Tab Menu

Followers

Monday, March 21, 2011

E- novel Terbaharu dari Ilya - Saya Kan Ada...

SAYA KAN ADA....Terpikat tak dengan tajuk e-novel ini. Kini saya sudah masukkan bab satu e-novel Saya Kan Ada. Kisah cinta Sue dan Azrai yang bengkang-bengkok. Sue gadis dingin dan Azrai pula jenis lelaki happy go lucky. Nampak sangat perbezaan antara mereka. Namun Azrai tetap beria-ia nak pikat hati Sue yang macam ais batu itu. Sudahlah keras kepala ada baran pulak tu. Bagi Sue, Ben si kucing kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh  itu adalah segala-galanya. Azrai pulak salah sangka Si Ben tu 'Pak We' Sue (mula-mulalah) Tapi bila dia tahu Ben itu kucing lega rasa hati ni.

Sue - Guru Tadika dingin ya amat dan susah nak didekati. Agak anti lelaki sikit pasal fobia dengan cinta lama dia. Nampak muka baik dan lemah lembut tapi dia jenis keras kepala dan baran orangnya. Budak-budak tadika paling takut dengan Cikgu Sue.  Konon tabah di luar tapi dari dalam rapuh. Hehehehe...

Azrai  - Arkitek muda yang Sue jumpa masa berebut teksi di kedah. Mamat ni happy go lucky. Adakalanya macam orang sakit jiwa. Ada ramai teman wanita (bukan teman tapi mesra tau. Kawan-kawan biasa aje.) tapi just teman ajak keluar-keluar makan. Dia paling cemburu dengan Ben (kucing kesayangan Sue) Rasa nak campak aje ke dalam longkang. Itu makluman anda, Ben tak sukakan Azrai.

Datul - Bekas kekasih lama Azrai tapi dia masih boleh berkawan baik dengan Azrai tu. Dia yang adjustkan Sue dengan Azrai. Dia rasa mereka couple yang sesuai.

SUE tak boleh bilang berapa kali dia putus cinta sampai emak kata dia kena mandi bunga. Tapi dia tetap steady pada hal dalam hati meraung bagai nak rak. Nampak luaran je gadis tabah tapi dalamannya rapuh. Dia bertemu dengan Azrai ketika berebut teksi di kedah. Kebetulan tempat yang mereka tuju sama arah dan sama rumah. Sue ke sana atas jemputan perkahwinan kekasih lamanya, Irfan. Selamba dek dia tayang Azrai depan Irfan dan kata Azrai pak we dia. Ada rasa cemburu terbit dalam hari Irfan. Cepat cari pengganti!

Mula-mula Azrai ternganga sampai lalat masuk mulut namun selepas itu boleh pulak dia tangkap cinta pada awek yang dianggap agak psiko tu. Tapi halangan  masih tetap ada. Al-maklumlah mahu panjangkan cerita. Apa jua masalah yang Sue hadapi pasti Azrai menjadi heronya. Kata orang di mana ada Sue di situ ada Azrai. Hairan jugaklah...

"Aku kekurangan wang minggu inilah." keluh Sue dengan muka sedih. 

"Saya kan ada..." balas Azrai selamba.

6 comments:

  1. hehehe...
    tajuk yang unik kak
    ganbatte kak

    ReplyDelete
  2. Tq...bukan senang nak dapat tajuk ni huhuhu :H:

    ReplyDelete
  3. teruskan lagi kak ilya...menarik snagat.

    ReplyDelete
  4. ehem2...suke name watak!...suke tajuk jugak!ngee~...chaiiiiyyyyooookkkkk!!!

    ReplyDelete
  5. sweet gler kot cter ny,,heheh,,, cumel cumel cumel <3,, twoskn perjuangan anda >.<

    ReplyDelete