MUNDAR-mandir Firdayu berjalan di dalam pejabatnya. Sejak balik dari kampung tempohari dia agak kurang bersosial di luar. Masanya Dihabiskan berkurung dalam pejabat. Semua pekerja agak hairan dengan tingkah-laku ketua mereka kebelakangan ini. Bila mereka menyoal pada Kid, Kid sekadar menjungkit bahu. Firdayu sudah memberikan amaran agar tidak membuka mulut kepada sesiapa pun. Kid menurut arahan sahaja.
Bunyi jeritan Firdayu di dalam biliknya membuat semua pekerjanya terperanjat. Masing-masing mengurut dada. Apa kena pula dengan ketua mereka ini. Tiba-tiba saja menjerit. Histeria ke? Mereka menoleh ke arah Kid. Kid menjungkit bahu lagi. Tiada guna kalau mereka bertanya pada orang kuat Firdayu itu. Dia tidak mungkin akan berpaling tadah punyalah.
Interkom di meja Kid berbunyi. Siapa lagi yang memanggil jika bukan Firdayu. Kid bingkas bangun dari tempat duduk. Dia membawa sebuah fail masuk ke bilik Firdayu. Pintu bilik Firdayu diketuk perlahan. Sebaik saja mendengar suara halus Firdayu menyuruhnya masuk barulah dia memulas cembul pintu. Kid duduk mengadap wajah sugul Firdayu yang sedang menongkat dagu itu. Tampak Firdayu seperti sedang berserabut.
“You sudah uruskan apa yang I pinta kelmarin?” Firdayu terus menyoal.
“Saya sudah senarai pendekkan senarai nama yang sesuai dengan Cik Firdayu. Saya juga sudah setkan appointment antara cik dengan lelaki-lelaki yang terpilih ini.” Kid menguhulurkan fail tersebut kepada Firdayu.
“Good job! Ingat…you mesti rahsiakan dari pengetahuan babah I. Dia tidak boleh tahu pasal perjanjian 566 hari I dengan orang tua itu.” Matilah dia kalau babah tahu. Babah akan suakan calon-calonnya kepada dia pulak. Dia bukannya betul-betul nak berkahwin. Dia sekadar mahu mendapatkan harta Nenek yang berjuta-juta ringgit itu. Firdayu mengusap-usapkan tangannya.
“Baik Cik Firdayu.”
“I letakkan kepercayaan I pada you. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!” Jari telunjuknya diletakkan pada bibir seksinya.
“Benda baik Cik Firdayu. Kenapa perlu nak disorokkan. Usia macam Cik Firdayu memang sudah layak berkahwin. Jangan sampai ke tahap andartu. Tak laku nanti.”
“Apa you cakap tadi? Telinga sudah sebulan tak korek. I tak dapat mendengar dengan jelas.” Firdayu menyuakan telinga kepada Kid.
“Saya cakap jangan sampai ke tahap andartu. Tak laku nanti Cik Firdayu.” ulang Kid selamba. Firdayu mengetap bibir. Perkataan ‘ANDARTU’ itu buat Firdayu berasap satu kepala. Namun dia cuba menyembunyikan perasaan geramnya itu dengan sengaja buat-buat ketawa.
“Tiada lelaki yang akan dapat menundukkan I.” Nada yang lembut tetapi berbaur tegas. Kid membisukan diri.
Firdayu melirik senyuman sinis. Kid pasti faham akan maksud kata-katanya itu. Dia membuka fail yang diberikan Kid. Kid seorang yang teliti pasti saja hasil kerjanya akan memuaskan hati. Laju jari telunjuknya menari-nari pada nama yang tersenarai di atas kertas putih itu. Jarinya terhenti pada satu nama yang agak menarik perhatian dia.
“I mahu you aturkan temujanji I dengan dia malam ini.” Firdayu menunjukkan nama tersebut kepada Kid. Kid anggukkan kepala.
“Dia calon pertama I.”sambung Firdayu lagi. Dia akan mencari lelaki yang sesuai untuk dipergunakan dalam misinya ini.
