretanya dicapai. Pintu biliknya dihempasnya. Ligat dia menuruni anak tangga.
“Morning babah.” Dia menegur babahnya yang sedang membaca akhbar di ruang tamu itu. Pipi babah dikucup. Itu rutinnya setiap pagi.
“Mimpikan putera kayangan ke malam tadi?” Babah menjeling ke arahnya.
“Babah…Yue sudah lewat. Kita bergaduh lain kali ya.” Ini bukan masa untuk bertekak dengan babahnya. Kasut tumit setinggi satu inci itu disarungkan pada kakinya.
Babahnya tersenyum sinis. “Mimpikan putera kayangan sampai kasut pun tersalah warna.” Babah muncungkan bibirnya pada kasut yang tersarung di kaki Firdayu.
Firdayu menjerit kecil. Bagaimana dia boleh tersalah sarung. Dia mengetap bibir. Sudahlah pagi-pagi begini kena perli dengan babahnya. Kebelakangan ini babah makin kerap mencari gaduh dia dengan dia. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mata babah. Ini mesti pasal kes dia tolak calon-calon menantu babah itu. Beria-ia benar babah mahu dia berkahwin. Macam tiada benda lain yang nak dipaksa.
“Babah! Yue pergi dulu.”
“Aik! Tak nak breakfast dahulu. Yue dah tak sudi nak breakfast dengan babah.” Belum sempat kakinya melangkah keluar babah sudah bersuara lantang.
“Babah…Yue sudah lewat ni. Kita sarapan bersama lain kali.” Firdayu berlalu. Babah mengeluh panjang. Sejak ada syarikat rekaan sendiri, Firdayu sudah kian makin sibuk dan jarang bersamanya di rumah. Perkara utama bagi anak gadisnya itu kerja dan lelaki! Kalau cari untuk calon tidak mengapalah juga. Ini sekadar untuk berfoya-foya. Rosak anak tunggalnya itu.
“I rasa I dah cukup cantik. Apa yang tidak kena lagi di mata you Kid.” desis Jasmine. Kid ini lebih kurang cerewetnya macam boss dia jugak!
“Ini iklan minyak wangi bukannya iklan sabun mandi. Skirt pendek you itu tidak sesuai!” tegas Kid. Sopanlah sikit.
Gadis Pan Asia itu mula merenggek hentak kaki tunjuk protes. Si pengarah iklan memujuk lembut. Lelaki separuh umur itu menjeling Kid yang berlagak selamba. Banyak songeh pulak mamat skema yang bercermin mata berbingkai tebal itu.
“Boss you mana? Dari tadi I tidak nampak batang hidung dia.” Encik Faizal menyoal. Teringin juga dia nak bersua muka dengar perempuan ular itu. Dengarnya perempuan ular itu cantik dan berbisa. Setahu dia perempuan yang berkerjaya besar ini dan hampir ke status andartu mana ada yang jelita mengalahkan model. Kalau ada pun satu dalam sepuluh!
Kid tidak membalas. Dia hanya merenung jam di tangannya seakan mengira masa yang berlalu. Kid mengangkat kepalanya ke arah pintu studio. Dia tidak menghiraukan pertanyaan Encik Faizal tadi.
“Boss saya sudah sampai.” ujarnya sebaik sahaja melihat pintu studio itu terkuak perlahan.
Wajah jelita Firdayu terpacul di muka pintu. Dia menghalakan pandangan mata kepada Kid yang sedang berdiri sambil menyilang tangan berdekatan dnegan seorang jurugambar. Kid tersenyum sinis. Kid kerling Encik Faizal yang tua bangka itu.
“Siapa perempuan ini?” soal Encik Faizal lagi. Dia halakan jari telunjuknya pada muka Firdayu. Firdayu menjeling Kid.
“Saya sudah cakap tadi boss saya sudah sampai.” balas Kid.
“Maksud you…” Encik Faizal pandang Firdayu atas bawah. Tertelan air liur orang tua itu melihat Firdayu. Biar betul perempuan ini adalah boss kepada mamat skema ini. Pemilik ‘Rosette Fashion Designer’ yang menaja iklan iklan tersebut. Dia lebih layak menjadi ratu cantik di atas pentas.
Encik Faizal tersenyum kambing. Dia mengusap-usap dagunya yang licin seperti di atas kepalanya itu. Berkilat-kilat. Reaksi Encik Faizal yang sememangnya gatal itu meloyakan anak tekak Firdayu.
“Kami sudah lama menunggu you, Cik Firdayu.” Firdayu tidak mengendahkan Encik Faizal. Dia meluru ke arah Kid yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia sempat mengerling Jasmine yang masih bermulut muncung.
Firdayu dan Kid bertekak. Firdayu tidak ambil pusing dengan keadaan sekelilingnya. Dia meleteri Kid secukup-cukupnya. Kid hanya membisu dengan muka selambanya. Kemarahan Firdayu seakan tidak menimbulkan kesan kepadanya. Mereka yang berada di situ mula merasa cuak. Kerja masih tidak berjalan. Si model pula jenis menggedik dan banyak songeh.
