Prolog
“There,
all done… You can open your eyes slowly now.”
Kenapa mesti wajah dia? Siapa gadis ayu yang berdiri di hadapan
matanya itu?
Why
is this happening…?
“Please… Just one more times, let me touch
those eyes.”

SEBUAH pub terkenal di ibu kota. Anak-anak
muda menari bagaikan orang sasau mengikut rentak muzik yang berkumandang.
Suasana yang begitu membingitkan telinga. Seorang gadis yang asyik menari
menjadi tumpuan sekumpulan anak muda yang sedang bergelak ketawa dengan minuman
keras di tangan masing-masing. Aksi gaya yang menggiurkan dan menggoda gadis
itu buat mereka kecur air liur. Gadis-gadis yang menemani bersama mereka turut
terasa cemburu. Masakan tidak, gadis yang tidak lekang dari pandangan mata
lelaki-lelaki itu cukup jelita dan punya potongan badan persis seorang model.
Lelaki berambut agak panjang mencecah bahu itu memaut bahu lelaki yang sedang
menongkat dagu dengan wajah agak mencuka. Hanya lelaki itu sahaja yang tidak
memesan apa-apa minuman dalam pusat hiburan terbabit. Dia tersengih. Namun
dalam bab memikat gadis diserahkan