Kid tidak banyak soal. Dia menurut saja kemahuan Firdayu. Nama itu dibulatkan dengan pen merah. Jadi selepas ini dia perlu menempah sebuah restoran makan malam ketuanya itu. Dia juga perlu menelefon lelaki itu untuk temujanji Firdayu. Dan dia juga yang akan menghantar Firdayu ke tempat temujanjinya. Kalau dahulu timba mencari perigi kini perigi pulak mencari timba.
TAS tangan berjenama Bonia diletakkan atas meja makan itu. Mata jernih Firdayu tepat merenung lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya. Boleh tahan namun masih tidak cukup memenuhi kriteria ciri-ciri lelaki idamannya. Antara lelaki yang telah disenaraikan pendek oleh pembantu peribadinya dari beratus-ratus calon bakal suaminya itu. Firdayu melirik senyuman sinis. Saja dia datang lewat pada temu janji pertama mereka. Nyata lelaki ini punya kesabaran yang kuat.
“Maaf. Saya lewat sedikit.” ucap Firdayu lembut.
“Tidak mengapa. Saya faham business women seperti awak memang sibuk saban waktu.” balas lelaki itu perlahan. Pada hal hampir panas punggungnya menunggu Firdayu di situ. Kalau sejam dua boleh lagi tahan. Ini hampir tiga jam menunggu! Janji temu pukul 7.30 malam tapi wanita ini datang tepat pukul 10.30 malam.
“Thanks kerana memahami. Saya Yue…Firdayu Fahrin. Nice to meet you.”
Firdayu menghulurkan tangannya. Lelaki itu menyambut mesra.
“I’m Helmi Ismail. Nice to meet you too.”
Memang cantik perempuan ini. Patutlah ramai lelaki yang menangis kerana dia. Helmi tidak mahu lepaskan peluang untuk mendekati Firdayu. Dia akan buktikan kepada teman-temannya yang dia mampu menundukkan gadis di hadapannya itu. Tidak sia-sia menyertai program mencari jodoh itu.
“Dari maklumat yang I perolehi dari PA I, you sedang mengusahakan sebuah syarikat Fabrika milik family you. So macam mana perkembangan bisnes you sekarang?” Firdayu sekadar berbasa-basi.
Dia mengerling lelaki itu atas dan bawah. Bibirnya tidak lekang dari mengulum senyuman. Kalau si tua itu berwajah seperti Helmi pastinya dia melayan orang tua itu dengan lebih baik. Tapi malangnya muka si tua itu macam tongkang pecah. Tidak menyelerakan langsung untuk dia jadi perempuan simpanan si tua itu. Sebaliknya si tua itu yang layak mejadi simpannya untuk hari kemudian.
“So far so good. Tapi I belum setanding dengan you. You lebih hebat dari I.”
Firdayu ketawa halus. Pujian atau sekadar mahu mengambil hatinya. Firdayu menongkat dagu mencerlung wajah lelaki itu lagi.
“Helmi Ismail. Berusia 30 tahun. Masih bujang dan masih mencari. Businessmen. Anak sulung dari lima orang adik-beradik. Hobi camping dan travel. Personaliti seorang yang penyabar dan agak tegas. Sukakan perempuan yang independent. Helmi menamatkan pelajaran di Stamford University leading to a Bachelor Of Busines Administration (BBA) degree.” Tergiang-giang keterangan yang Kid berikan kepadanya pagi tadi. Ala setakat belajar di Stamford University tiada maknanya bagi Firdayu. Apa yang dia ingin kedudukan yang dimiliki oleh lelaki ini. Kalau belajar tinggi-tinggi sampai luar Negara setakat kerja jadi kuli baik tak payah!
Firdayu mengangkatkan tangan memanggil pelayan di restoran eklusif itu. Dia membuat beberapa pesanan untuk menu makan malamnya. Sengaja dia tidak meminta Kid menempah terlebih dahulu. Helmi hampir menelan air liur melihat harga makanan yang dipesan oleh Firdayu.