“Ehemmm..” Encik Faizal berdehem kecil.
Firdayu dan Kid mengalih pandang. Firdayu tersenyum. Lenggang-lenggok dia merapati Encik Faizal.
“Sorry I tak perasankan you.” ujar Firdyau lembut. Tidak lekang senyuman manis di bibirnya.
Aku punya besar begini kau tak boleh nak perasan. Kepala aku yang botak ini pun bersinar-sinar tahu. Itu pun kau tak nampak ke? Beruntung kalau aku dapat tackle perempuan jelita macam dia. Aku boleh duduk goyang kaki jika beristerikan perempuan kaya.
Encik Faizal mulalah mainkan peranan. Dia membebel panjang pasal Kid. Ceritanya ditokok tambah. Sengaja mahu mengenakan Kid. Kid tetap berlagak selamba. Dia bukan heran sangat dengan aduan tidak bernas Encik Faizal itu. Firdayu mengerling ke arah model yang menjadi topik perbualan mereka. Boleh tahan juga manja gadis yang menjadi model iklannya. Tapi dia cukup tidak berkenan pada model-model yang mengada-ngada seperti Jasmine itu. Demand tinggi. Ingat dia model yang sudah cukup bagus. Dia tidak tahu siapa yang berkuasa di sini. Siapa yang berikan sponsor untuk iklan ini?
“I nak pakaian perempuan tu ditukar ganti.” Firdayu bersuara. “Ikut apa yang pembantu I inginkan.” tambahnya lagi.
“Tapi Cik Firdayu…” Wajah Encik Faizal berubah.
“Siapa yang berkuasa di sini. I atau you…” Firdayu menundingkan jari telunjuknya ke muka Encik Faizal. Lelaki tua itu menelan air liur.
Bergegas dia mendapatkan Jasmine dan jurumekap. Jasmine mencebik bibir. Encik Faizal kelihatan takutkan perempuan jelita itu. Nak tak nak dia terpaksa menurut arahan. Kid dengan selamba merapati Jasmine. Dia hulurkan skirt panjang berwarna hitam itu kepada Jasmine. Jasmine merampas kasar. Dia jelirkan lidahnya kepada Kid. Firdayu tersenyum. Mana ada perempuan akan sukakan lelaki bermuka stone macam Kid itu. Mamat skema pula.
Jurukamera yang terlibat memulakan tugas yang diberikan. Dia meminta Jasmine memberikan satu pos yang menarik. Namun Jasmine sukar memberikan kerjasamanya. Dia sengaja mahu menaikkan kemaran Firdayu. Firdayu yang sedang menyilangkan kaki di kerusi itu ingin mengangkat punggungnya namun ditahan oleh Kid. Kid mengorak langkah kakinya.
“Lebih baik awak behenti buat perangai kalau awak tidak mahu merasa azab you nanti.” suara Kid separuh berbisik. Jasmine mengerutkan dahi. “So sila berikan kerjasama awak pada kami.”
“I peduli apa!” rengus Jasmine.
“Erm….kalau begitu my boss akan tarik balik bayaran awak dan batalkan kontrak awak sebagai model kami malah awak juga jangan bermimpi untuk sain kontrak dari agensi lain.” Kid memberi kata-kata ugutan.
“You sengaja nak takutkan I.” Riak wajah Jasmine mulai berubah.
“Terpulang. Awak sendiri pernah dengar khabar angin tentang my boss. 98 peratus khabar angin itu adalah benar belaka.”
Jasmine terdiam. Dia pun cari makan dalam bidang modeling ini. Habislah periuk nasi dia kalau betul seperti yang diperkatakan oleh Kid itu. Untuk mendapatkan peluang pekerjaan sekarang bukannya mudah. Lebih-lebih orang yang tidak berpelajaran tinggi seperti dia. Harapkan pada pakej rupa paras sahaja. Jasmine berjaya dipujuk. Dia membuat berapa posing di depan lensa kamera. Kid menggelengkan kepala berkali-kali tanda tidak puas hati.
“Wanita akan kelihatan cantik ketika sedang dilamun cinta.” Kid mengangkatkan jari telunjuknya. “Pejamkan mata awak. Fikirkan ketika pertemuan pertama awak dengan dia menikmati suasana romantis di tepi pantai bertemankan cahaya lilin….diringi dengan alunan jazz yang memukau hati….”
Jasmine telah hanyut dibayangi ilusi. Hanya melalui kata-kata saja telah memberikan impak terhadap Jasmine. Jasmine berkeyakinan sekali memberikan posing yang menarik di hadapan lensa kamera. Firdayu mengerling Kid. Boleh tahan juga pembantunya itu.
Encik Faizal memuji Jasmine. Jasmine telah menyelamatkan periuk nasinya. Jasmine mencebik. Dia tahu Encik Faizal takutkan Firdayu. Jasmine mencapai tin minuman yang dihulurkan oleh krew-krew yang bertugas. Dia meneguk minuman perlahan. Tidak dihiraukan pada Encik Faizal yang berleter. Jasmine mengalihkan pandangan kepada Kid yang sedang bercakap dengan Firdayu itu. Lelaki skema itu menarik perhatiannya.