“Tentu you pernah dengar ura-ura tentang I. You tidak takutkah kena reject dengan I?” soal Firdayu tiba-tiba.
“Hahahahaha….” Helmi ketawa besar. “You fikir you perempuan yang hebat sangatkah Cik Firdayu.”
“Well…kita tunggu dan lihat. I boleh dikategorikan dalam golongan Diva.” Firdayu sedikit pun tidak tergugat dengan tawa Helmi. Riak wajahnya selamba. Helmi tidak mampu menggugat dia.“So you bersetuju nak keluar date dengan I untuk hari-hari seterusnya.”
“Of course. I akan buktikan yang I mampu tundukkan you.”
“Kalau you sanggup bertahan dengan I.” Firdayu sudah mula mencabar. Bibirnya menguntum senyuman cukup sinis. “Demand I tinggi tau!” Firdayu memberikan amaran awal. Dia sudah lupa dengan nasihat yang diberikan oleh Kid. Payah kalau perangai dah memang angkuh! Pantang benar jika lelaki merendahkan dia. Entah perangai siapa yang dia ikut tak tahulah. Mungkin dia mewarisi perangai Nenek. Nenek tua yang angkuh dan suka meninggikan diri itu.
“I akan buat you jatuh cinta dengan I.” balas Helmi dengan penuh yakin. Pertama kali melihat wanita itu dia sudah jatuh cinta pandang pertama. Bukan sahaja pada aset kewangan Firdayu tetapi juga pada kejelitaan yang dimiliki oleh wanita itu. Dia terpesona.
“Bagus! I sukakan kata-kata you itu.”
“Tiada yang mustahil dalam dunia ini. I sukakan cabaran.” Helmi menongkat dagunya pula. Sukar untuk dinafikan lagi yang wanita ini mengaburkan matanya. Apakah tidur malamnya ini akan lena seperti malam-malam sebelumnya.
“Mawar yang cantik biasanya berduri dan beracun. Kadang-kala perempuan lebih menakutkan dari lelaki.”
Hidangan yang dipesan diletakkan di atas meja. Firdayu mencapai gelas berisi air kosong itu. Diteguknya perlahan. Helmi hanya memerhati.
“Apakah you you sudah kenyang dengan merenung I.” sambung Firdayu.
Helmi terbatuk kecil. Wanita itu perasaan dirinya diperhatikan. Helmi malu sendiri. Dia capai sudu dan grafu yang disisip kemas di tepi pinggan.
KID merenung Firdayu tajam. Firdayu buat muka selambanya. Kid sudah boleh agak apa yang berlaku. Dia letakkan secawan kopi atas meja Firdayu. Rutin setiap pagi apabila Firdayu masuk ke bilik pejabatnya. Peliklah seorang lelaki menyediakan kopi untuk seorang wanita. Zaman sekarang sudah tidak menjadi isu. Wanita sudah setara dengan lelaki.
“Macam mana dengan temujanji semalam. Berjalan dengan lancar?” soal Kid. Riaknya tetap serius. Tidak pernah Firdayu lihat senyuman terukir di bibir Kid. Kalau tersenyum pun hanya terukir senyuman yang menakutkan. Memang Mr. Stone Cold. Dingin macam ais.
“Okay. You takut I buat hal lagi seperti kekasih-kekasih I yang ditinggalkan.” balas Firdayu bersahaja.
Kid gelengkan kepala. Kata-kata Firdayu tak boleh pakai sangat. Bersilih ganti tukar teman lelaki. Puas main lelaki yang ini dia cari yang lain pula. Habis-habisan dia kikis duit mereka macam pisau cukur. Playgirl sungguh! Ingat bukan lelaki saja yang ada species buaya darat perempuan pun ada juga macam wanita jelita depan matanya ini. Ada saja mangsa yang dijeratnya.
“Cik Firdayu jangan lupa perjanjian cik dengan nenek cik itu. 566 hari bukan satu tempoh jangka masa yang panjang. Masa itu emas macam yang ibu saya selalu cakap pada saya.” Kid merenung tajam Firdayu. Renungan yang buat Firdayu cukup tidak berkenan. Sesak nafas tau! Tidak tahulah apa yang bermain di dalam fikiran Firdayu. Dia ingin cinta yang macam mana?
“I tahulah apa yang I buat. You hanya perlu jalankan tugas yang I berikan pada you!” Firdayu sudah meninggikan suaranya. Tinggi suara sebesar mana pun bukannya dapat menakutkan Kid. Itu yang Firdayu heran. Kid tetap berwajah tenang. Kalau dia sudah menyinga pekerja-pekerjanya semua menikus menyorokkan diri. Kid saja sanggup menghadapi amarah yang melanda bak tsunami itu. Tapi kata orang air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.
“Baik Cik Firdayu.” balas Kid bersahaja. Dia meletakkan beberapa buah fail atas meja Firdayu sebelum melangkah keluar.
Firdayu mendengus kecil. Bengang! Ada juga lelaki tak ada emosi macam Kid dalam dunia ini. Antara lelaki yang cukup merimaskan hati Firdayu. Mujur saja Kid adalah pekerja dia.
Arghhhhh! Firdayu meraung kecil. Kenapalah dia bodoh sangat buat perjanjian dengan orang tua itu. Sampai melibat harta benda pula. Kalau dia kalah alamatlah habis semua harta hasil titik peluhnya jatuh dalam tangan Nenek. Tak sanggup dia. Semuanya akan habis tergadai. Dia tidak boleh kalah. Kalau dia tidak dapat mencari lelaki yang dicintai dalam masa 566 hari ini dia akan guna plan B. Dia akan cari lelaki yang sanggup kahwin secara kontrak dengan dia. Tidak! Jemulah asyik guna cara kahwin kontrak ni. Mula-mula benci. Lepas itu gaduh-gaduh kemudian terus jatuh cinta. Macam dalam novel pula. Dia tidak mahulah kahwin begitu. Dia inginkan Mr. Perfect! Jemari halus Firdayu mula mengetuk meja. Apa caranya dia nak kebas segala harta orang tua itu. Biar padan muka dengan Nenek tinggal harta sehelai sepinggang! Firdayu ketawa besar. Tawanya mengejutkan semua pekerja dalam pejabat itu.
“Apa kena poison ivy tu? Semalam hysteria hari ini mengilai pulak.” Linda berbisik pada telinga Rosimah. Temannya itu jungkitkan bahu.
“Agaknya dia sudah dapat mangsa baru kot?” sampuk Andy. Lelaki berperwatakan lembut itu mengoyang-goyangkan tangannya. “Kalau you all tak percaya tanyalah pada boyfriend idaman I itu.” Andy melirikan mata pada Kid yang sedang sibuk menyusun fail di kabinet.
Linda dan Rosimah rasa nak muntah. Geli-gelemen dia dengan ayat Andy. Ada hati rupanya pada Mr. Stone Cold itu. Kau bermimpi di siang harilah Andy. Bukan setakat perempuan…lelaki pun dia tak pandang tahu.
“Kid!” panggil Linda. Kid menoleh. Linda memberikan isyarat agar mendekati mereka. Dia aturkan langkah ke arah gadis manis itu.
“Kau tahukah siapa mangsa baru poison ivy? Kaukan PA dia. Aku tahu kau juga selau aturkan temu janji perempuan itu.” Rosimah menyoal siasat.
Kid membisu. Pertanyaan Rosimah dibiarkan tergantung. Dia menyambung kembali tugasannya. Linda dan Rosimah mendengus kecil. Sukarnya nak kerok rahsia dari Kid. Kid memang pengikut setia Firdayu. Andy ketawa kecil. Itu yang dia suka pada Kid. Cool….
“Aku tak berminat pada lelaki yang tidak berperasaan macam Kid. Cik Firdayu melenting bagai nak rak pun dia boleh tadah telinga dengan tenang. Aku lebih suka lelaki macam Encik Ruzair itu. Kacak dan baik hati pula.” Rosimah sudah mula berangan. Linda mencebik bibir. Rata-rata gadis dalam ‘Rosette Fashion Designer’ menggilai businessmen itu. Butalah mana-mana gadis yang tidak nampak kesempurnaan lelaki tersebut.