“Bila you ada pengalaman bercinta?” Firdayu mengangkat keningnya.
Kid membisu. Pertanyaan Firdayu di biarkan tergantung. Dia bingkas mengatur langkah namun kemejanya ditarik kasar oleh Firdayu. Nasib baik tidak tersungkur. Firdayu menjegilkan biji matanya. Dia memang pantang bila dia bertanya Kid buat tidak endah.
“Saya ada banyak lagi kerja lain nak diuruskan di pejabat Cik Firdayu.” suara Kid.
“Ada I kisah dengan kerja you? I tidak akan lepaskan you selagi you tidak beritahu I kisah cinta you.” Firdayu mengoyangkan jari telunjuknya. Kid menghela nafas panjang. Satu lagi sikap buruk bossnya itu. Suka menjaga tepi kain orang!
Nasib Kid baik. Dia terselamat apabila telefon bimbit Firdayu memekak di dalam beg tangannya. Firdayu merengus. Saat genting begini pula ada yang gatal mengacau. Terpaksalah Firdayu melepaskan Kid. Nombor babah terpamer pada skrin telefonnya. Babah selalunya tidak akan menelefon jika tiada hal yang mustahak. Rasa macam ada yang tidak kena. Adakah pasal orang yang hidup segan mati tak mahu itu lagikah? Sejak kebelakangan ini orang tua gayut itu sering sakit-sakit sampai babah begitu kerap pulang ke kampung. Dia nak menjenguk orang tua itu, mintak maaflah!
“Hello Babah!”
“Mana salam kamu Yue? Apa kamu ingat sini Negara orang putih!” desis Babah. Awal-awal babah sudah berikan ceramah.
“Assalamualaikum…” ucap Firdayu dengan nada yang sememangnya tidak ada keikhlasan di situ. Kecoh betul babah ni. Desis hati kecilnya.
“Kan elok begitu. Kita orang Islam, Yue.”
“Ada apa babah call Yue? Yue tengah sibuk ni.”
“Kamu sibuk 24 jam mengalah menteri! Babah mahu kamu ambil emergency leave sekarang juga! Nenek kamu nak jumpa kamu.”
“Why? Nenek dah nak mampus ke? Dia nak bagi harta pada Yue untuk wasiat terakhirnya.” Firdayu mengulum senyuman. Kalau betul lagi bagus. Dia boleh kuasai segala harta orang tua itu. Adik-beradik belah arwah ibunya itu akan buka mata seluas-luasnya nanti!
“Jaga mulut kamu Yue! Dengar sini! Babah nak kamu balik sekarang juga ke kampung!” arah babah. Firdayu menelan air liur. Babah sudah meninggikan intonasi suaranya ke tahap yang merbahaya. Ini yang dia tidak suka. Sejak babah berbaik dengan Nenek…babah asyik dengar cakap orang tua gayut itu sahaja. Paling dia tidak suka bila Nenek mula masuk campur pasal jodoh! Macam tiada benda lain yang penting dalam dunia ini selain dari benda alah itu! Kahwin! Kahwin! Kahwin!
“Yue!” suara babah boleh memecahkan gengendang telinganya.
“Okaylah Yue balik kampung!” Firdayu mematikan talian telefon. Orang tua gayut seorang itu tidak sudah-sudah bikin masalah dengan dia. Sengaja mahu menjarakkan hubungan dia dengan babah. Ikutkan hati mahu saja dia meracun Neneknya itu. Kemudian kerat-kerat dagingnya campak dalam sungai bagi ikan makan. Lepas itu dia boleh bolot segala harta Nenek tua itu. Firdayu ketawa berdekah-dekah dalam hati.
“Kid!” Terkecoh-kecoh dia mengejar Kid yang sudah melangkah keluar dari studio. Kid memalingkan wajahnya. Apa pula yang dingini oleh bossnya itu. Firdayu mahu dia hantarkan ke pejabat kah? Rasanya perempuan itu memandu sendiri ketika ke sini. Mana mungkin perempuan bongkak itu akan menaiki teksi atau sebarang pengangkutan awam.
“Cik Firdayu mahu tumpang mini cooper sayakah?”
“I ada emergency leave. You take over semua appointment I nanti.”
Kid anggukkan kepala.
“Cik Firdayu nak ke mana?”
“Balik kampung!”
best2.kak ilya,bilew kluar novel 566 hmc???x sabar nie nk bli.hehhehehe.....
ReplyDeleteTq Sofea...April ini akan berada di pasaran...dan jumpa akak di PBAKL
ReplyDeletemaaf tp nak comment tp scene dalam novel cik yg kedua byak cilok dr komik an3?
ReplyDeletecoke and sundae......
Dah dapat novel ni...tp masih tak sempat nak bc.
ReplyDelete