“Padan ke kau dengan Encik Ruzair? Cerminlah diri kau sikit.” gerutu Linda.
“Kau iri hatikan.”
“Porahhhhh! Kau ingat aku minat sangat pada Mr. Perfect kau! Minta maaf banyak-banyaklah.” Linda mencebik. Dalam hati memang dia rasa iri hati. Dia tidak dapat peluang mendampingi lelaki kacak itu seperti Rosimah. Rosimah lebih cantik dari dia. Dia kan hitam manis. Rosimah putih melepak macam Si pisau cukur itu jugak!
“Apa pasal berkumpul di sini! Tak ada kerja nak buat ke?” Firdayu muncul di belakang mereka dengan muka menyinga. Linda, Rosimah dan Andy menelan air liur. Staf lain sudah awal-awal menikuskan diri. Hendak bagi amaran tidak sempat.
“Maaf Cik Firdayu.” gugup suara Rosimah.
“Berkumpul duk mengumpat orang! Kerja yang I pinta itu dah siap atau belum!” Firdayu melenting. Dia kerling Rosimah tajam.
“Sikit lagi Cik Firdayu.”
“Sikit lagi…sikit lagi….itu saja jawapan yang saya dengar dari mulut you! I tahu this evening design you sudah ada atas meja I. Jika tiada I cut your salary bulan ini!” Firdayu bercekak pinggang.
Rosimah mengetap bibir. Kau ingat senang ke aku siap design kau itu dalam masa dua hari. Kalau satu rekaan aku tak heranlah sangat! Ini sepuluh rekaan yang kau nak! Nak mampus aku perah otak tahu! Kata-kata itu hanya keluar dalam hati Rosimah saja. Ingin diluahkan. Alamak kau kena buang kerjalah! Arahan perempuan itu bukan boleh disangkal. Rosimah segera berlalu ke arah mejanya.
Melilau mata tajam Firdayu mencari sesuatu. Ke mana pula PA kesayangannya itu menghilang.
“Kiddd!” Firdayu melaung nama PA nya itu. “Kidd!” Kali ini suaranya makin meninggi. Boleh pecahkan gegendang telinga.
Kid muncul dengan fail-fail yang bertimbun di tangan. “Saya belum pekak lagi Cik Firdayu.” ucapnya tenang. Firdayu merengus. Bulat anak matanya merenung wajah Kid. Macam nak telan Kid hidup-hidup.
“You sudah uruskan segala persiapan untuk pertunjukkan fesyen kita di Hilton Hotel? I tak mahu dengar sebarang masalah atau apa-apa kesilapan pun!” Firdayu memberikan peringatan untuk entah kali ke berapa kepada Kid. Kid hanya anggukkan kepalanya.
“Jangan tahu angguk sahaja. I mahu you catit pada buku nota you itu dan dalam kepala otak you sekali!”
“Baik Cik Firdayu.”
Firdayu berpaling masuk ke bilik pejabatnya semula. Kid meneruskan tugas yang tergendala sebentar tadi. Macam biasa Kid akan menurut saja arahan yang Firdayu tanpa banyak bicara. Mereka menghela nafas panjang. Bila mereka akan nampak mimik muka lain sedikit pada wajah Kid.
“Tak faham betul aku dengan Kid. Kalau aku memang dah tak tahan jadi PA perempuan macam Cik Firdayu tu! Tahunya arah orang sana sini. Ingat kita robot!” bebel Rosimah.
“Aik! Tadi bukan main lagi kecut depan Cik Firdayu!” sindir Linda sinis. Rosimah mencebik. Laju tangannya menghayunkan pensil.
cool gile lah kid..sng2 wt je la yu ngn kid tuh...haha
ReplyDeleteKid memang cool :D:
ReplyDeletentah2 si kid yang jadi somi si firdayu nanty...who know rite hikhikhik
ReplyDelete